Showing posts with label pesta buku. Show all posts
Showing posts with label pesta buku. Show all posts

Tuesday, May 24, 2016

seputar di PESTA BUKU PBKL2016

Bismillahirohmanirohim

Pesta buku 2016..
Hari minggu merupakan  hari untuk ku berpesta.
Memandangkan  hanya MAEP ia bukan sahaja mudah tetapi lokasinya juga agak menyenangkan. Kemudahan parking kereta juga banyak dan bayarannya sebanyak RM3/sehari kita boleh berada selama mana suka dan apabila petang( selepas jam 4.00ptg), tiada bayaran dikenakan.
Sudah menjadi kelaziman ku, acapkali PBKL dianjurkan, kehadiran ku lebih dari dua kali.


Lawatan pertama merupakan  lawatan persahabatan, recce kata bahasa broadcasting atau survey bahasa mudahnya. Membuat tinjauan dan meneliti buku-buku baru, lokasi booth dan yang best dapat baca buku hingga puas dari booth ke booth. Tiada sebarang larangan untuk kita memilih dan membaca buka. Penat berdiri boleh duduk dan penat mata boleh singgah ke pentas untuk menikmati  selingan pelancaran buku, persembahan atau sebagainya  Selain itu  kedudukannya agak selesa berbanding tahun sebelumnya. Secara jujur saya setuju dengan pandangan sahabatku, jika dulu laluan sempit dan boleh bertemu bontot(maaf cakap) kini tidak lagi. Begitu juga berebut ruang solat dan tempat mengambil wuduk selain tandas dalam satu-satu masa.

Di MAEP, ruangnya agak luas bagi memberi  keselesaan kepada pengunjung PBKL2016. Saya juga dapati food track memainkan peranannya menyediakan menu dan makanan yang memenuhi cita rasa. Walaupun begitu perlu diambil perhatian tentang harganya, biarlah memadai kerana pengunjung tiada pilihan dan bukan masa untuk mengaut keuntungan semata-mata. Pihak berkenaan perlulah membuat kawalan harga bagi menjamin kepuasan pengguna.


Lawatan keduaku pada hari Ahad 8/5/2016 merupakan ruang waktu untuk ku terus mencapai buku pilihan dan membayarnya. Agak lama juga saya meneliti buku YANG DIPAMERKAN. Ada juga  buku yang sesuai dijadikan buah tangan sebagai hadiah saham akhirat. Ilmu saya  tak banyak mana, amalan pun kurang tapi hanya ini satu cara boleh dipraktikkan untuk beramal jariah .






terbaharu sempena PBKL2016
Di satu sudut saya dapat bertemu dengan Lepat yang baru melancarkan buku barunya.Tahniah Lepat
dah berjaya mencipta namanya dengan menghasilkan karya keduanya ALIM LAM HAMZAH YA  .  Cuma satu harapanku, sampaikan ilmu agama dengan jelas dan kembalikan akidah islam yang sebenar, muga ummah dapat diselamatkan . Bukunya menarik cuma bahasa dan kalam tasaufnya perlu dipermudahkan. Bahasa jiwa bangsa dan ilmu jugalah yang mendidik peradapan negara


Sdra PYAN 
Di sudut ITNM saya bagai terpana dengan limpahan buku novel, puisi yang terbaharu dan menarik . Sinopsis yang ditinggalkan membawa mesej kemanusiaan, keagamaan juga kemasyarakatan.  Saya sempat menyentak sebuah novel  dan sebuah buku puisi . Untuk kali ini juga saya bertemu dgn PYNHABIB satu-satunya seniman yang saya pernah kagumi ketika di bangku sekolah dulu. Cara penyampaian sajaknya dulu... "suaraaa suara.".masih segar dalam ingatan saya. Hari ini beliau di tarik ke pentas mini untuk menyanyi...Apapun lantunan suaranya, itu adalah kata hatinya...Orang seni memakna seni dalam kehidupan mereka.   Begitu juga Saleh Sudin juga membuat persembahan nyanyian puisinya bersama iringan gitar.

berkenan dengan muka depan terus 

Sedar tak sedar, waktu dah mengamit jam 9.30 malam. Ruang booth menjadi semakin pudar apabila mereka mula menutup ruang booth dengan kanvas. Ya petugas juga empunya masa untuk rehat  merana mereka perlu bertugas untuk esok yakni isnin yang merpakan hari penutup

Saya katakan..pesta kali ini adalah pesta buku paling santai dan saya bangga ini menjadi paltform tahunan  kita menikmati bahan ilmiah yang terkini.










time out...see you next year





Thursday, November 29, 2012

pesta jualan gudang

buku agama pun ada@ Karya bestari
Jualan gudang di shah alam  .
sarat ilmu ramai karyawan
Niat ada disusuli kemahuan
Ayuh segera kita tawan

cuti sekolah dah lama dah ...apa yang telah dihidangkan untuk anak2?..(cuma anak2 yang ambil SPM belum bercuti). Eh kenapa tanya orang?? tanya diri sendiri ni....?? Kesian anak2 saudara saya....ada yang dok berkarya, ada yang berfantasi, ada yang berimaginasi dan ada macam2 ragam lagi sempena cuti sekolah ni. Nak berkelah sakan pun, hujan tak tentu masa... Nak meracun rumput pula kena tunggu seriyat hujannya.... nak melawa pun kena tau lokasinya dan nak  tak nak...membaca, menontOn, makan dan mengusik itulah yang tepat dan sejajar dengan pengertian cuti bagi anak-anak yang bersekolah.

Tapi kesian pulak mereka jauhhhh di sana....mak saudara mereka nun dekat sangat dengan fiesta lelong ni.. Rasanya nak aje suruh depa mai...tapi kena plan B juga. Peluang lelong2 ni bukan selalu nak dapat Mana tau kot2 esok tak de lagi..pahala pelaburan pun missing ...  ...mmm...insyaALLAH walaupun  ada jemputan kenduri pada hujung minggu ini, saya kenalah mencari peluang untuk  singgah.

Pilih2 buku2 untuk santapan family  di cuti ini...... jom teman2..kita singgah di Komplek Kumpulan  Media Karangkraf@ Shah Alam. Ada majalah, novel juga buku-buku ilmiah  yang boleh kita hadiahkan untuk diri, anak, adik dan teman juga saudara mara......Ye mungkin sebagai buah tangan meraikan perkahwinan di musim2 kenduri kahwin ini  dan mungkin juga sesuai untuk merobah diri yang semakin di mamah usia.  Di samping itu, resit belian buku pula boleh disimpan untuk mendapat pelepasan cukai. Almaklumlah tanggungjwap kena diutamakan...Kitakan rakyat MALAYSIA yang berhemat..

perabis stok ke?
Pastikan generasi berilmu dan rajin membaca....membaca wacana minda...
Bertanya soalan lagi pada diri....

bilakah kali terakhir menelaaah sebuah buku?'
bilakah kali terahir membeli sebuah buku?
bila kali terakhir mengunjungi kedai buku ?
buku apakah yang sedang ditatapi sekarang.. 

(ini adalah perkongisian dan ....hihiiii jika ada kemahuan...ayuh kita serbu di hujung minggu ni..)

Wednesday, April 25, 2012

Buku: dunia tanpa sempadan

Pesta buku terbesar Malaysia dan Asia Tenggara kembali lagi....
..... esok lusa dan......serbuuu

Thursday, April 28, 2011

Pertemuan : Pabila pena berbicara- siti Muthiah

Dengan Nama ALLAH yang MAha PEngasih Lagi Maha Penyayang

Tanpa pernah bertemu, cuma sesekali bertegur sapa di maya. MELIHAT blognya juga ade kelainan…saya suka signboard persimpangannya…satu kreativiti lambang jiwa yang empunya..Menjadi trade marknya setiap n3 pasti dimulai dgn salam dan bertegur sapa…kemudian baru disusuli dengan tajuk yang nak diutarakan.. Kelainannya membuatkan saya suka mngintai2 tintanya dan darinya saya mengenalinya dari masa ke semasa.seorang isteri juga penulis muda yang mengasah bakatnya menerusi pena( hujung jari) dan minda .

Nama yang tertera di bukunya Nurliza Mohd Nasir tetapi mesra dgn nama Siti Muthiah. Saya baru saya merisik2…apa istimewanya nama tersebut. Terpana seketika, betapa dia mengabadikan nama agung tersebut sebagai nama penanya di blog kerana… "FATIMAH anakku, maukah engkau menjadi seorang perempuan yang baik budi dan isteri yang dicintai suami?" tanya sang ayah yang tak lain adalah Nabi SAW. "Tentu saja, wahai ayahku""Tidak jauh dari rumah ini berdiam seorang perempuan yang sangat baik budi pekertinya. Namanya Siti Muthi'ah. Temuilah dia, teladani budi pekertinya yang baik itu". Boleh  lanjut baca DISINI
Beristifar seketika,  betapa saya jauh melupai susur galur sejarah Rasulullah. Mengingat semula Wanita yang pernah dicemburi oleh anakanda Rasulullah atas keperibadiannya. Izinkan akak mengkagumimu dan mengulangi berkata Muthiah is come back .. Inilah wanita yang hadir sekali lagi dalam dunia hari ini. Beruntunglah zaujnya kerana anda memiliki seorang isteri yang menepati ciri-ciri tersebut. ALhamdulillah dan insyaALLAH.

senyuman Muthiah melayan peminanya..
 Pada hari Ke 3 Pesta Buku, beliau  antara yang diundang menjadi penulis tamu di buku prima Karangkraf. Walaupun dia ade memaklumkan di blog dan FBnya, tpi saya terlupa memasukan data kehadirannya ke sini seketika. Syukurlah, kehadiran saya sehari sebelum itu bersamaan dengan pertemuan dengan kak ina mengingatkan saya tentangnya. Lantas sms dihantar dan info pun diterima. Terima kasih dik, betapa tuntasnya dirimu membalas sms daripada hamba ini.
kusyuk seorang penulis

copy dari FB dgn ehsan
Pada Ahad, sekitar jam 4.35ptg, saya menghampiri meja penulis ini. Bersama-sama dua buku yang baru saja dibeli. Masih panaaz…( Terima kasih yati..yang sudi menegur akak ketika di counter bayaran)..Menyerah dan mohon ditandatangan….Bila dia tengok saya…kak Ain? kak Ain?…hihi…bikin gempaz je..Maafkan akak ye. Lantas 4 mata bertentang..(extra lagi dua). Bersalaman dan berpeluk seketika…Subhanallah inikah Muthiah? Wajahnya berbeza dengan apa yang saya lihat di foto berbanding sekarang ni. Seorang adik manis yang sopan, lemah lembut dan bercahayanya . Lantas matanya mencari2 zaujnya yang berada tak jauh dari situ untuk memperkenalkan kami. Terimakasih dik.

Dua dari 3 buah buku karyanya..
Memandangkan dia sedang melaksanakan misi bersama peminat, saya tak boleh menzalimi haq orang lain. Memberi laluan kepada peminatnya yang lain pulak untuk bertemu. Sebelum berpisah, saya bertanya kepadanya tenang misinya selepas berjaya menghasilkan tiga buah buku… jawapannya padat dan ringkas “islamik”. InsyaALLAH saya yakin dia boleh menggarap ide dan boleh berjaya. Alam Kamen Rider Kabuto akan ditinggalkan…


Saya besyukur,  biarpun singkat pertemuan ini,saya mmpu mengenali Muthiah. Mengakumi kebolehannya berkarya dan men'flashback' amalan2 yang dikongsikan. Saya yakini nur tahajjud bersemadi diwajahnya dan
keceriaan yang terpancar adalah dari keikhlasan hati nuraninya. Sentiasa mendapat sokongan padu dari suami yang baik hati. Kini mereka juga seperti adik-adik saya..Ukhuwah kita fillah..(I LIKE)
"ukhuwah Fillah"
"Jazakillah ya ukhtie"

ANDA baca ANDA nilaikannya
Kredit saya berikan kepada Muthiah. Buku nukilannya berjaya membawa mesej masa kini. Moral dan nilai-nilai murni yang ada pada Amir( watak utama) perlu dicontohi . Anak bongsu dari family yang dhaif akhirnya mengenepikan cinta dalam mengejar cita dan perjuangan membela nasib keluarga. Kemampuannya meraih kejayaan terbaik dlam SPM juga merealisasikan impian sebagaimana abg Amar pasti menjadi kenyataan… Ya Amir boleh jadi doctor.
Nampaknya kenalah ada sambungan lagi..Bagaimana Amir menghadapi alam siswazah. Suasana sebenar kehidupan seorang doctor dalam membela maruah dan nasib familynya. Juga nasib orang-orang yang pernah menghinanya…Ohh maaf, kenapa banyak pulak persoalan yang timbul….u ask for it

TERIMA KASIH DIK MUTHIAH..semuga ALLAH memberikanmu ilham yang berterusan dan teruslah memeriahkan persada dunia pembacaaan. MAAFkan diri ini, andai ade sebarang khilaf...Yang baik itu dari ALLAH jua .  Jom baca..

Tuesday, April 26, 2011

Silent reader Dr Ridz

Terpanggil utk menyambung bicara selepas menatap blog Haji Muda meniti renjisan kedamaian..Saya akui saya salah seorang dari silence reader Haji Muda. Sesekali meninggalkan jejak di blognya dan buku2 nya juga menjadi antara koleksi saya.  Seperti juga membaca buku2 penulisan Prof Kamil, gaya bahasanya yang mudah, diselitkan dengan harapan, nasihat dan pedoman untuk semua. Sasarannya juga tak terhad kepada golongan dewasa  tetapi juga berjaya menarik minat  anak2 saudara saya yang masih di alam persekolahan.

Kini kemunculan buku barunya untuk santapan kita hasil garapan perkongsian tentang kunjungan dan pengalamannya ke Baitullah. Tajuknya juga mengamit rindu. Semuga Baitullah menjadi kunjungan saya jugak nanti. Saya mengucapkan tahniah buat Dr Ridz atas penerbitan buku ini. : RINDUKU PADA BAITULLAH

Meneliti kulit depan seketika di Karangkraf ...hati bagaikan mau membelinya tetapi saya masih berbelah bagi samada mau memilikinya sekarang atau membeli menerusi pesanan darinya seperti paparan DISINI.   membeli sambil beramal atau....  ??   Konfius lagii...Astafirullahal azim..

Kepada pengunjung yang dihormati..ambillah peluang bersama penulis ini . DIPETIK DARI BLOG DR RIDZWAN :
Dikesempatan ini, saya juga berhasrat untuk bertemu dengan semua termasuk silent reader blog Haji Muda di Pesta Buku PWTC seperti berikut:-

Tarikh: 30 April 2011 (Sabtu)
Masa : 11.30am- 12.45pm
Lokasi: Grup Buku KarangKraf Dewan Tun Ismail
Sila ooo sila...bersama-sama peminat dan penulis
 
Saya??...telah ditaqdirkan..ALLAH jua MAHA PERENCANA...Teringin juga nak join dengan Wanita itu aku menghadiri pelancaran buku 50 Tips Haji Prof Kamil , kemudian bertemu dengan Dr Ridz juga menyertai lain2 aturcara di penghujung pesta buku ini kali ini. Namun segalanya terpaksa diTUNDA/BATAL kerana tuntutan keluarga. Misi Balik kampung yang telah direncanakan wajar diteruskan. Apakan daya, antara kerinduan membuku pada "syurga diwajahmu " dan tuntutan semasa. Hanya ALLAH yang lebih mengetahui rasa hati ini.

 senyuman pemudahcara : terimakasih Mala.
Kemeriahan bersama di penghujung PEsta Buku ini menjadi cabaran buat saya. Muga di kesempatan yang lain, ALLAH menemukan kita dan memanjangkan usia kita untuk merasai kemanisan dalam pertemuan.  Terima kasih kepada adik2ku di Karangkraf-Alaf 21-Karya Bestari : Ti, Mala, Yati, Dira. (selamat bertugas)   



sumber rujukan :
 1. DR RIDZWAN
2. MAMAJU
3. PROF KAMIL

Friday, April 22, 2011

Pesta buku bermulaa..

KLIBF 2011 telah membuka tirainya hari ini...permulaan sebuah kembaraan mencari ilmu di gudang buku yang besaq lagi hebat. PWTC sentiasa menggamit kedatangan...Bagi menikmati keselesaan disyorkan datang di awal pagi (sekitar jam 10 pagi) dan bersantai sambil menikmati keunikan buku-buku untuk dibaca-dinilai -dibayar. Ataupun datang petang..sekitar usai Asar dapatlah mencari-cari buku dengan suasana selesa.

  Di samping itu, dipentas-pentas utama, seringkali berselang waktu ada prgram seperti pelancaran buku, bual bicara atau persembahan . Di saat ini kita berkesempatan bertemu dengan penulis-penulis tersohor atau berkongsi ilmu bersama mereka.  Ada juga program yang dianjurkan oleh syarikat2 penerbitan lain tetapi di adakan di bilik yang tertutup seperti bilik perlis, jhr,kedah,etc...Seketika ke sana,  pekalah dengan announce yang memaklumkan event dari masa ke semasa...Apa kata setelah penat menjejak buku,ke santai ilmu dan kemudian solat kemudian teruskan kembaraaan

Memang tak pernah cukup jika sehari cuma di sini.... walau bagaimanapun bergantunglah kepada individu..Mungkin anda seorang yang hebat dan bijak menggunaka ruang dan waktu yang ada. Namun tidak bagi saya....Alangkah indahnya jika saya memiliki wang besar dan pastinya destinasinya hanya disini pelaburannya..Untuk dunia dan pengisian akhirat jua.

Berbeza dari tahun lalu, tahun ini saya tak dapat melayan anak2 saudara ke sana...kesian mereka..hanya nyanyian rindu pesta buku jer. Mereka telah beralih angin ke negeri di bawah bayu...Dari chini singgahan mereka ke Felda Sahabat pulak..Apapun itu rezeki yang ditakdirkan buat mereka...Namun saya tetap akan mnghadiahkan mereka beberapa buku sebagai tanda kasih...sayang kita yang tak putus...
InsyaALLAH sebelum berakhirnya KLIBF kali ini, pastinya saya akan hadir dan hadir untuk mencari buku-buku pilihan....Semuga ALLAH memudahkan....


tertarik dgn tawaran dah..

tengOk2 la kak chiq dan own...mana berkenan kita bayaq
bila da dapat bulu..melekat la pulak..
Nadia keletihan sampai terlelap..terpaksa buat shif layan pilih buku
ada lagi booth di seberang sungai...tawaf sakan nie,,stamina mantop
Jom2 ...ada banyak lagi nak singgah
citarasa dik shahir..komik
Rasanya kat booth galeri ilmu...

kakak pun tak kalah tak cukup sebuah buku
Ini hari permulaan dan suasananya nyaman sekali
Dah beli pulun dok baca pulak..
senang hati laa shahir..da dapat buku pilihan
Ada serupa ke ? posing pulak da
tu belon adik laa abg meiy

da bangun pun..belon  tinggal batang la dik
antara koleksi yang dibawa pulang.
balance RM1 je
no komen...
hihii...dah out ofdate tpi sweetkan beg plastik ni
 Jom-jom pastinya KLIBF2011 menjanjikan lebih kemeriahan..setakat saya tahu ,jeling2 di webite dan fb..banyak jugak tawaran keatas pembelian...PTS dengan beg menariknya..dengan pembelian tertentu, Karangkraf-Karya Bestari(KB) dengan voucer menarik dan hadiah kejutan serta cabutan bertuah.. Prof Kamil akan lancarkan buku barunya menawarkan hadiah percuma dgn hanyaberdaftar di blognya dan mungkin macam2 lagi bila kita berada di sana..Apa yang penting datang dan rasailah suasananya...Sapa kata rakyat Malaysia tak suka membaca....apa yang mereka cari disini adalah sumber bacaaan...Biarpun teknologi dihujung jari tetapi kepuasan nya adalah bila helaian buku diselak sehelai demi sehelai...Indahnya buku..

Untuk anak2 saudaraku, shahmi, shahir, shahirah,nadia juga atiqah....kenangan dan kunjungan kalian bersama ke pesta buku hampir setiap tahun memberi semangat buat chu..Insya ALLAH ole2 pasti bertamu lagi di bulan JUN nanti..Terima kasih kak dan abangku...muga ALLAH mmberikan kalian keberkatan berterusan di rantauan ..Hikmahnya....saya pun dapat ke sana kan...sapa sangka...:)

p/s: jangan lupa simpan resit utk redeem income tax( masih lum waktu...esok2 kita buat) 
 Yang baik itu dari ALLAH jua diilhamkan...Wallahuaklam..

Thursday, April 14, 2011

Hari Buku Sedunia?

Tahukah bahawa pada 23April  telah dinobatkan sebagai Hari Buku Sedunia dan Hari Hakcipta oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada tahun 1995.
 
Hari Buku Sedunia diperingati setiap tanggal 23 April, tanggal tersebut merupakan tanggal wafatnya penulis William Shakespeare and Miguel de Cervantes yaitu pada tahun 1616. Tanggal 23 April juga sebagai tanggal lahir William Shakespeare pada tahun 1564. Unesco menetapkan tanggal tersebut sebagai Hari Buku Sedunia sebagai bentuk penghormatan bagi kedua tokoh tersebut yang dikategorikan sebagai penulis dunia yang berjasa dibidangnya.
 
Buku merupakan hal penting bagi kita, dengan buku kita dapat mempelajari banyak hal yang tidak kita ketahui sebelumnya. Buku memberikan pencerahan bagi siapa saja yang dapat mengeksplorasinya dengan baik sekaligus menerapkannya dalam kehidupan sehari-hari. 
 
Dunia begitu luas dan kita dapat menikmatinya lewat buku, oleh karena itu buku sering dikatakan sebagai jendela dunia. Sejarah manusia yang dituliskan kedalam buku sangat bermanfaat bagi kita, isinya merupakan pelajaran tentang kehidupan yang berguna pada masa kini. Sejarah yang ditulis dapat menjadi rahmat bagi kita, ertinya suatu peristiwa yang baik dalam sejarah harus kita ikuti, sebaliknya peristiwa yang buruk harus kita hindari. Oleh kerananya kita akan menjadi celaka bila tidak memahami rambu-rambu yang ada dalam perjalanan sejarah untuk dijadikan pelajaran pada sekarang ini. ....sumber DISINi (Terima kasih )


Opp.. yang nak dikongsikan.....KLBF2011 datang lagi...kali ni pada  tanggal 22 apr - 1 mei  2011.Tenguk betul2 ye......tarikhnya bermula hari Jumaat depan. Di tempat dan lokasi yang sama...PWTC akan diserbu lagi...Bagaimanapun kali ini mungkin lebih bertuah biarpun pada hari Jumaat terutamanya buat  kaum Adam boleh menunaikan solat jumaat di surau PWTC yang telah dinaik taraf untuk menunaikan solat jumaat. Jadi tiada alasan untuk ponteng solat kerana singgah dan datang ke sini...

Sama-sama kita amik kesempatan untuk ke sini lagi...Hari2 permulaaan adalah tempuh recce dan insyaALLAH pastu kita pakat  beli..... layan pic tahun lalu...
shahir dan shahirah modelku di kLbF2010.
Bila Atiqah dah pegang buku.... mintaaak....
 Ya ALLAH jadikan kami suka membaca, mencintai ilmu dan beramal dengannya dan menyampaikan nya untuk meneruskan kesinambungan dakwah yang  direntasi oleh Nabi Muhamamad saw  dan para sahabat...



Wednesday, April 7, 2010

di hari terakhir KLIBF 2010


Ustaz Hasrizal tengah menurunkan bukti utk kedua2 buku terbarunya..SUBHANALLAH..cantiknya tandatangan ni. Ini  betul2 hari yg terakhir bagi pesta kali nie dan yang pastinya tentulah tandatangan ini mengumbirakan buah hati saya- peminat setia ustaz. Adik sara- andai ada adik bersama, pastinya dapat bergambar dengan ustazkan.
Subhanallah, buku kezuhudan Umar Abd Aziz dan Nik Aziz menarik perhatian saya. apatah lagi baru dilancarkan. Andainya TGHA yg sepatutnya melancarkannya hadir bersama tentunya ada bukti lagi.. Dapat beg kertas tok guru dan poster pun boleh laaa.....Terimkasih kemilau

Pilihan terakhir di hari terakhir lagi meriah. Bagi booth2 yg tertentu, ada tawaran satu buku yg beli satu percuma, majalah kat geleri ilmu,6-RM10 dan mcm potongan gila2 lagi. Kalau tak pecaya kunjungilah PTS, Hidayah dan lain2. Alhamdulilah berkesempatan melayan kakak kesayangan saya mencari buku. Sebenarnya mereka baru sampai dari Kedah atas urusan lain tetapi saya terus bawa ke sini. Maafkan saya kalau kepenatan tetapi yg terpancar adalah ketidakpuasan hatinya kekangan waktu... Jgn risau tahun depan ada lagi
tuu dia lastkopek- Tafsir AlAzhar menjadi sasaran. Jilid yg didatgkan dari indon nie memg sukar ditemui dan mcm gorpis. Hanya dua penerbitan yg menjualnya sepanjang recce saya. Tetapi yang hebatnya saya mendapat harga runtuh. Terimakasih penerbitan hidayah..boleh discuss rupanya  ..Subhanallah.
ALHAMDULILLAH...inilah antara koleksi yag telah berpindah tangan . Saya merupakan pengunjung tegar pesta buku ini dan andainya saya memiliki wang berjuta, pastinya banyak lagi buku menjadi miliku...Terimakasih ALLAH kerana mmberi kesempatan dan ruang waktu untuk utk bersantap dgn penulisan dan berkongsi ilmu ini. Semuga pahala berterusan buat penulis, pencetak, penerbit dan pembaca..amin
Hati saya turut kecewa kerana tak jumpa pulak org tu disaat akhir di sana. Maklumla org sedang bekerja dan berpose utk kenangan. Yang pastinya dia gembira dengan dunianya . Teruslaaa tiey

YA ALLAH jadikanlah diriku, sahabatku, familyku dan orang2 yg dekat dengan ku mencintai ilmu dan berusaha menambah ilmu dengan apa cara sekalipun. Ilmu memantapkan minda dan ilmu juga mmbezakan kejahilan seseorang. Semuga ALLAH restui kita..