BIRO KEBAJIKAN
PUSPANITA RTM
Laporan : Program Tadarus AQ Muslimat RTM
Tarikh: 31/5/2018
Masa: 9 pagi- 1230 tengah hari
Tempat: Ruang Utama Solat, Masjid muhammadi
Program Tadarus Al-Quran merupakan aktiviti tahunan
PUSPANITA RTM. Melalui program ini, ukhwah antara ahli dapat dipupuk dan
diperkukuhkan. Kali ini, ia dianjurkan bersama oleh Masjid Muhammadi RTM dengan tema “SEMARAKKAN RAMADHAN 1439H”. Buat
pertama kalinya, program tadarus ini di buat serentak pada satu hari sahaja
yang melibatkan penyertaan terbuka kepada muslimat RTM.
Di ruang solat utama ,
Masjid Muhammadi, di penuhi seramai 62 orang peserta daripada kalangan ahli puspanita, staff ipptar dan staff RTM yang sedang berkhidmat maupun sudah
besara. Peranan hebahan amat penting
bagi menyampaikan maklumat berkaitan. Diucapkan terima kasih kepada biro
promosi dan iklan yang telah menyebarluaskan iklan tadarus ini. Pihak urusetia menerima maklumbalas yang baik dan penyertaan
menggalakkan.
Semasa program ini dijalankan, peserta di bahagikan kepada 5
kumpulan oleh urusetia. Setiap kumpulan disertai seramai 10-13 orang dan
seorang di lantik sebagai ketua kumpulan. Mandat telah diberikan untuk setiap
kumpulan membaca sebanyak 6 juzuk dalam tempoh masa ditetapkan. Kerjasama dan komitmen yang tinggi daripada
setiap peserta amat membanggakan. Semua fokus kepada kitab suci Al Quran dan
membacanya dengan tartil.
Apa yang pasti, ada penghayatan dan pengertian yang mendalam bagi setiap muslimat yang hadir kali ini . Insya ALLAH.
Apa yang pasti, ada penghayatan dan pengertian yang mendalam bagi setiap muslimat yang hadir kali ini . Insya ALLAH.
Majlis berakhir pada jam 1240 tengah hari . Para peserta
diberikan slip bukti kehadiran oleh urusetia. Di kaunter luar masjid pula
diagihkan Bubuk Lambuk Kg Baru hasil sumbangan hamba Allah. Diucapkan terima
kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini.
Remark: Terima kasih
ALLAH yang memberikan saya peluang sebagai Ketua Biro Kebajikan PUSPANITA RTM.
Saya mendapat kerjasama dari semua AJK dan merekalah yang telah memandu arah
saya. Dengan rendah diri, saya akui kelemahan diri dan mohon tunjuk ajar.
