Wednesday, June 29, 2011

Bukan sekadar satu perjalanan..

Alhamdulilah.Terima kasih ALLAH yang telah memudahkan perjalanan saya semalam untuk menghadiri program yang warwarkan di masjid TAR .Terima kasih juga buat Tuan Haj Rozali Pemilik PHD yang sering singgah di sini dengan kata2 semangatnya.

D'va tiba sebelum maghrib dalam kawasan masjid. Alhamdulilah inilah nikmat kelapangan dan kemudahan.
Kehadiran jemaah memang sepertii dijangka...berpakaian serba putih dan semakin ramai dari masa kesemasa.Namun kelapangan dan keselesaan masih dirasai..Memadailah saya katakan majlis ini mnghimpunkan pelbagai darjat dan latarbelakang, warna kulit dan ras. Namun segalanya atas SATUwadah .Qasidah dan burdah dari pelajar al Maliki menghiasi suasana majlis selepas maghrib sebelum ceramah bermula.

Sama-sama kita kongsi tentang kandungan ceramah Al Munsnid Dr Muhammad Taufiq bin Taisir Al makhzumi Al husaini, ulamak Turkey yang dikagumi ini. Intonasinya mendatar tetapi bersulam ilmu dan merendah diri..Seorang ulamak yang mempunyai nasab keturunan Rasulullah dan Sheikh Abd Kadir Jailani. Tegasnya, malam tadi adalah malam yang amat penting kerana terencananya Isra dan Mikraj.Ianya bukan satu perjalanan biasa...tpi inilah malam kekasih bertemu ALLAH


27 Rejab satu keistimewaan.  ALLAH amat memuliakan kekasihnya dan dibenarkan menemuinya..Hatta Jibrail pun terpaksa mengalah. Inilah hikmahnya bila ALLAH memuliakan seseorang, pasti akan dekat dan dipermudahkan.  Nabi Muhammad telah terpilih dan dirahmati darjatnya seperti mana yang di ceritakan dalam AQ( salah satu kesempurnaan AQ). Perintah terhebat adalah menerima mahar SOLAT buat ummah. Betapa tingginya hikmat solat ini disampaikan langsung kepada Rasullulah.  Merujuk pada surah isra, juz 15, ayat 1, ALLAH telah memperjalankan atau kembaraan Rasullulah ini adalah dengan izin ALLAH dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Ini satu kembaraan  yang luarbiasa  yang memperlihatkan  tanda2 kebesaran ALLAH. Maka jgnlah kita mensia2kan perintah solat ini dan sentiasalah berselawat dan mempelajari hadis untuk memurnikan lagi tatacara solat kita. Terkandung juga 1001persoalan tentang bumi Palestin yag barokah ini.

Al-Musnid Dr. Muhammad Taufik Bin Taisir(foto di ambil d sini)
Al-Musnid Syeikh Majid Rasyid al-Jailani(Ulama' Iraq)Foto ambil dsini
Sebelum mengakhiri, tuan sheik mengajak para hadirin ber'qasadah dan burdah" versi Arab bagi membangkitkan semangat kecintaan pada Rasullullah. Terasa satu kemeriahan betapa diri ini terpilih untuk menghadiri program seperti ini. Dalam penghayatan doanya para jemaah pula di ajak berada dalam keadaan duduk antara dua sujud dengan memejam mata sambil menutur tasbih dan memperbaharui mengucap.....mengikut bacaan yang disampaikan.. Memang auranya  amat berbeza. 


Tuan Sheikh juga mengatakan, sekiranya dia dalam bahagia di akhirat kelak, pastinya hadirin yang ada  juga akan ditarik tangan untuk bersamanya dan sekiranya hadirin berbahagia tariklah tanganya juga ....Subhanallah betapa mulianya hati tuan sheikh pakar hadit ini. Semuga kita terpilih untuk mendapat syafaat Nabi Muhammad dan rahmat dari alaim ulamak juga.

Sekalung tahniah dan terima kasih kepada pihak masjid TAR yang telah mengadakan majlis ini dengan penuh penghayatan dan sempurna dgan penterjemah bahasa yang hebat. Bukan mudah tugas menterjemah dari huruf ke huruf berbangding rangkuman ayat...Semuga ALLAH merahmati dan menganjari jua. Tak kurang juga sebelum pulang menu yang hebat untuk santapan...Alhamdulilah
Wallahuaklam.

Sumber foto Tuan Sheikh : HANIFSALLEH

4 comments:

azlina said...

salam ....
israk mikraj ucu...
apa habaq semuga sht2 selalu hendaknya...
dari jauh kelihatan masjid yg memberi ketenangan..

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Dalam Isra` Rasulullah saw ke Baitul Muqaddis, Rasulullah saw telah menggambarkan dlm sebuah hadis yang panjang,`...Dan aku telah melihat akan neraka itu dimana sekali2 tidak pernah ku lihat pemandangan seperti pada hari yang sangat menggerunkan. Dan aku lihat lebih ramai penghuni neraka adalah perempuan2. Mrk (para sahabat) bertanya,`Dengan sebab apa ya, Rasulullah?, Rasulullah bersabda,` Disebabkan dgn kekufuran mereka ( perempuan)`. Salah seorang sahabat bertanya,`Adakah mereka (perempuan) kufur pada Allah?` Rasulullah menjawab,`Disebabkan mereka (perempuan) kufur pada pergaulan dan kufur pada kebaikan suami, jikalau engkau (suami/lelaki) telah berbuat baik salah seorang mrk (isteri/perempuan) sepjg masa kemudian ia (isteri) melihat suaminya sesuatu dan ia (isteri) berkata,`Tidak aku melihat sesuatu pun kebaikan dari engkau (suami)` Riwayat Bukhari dari Ibnu Abbas dlm AhkamulSultaniah m/s106.
Mungkin ain tidak berapa jelas, tetapi hendak bagi tahu bhwa perkahwinan bukanlah sesuatu yg mudah krn masalah sekecil boleh membawa kesan yg besar iaitu mengecilkan hati suami, apatah lagi jikalau suami mempunyai ramai isteri, lagilah pula neraka tu penuh dgn perempuan. Balik pada asas perkahwinan, bahawa kedua2nya mestimenegakkanhukum Allah SWT. Wallahualam

ainhany said...

waalaikumusalam kak ina,

sama2lah kita mangambil iktibar pari peristiwa isra mikraj ni...

Ucu sihat cuma sibuk sikit jer akhir2 ni..tak dan nak citer panjang2..muga kak ina dan family juga sihat dan selamat.doakan ucu yer

ainhany said...

Waalikumusalam ustzah,

terimaksih singgah sini lagi..rindu tinta ni...Subhanalah.

Ini yang dikatakan pompuan mudah masuk surga api ramai pulak masuk neraka...nauzubillah. Muga iktibar ini kita jadikan pedoman.

Peringatan buat suami berpoligami...anda memmng hebat!!tak cukup beban batu pun digalas jua...bukan salah ibu mngandung noo