Showing posts with label majlis. Show all posts
Showing posts with label majlis. Show all posts

Wednesday, September 11, 2024

Syuhada danHaziq


                              
                     syu and hariz

Dua jiwa bersatu hati
Ijab qabul diangkat sudah
Bahtera pelayaran
Memulai dengn bismillah

semoga ALLAH jua terus memberkatinya

Wednesday, March 1, 2023

Walimahtul urus Fairuz dan Fakhri

13.03.2023
Tersemat indah tarikh keramat
Dua jiwa disatukan
Atas nama pernikahan
Doa diamin tanda sepakat
Moga hidup lebih berkat
Amin yarobbal alamin


                                                  
Selamat pengantin baru kakak dan suami.Ya, ini anak saudaraku yang ke 30. Kembar seiras lah katakan. Kakak dan adik kembar itulah sinonim panggilan buat mereka. Jodoh kakak dulu dari adik . Insya allah lepas ni Adik pula. Adik tetap support kakaknya... Menjadi pengiring pengantin di hari bahagia kakak.



Barokallah buat anakanda  FairuzHazwani dan Muhamad Fakhri.  Semoga Allah memberkati bahtera hidup kalian dengan penuh sakinah, mawaddah warohmah.  Dianugerahkan  family yang bahagia dengan ketenangan dan kasih sayang yang dirahmati ALLAH. Jagalah amanah dengan sempurna dan berkasih sayanglah kerana Allah. 

Majlis walimah yang di adakan di d'Auni Villa sangat selesa.  Laman yg luas lengkap dengan khemah yg cantik juga surau disediakan. Kira 5*lah..Tetamu yg hadir boleh memilih berada di khemah kanan atau kiri dengan juadah yg disediakan oleh pihak katering memang puas hati. Pakejnya kena tanya  tuan rumah ye. 
Alhamdulillah makanan sedap dan cuaca juga amat baik. 
Laksa, teh tarik dan bubur kacang pula merupakan menu tambahan dan pilihan. Semua sedap sedap. Sapa dah makan memang tersandaq. 

Terima kasih tuan rumah..Cikgu Mahdzir dan Cikgu Nilam.Mantan gurulah katakan.  Abg Mahdzir ini anak ke 7 dalam familyku. Tetamu yang hadir  pula  kebanyakannya di kalangan guru guru dan juga diantaranya mantan guruku juga. i Tidak terkecuali  saudara mara, sepupu sepapat juga jiran2 tetangga. Adat kata adik-beradikpun sepakat turut hadir meraikan majlis perkahwinan dan bertemu dengan sanak saudara yg jauh dan dekat. Seronok berjumpa semua yang hadir dalam keadaan selamat dan bebas ancaman Covid. 


NAMUN, pabila tanpa emak dan ayah lagi, saya tetap merasai kekurangannya. Mungkin majlis kenduri dulu dan sekarang berbeza.  Ketiadaan mereka tetap di rasai  Ini pandangan saya.  Tambahan pula abang Zan dan family Johor tak turut serta. Jarak dan faktor kesihatan juga kekangan tugas membataskannya.  

Bagi saya pula pemanduan juna dari KL ke Kedah telah saya tempuhi seusai tamat waktu kerja shif pagi. Sedikit cabaran lah  apabila memandu terus dari opis ke kampung . Inilah  kehidupan dan demi family kita utamakan. Ciptalah kenangan untuk bahagia cara kita. Mungkin hari ini sahaja adalah peluang kita lagipun tanpa family siapa kita. Setinggi mana pun terbang, kelak ke pangkuan family juga tempat mendarat nya. Itulah antara kita dengan kehidupan. 

                                     
      my big family

Terima kasih sudi baca hingga akhir.  Doakan pasangan baru ini berjaya melayari bahtera perkahwinan dengan selamat dan bahagia. 








Friday, April 5, 2019

Dia penyelamat_ dJNurul

Bismillahirohmanirohim


Pengakuan Dj Nurul
Masya Allah... dia mentafsir, siapa kita di matanya
Inilah kelebihannya, anugerah terindah ciptaan ALLAH
Matanya memerhati
Telinganya merakam

Dilontarkan dengan tenang
Dihias dengan senyuman..



agak-agak mana satu deejay nurul
Terima kasih DJ Nurul merangkap emcee majlis hitea #jom cantik bersama nenek. Manis senyumannya dan ada penampilan tersendiri. Riak mukanya begitu tenang sekali.Sehari sebelum hari kejadian, kami  bertemu dan bersua mata, saya yakin dia mampu menggalasnya dengan mudah. RO yang diberikan telah disemak dibawa bersama .Pertama kami bertemu dan berurusan dengannya. Turut bersama dalam discusion ini ialah deejay wawa. Prinsip saya bila mandat telah diberikan, saya tak kan ulang benda yang sama kerana saya yakin dia faham dan tahu. Walau bagaimanapun jika ada perubahan akan kita bincangkan bersama pada hari kejadian.  Ye, tepat sekali, efisionnya terserlah pada hari Sabtu, 30/3/2019. Perubahan dan penambahan dalam tentatif  diterima dgn berlapang dada dan reaksi positif.
Beliau bijak mengendalikan majlis dan menutup kelemahan kami tanpa disedari hadirin. Beliaulah penyelamat yang berjaya mengemudikan tanggungjawap dengan jayanya.  Terima kasih Nurul
deejay wawa kaya dengan senyuman dan turut memberikan sokongan moral. Tqvm 

masa kita pula untuk potong kek. credit kek to azie klang.  
Bila saya kenang semula, saya malu dengan tindakan saya di hadapannya  yang agak kasar dan tegas ketika memberi tugasan kepada volunteer. Saya terpaksa buat keputusan begini kerana  kekangan masa dan 'woman power'. Antara lain tiada reheasel dan briefing dibuat. Ini kelemahan saya kerana tak sempat memberikan komitmen untuk mengadakan pertemuan demi pertemuan bagi mengagihkan tugas dan tangungjawab. Kekangan tugas hakiki yang ketat memaksa saya memfokuskan kepada urusan pejabat semata-semata sehingga lewat malam. Saya cuba tapi sampai satu ketika saya rasa "otak ketat" . Pemanduan saya hilang fokus  dan tidur saya amat minima. Saya cuba bermain2 dengan perasaan ...apa yang kita buat , ALLAH dah rencanakan  dan ALLAH  memilih  kita kerana yakin kita boleh menggalasnya. Saya cuba meminta  idea atau  pandangan daripada  sahabat yang mengenali, Ada yang positif dan ada yang awal awal lagi menolak. Kita buat cara kita. Ini majlis kita. Syukurlah dari masa ke semasa ALLAH ilhamkan saya dan memberikan jalan keluar nya. Alhamdulillah

Saya cuba menjadikan majlis ini supaya padat tapi ringkas, Berkesan tapi santai dan kepuasan hadiran terhadap makanan, layanan dan persembahan. Sebab itu saya cuba memastikan proses pendaftaran, hadiah, teknikal dan movement atas stage tidak drag. Sebagaimana saya bosan majlis yang 'lembab' begitu juga  orang lain.  Playback video  telah diuji dari  sistem PA dan di dapati OK. Banyak yang nak diurus sehingga  saya lupa untuk maklumkan  kepada pihak hotel  supaya lampu bck stage dimalapkan  sepertimana biasa saya buat. Saya akui ini kelemahan saya. 

MESRAHOME telah berjaya menganjurkan program charity. Sekalong ucap tahniah buat MESRAHOME. Ini merupakan program charity  ke 3 yang dianjurnya.  Terima kasih kepada Faezah Ali merangkap Pengurus MH yang berani  menyampaikan  kata aluan yang santai dan ada kelainannya . Beliau mengikut setiap kerangka yang dirancang dengan baik sekali . Tahniah Iza dan mak lang. Objekif kita, warga tua dibuang jangan dan santuni mereka dengan hikmah dan hargailah mereka ketika masih bersama. .
Saya dan dJ nurul  juga hampir membatalkan pertunjukan fesyen kerana kegagalan modeling tiba  tepat pada waktunya. Mereka sepatutnya hadir awal untuk taklimat dan rehease  skill memimpin warga MESRAHOME  berjalan.  Apa yang dirancang kurang cantiknya  tetapi dengan adanya  dJ yang bijak mengawal majlis dengan lontaran bahasanya yang lunak  dan bersopan, kelemahan segmen itu bagai dikaburi. Lagu pretty woman diulang-ulang bagi memberikan semangat kepada mereka di atas stage dan hadiran. Begitu juga ketika sesi  penerimaan anugerah. Ketika dipaparkan di skrin, masalah audio dikesan. Tetapi kebijaksanaan emCee  meng'cover' dengan ayat ayat biodata dapat mengurangkan  kelemahan teknikal yang tak dijangkakan berlaku walaupun sebelum itu ujian playback telah dibuat. Alhamdulillah dan terima kasih dik..

Namun ada sesuatu yang menyentuh hati saya tentang dia. Dia yang dikenali dalam tempuh 24 jam sangat amanah. Kenapa?? "bila den terkona kejutan"... Mengikut perbincangan awal sebanyak 10 kategori anugerah akan disenaraikan tetapi last minit saya dimaklumkan hanya 9 sahaja disenaraikan. Dari masa ke semasa faezah akan updatekan info. Saya percaya kepadanya. Tiada langsung sangsi saya  kepadanya  setelah  3 tahun mengenalinya. Tetapi apa yang terjadi pada hari itu seramai 10 penerima anugerah ikon pilihan MH telah dinobatkan dan salah seorangnya adalah saya . Ini amat mengejutkan kerana sbg volunteeer di MH, saya cuma menjadi pemudah cara buat mereka. Melayani apa kehendak semasa mereka dan selebihnya berbual mesra bagi melenturkan hati yng ego dan memanfaatkan usia yang berbaki.  Saya malu untuk menerima anugerah ini dan kaki saya bagai terpaku dan telinga saya 

Saya kongsikan apa yang saya rasa tika itu.Bila emCee  umumkan nama saya  untuk kategori berikutnya (lebih kurang kot ayatnya). Saya terpinga kaku,Tergejut, terhilang fokus, kaki pula bagai dipaku. Fikiran saya mula mengulang tayang apa yang telah saya buat tadi semasa meminta urusetia hadiah menyusun hadiah mengikut kategori dan senarainya. EmCee Nurul diminta menyemak susunan senarai nama-nama dan hadiah ikon  dengan dibantu Ina cantik, Lynn seroja dan 2 wakil MahligaiQaseh. Saya ingin memastikan kelancaran untuk segmen pemberian anugerah. (kalu nak tahu masa ni memang muka saya garang.Mungkin mcm anak rimau...muka stress agaknya ) .dan dahi mesti berkedut punya lah.. 
 Saya sendiri malu dengan tindakan saya  yang agak 'keras' . Maafkan saya.  Saya akui kelemahan diri ini kemaafan dipinta.   Saya ucapkan terima kasih kepada semua volunteer yang turut menjayakan majlis ini . Allah jua yang membalas kebaikan diberikan.  

Rupa-rupanya ini adalah perancangan pihak MH dan dirahsiakan daripada saya.  Kebanyakan sahabat MH yang berkhidmat di belakang tabir mengetahuinya. AMANAH dijunjung disempurnakan   Tahniah duhai adik2ku dan kakak2 yang amanah , zally, ina, lynn, acik maya, k mass, amiey, ezza ,dj wawa  dan yang terakhir dJ yoyo nurul. Mungkin ada lagi yang tahu dan tidak memaklumkan kepada saya hingga kini. 

Terima kasih dejay Nurul. Kamu juga seorang yang inner beauty. Saya hanya mampu menghadiahkan ucapan  terima kasih atas pengalaman ini. Terima kasih sudi bersama MESRA HOME dalam majlis kali ini. Yang baik diilhamkan daripada ALLAH jua dan kelemahan adallah dari kami sendiri yang mengendalikannya.Semuga sinar gemilang menanti di perjalananmu.  Harapan saya tiada terselit luka dalam yag berparut kerana khilaf saya. Maafkan saya dan semuga Nurul terus  sukses 

Belajarlah mengenali
Kelak kita tak rugi
Kawan datang dan pergi
Yang tinggal hanya memori.
Hanya kita    
Terima kasih nurul kerena sudi melipat dengan sempurna selendang "congratulation" dan menyerahkannya kepada saya dengan penuh kesopanan daripada  seorang adik kepada kakak.. Subhanallah. Walaupun kecil pada pandanganmu tapi tidak buat saya. Saya bahagia dikelilingi oleh adik-adik yang baik, mudah mesra dengan  kasih sayang yang melimpah. wallhu aklam

pssst..Dj Nurul bertugas di radio Nasional.RTM

salam kemaafan & kasih sayang
1017,dpalma Hotel Ampang
31/3/2019

Thursday, July 28, 2011

Di Ambang Ramadan di SAM

Forum Perdana Di Ambang Ramadhan Surau Al-Mustaqim

Ahli-Ahli Panel :

1- Ustaz Yusri Abd Karim (Mudir Maahad Tahfiz Nurul Hasanah)

2- Ustaz Mohd Ghazali Omar (Tokoh Guru Agama Negeri Selangor)

3- Puan Wardina Safiyyah (personaliti TV & bekas pelakon popular)

Tarikh.: 28hb Julai 2011 (Khamis)
Masa.  : Selepas Maghrib
Tempat : Selepas Maghrib

Semua Di Jemput Hadir
SUMBER :  SAM

Universiti Ramadan di'SABA

Thursday, July 21, 2011

AI di Masjid Negeri Selangor

Jangan ketinggalan. TEMUJANJI ANDA DI SINI:
24 JULAI 2011
MASJID NEGERI SELANGOR( MSSAAS)
Kuliah sempena menyambut  Ramadan oleh Yang Berbahagia Ustaz AI ni.  Alangkah indahnya jika dpat sama2 kita mnghadiri dan mengambil ilmu dengan kehadiran tuan guru ini ke sini. Banyak ilmu yang bakal dikongsikan....

Kepada yang belum mengenalinya....
eloklah membuka lembaran kuliahnya di Youtube atau mencari2 di laman sesawang ustaz.
Jemputan ni terhad hanya kepada yang ingin mencari ilmu .........muga anda diantaranya.

YA ALLAH pilihlah daku untuk hadir bersama-sama memeriahkan taman2 syurga mu ni. Rinduku pada RAMADAN bertamu lagi....Mungkinkh ini ramadan ku terakhir??????

Thursday, April 7, 2011

Refleksi Maulid 2010

Memo undangan..

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Meneliti poster ini, kerinduan menggamit rasa. Doa dipanjatkan semuga diberi kelapangan, kesihatan dan kesempatan untuk hadir sekali lagi di majlis sambutan MaulidulRasul dan Haul  2011. Setelah  dua tahun berturut-turut  saya berpeluang hadir di majlis yang sama yang diadakan di Masjid Negara, Kini saya menanam azam untuk terus menghadirinya..Mudah-mudahan ALLAH dorong dan mudahkan urusan saya kelak. Alangkah indahnya andainya anak2 saudara saya yang berada di sekitar KL, iwan dan familynya, along Hamzah, along Q-deen, dik Abbas juga abg Nasir dan familynya turut bersama-sama nanti. Semuga ALLAH memberi mereka taufik dan hidayah pada mereka.

Flash back tahun 2010, majlis Maulid yang bermula selepas Asar, dihiasi dengan forum oleh tokoh-tokoh agama nusantara. Ketika ini muslimat dan muslimin mula mengambil tempat dan dari masa ke semasa ruang masjid dipenuhi dengan ribuan jemaah. Ada dari pelbagai rupa,bangsa, bahasa dan pakaian yang semuanya mempunyai satu matlamat untuk berselawat, marhaban, burdah qasidah dan tazkirah hanya untuk mengingati kelahiran, kebesaran dan kelebihan Nabi MUhamaad SAW.

Majlis ini menghimpunkan ummat Nabi Muhammad SAW dari pelbagai negara seperti , Egypt, Canada, Arab Saudi, Madinah, US, India, Singapore, Indonesia dan lain-lain lagi. Mereka mengenakan jubah atau baju melayu serba putih dgn meletakan serban berwarna di bahu (Ini amalan Rasullullah jua) manakala perempuan mengenakan telekung. Warna putih menghiasi segenap ruang solat dan sekitarnya. Betapa warna putih sinonim dengan kebersihan dan pembersihan jiwa. Mudah-mudahan tercatat kebaikan kepada semua yang telah menghadirinya.

dalam SATU saff kita SATU kiblat
 Pada tahun lalu juga, saya berada dalam ruang solat utama dan satu saf dengan jemaah dari Singapore. Mereka datang setelah digerakkan ALLAH jua, walaupun nyaris-nyaris tersesat gara-gara mencari lokasi Masjid Negara. Deretan bas juga memenuhi ruang letak bas dan jalan disekitarnya. Ada kenderaan yang terpaksa diletakan sehingga ke simpang Taman Burung, namun semangat mereka tetap tega.

Pengisian program, usai solat maghrib,ceramah disampaikan oleh ilmuwan jemputan dengan menggunakan bahasa Arab dan diterjemahkan oleh juru bahasa yang berpengalaman. Setiap tokoh2 membicarakan tentang perjuangan dan akhlak Rasullulah. Subhanallah

rindunya suasana ini
Gambaran 1400 bertahun berlalu, walaupun tak pernah ditemui ,tapi dirasai bagaikan seperti Rasulullah amat-amat sayang dan mengenali kita. Betapa diri kita terbiar lalai mengabai selawat dalam mengingatinya. Di samping itu, alunan marhaban, burdah, selawat,dialun dari masa ke semasa dan ini menaikkan semangat mencintai Rasullulah. Sama-samalah kita mengambil iktibar dan berselawat setiap hari. Untuk merasainya, saya menggalakan datang dan alami sendiri pengalaman ini.

Mug utk semua
Klimak program mauled ini ialah mengaminkan doa yang begitu menyentuh qalbu. Subhanallah,, adalah lebih baik merasai sendiri.. Bersama -sama jemaah juga YDMM YDPA, Tuanku Mizan turut menghadirinya. Oleh itu majlis ini lebih formal dan tamat selepas jam 10 shaja. Mungkinkah dengan sokongan ketua negara untuk kali ini, lokasi juga berubah dengan kemudahan yang lebih efisen. Harapnya.

Sebelum pulang, tetamu disediakan makanan dan ada guudies dari AL WARISEEN TRUST. Semuga ALLAH menganjari pahala buat mereka yang telah terlibat secara langsung dan tak langsung sehingga sempurna majlis ini. Segalanya berjalan lancar dan Tahniah.

Semuga program pada kali ini lebih baik dan dipermudahkan.

Thursday, February 24, 2011

Seputar di Kedah- Minggu Penghayatan Sunnah 1432H

Alhamdulillah perjalanan saya bersama dua lagi sahama menaiki Odyssey dari KL-AS, tiba tepat pada masanya. Usai Maghreb kuliah pertama dipetik dari buku “Hadith Riwayat 10 sahabat” bagaikan mengalu-galukan kedatangan para peserta. Kuliah diadakan di dewan kuliah tingkat bawah masjid itu. Ribuan muslimin yang majoritynya berpakaian jubah serba putih, manakala kaum muslimat bertelekung kusyuk mendengar tazkirahnya . Kehadiran peserta dari pelbagai peringkat umur juga terbuka kepada orang luar dari Kedah,malah ramai juga warga tua dari Kuala Lumpur yang hadir bersama. Pihak penaja juga mengalu-mengalukan kedatangan dengan menyediakan kemudahan asrama, makan pagi dan rumah rehat di sekitar Masjid tersebut. 

Tn Sheikh Muhamad Nuruddin Marbu Al Banjari Al Maliki merupakan tokoh yang diundang khas untuk membicarakan, mengulas, membedah, menyampai, mengajar dan berkongsi ilmunya selama 3 hari 4 malam
(bermula malam Rabu hingga kuliah subuh pada hari Isnin). Jadualnya padat sepanjang berada di sini. Kuliah harian sepanjang program ini bermula jam 9 pagi hingga 12.30 tengahari dan selepas magrib hingga 11.30 malam. Tuan Sheikh yang merupakan pakar Hadith dan pernah bermastautin di Mekah dan Mesir berkemampuan mengingat r ke semua hadith dan perawi2 hadith yang dibicarakannya. Subhanallah, corak penyampaian ilmunya, satu teguran yang keras tetapi berhemah. Membahaskan isu berkaitan semasa dan diselang-selikan dengan zikir, munajat dan selawat yang berterusan. Kuliah dan syarahan tuan Sheikh ini tak membosankan. Walaupun ada gangguan sound system juga kepanasan suam-suam kuku akibat kurangan kipas angin namun tak memcemarkan majlis. Beliau mengupas dari 3 buah kitab berbahasa Arab dan 2 kitab berbahasa Melayu…
Untuk melihat paparan video program:
:klikdi sini Al MutaqinTV @ http://www.almuttaqin.tv/video_papar.php?id=1212
  
Secara keseluruhan, banyak sunnah yang kita sia-siakan dan menerusi kuliah/tazkirah yang disampaikan, sama2lah berusaha untuk memperbaiki amalan kita. Berkata Imam Abu Hasan Hawari: "Sesiapa yg beramal tanpa mengikut sunah rasulullah, maka amalannya terbatal”

Tuan Guru juga  mempunyai aturcara untuk menyampaikan tazkirah zuhur, asar dan subuh di kawasan sekitar Alor Setar dan Sg Petani. Kami juga turut serta berjemaah di masjid yang telah diketahui lokasinya dan berpeluang mendengar tazkirah lagi. Antara tegurannya ketika itu melibatkan susunan bacaan surah tika solat perlulah mengikut heirakinya dan pengkisahan cerita. Berusahalah memahami AQ, jangan mengubah posisi tasyahut akhir sehinggalah usai tasbih, tahmid dan takbir. Segala bicara dan tegurannya berpandukan hadis yang sahih.

Kemudahan asrama percuma di sepanjang program ini adalah satu infak yang amat dihargai. Di mana kan ditemui di zaman ini....segalanya percuma ...Terima Kasih Yayasan AL Bukhori. Jalinan silaturahim antara penghuni asrama mesra bagaikan satu keluarga. Terharu dan bertanya diri sendiri, apakah mungkin andai usia saya telah menjangkau usia emas saya mampu menghambakan diri untuk majlis ilmu dan sihat untuk beribadat. Sebagai orang muda, kami membantu, menghormati dan bertaaruf dengan ummi,mama, mak ngah,mak long,mak lang, cikgu, mak chik, mak pah dan yang lain. Penghuni yang menginap di situ ketika itu adalah seramai 29 orang . Kami juga ringan tulang membantu mereka membelikan makanan dan kemudahan lain sekiranya memerlukan khidmat. Mereka lebih banyak beriktikaf di masjid dan menggunakan waktu ini sebaiknya. Kesempatan yang ada tak dipersiakan.

Ketika program ini juga saya berkesempatan membawa emak, kakak dan anak saudara untuk mendengarnya bersama-sama. Bagi anak-anak saudara yang tinggal di asrama sekolah di AnNadhoh ( Husaini, Ibrahim dan Along Farhatain), pihak sekolah menyediakan kemudahan bas untuk mereka keprogram ini..Selama ini kami tak pernah tahu program ilmiah tahunan ini dan ini merupakan satu permulaan untuk mendekati Masjid ini 

Oleh kerana ini acara tahunan, saya menaruh harapan untuk mnghadirinya lagi pada tahun depan dengan memperuntukan cuti. Dengan mengikuti program pesta ibadah ini, hati bagai diketuk betapa kerdilnya kita dengan ilmu ALLAH. Masih banyak yang lopong dan masa yang ada harus dipergunakan. Ramai orang dahagakan ilmu dan mencari-cari program seperti ini.  Hanya ALLAH yang mmbalas jasa dan ehsan pemilik  legarsi AL BUKHORI yang telah memberi komitmen dengan penganjuran ini. Semuga tahun depan jumlah peserta dari kalangan family saya juga akan bertambah. Majlis penutupnya di serikan dengan munajat dan tidak ada air mata yang tumpah melainkan menyesali dosa yang telah direntasi. Semuga pintu taubat sentiasa terbuka dan permohoan dimakbulkan ALLAH.
  ke tingkat dua bangunan asrama wanita .
Suasana di asrama mengimbau kembali nostalgia zaman persekolahan
selesa dan mendamaikan
bersebelahan dengan asrama anak yatim Al Bukhori
projek masih diteruskan..
 muslimat kusyuk ..que depan bagai dibooking
seusai majlis
jumpa lagi tahun depan...
Majlis terakhir/penutupan oleh Dr Aziz Hanafi..sessi bersalaman
Meriahnya...mengambil peluang utk bersalaman dengan Tuan Guru
Masjid Al Bukhori telah menjadi saksi..
Meninggalkan perkarangan asrama dan masjid ini membawa satu kesedihan. Hanya ALLAH yang tahu makna perpisahan...Kami bergambar kenangan bersalaman dan berpelukan atas ukhuwah yang terjalin. terima kasih semua dan kepada kak Ros, terima kasih melayan dan menjaga kebajikan kami sepanjang berada di asrama...Meninggalkan Alor Malai kami singgah di Pendang. Mengajak sahabat  mengenali  kampung saya di samping memohon restu mak untuk meneruskan perjalanan kembali ke KL. Ketibaan kami dengan selamatnya walaupun melewati waktu perjalanan. Alhamdulilah…TERIMA KASIH ALLAH 

Terima kasih ats persahabatan yang sedia ada. Semuga ALLAH merahmati kak G dan Chinta sentiasa. MohOn dihalalkan segala dan yang baik itu dari Allah jua dan kelemahan adalah kecuaian saya sendiri.

Friday, January 21, 2011

Wanita dari kacamata AQ

Sempena Cuti Wesak kesempatan  menghadiri seminar " Wanita dari kacamata AQ: Satu Analisis tak disia-siakan. Jutaan terima kasih dan tahniah kepada penganjur majlis: IIS satu badan NGO yanng melaksanakan misi dakwah dan menyebarluaskan pemahaman islam kepada ummah.  Walaupun kumpulan sasaran  seminar ini adalah lelaki namun majoriti kehadirannya adalah wanita. Syukur.

Sebagai rumusannya, dlm islam wanita diletakkan di mertabat paling mulia sehingga tercatat dalam  beberapa surah dalam AQ. Antaranya, Surah al Nisa  khusus membicarakan tentang wanita bagi melindungi  kepentingan dan hak-haknya. Manakala pengkisahan kehebatan serikandi Islam ada di catatkan dalam AQ. Watak kebaikan yang dikisahkan diulas secara terperinci. Antara watak serikandi terpuji tersebut ialah :
-  "Maryam": Lambang pemudi mithali 
-  "Ibu Nabi Musa": Cinta dan pengorbanan
-  "Asiah" : wanita mulia
-  "Balqis": pemerintah yang bijak dan beberapa  lagi yang perlu diterokai menerusi AQ.

 Allah jua yang Maha Mengetahui  walaupun tidak disebutkan secara khusus nama watak tersebut TETAPI penumpuan kepada iktibar kisahnya. Sama-sama kita mengkaji dan mencontohi tokoh serikandi yang hebat itu

Kenapa dikisahkan?
Uniknya AQ bukan sekadar satu pengkisahan sejarah Islam tetapi juga satu pengiktirafan kepada kaum Wanita @Hawa . Melihat di segi sifat, sikap dan perwatakan  kaum wanita sendiri yang boleh mempengaruhi dan dipengaruhi bergantung kepada nilai, latar belakang keturunan dan agamanya. Walau bagaimanapun iman tak boleh diwarisi tetapi boleh di bentuk dengan moral hasanah.

Namun begitu ada juga antara wanita yang dikisahkan dalam AQ yang membawa watak kejahatan yang perlu disempadani. Kita meneliti kejahatan mereka tetapi metaforanya kita menilai dan mmperbaiki watak yang ada pada diri sendiri.  Antaranya ialah
- Imra'atul aziz - Zulaikha ( Rujuk Yusuf, 23 ) 
 Perwatakan  lahiriahnya sebagai isteri pembesar  Mesir yang menggoda, curang dan hilang rasa malunya.

- isteri nabi Luth a.s dan nabi Nuh a.s ( rujuk  Al Tahrim,10)
Walaupun tanpa disebut namanya, tapi sifat mereka yang mengkianati dakwah yang dibawakan oleh nabi Luth a/s dan Nuh a/s amat dikesali. 

- Wanita bandar  ( surah Yusuf,30-31)
sebagai tetamu yang diundang untuk majlis mmperkenalkan Yusuf  mereka juga mengeji, mengumpat dan menfitnah Zulaikha

- Isteri Abu Lahab ( Rujuk Al Masaad/ Lahab, 4-5)
membantu suami membuat maksiat dan  menganggu tugas dakwah Nabi Muhammad saw

- Wanita yng merungkai ikatan ( al Nahl,92)
sinonim dengan perbuatan tercela wanita yang suka membuat kerja sia-sia atau memungkiri janji dan sumpahnya.

AQ adalah satu contoh hidup pengkisahan tentang kita lalui sekarang. Sifat. sikap yang negatif haruslah dipandang di segi moral of the story manakala yang positif wajarlah di dicontohi dalam menyempurnakan sifat kemuliaan wanita. Sama-sama kita memperbaiki diri dan sejauh mana langkah kita  kembalilah kepada yang digariskan dalam perlembagaan AQ .

Terima Kasih  kepada ahli panel Ustaz Adlan Abd Aziz (Al Ahkam.net) yang berkongsi ilmu tentang watak kejahatan wanita dalam kisah AQ manakala  Ustaz Mohd Syauqi Mohd Zahir (UIAM) yang berbicara tentang watak kebaikan wanita dalam kisah AQ. Pembentangan yang tuntas dan padat  dalam waktu yang terhad. Bicara ustaz bersandar pada AQ dan penyelidikan yang bersumberkan Al Hadith dan kitab . Terlalu banyak yang dikongsi dan sinopsis ini antara intipatinya. Saya akui kelemahan dan khilaf andai ada sebarang kekurangan dari fakta yang dikongsikan ini.  Sama-sama kita memerhati diri sendiri dan beralehlah untuk membuat lebih banyak kebaikan untuk kemantapan iman kita. Setiap kita bertanggung jwab dan hargailah haq dan amanah yang diberikan.

Di majlis ini juga, ALLAH mengizinkan pertemuan  saya dengan rakan blog PDKM. Terima kasih kak Zie..InsyaALLAH catatan pengalaman bersamanya akan saya nukilkan nanti. Semuga ALLAH merahmati jejak ilmu kita dan sama-sama beramal dengannya.

Tuesday, January 18, 2011

Seputar di taman syurga 1

Tatkala kaki menjejak kaki ke Masjid Negeri, suasananya amat tenang, banyak deretan kereta dan motosikal menjadi saksi di pagi minggu yang mendamaikan itu. Subhanallah di dewan utama, ribuan muslimin dan muslimat sedang sujud ,taat dan patuh dalam saf yang diimami oleh ulama tersohor, Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki.. Majlis zikir, munajat, tausiyah dan soal jawab  ini adalah rangka jadual tuan sheikh sepanjang kehadirannya ke Malaysia.

Majlis yang dimulai dengan solat tasbih 4 rokaat disusuli dgn zikir munajat meruntun jiwa para hadirin. Jika diperhati  kebanyakkan jemaah mengenakan pakaian berwarna putih di ruang dewan masjid tersebut. Inilah warna kesukaan Rasullullah juga lambang pembersihan jiwa.  Pakaian yang dikenakan Tuan Sheikh juga  lengkap berjubah,serban yang serba putih.  Bak kata Tuan Sheikh  inilah pakaian yang kan dikenakan apabila kita diberangkat ke alam kubur.

Dalam sessi tazkirahnya Tuan Sheikh memperingatkan semua yang hadir tentang kematian yang akan kita hadapi serta ujian-ujian di alam barzakh dan Padang Masyar. Apakah jaminan hembusan nafas kita yag terakhir dengan kalimah "Lailahaillahlah". Memerhati alam dengan membandingkan diri kita dengan  pokok kayu yang sentiasa patuh, zikir dan taat pada sunnahtullah pastinya jauh berbeza. Di segi akal kita lebih bijak namun bagaimana kemaksiatan yang telah menyeret kita?

Tambahnya lagi dengan hanya 3 helai kain putih  sahaja dunia yang akan dibawa ke kubur, kita kan di sembahyangkan tanpa rukuk. Alam barzah menanti  manakala alam akhirat  akan berlaku dengan neraca timbangan dan titian sirat begitu mencemaskan. Nada sebak dalm tangisan takutnya azab ALLAH meruntuh keegoan  hadirin.  Suara Tuan Sheikh  yang meruntun jiwa, berjaya membawa satu keinsafan kepada semua hadirin seolah-olah kematian itu semakin hampir mendekati  kita.

Tuan Sheikh juga menyeru  pada hadirin kembalilah kepada ALLAH tatkala menghadapi ujian dan cubaan kehidupan.. Perbanyakan zikir  "hasbi robbi jallallah ...." (Cukuplaa Ya ALLAH...)  Tanpa perlu mengadu pada makhuk yang lemah seperti kita dan ALLAH lah sebaik-sebaik pengaduan. DIA merindui rintihan kita  dan ayuhlah mengadu padaNYA..................

Alunan zikir diselangseli dengan tazkirah ini begitu cepat berlalu. Majlis di akhiri dengan sessi soal jawab yang relevan dengan kupasan yang mendalam beserta contoh semasa yang mudah di fahami.. Sessi ini terpaksa ditangguhkan walaupun ada banyak soalan bertulis yng belum dijawab. Sepertimana kata Deena Farhana, rindunya dia pada ulamak yang terkanal di Mesir ini  dengan cara, gaya bahasa dan tutur ilmuan Tuan Sheikh yang amat mndalami agama  dan kepetahannya berdakwah. Semuga ALLAH mmberkati perjalanan hidup Tuan Sheikh dan segala mutiara yang disampaikan menjadi iktibar bersama.

Terima kasih tak terhingga juga saya ucapkan kepada Yatt dan Mala yang mengundang dan menyediakan sarapan pagi walaupun seketika cuma namun barokahnya tetap kesampaian. Insya ALLAH. Di majlis ini juga saya  bertemu dengan beberapa sahabat yang pernah ditemui  di majlis ilmu yang lain.Semuga kita saling ingat-mengingat dalam agama. Barokallah...:)

P/s :VideO diceduk dari YouTube..quality audionya kurang memuaskan namun intipatinya meresap pada jiwa yang hadir pada tika tu. terima kasih kepada yang menguploadkannya.

Thursday, August 26, 2010

Kursus Kemahiran Quran

Menjemput halaqian muslimin muslimat untuk menyertai kursus Kemahiran al-Quran. Marilah sama2. Siapa yang tak tahu lokasi tu, tiada masalah. Hubungi no telefon seperti yang tertera pada iklan. Yang baik kita hebah-hebahkan..semuga genarasi AQ di suburkan sempena ramadan ini

sumber: http://halaqah.net/v10/index.php?topic=12396.msg165236#msg165236

Monday, August 16, 2010

Motivasi Remaja di Masjid Negara

Anda mmpunyai anak/adik dan berada di sekitar Kuala Lumpur/Selangor ?
usia antara 9-16 tahun
sertailah Smart Study, Smart Solat dan Smart Ramadhan
pada : 21 Ogos 2010 (9am-1030pm)
di Masjid Negara, KL (Sempena Ramadan Al Mubarak)
Yuran : RM50

Daftar sekarang/tempat:  hubungi : Ust. Subhi 0193775484 atau pejabat : 03-26937784
utk lanjut : www.mybmq.com

Objektif program:
1.Pendedahan kepada pensyariatan solat, penghayatan Ramadan dan tip-tip smart study
2. Memahami perkara wuduk dan soalt secara teori dan pktikal
3. Pendedahan kpda kelebihan, kebesaran dan hikmah bulan Ramadan

4. memahirkan diri kepada asa fardu ain sebg pelengkap remaja muslim
5. Kearah melahirkan remaja muslim yg berilmu, bersahsiah melalui penghayatan ilmu dan iman.

Yang baik kita sebar-sebarkan. Muga bermanfaat dan selamat  generasi kita.
-wallhuaklam--

Wednesday, July 28, 2010

Jom pakat pi !!

PELANCARAN PROGRAM GERAKAN SUBUH
(Kempen Solat Subuh Berjemaah di Masjid , Surau )

Tarikh : 1 Ogos 2010 / 20 Syaaban 1431H (Ahad)
Masa : 5.00 Pagi
Tempat : Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta KL.
Anjuran : Sekretariat Gerakan Subuh

Acara :
• Qiyamullaill / Iktikaf di Masjid
• Solat Subuh Berjemaah
• Zikir Munajat
• Kuliah Khas Subuh ”Keajaiban Solat Subuh Berjemaah
Oleh Y.Bhg Us Wan Sohor Bani Leman (UIA)
• Taklimat Khas Gerakan Subuh
Oleh Y.Bhg Tuan Hj Mohd Azmi Abd Hamid (Presiden TERAS)
• Perasmian Pelancaran Gerakan Subuh
Oleh Y.Bhg Dato’ Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abd Aziz (KP JAKIM)
• Sarapan Pagi

MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR
”MARI KITA BINA UMMAH MELALUI SOLAT SUBUH BERJEMAAH”


Sekretariat Gerakan Subuh Wilayah Persekutuan disertai oleh Masjid Wilayah, JAWI, TERAS, Dewan Pemuda Masjid Malaysia, PUM WP, JAMIYAH, MUAFAKAT, ABIM, PKPIM, GAMIS. 
Pihak Sekretariat amat mengalu-alukan sekiranya terdapat mana-mana organisasi / persatuan yang berminat untuk menyertai Sekretariat ini bagi menyusun dan melaksanakan Gerakan Subuh – kempen menggalakkan masyarakat menunaikan Solat Subuh berjemaah. Hubungi 013-6714932. 

NOTAKAKI: -Jom-jom-jom .Jom ramai2 kita semarakan pesta ibadah ini.....mungkin ini juga hadiah istimewa untuk kak Zie yang merindui lambaian dan bisikan Masjidilharam . Muga getaran kejiwaan ini bisa mengubat rindu dan cinta pada ALLAH ..Ayuh kita jumpa di sana.....Amacam CL, kak chaq, dik syima, dato Rozali ,kak ngah ,kak shami, tiqah, hanis, yatt, mamaju,  dan semua sahabat PDKM yang lain  JOm....wallahuaklam

Tuesday, July 27, 2010

Perlatihan Solat Kusyuk

Kita mengadap ALLAH sekurang-kurangnya 5 kali sehari, tetapi sejauh mana kita mengakui DIA ada dimana-mana dan sejauhmana kita MENGKAGUMI ROBB..datangilah majlis ini...disini kan ditemui.....Sesuatu yang pasti menyengat dan dirasai INDAHNYA bertemuNYA:


PERLATIHAN SOLAT KHUSYUK
When: Thu, July 29,(solat magrib hingga 11 mlm)
Where: MASJID BANDAR BUKIT PUCHONG 
Description: PERLATIHAN SOLAT KHUSYUK 
TEMPAT: MASJID BANDAR BUKIT PUCHONG
OLEH: PAK YUS ANSARI (KETUA UMUM SHALAT CENTRE BANDUNG)

No Untuk Dihubungi: Puan Azian: 012-6020463
Blog Masjid: http://masjid-bbp.blogspot.com/

-----------------------------------------------
 PERLATIHAN SOLAT KHUSYUK (DEWASA)
When: Sat, July 31, 9am – 6pm
Where : Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor, Selangor, Malaysia  
Description : SURAU HAJI ISMAIL, 
FASA 3, JALAN ASTANA 13/1, BANDAR PUNCAK ALAM 
AKAN DISAMPAIKAN OLEH USTAZ YUS ANSARI (Ketua Umum Shalat Centre Bandung)
YURAN: RM10 untuk makan pagi, tengah hari dan petang 
Hubungi Tn Hj Azali (0193878085) untuk maklumat lanjut
 insyaALLAH..muga diriku diberi peluang utk menghadirinya lagi..

Tuesday, July 20, 2010

Jom Perbetulkan Solat


PERLATIHAN SOLAT KHUSYUK (DEWASA)
When : Sat, July 24, 9am – 5pm
Where : MASJID AL-HIDAYAH SEKSYEN 18 SHAH ALAM
Description : akan disampaikan OLEH USTAZ YUS ANSARI
YURAN: RM10 untuk makan pagi, tengah hari dan petang
------------------------------------------------------------------------

HALAQAH DI ALAM TERBUKA (SOLAT KHUSYUK)
When: Sun, July 25, 4:30pm – 11:00pm
Where: INSTITUT LATIHAN SULTAN AHMAD SHAH (ILSAS)
Description: HALAQAH ALAM TERBUKA (SOLAT KHUSYUK)
(bagi mereka yang pernah hadir Perlatihan Solat Khusyuk Sahaja)
Disampaikan oleh Ustaz Yus Ansari (Ketua Umum Shalat Center Bandung, Indonesia)
Masa: Sebelum asar 4.30pm - 11.00pm (InshaAllah akan Asar bersama)
 JOM KITA PAKAT PI: ini adalah perkongsian ilmiah dan eloklah kita sama2 menghadirinya sbg satu tatacara persediaan utk lebih kusyuk dalam mengabdikan diri pada ALLAH.  Muga2 ibadat kita juga lebih sempurna dan juga  kusyuk solat tika ramadan  tahun ini lebih baik dari sebelumnya..
Siapalah kita jika di mata ALLAH ??? wallahuaklam


Sumber : http://www.solatcentermalaysia.com/2010/07/19/perlatihan-dan-halaqah-solat-khusyuk/

 
notakaki: 
kepada sesiapa yang tahu lokasi jalan nya,..sila pandu arah saya utk kesana  ...terimakasih
 

Thursday, July 15, 2010

KL Berselawat 2010

 Majlis KL BERSELAWAT akan diadakan di Masjid Asy-Syakirin,KLCC pada 18 Julai 2010.
Aturcara seperti tertera diatas...

Kita kata kita sayang rasul....Jom jumpa anda di sana!
Menuju Mahabbah Rasulullah s.a.w!

Thursday, June 17, 2010

Jom: "Cabaran Beragama Generasi Muda: Membantu atau Membatu?"

Di : Masjid Bukit Indah, Ampang
Tajuk Forum :  "Cabaran Beragama Generasi Muda: Membantu atau Membatu?"

Ahli panel:
Kamal Affendi ,
Dr. Robiyah K.Hamzah
Rosmawati RS
Ustaz Rujhan Ghazali
Ustaz Akhwan Affendi

Jom: Aduhai CINTA milik siapakah ia?

Tarikh : 19 Jun 2010 (Sabtu)
Masa : 9.00 - 11.45 malam
Tempat : Masjid Al-Azim, Pandan Indah, Kuala Lumpur
Yuran : Percuma!

Forum bertajuk 'Aduhai Cinta..Milik Siapakah Ia?' akan menampilkan 2 orang pakar dalam bidang cinta dan kekeluargaan.
Ahli Panel :
1. Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (Penulis buku topseller (terkini Cinta Murabbi) dan penulis di saifulislam.com)
2. Puan Fatimah Syarha (Penulis novel bestseller Tautan Hati)
Moderator :
Mohd Nurul Imran Koyube (Presiden iLuvislam.com)


Penganjuran oleh Persatuan Belia Al-Huda Masjid Al'Azim Pandan Indah, Kuala Lumpur dengan kerjasama iLuvislam.com akan menganjurkan satu forum menarik ini, khas buat semua rakyat Malaysia. Insya ALLAH

Apa lagi, jom masukkan 'event' ini dalam diari masing-masing dan jumpa di sana!

InsyA ALLAH hujung minggu yang bermakna buat kembara yang gersang ilmu untuk terus mmburu majlis ilmu. Semoga bermanfaat untuk ummat. ^_^

Jom : Wacana Zainab Al Ghazali

Jom, teman-teman muslimin dan muslimat sekelian , kita menghadirkan diri ke
program wacana Zainab al ghazali
pada hari Sabtu ini 19 Jun 2010 ,
jam 8.30 pagi dan berakhir jam 12.30 tengahari.
bertempat di Dewan Seminar Masjid al Azim Pandan Indah Selangor.

Antara pembentang wacana ini ialah Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz (DPPP), Ustaz Dr Zulkarnaen Hassan(DUPP), ustaz Riduan Nor .

Zainab al Ghazali, akan mengingatkan kita akan jalan panjang perjuangan, bahawa medan ini akan ditabur dengan duri dan seribu kejerihan yang menghambat. Pengkisahan kisah Zainab akan mengingatkan kita bahawa tidak pantas untuk kita pejuang untuk mempunyai penyakit ‘hubbu riasah’( kecintaan kepada kedudukan), sibuk dengan agenda menebar pesona dan sibuk untuk memposisikan diri supaya dipandang oleh manusia lain.

Ayuh kita susuri ngn membaca dulu pengkisahannya. Kemudian kita sama2 melembutkan hati menghadiri dan menghayati perjuangan srikandi ini..Apakah mungkin Zainab al Ghazali 2 akan muncul lagi ...jom jumpa di sana ..insya ALLAH

Dianjurkan bersama oleh Dewan Muslimat PAS Selangor dan DMP Pandan serta Masjid al azim. Hubungi Puan Lin:0133539440, Nik,0193238455 untuk maklumat lanjut.

Jom : Bersama IKRAM

Hari: Ahad
Tarikh: 20 Jun 2010
Masa: 09:00 - 14:00
Tempat: Dewan Konvension Malaysia International Exhibtion and Convention Centre Jalan Dulang Mines Resort City 43300 Seri Kembangan

Apa itu IKRAM?

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) adalah sebuah pertubuhan dakwah, kebajikan serta tarbiah yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran-ajaran Islam. Ia tidak bertujuan membuat keuntungan dan berusaha untuk penegakan perundangan Islam di Malaysia.

MISI dan VISI?

IKRAM ialah sebuah pertubuhan Islam yang menyeluruh, yang bekerja untuk menegakkan Islam di Malaysia. Matlamat IKRAM ialah:

1. Menyebarkan risalah Islam melalui dakwah, serta mempertahankannya daripada kebatilan dan syubahat;
2. Mengumpulkan hati dan jiwa individu Muslim di atas dasar Islam dan membina akhlak yang mulia;
3. Meninggikan taraf sosio-ekonomi umat Islam;
4. Memupuk keadilan masyarakat dan kesejahteraan sosial serta membenteras kejahilan, kemiskinan, keruntuhan moral dan menggalakkan kerja kebajikan, tanpa mengira bangsa dan agama;
5. Memperjuangkan hak umat Islam dan berusaha meningkatkan kesatuan dan perpaduan di kalangan mereka;
6. Menegakkan syariat Islam secara praktikal;
7. Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan mana-mana pihak dalam memajukan kepentingan umat Islam;
8. Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang mempunyai objektif yang selari bagi memajukan kepentingan Islam, umat Islam dan masyarakat.

source: www.ikram.org.my

TEPOK DADA TANYA IMAN??? Sejauh mana sumbngan kita utk ummah...Jgn jadi hamba yg dibutakan hati dan dipekakkan telinga sebelum sampai waktunya...ayuh mari beramai-ramai bergerak untuk Islam..
sila invite kawan2 anda...

Semuga kita ditemukan dimajlis ini kelak..insya ALLAH