Monday, October 31, 2022

NOVEMBER

 selamat datang NOV

semoga nov  mengutip sejarah yang terindah


Friday, October 28, 2022

Surat cinta untuk diriku

Assalamualaikum wbkth

Untukmu diriku sayang

Apa khabar diriku. 
Pertamanya ku menyusun jari sepuluh memohon maaf atas kelalaianku terhadapmu selama ni. Ku jarang bersyukur dengan adanya kamu setia menemaniku selama ni.  Terima Kasih Allah atas penciptaanMU jualah ku belajar mencintai dan menghargai diri sendiri.

Duhai diri yang kusayang, 
Terima kasih bersamaku sehingga kini di usia tua. Kita bukan lagi setara mak atau makcik tetapi kini adalah nenek yang bercucu. Itulah kelazimannya di usia begini. NAMuN ku tahu, kamu juga tahu siapa daku. BANYAK rentas hidup telah kita tempuhi bersama. Tentunya ada manis, masam dan pahit. Lumrahkan... Kekadang kita gembira menangis dan bersedih bersama. Hidup perlu diteruskan.  Terima kasih memahami dan menemaniku.  


Duhai diriku yang dicintai, 
Betapa aku belajar mengukir rasa sayang dan cinta kamu. Baru kini ku disedarkan diriku perlu dihargai. Tentunya penat melayan fizikal dan mentalku. Kamu tahu kan diriku tak bisa kaku sendirian di rumah. Pasti ada sahaja langkah yang kita laksanakan. Tentu ada saja misi yang dilakukan. Ada kala jerlus di lumpur, lemas di daratan dan ada kala bagai layang-layang putus tali. Tapi daku sentiasa ingat, ini bukan ujian tapi satu cara Allah menyedarkan daku dari kelalaian sendiri.  Tak pe..hilang satu sahabat diganti 10 lagi yang lebih baik. Rezeki kita takkan surut dengan memberi dan jangan ego. 
Bukan salah emak yang mengandung. Tapi ia pilihan setelah dewasa dengan universiti kehidupan. Sudah cukupkah perjalananmu duhai diri yang dicintai?

Terima kasih diriku. 
Menemani dan merasai pedihnya luka semalam. Merawat dan menyembuh bersama. 

Berapa baiknya Allah pada kita kan. Kita dilenyet tapi kita boleh bangun semula. Tanpa perlu menunggu dan mengharap pada orang lain. 

Terima kasih diriku
Selagi roh kita belum berpisah
Setialah memandu saya ke arah kebaikan 


ainhany





Monday, October 24, 2022

Tenanglah bonda Pn Rosna

Lokasi :Masjid Al Taqwa, TTDI KL
Waktu : duha
Tarikh  :25/10/2022
disemadikan di tanah perkuburan Bukit Kiara

Sungguh, saya menyaksikan  terlalu sayang cucu-cucu kepada aruah nenek mereka.


Sekujur kaku jasad nenek di pembaringan seusai dikafankan di surong keluar ke ruang menunggu. 3 orang cucu yang menunggu menyeka airmata berkali - berkali mula menghampiri jasad tersebut. Mereka memegang  jasad yang berselimut putih ini dan membelainya dengan penuh kasih. Mencium dan mencium lagi..Ditatap wajah almarhumah nenek, dicium dan pipinya diusap. Wajah nenek seakan tenang. Wajah tua yang penyayang dari keturunan cina. Saya turut mendoakan semoga almarhumah juga diampuni dan dicucuri rahmat hingga ke syurga. 

Nenek nak pergi jauh dan akan meninggalkan cucu2 kesayangannya. Pandangan terakhir yang akan terus mengukir rasa betapa pilunya sebuah perpisahan. Menangis lah nak, kerana kita tak jumpa lagi susuk tubuh ini di rumah kerana jenazah nya  akan terus di bawa pergi selepas disolatkan nanti. 


Melihat senario kematian adalah satu muhasabah buat diri. Mengandaikan yang terkujur kaku adalah diri ini, seorang kembara kehidupan yang menumpang di sudut dunia ini. Kaku dan beku. Segalanya diserahkan kepada waris yang sudi. 

Saya menyaksikan, cucu-cucu ini seolah-olah tak melepaskan nenek mereka pergi. BELUM puas bermesra dan melayan nenek. Betapa kasih yang mendalam hubungan family ini. Mereka tahu menghargai dan menghormati nenek yang pergi tak kembali.  Bertuah nenek empunya anak dan cucu-cucu yg mengerti tanggungjawabnya. Sukar untuk mencari suasana begini kerna ramai orang sudah menswastakan tanggungjawab kepada rumah orang2 tua menguruskannnya. 

Puan Rosna, mantan Timbalan Pengarah di RTM bukan asing bagi saya. Dia seorang yang berjawatan tinggi tetapi sentiasa merendah diri dan amat pemurah. Malah melekat  panggilan namanya kak Ros berbanding Pn Rosna hingga kini. Biarpun telah lama bersara tetapi menjelang  ramadan, dia akan menghubungi saya untuk berinfaq dan bersedekah. 
Sejak dia masih dlam jawatan lagi dia suka memberi dan menyumbang. Bukan setahun tetapi dah bertahun dia akan belikan berkotak2 kurma dan kain pelikat untuk diedar kepada yang perlu. Saya bukan takat menyaksi tetapi turut menerima amanah menyampaikan sumbangan tersebut. 

Di penghujung terakhir ramadan pula beliau berikan sejumlah duit untuk saya uruskan bagi pihaknya kapada asnaf dan masjid/surau utk juadah berbuka terutama nya di malam ganjil. Saya laksanakannya sebagai satu amanah dan berharap dapat barokahnya jua. 

Fahamlah saya selama ni kak Ros dan familynya menjaga almarhumah  bondanya di rumah dengan baik. Dari tika sihat sehinggalah meninggal. Kasih sayang dan teladan yang baik menjadi didikan dari rumah bagi membentuk adab dan akhlak anak2 nya. Keikhlasan mereka menghormati nenek dapat kita nilai dengan pemerhatian kita bagaimana mereka menyayangi sekujur tubuh nenek mereka yang telah meninggal dunia.


Saya bersalaman dan mengucapkan takziah. Tak mampu saya luahkan betapa saya mengerti perasaannya tika itu. Ya bos, ya kak ros kita terpaksa melepasnya pergi walaupun dalam terpaksaan. Inilah hukum alam. ALLAH telah memberi peluang untuk kak Ros menjaga dan menunaikan kewajiban kepada emak tercinta. Ianya telah disempurna dengan jayanya. Berbahagialah bonda kerana di usia tua dia boleh menikmatinya bersama anak dan cucu-cucunya.  Semoga Allah ampuni almarhumah bonda kak ros dan menempat kan rohnya di kalangan solihin dan ditemukan semua di syurga kelak.  Al fatihah dan Al ikhlas dibaca dan dihadiahkan. 

Saya terpaksa meninggalkan masjid tersebut sebelum solat jenazah.  Ada program selawat yang perlu saya hadir dengan sahabat di Shah Alam. Hajat di hati ingin tunggu hingga selesai tetapi  kerna ada janji yang perlu dilunaskan saya terpaksa mengundur diri. 

Melihat kematian amat menginsafkan. Ada yag sempurna dalam jagaan waris malah ada juga umpama kain buruk. Malah tak diambil peduli di mana bersemadi. Rezeki kita tak sama tetapi kita sebagai manusia sentiasa di muliakan Allah. 

Marilah kita ambil iktibar.. 
Kematian datang tak kira usia dan di mana. Buktikan cinta kasih family dengan menjadi ikon keluarga yg terbaik. Paksinya agama dan keimanan yang di gilap dari hari ke hari. Semoga jannah dicari, kita temui bersama. 


Buat anak anak semua... 
Yang tua akan pergi dan yang muda akan mengganti. Inilah hukum alam yang bersifat sementara. Jauhi rasa ego dan lupa asal-usul kejadian.  Belajarlah untuk menghormati dan menyantuni yang tua  dan ambillah iktibar dari kisah kehidupan orang. Semoga yang baik baik mewarnai kita semua. 

Mohon maaf andai mengguris rasa dan menyentap ingatan pada yg pergi 
Al Fatihah. 

bagai tak puas kak ros menatapnya.


Wednesday, October 19, 2022

Bonda pergi dulu

Melihat sekujur tubuh kaku seorang bonda, berpulangnya keramat dunia yang selama ini sentiasa didambakan oleh anak-anak. Melihat redup mata sang anak, saya amat memahaminya.. bagai meronta minta ditangguhkan, belum puas ditatap dan menabur khidmat. Masih banyak yang belum sempurna bagi menghargai pengorbanan seorang ibu. Terasa bilah waktu kan disulam dan dihiasi indah dengan  trilion memory. 

Melihat keranda diusung, perpisahan kian mendekat. Jasad yang dimuliakan disantuni dengan penuh hormat, namun kali ini bonda tak mengeluh lagi. Ibu tak mengadu sakit bahkan semua derianya tak berfungsi lagi. Bacaan doa, al fatihah dan al ikhlas diucap anak berkali-kali.  "YA ALLAH ampunilah bonda kami..berikan kemuliaannya di sana dan luaskan tempat semadinya dan tempatkan dia di kalangan solihin dan sebaris dengan baginda rasul". Air mata di seka, namun tak dapat dibendung lagi...mengalirlah sederasnya membuktikan inilah cinta kita. Jasad bonda akan pergi jauh dan kita takkan dapat lagi bertemunya lagi di sini. 

Mengiringi sebuah perjalanan menuju ke ALLAH, teka teki bermain di kepala...bagaimana penghujung kita kelak. Di mana pula disemadikan dan siapakah yang akan mengirim doa dan adakah pahala yang terus mengalir??  Kematian adalah benar itulah peringatan ustaz yang membaca tahlil. Mengambil iktibar dengan kematian marilah kita menggunakan hayat yang masih berbaki untuk terus buat yang terbaik.  Berusaha membahagiakan orang yang kita sayang dan temui dan selagi ada hayat pergunakanlah masa, ilmu dan tenaga untuk ummah. Semua akan menyaksikan kita kelak.

Bagi yang masih mempunyai syurga dunia, berusahalah membahagiakan emak dan ayah kita. Ini adalah peluang keemasan dan bonus untuk meraih pahala. Hargailah mereka walau di manapun asal usul kita. Usah dipersalahkan masa kelam mereka kerana kini kita diberi cahaya. Suluhlah hati dengan ilmu dan berbakti. Ambilah iktibar dengan fenomena menyerahkan urusan menjaga emak ayah kepada pusat jagaan orang tua. Mereka tidak meminta dihantar ke situ tetapi terpaksa merelakan demi kelangsungan hidup tanpa darah daging di penghujung usia.  Kisah ini tiada kesudahannya jika tidak dilihat dengan mata hati. Semoga ALLAH bukakan pintu hati kita untuk mengakui kesilapan diri dan memaafkan kesilapan emak ayah kita. 

Buat diri yang telah tiada syurga dunia, hanya kenangan dan rindu yang tak berkesudahan. Membuat yang terbaik dengan menghulurkan doa dan pahala harian. Sejujurnya memang tak sama tetapi perlu dipaksa diri ini untuk buat kebaikan dan dihadiahkan pahala kepada mereka. Maafkan kami anak yang sering alpa...

Mengambil iktibar selepas menziarahi kematian Bonda Puan Putri Joliana. Saya menyaksikan ramai yang menziarahi dan turut bersolat jenazah dan mengiringi hingga ke tanah perkuburan. Semoga ALLAH ampuni almarhumah bonda dan rahmatinya dan tempatkan dikalangan solihin. Salam takziah utk puan Putri dan seluruh familynya. 

(Dua orang daripada adik beradik puan Putri iaitu kakaknya (aruah) dan Adiknya  En. Meor pernah menjadi pensyarah ketika saya belajar di UTMKL Space) alhamdulillah dan terima kasih. Saya dapat turut serta solat jenazah untuk almarhumah bonda mereka. 

antara yang menziarahi ( foto sumber grop masjid)

     
solat mayat disempurnakan usai solat zuhur

19/10/2022, Rabu
Bandar Country Homes

zaman kan berubah



             

Suatu hari nanti kita akan senyum  

hikmah yang bakal Allah tunjukkan.

Percaya pada Allah.


Foto:  Mabul

Thursday, October 6, 2022

BTP dalam kenangan


Semalam adalah pengalaman
KINI Menjadi sejarah untuk di kenang
Anak rantau mencari rezki
Berhijrah atas restu family

Dari jalan Ampang ke Bukit Kiara
Kita redah, 
Kita hadap


TV Pendidikan, 
Radio Pendidikan, 
Satu medium penyampai maklumat, 
Membantu guru dan murid mencapai matlamat

Belakang tabir disingkap
Ada kudrat yang mengadap
Bersengkang mata
Kerna target dan produksi
bahan perlu disiar


Monday, October 3, 2022

Ustaz Hj Soleh Ibrahim #2

Antara guru beliau di Mesir Almarhum Sheikh Ahmad Musallam, Ahli Majlis Fatawa Mesir. Selepas kematian Almarhum Sheikh Muthiee, 
Semasa di Asrama Melayu Abbasiah beliau berkhidmat membantu rakannya di kantin, disamping mengadakan kuliah di Surau Asrama, beliau tetap akan menjalankan kuliah pengajian walaupun dihadiri oleh seorang dua shja, jika pelajarnya tidak turun ke surau beliau akan ke bilik mereka menjemput utk hadiri kuliah.
Beliau juga membantu Almarhum Dr Abd Aziz Hanafi utk menyiapkan tesis Phd. 

Semasa beliau mengajar di Madrasah Nahdzah, jika pelajar membuat sesuatu majlis dan disediakan makanan beliau hanya hadir utk meraikan majlis tetapi tidak akan menjamah makanan yg dihidangkan. Kami pernah bertanya  dan beliau memberi jawapan yg menyentuh perasaan kami. 
Kata beliau :" kamu pelajar guna duit ibu ayah utk jamu Ustaz, sedangkan ibu ayah kamu bg duit utk kamu belajar, kami ustaz cikgu dah ada gaji yg mencukupi, terima kasih lah." 
Ustaz terus ke kantin dan mkn di sana. Antara lauk yg disukai Ustaz ialah sotong bersaiz besar, samada masak apa pun beliau akan mkn dan bungkus utk dibawa balik rumah. 

اللهم بارك له وارزقه الصحة والعافية والمعافات الدائمة في الدين والدنيا والآخرة


Haji Soleh Bin Haji Ibrahim #1

Tuan Guru Ustaz Haji Soleh Bin Haji Ibrahim ( 1952 - Kini )

Tuan Guru Ustaz Haji Muhammad Soleh @ Ismail Bin Haji Ibrahim dilahirkan di Sala, Yan, Kedah pada tahun 1952. Beliau juga dikenali dengan panggilan Ustaz Soleh Comei.

Pendidikannya bermula di Pondok Bukit Besar dibawah didikan Tuan Guru Haji Osman Bin Haji Yunus selama beberapa tahun dan kemudian menyambung pelajarannya ke India, berguru dengan Syeikh Muhammad Zakariya al-Kandahlawi dalam bidang Hadis.

Sekitar tahun 80an beliau melanjutkan pendidikannya ke Mesir. Sepanjang beliau belajar di Mesir, Tuan Guru menjadi tenaga pengajar kepada pelajar-pelajar Melayu di sana dalam pelbagai ilmu. Terdapat juga pelajar yang ingin membuat tesis PHD mengikuti pengajaran beliau secara khusus.

Kuliah beliau banyak dihadiri pelajar-pelajar Malaysia dan Patani di pelbagai peringkat samaada yg baru datang atau yang telah lama tinggal di Mesir.

Tuan Guru Ustaz Haji Soleh seorang yang cukup susah dan miskin waktu belajar namun berjaya mencapai kejayaan dalam ilmu. Apa sahaja ilmu, boleh dikatakan beliau mampu mengajar. Beliau menjadi rujukan asatizah dan qadhi, khusus dalam Feqah. Beliau berkahwin dalam usia 40 tahun. 

Selepas pulang ke tanah air, beliau berkhidmat sebagai guru mengajar di Sekolah Menengah Agama an-Nahdzah yang dulunya adalah pondok yang pernah belajar, Pondok Bukit Besar.

Tuan Guru Ustaz Haji Soleh boleh menguasai lebih dari 10 jenis bahasa termasuk Arab, Urdu dan Thai.
Beliau kini tinggal di Kampung Paya Kelubi, mukim Ayer Putih, Pendang, Kedah.

Moga Allah Taala mengurniakan kesihatan yang baik kepada Tuan Guru. Amin

terima kasih  : Ustaz Syuk Rye & Ustaz Hafiz Fandani