Thursday, June 2, 2011

Thanx Q PPz


Semalam petipos saya menerima senaskah buku kecil ini. ( di alamatkan kepada sayala) .Menarik. Surah Al Kahfi-terjemahan dan huraian ayat 50-110. Ini adalah cetakan siri ke 6, kesinambungan dari siri terdahulu. Memetik kata yang terungkap di helaian pendahuluan buku ini, ia merupakan satu penghargaan PPZ kepada pembayar zakat tegar PPZ_MAIWP. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya adalah tanda ingatan PPZ kepada pembayar yang menunaikan rukun zakat di samping berdakwah.  Terima kasih PPZ.  Ayuh sama-sama kita kongsikan rezeki dgn melunaskan zakat!!! 

Surah ini mengingat saya kepada emak. Bagi mak surah Al Kahfi ini adalah antara surah favourite yang diamal dan dihafalnya setiap hari. Dan yang saya pasti ingat lagi adalah surah ini dibacakan oleh bilal masjid kami iaitu Aruah Pak Lang Hj Kasa (semuga ALLAH mencucuri rahmat atas rOhnya) setiap pagi sebelum menjelang subuh. Ini merupakan signal awal mngejutkan penduduk setempat untuk menunaikan solat berjamaah di masjid. Alangkah besar pahala aruah selama ini dan selepas pemergiaannya barulah kita mamahami peranan besarnya setiap pagi. Gemersik suara azan dan bacaan qurannya memang tiada tandingan dan untuk azan dia boleh membawa beberapa nada yang memungkinkan kita jatuh air mata…Subhanallah. Aruah meninggal pada 2009, sebulan sebelum ayah dan mereka juga adalah orang-orang awal yang memakmurkan Masjid Jamiul Rahman, Pendang sehingga akhir hayat. Semuga ALLAH mencucuri rahmat dan menempatkan meraka di kalangan orang yang soleh)

Kini ada juga masjid yang mengamalkan membaca Surah Al Kahfi pada setiap malam Jumaat dan ada juga yang membacanya diselang selikan dengan Yasin dan kuliah . (Bidaah hasanah dikaitkan dengan  bacaan yasin tiap malam jumaat- saya tak berminat menghuraikan). Ayat-ayat dari surah ini juga lah popular di bacakan pada tiap pagi jumaat di packagekan dengan sujud sejadah...Alhamdulillah. Semuga surah Al Kahfi ini diterjemahkan dengan amalan berterusan dan akan menjadi budaya dalam hidup. Jika mak saya boleh kenapa tidak kita…fikiq2kan..

sikit sinopsis tentangnya:
Dinamai al kahfi, yang bererti gua yang besar lagi luas sehingga dapat didiami orang atau tempat teduh.> Penamaan surah ini diambil dari kisah beberapa orang anak muda yang bersembunyi di dalam gua kerana menyelamatkan akidah. Berkat kudrat dan iradat Allah, mereka tertidur di dalamnya sampai 309 tahun lamanya
.
Nama tersebut dikenal sejak masa rasul saw bahkan baginda sendiri menamainya sedemikian. Sabdanya siapa yang hafal sepuluh ayat dari awal surah alkahfi, maka terpelihara dia dari fitnah dajjal.(HR Muslim dan Daud melalui Abu Darda). Sahabat-sahabat nabi saw pun menunjuk kumpulan surah ini dengan nama surah al Kahfi

Membelek tafsiran ayat 50-110 dari buku kecil ini sepintas lalu, akan ditemui dengan beberapa pengkisahan - seperti watak iblis yang ego lagi sombong, sikap manusia yg suka membantah, di sebalik perguruan nabi Musa, penterjemahan Nabi Khaidir tentang kembaraanya bersama Nabi Musa, pengkisahan Zulkarnain the great, kisah yajuj wal majuj, tanda2 penunjuk qiamat sudah dekat , dan juga tentang beberapa tawaran syurga untuk org beriman dan beramal soleh.

Moralnya, kita semua adalah daie,sama-samalah meneruskan kerja dakwah ini. Masyarakat kita perlu dibantu dan setiap kita perlu dipertanggungjawabkan. Pertingkat keyakinan dalam mntafsirkan segala bentuk cubaan dan dugaan di dunia dan kemanisannya setelah kita dapat ini menilai hikmah yang terkandung disebaliknya. Saya mngingatkan diri dan memujuk semua, kembalilah kita kepada petunjuk ALLAH menerusi AQ dan masih banyak yang perlu kita terokai…di sini terjawab segala persoalan kehidupan. Wallahuaklam.
Jom baca surah al kahfi di jumaat yang dibrkati.

SURAH AL-KAHFI (surah yang ke-18-mengandungi 110 ayat)
Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat”
Tetiba ingat ku pada anak saudara pulak di jumaat ini...is...cu sayang kamu..rindu kamu..semuga anakku ini sihat.
TERIMA KASIH ALLAH.
Berkatilah hidup kami dan ampunilah kesalahan kami dan peliharalah kami, anak2 kami, keturuanan kami , dan sesiapa saja bersama kami. Jadikanlah penghujung kami husnul qatimah dan berikan rahmat dan kasihanilah kedua ibu bapa kami dan muliakan dan kasihanilah mereka...
AL FATIHAH untuk mu ayah....

4 comments:

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Surah AlKahfi ini banyak menceritakan mengenai gerakan ketika tiadanya Daulah dan apa yang harus dibuat utk menjaga iman/keteguhan hati utk mengelakkan bencana apabila tiada kekuatan ditambah pula dengan finah (mcm skrg). Mengikut tafsir AlQurthubi bhwa Ibnu Abbas berkata ArRaqim bermaksud Lembah Wadi diantara `Ausfan dan Ailah bersebelahan Palestin atau berhampiran dgn Nablus. Berlaku beberapa ratus tahun selepas wafatnya Nabi isa a.s. dan sebelum lahirnya Rasulullah saw. Mrk melarikan diri utk menyelamatkan iman dgn perintah Allah SWT sehingga terperangkap dlm gua selama 300 tahun Masihi atau 309 tahun Qamariah. Maknanya nisbah adalah 300:309 dari segi perkiraan peredaran Gregory (m/hari) dgn bulan. Tetapi apa yang paling penting disini adalah dlm keadaan tiada Daulah, hendaklah kita melicinkan pergerakan (Surah AlKahfi:19-20وَلۡيَتَلَطَّفۡ وَلَا يُشۡعِرَنَّ بِڪُمۡ أَحَدًا (١٩) إِنَّہُمۡ إِن يَظۡهَرُواْ عَلَيۡكُمۡ يَرۡجُمُوكُمۡ أَوۡ يُعِيدُوڪُمۡ فِى مِلَّتِهِمۡ وَلَن تُفۡلِحُوٓاْ إِذًا أَبَدً۬ا Dan hendaklah dia melicinkan pergeran dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu. (19) Sesungguhnya, kalaulah mereka mengetahui hal kamu, tentulah mereka akan merejam dengan membunuh kamu atau mereka akan mengembalikan kamu kepada agama mereka (secara paksa) dan jika berlaku demikian, kamu tidak sekali-kali akan berjaya selama-lamanya.
Zaman sekarang, kalau kita hendak berdepan dgn CIA dan pihak kuffar barat, mereka boleh lakukan spt Perang Teluk (Iraq), Afghanistan, Tripol Libya malah lebih dasyat dari itu sebab semua teknologi dan satelite sudah dikuasai. Kalau pernah saksikan cerita `Enemy of the state` dpt tamsilkan bahawa gerakan musuh telah mengepong semua sudut. Kalau mrk nak hancurkan sesuatu organisasi boleh dilakukan bila2 masa spt mrk lakukan terhadap Usamah Ibn Laden. Adakah perlu kita zahirkan dan membuat demonstrasi memprotes walhal kita tiada kekuatan? Wallahualam.

zue said...

assalamualaikum,
thank for the info.

salam ukhwah dari kzue.

ainhany said...

Waalaikumusalam wbkth ustzah,

kisah itu bagai kan berulang kembali..setelah dunia diasak dgn pelbagai mehnah..mengelak lebih baik tapi bukan bererti menolak kemodenan tetpi demi mnjaga dan mmlihara iman. Kesian generasi hari ini kesan kemodenan yang tak seimbang, dunia cacamerba..

Ada benarnya kisah dipaparkan tetpi insyaALLAH selagi masih ada orang yng mnjaga agama dan mmlihara iman pasti di pelihara daulah bumi in. Memprotes berdemo..ya mungkin lebih baik dari berdiam diri..kerana dunia mngajar kita begitu..( selebihnya kita tunggu PRU13). Semuga ALLAH rahmati bumi kita ini. Aminn

ainhany said...

Waalaikumusalam zue,

salam ukhuwah...terima kasih singgah dan meninggalkan jejak ..

info yg sedikit kita sama2 kongsikan....