Showing posts with label d'viva6078. Show all posts
Showing posts with label d'viva6078. Show all posts

Friday, December 21, 2018

Stering kereta bergegar ketika tekan brek

10 tahun sudah viva ini bersamaku
Kini dah ada penyakit singgah namun daku cuba merawatnya dengan sentimental.

Hujung mingu lepas, pemanduan ku ke felda Semenchu , Kota Tinggi. Misi utama membantu kakak yang berpindah balik kg selepas 20 tahun lebih di rantauan. Percaturan ALLAH itu sangat baik dan dipermudahkan segalanya.

Bertolak jam 1200 tengahari  dan tiba ke destinasi sekitar jam 1730. Alhamdulilah. Sesuatu yang dipelajari dengan pemanduan ini ialah, apabila kelajuan melebihi 120 km dan on mood membrek, stering akan bergegar dan mengeluarkan bunyi.. Namun kedudukan tayar tidak berubah. Panik juga pada mulanya teatpi cuba memujuk hati untuk merawatnya apabila kembali ke KL. Sebagai langkah keselamatan, had kelajuan diminimakan dan memendu secara berhemah dan  free stress.


Kesokan harinya saya telah membawa kereta ke kedai merepair. Saya telah memilih kedai membaiki kereta  yang biasa buat alingtment dan balancing  tayar  sebelum ni di klang lama.. Hasil kajian mekanik tersebut, beberapa barang perlu digantikan..Akur dengan itu, lebih baik buat sekarang dari bertangguh. Al hasilnya ....     

ke empat2 tayar di buka 



rator disk dah tak sekata tekah diganti
Dah pasang alatganti baharu, tunggu pasang kasut pula


Jangan lari, sila bayar.
semuga perjlanan dan pemanduan selamat ke destinasi. Alhamdulillah.

Wednesday, August 1, 2018

d'Vva boleh


ni yang sayang d'Vva..boleh muat segala barang..tanpa ragu bimbang. Bukan hari ini saja setakat amik-hantar barang utk sumbangan kepada pihak yang berkaitan.
Alhamdulillah sehingga kirni aksober ok lagi cuma aksober mounting jer yang kerap di tukar. Terkini baru jer tukar dua tayar bernilai rm160

tapi amount semua mancecah rm 700.. paroh juga lah tapi pasrah je lah ....

Monday, January 18, 2010

ceriakah hidup?


Sbg menghargai kesetiaan dan pengorbanan d’viva, saya mmbawanya ke muara berwang utk dimandikan…Bermain buih sabun dalam percikan air di awal pagi menambahkan keceriaan pada wajahnya. Di gosok, dibelai dan dikilatkan menampakkan betapa bersemangatnya utk terus berkhidmat. Selepas itu berkunjung pulak ke pusat servis perodua kerana temujanjinya 30000km .


Teringat pula kata seorg kenalan satu ketika dulu, jgn jadi hamba pada “motor” tetapi biar “motor” jadi hamba kita. Betulkah begitu?? Mungkin ada kebenarannya tetapi saya tak menerimanya 100% kerana sewajarnya kita mensyukuri apa yg dipinjamkan. Membayangkan setiap benda itu mempunyai roh yg tertentu, cuba fikirkan sejenak…andainya ia brsuara dan menjadi saksi di akhirat kelak…apakah yg tercatat dalm diari kehidupannya bermula dan berakhir bersama kita.

Apakah ini satu bentuk ujian kepada kita?
Hakikatnya manusia akan terus di uji dgn pelbagai kesulitan dan kekurangan bahkan harta benda dan diri sendiri. Apa yg perlu kita harus berwaspada,sabar dan doa . Ada juga yg diuji dgn berbagai kesenangan, kebaikan( segala yg dianggap baik oleh manusia) & kekayaan. Apakah ini menjadikan kita manusia yg mensyukuri nikmat yg diberikan dan seterusnya meningkatkan amal, ibadat dan kebaktian?? Begitu juga ujian menunduk nafsu dalam beribadah. Dimana darjat penghambaan kita kepada rabbul jalil ? Terleraikah kemuncak nafsu kita?


Sbg manusia, kita akan akan terus diuji dgn tugas sebagai seorang khalifah. Sejauhmanakah kita memakmurkan alam ini. Dalam hal ini, ilmu merupakan tunggak dlm segala bidang kehidupan. Sbb itulah islam menjadikan menuntut ilmu sbg kewajiban dan fardzu kifayah. Berbahagialah mereka yg memiliki ilmu dan memakmurkan ilmu tersebut> Andaikata setiap makanan yg di jamah hasil dari sumber yg halal, dibuat pulak oleh seorang khalifah yg mentaati ALLAH, nikmatnya bukan sekadar mengenyangkan tetapi dapat menghindari dari sebarang penyakit dan menjadi semakin mentaati ALLAH .

Oleh yang demikian, dgn apa yg kita miliki, dgn apa yg dipinjamkan ALLAH, haruslah kita beringat “manusia sebenarnya tidak memiliki” kerana yg memiliki adalah ALLAH tetapi manusia adalah PENGURUS( managing director) kepada apa yg menjadi milik ALLAH (super chairman).

Oh alangkah indahnya bersama d’viva mengajak saya befikir tentang satu kebenaran. Kebersihan sebahagian dari iman dan ALLAH suka kita mnjadi muslim yg bersih. Ianya satu kebetulan dan suratan ilahi. Terima Kasih ALLAHMoral of the story: Bersederhanalah dlam kehidupan

Saturday, January 9, 2010

d' ViVa-04


Hmmm..d’viva dah mencapai 30000 km. Menepati tarikh temujanji yg ditetapkan yakni 8/1/01. Insya Allah d’viva akan di servis dalam beberapa hari lagi.

Hari ini juga d’viva merentasi 100 km dlm kembaraan mencari ilmu perisai diri, mengukuh akidah menegakkan iman. Semuga diri ini terus segar menimba ilmu, beramal dan doakan semuga saya istiqamah dan menjadi anak solehah

Andai ada kesilapanku…..jangan KAU hukumi kedua ibu bapaku..Melainkan izinkan diriku bertaubat dan ampuni dosa kedua ibubapaku… amen

Wednesday, November 11, 2009

d' ViVa-03

hmm surat saman dari MBPJ. Hadiah utk d'viva yg setia.
kenapa?  kesalahan parking melewati setengah jam dari tiket yang dipaparkan....
bila? 16 january 2009.
kompaun kena dibayar: RM30
                                           
Org buat salah perlu mngakui kesilapan dan bernekad  tak mengulangi lagi.  Saya mengakui mungkin kecuaian sendiri yang tak disengajakan walaupun tegar mengatakan ini mungkin bukan silap saya. Inilah risiko bila saya adalah penama yg mutlak.  Alhamdulilllah segala urusan pembayaran telah dilangsaikan dan diberikan diskaun. Bagus juga jika diwar2kan bersegeralah membayar saman anda kerana anda akan diberikan diskaun...hanya di MBPJ.

Dulu dik kerana meletakkan motor KAW di atas pakir jalan depan Menara TR, saya di kompaun RM30 tnpa budi bicara. Saya menyegerakan pembayaran ini pada hari yng sama dan semenjak itu saya bebas dari DBKL.Mungkin ini cara  DBKL yang muktamad tetapi berbeza di MBPJ....inilah cacatan kembara yang berkelana mencari rezeki di kota bernama BANDARAYA....
--hati2 ye kepada pengguna jlnraya
-- semuga selamat  ......

Thursday, October 29, 2009

d' ViVa-02

Syukur kali ni d'Viva merantau  lagi ke Pahang. Takdir ALLAH jua tiada siapa menduga. Perancangan berkonvoi menjadi realiti walaupun kelewatan. Kami hanya tiba ketika aturcara makan dimulai iaitu lebih kurang jam sebelas pagi. Terlepaslah peluang menyaksikan majlis akad nikah yng lain dari biasa tu...(pengantin lelaki berbalut tangannya akibat kemalangan jln raya)  Menu makanannya memang best dan bersistematik. Sementara menantikan pengantin dimake up, kami dijemput untuk menjamu selera. Kami makan dengan berselera sekali.
Selawat dan marhaban umpama ucap selamat datang mengiringi rombongan pengantin lelaki yang tiba bersama 7 dulang hantaran, Berbalas 9 dulang hantaran,  pasangan pengantin di arak masuk ke rumah dengan penuh meriah. Pengantin di raikan di singgahsana pelamin yng serba indah....ohh alangkah meriahnya di saat awal bahtera perkahwinan dilayari. Semuga bahtera ini melayari dengan selamat walaupun badai dan gelombang menghempas. Inilah antara bicara dan doa buatmu adik Raja Farisa dan adik M. Hatta yang sempat kita kenali ketika bersama d'viva di majlis perkahwinan Intan tempuhari.

Apabila pengantin diraikan dengan makan beradab, saya dan oni meneruskan misi ke Bukit Setongkol pula. Jarak perjalanan pula hanya  lebih kurang 2 jam dari Jengka 17 dgn kemudahan lebuh rayanya. Inilah lesen bila pemimpin negara menjadi PM, segalanya didahulukan untuk rakyat One Malaysia.
Walaupun mulanya kami bagaikan tersasar tapi d'viva memang power...Rujuk lagi peta yang disediakan....Kami selamat tiba ke destinasi sebelum jam 4 dan pengantin di sini juga sedang diraikan. Riuh dan gamat seketika dengan kehadiran teman, shabat yang jauh dan dekat. Bergambar, beraksi sehari dalam hidup bergelar raja sehari :) Bertuah juga Farhana nie....teman2 merai dan mendoakan farhana dan suami...semuga berbahagia selamanya.

Sebagai meraikan jemputan kak ina, d'viva ke Chini pula . Alhamdulillah dalam jarak lebih kurang 45 min shaja kami tiba dengan selamatnya.Kali ini d'viva dapatlah parking berbumbung sebagai hadiah merentasi kembaraan ini. ( Hakikatnya memang abang yang bagi ruang tu untuk d'viva.).
Kepada abang dan kakak, saya ucapkan terimkasih kerana memberikan layanan terbaik pada kami. Walaupun abg Zul sedang "kalut" dengn urusan kilangnya.... namun dengan sokongan dan kesetiaan isteri serta anak2 insya ALLAH segala urusan dipermudahkan ALLAH.
Esoknya seusai minum petang dan memetik buah amra, D'viva meluncur terus dari Chini ke KL dengan selamatnya. Seronoknya kembaraan ini kerana ada co-pilot dan kami tiba tika azan isya dilaungkan. Alhamdulillah.
Terima Kasih ALLAH memberikan kemudahan buat kami dalam kembara kali ini.
Terima kasih MAK atas doa yng mengiringi
Amin

Wednesday, July 8, 2009

d' ViVa-01


Hari ini ke perodua sc keramat, hmm …diam tak diam dah 19000km perjalanannya. Sepatutnya d’viva nie kena servis apabila mencecah 20230km atau pada 30/6/2009 mana yang terdahulu. Jadi apabila dah melepasi tarikh nie, perasaan berhati-hati sentiasa bersarang. ( berhati2 sebelum meragam)

Biasanya kalau dah pi servis ni ambil masa 3 jam. Jadi ruang waktu yang ada dapatlah bersantai sambil menelaah majalah nona ( ada citer pengasas ESQ-Dr Ady) dan menonton tv “in loving memory of Michael Jackson. King of pop 1958-2009. “ . Siaran tertunda dari saluran Tv mana tak perasan pulak tapi terkasima rasa hati apabila mereka berhimpun dan disusuli dengan cerita ‘flashback” kebaikannya sahaja. Michael@ bro michaeel… u hve done ur work her,.mike….You taugh us hw to laugh, how to love, how to believe. Mike… I love u deeply and I cant wait to see you again, dad I love u and I miss u so much…….

People say true friends must always hold hands,
But true friends don't need to hold hands
Because they know the other
Hand will always be there.
Walaupun keimanan itu milik peribadinya,namun sebagai muslim kita harus mendoakna allahyarham. Semuga dicucuri rahmat jua .

Dalam pada tu, kelakar pun ada…nak buat aligment dan balancing tire, tapi tak ada nut security nak buka sport rim tu ??? hmmm nie lah gara-gara tukar sport rim. Gelabah dan frust pun ada pada mulanya. Maklumlah tak tahu pula betapa securitynya my sportrim tu……Alhamdulilah puas juga geledah rupa-rupanya ada kat belakang bonet kereta- tak perasan pun kalau tak berlaku !!

Masalah “lock window” selalunya ada satu bunyi “ciuuutt” tak selesai juga. Memng special betui d’viva nie. Penyakit ni mungkin tak sehebat H1NI dan di kira tak serius. Kata sc tu bila dah ada spare part dia akan hubungi dan akan diganti. Masalah mekanikal dan masih tahap gerenti selepas berunding.

Syukurla pengalaman lalu satu persempadanan agar lebih bersedia. Sesi servis kali ini, saya yang banyak bertanya, ni apa, untuk apa, nak buat macamna dan bila……bukan apa berhati2….

And every morning when you open your eyes,
Tell yourself that it is special.
Every day, every minute,
Every second is a gift from God.

TERIMA KASIH ALLAH

Sunday, May 10, 2009

d' ViVa

Hmmm….ini citer d’viva 6078
Pelik tapi benar inilah yg harus ku harungi satu pagi ..
Bateri kereta kong gara2 kereta tak dihidupkan selama 3 hari saja….
Aduh paniknya, stessla juga, maklumla ni pengalaman pertama .

Syukurla kereta ni masih blum genap setahun dan 20000km….Memandangkan masih gerenti perodua assisst hantar track penunda …haha,pngalamn lagi naik kereta tunda…sekali pandang mcm kereta kena tarik je….tak per laa tarik ke perodua servis je..apa org nak kata itu hak depa….i'm do the right way…
Sekali lagi ku teruja….hampir 6 jam terpksa ku tunggu semata2 nak gantikan bateri tu. (Dri jam1000-1600) Tak tahula di mana silapnya…,yang pasti kereta tu masih tersadai dan tak disentuh…huhuhu…mcm anak terbuang rasanya maklumla sebiji kereta kecik

Bila digertak “ape kes” barula pihak perodua ni teraba2 mncari dan bermulalah politik servis…Ohh pengalamn betul…..entah apa maksud servis jika pengguna pulak yg kena check sendiri huhu……….kalau basikal atau motor mungkin mudah tak bnyk pakai mcm2 minyk dan bateri. Teguran yg terngia2 dr. pusat servis Ampang ni- jgn harap perodua servis buat semua, check sendiri air, bateri jg pe2 minyak yg diguna….hmm begini upanye kerja servis yang dibayar…
Tak pe lah ini pengalaman ..insya Allah lepas ni jgn terkejut jika boleh jadi mahir bab2 enjin kerete pulak .Insya allah

Moralnya… Rupa2nya mbeli dan mguna kereta pun bagai satu percaturan,kalau ditakdirkan elok itu rezeki dan jika sebaliknye kenalah terima dgn redza. Koreksi diri sendiri sebelum menyalahkan sesiapa…Ujian ALLAH pun hanya kepada org2 yang layak terima. Terpilihkah diri ni???? Syukurlah kerana masih dlm gerenti dapatlah bateri viva dgantikn dengn yang baru tanpa dikenakan apa2 kos. Itupun setelah rayuan, data serta fakta diperkukuhkan. Oleh tu, gunalah kemahiran berkomunikasi dan berhujahlah jika anda rasa kebenaran perlu ditegakkan.