Showing posts with label exam. Show all posts
Showing posts with label exam. Show all posts

Tuesday, March 23, 2021

SPM 2020

 Selamat menghadapi SPM 2020

Tahun 2020 yang mencabar stamina dan minda. Tapi tak melunturkan semangat yang ada kerna diyakini mereka telah dipasak rapi.  Wabak C19 yang melanda dunia telah merubah situasi dan kondisi pembelajaran semasa sekolah dan negara.

Selamat menghadapi SPM buat Mohammad Shahir. insya ALLAH berkat usaha dan doa pasti membuahkan hasil dan mampu menjawab dengan tenang. InsyaALLAH. Anggaplah ini satu cabaran kerana semua sedia maklum apa yang telah berlaaku di 2020.

pastinya 2021 adalah kesinambungan  dan kejayaan mengiringi adik Shahir dan rakan-rakannya. Kami hanya mampu melihat dari jauh kerna prosedur KISAS amat ketat bagi mempastikan tahap keselamatan dan kesihatan pelajarnya. Kita akur. Pihak seolah telah berusaha membuat yang terbaik  dan ALLAH tentu memberi petunjukNYA.

Terima kasih semua guru-guru dan sekolah yang telah membantu anak anak SPM 2020  pada tahun ini. 

Monday, September 24, 2018

UPSR 2018_ain & wawa

mhn restu @2018

Assalamualaikum tok dan wan yang dikasihi.

Apa khabar tok dan wan ? Ain dah hadiahkan AL FATIHAH dan AL IKHLAS untuk tok dan wan tadi.  Ain mendoakan muga dicucuri rahmat dan di ampuni  ALLAH  atas segala dosa tok dan wan. Ain mohon maaf, lama juga tak datang ziarah di sini. Ain harap tok dan wan maafkan ain ye.


Dulu masa wan tinggalkan ain, usia ain baru 2 tahun dan seingat ain wan tak pernah marah ain. Wan riba ain dan bagi duit raya. Terima kasih wan...walaupun tak lama bersama tapi ain ingat wan seorang yang baik dan sayangkan cucu.

Tok..terima kasih tok. Dah 5 tahun ain tak dengar tok panggil ain. Jika dulu, ain sering didahulukan dan tok suka melayan ain.. Kalau lapar, tok suapkan dan tidor tok yang sorongkan bantal. Masa tok berpindah ke alam kubur, ain dah 7 tahun. Tapi ain tak pandai baca AQ lagi..Bila semua dok depan jasad tok yang kaku, mereka bacakan yasin dan ain pun amik juga buku yasin tu dan ikut depa baca. Alhmdulillah ain duduk kt tepi kaki tok masa tu. Kak Huda ikatkan tudung ain dan ain pun duduk bertimpuh bersama sehingga selesai.

tok dan wan.
Hari ini 24/9/2018, ain akan hadapi peperiksaan UPSR. Ain mai sini nak habaq kat tok dan wan.
Ain harap tok dan wan juga turut doakan ain dapat jawap peperiksaan UPSR 2018 ini dengan mudah. Ain dah usaha di rumah dan tuisyen yang dianjurkan oleh sekolah. Ain harap peperiksaan ini tak susah dan doa daripada family  mengiringi. Doakan kejayaan ain. Terima kasih tok dan wan, Ain sayang tok dan wan dan rinduu..   Ain balik dulu . nanti datang lagi


Ain nak ucapkan juga  terima kasih kepada guru2 SRI Islah yang telah mengajar dan mendidik ain selama ini. Dah 6 tahun ain belajar di sini dan ini merupakan tahun akhir ain di sekolah rendah. Semuga Ain berjaya mengharumkan nama sekolah dan mencipta rekod kecemerlang untuk diri dan sekolah.

2012
Tambahan :

TERIMA KASIH Ain kerana berkongsi saat yang tegang bersama. Insya ALLAH ,berkat usaha dan disiplin diri sebagai pelajar dan hamba pastinya ALLAH memberi kejayaan buatmu. Semuga ALLAH berikan ketenangan untuk menjawap peperiksaan ini dan dipermudahkan segala urusan sepanjang minggu exam.

Tidak dilupakan didoakan kejayaan juga mengiringi cucunda saya wawa yang turut mengambil UPSR 2018.  Good luck Ain dan Wawa. kami mendoakan semuga kalian dpat menghadapinya dengan tenang dan jayanya...Ini satu permulaaan ..jangan takut...jgan gentar..penanya pedang dan minda yang sihat...

Semoga berjaya anaksaudaraku Ain dan cucundaku Wawa.

24/9/2018

Thursday, November 16, 2017

spm 2017

pejam celik pejam celik  SPM dah menghampiri garis penamatnya.
Ini bererti selesai sudah segala ilmu yang ditimba selama 2 tahun sebelum ini .
Kali ni dua anak saudaraku juga seorang cucu saudara diantara ribuan calon SPM 2017
Mudahan ini memberi erti buat mereka .

Kajayaaan esok bermula hari ini
Andai hari ini disiakan
Esok pasti kelam dengan harapan yang suram
Pastikan hari ini untuk berusaha
Muga besok ada jayanya

muga suksess
aisya
shahira
harith

cu turut mendoakan kejayaaan buat kalian. Semuga ALLAH mencatat usaha ikhitiar dan doa kalian bagi menghasilkan tawakal berterusan.

Monday, October 3, 2011

Selamat Menghadapi PMR 2011

Hari ini permulaaan segala keringat ilmu yang disemai selama 3 tahun di sekolah menengah akan dialirkan ke atas sebuah kalam bernama peperiksaan. Semuga semaian akan membuahkan hasil tuaian yang bukan sahaja "menjadi' tetapi akan memartabatkan diri dan agama.

BUAT anak saudaraku sayang :
-->IRFAN BIN ABD NASIR 
-->AHMAD HUSAINI BIN HJ SOLEH
Selamat Menghadapi PMR 2011...Buatkan yang terbaik dan mulakan dengan doa. Pohoni restu dan redza dari ibu bapa dan pohon maaf sertan halal daripada guru-guru yang mendidikmu. Mudahan kalian dapat melaksanakan misi ini dengan baik dan memperolehi kejayaan.  InsyaALLAH dari kejauhan cu mendoakan kejayaan anak2 semua dan sentiasa memberi semangat dgn mendoakan anak2 kesayangan cu.  INSYA ALLAH "manjadda wajadda"

Juga buat semua anak-anak yang turut mengambil PMR kali ini..Selamat mengahdapi peperiksaan PMR..Buat yang terbaik, jaga kesihatan dan tenang dalam dewan peperiksaan..mulakan dengan bismillah......Ini adalah permulaaan untuk kejayaaan yang lebih cemerlang...Untuk ibu2 semua...Teruskan mendoakan mereka ku khususkan buat kak Robizan, kak Ina, Kak Zakie ...muga anak2 kakak2 ku ini beroleh kecemerlangan. Ucu juga sayang dan mendoakan kalian.

Terima kasih cikgu dan pihak sekolah yang telah mmberi sokongan dan peluang ilmu buat generasi ini. Mudahan restu guru mengiringi mereka...Amin

Sunday, September 11, 2011

memburu UPSR 2011

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Bangunlah duhai anak-anakku
Ayuh langkah ke medan juang 
Ledakan sasaran 
Bediklah dengan tepat
Berbekal ilmu dan kepakaran
Buktikan keupayaan

Nadi perwira terus digengam


SELAMAT BERJUANG -Nur syuhaida,Abdul Rahman Adam, Amira.
Pentas UPSR  kali ini mempetaruhkan dua anak saudara ,dan satu cucu saudara saya dari 3 negeri(PNG, JB,KDH) yang berbeza, Sama-samalah kita mendoakan mudahan mereka dapat buat yang terbaik dan berjaya dunia dan akhirat. Ini hanya permulaan dalam menentukan tahap pencapaian mereka selama ini...
Tak terkecuali juga ucu ucapkan kepada anakanda  ( yang saya anggap sebahagian dari saudara juga)   Amin Nordin, Ikmal Abdul Rahman dan semua anak-anak UPSR yang sedang menghadapi nya bermula hari ni. Semuga semakin gemilang prestasi pendidikan negara kita. 

Jadikan UPSR 2011 sebagai pemangkin, memartabatkan ilmu dalam perjuangan dan memerdekakan ummah dlm kemelut sejarah yang berterusan. Jadikan ilmu sebagai sandaran, agama sebagai panduan dan doa ibu ayah sebagai  iringan restu yang berterusan.

Terima kasih cikgu2 yang telah memberikan ilmu dan sama2 membimbing anak2 menghadapi UPSR 2011.
Mudahan berkat ilmu dicurahkan, prestasi keputusan memberansangkan dan anak2 terus berjaya dengan pencapaian ayang terbaik dan hebat.

Monday, September 20, 2010

UPSR 2010

UPSR datang lagi....
Perjuangan anak-anak saudara saya pun akan bermula mulai 21-23 September ini.. Ayuh  dengan langkah kanan dan redza restu ibu ayah...langkahlah dengan semangat anak lelaki yang akan berjuang utk satu pertarungan yg hebat. Jika selama ini, komitmen guru dan pengorbanan mereka memperuntukan waktu, masa dan tenaga untuk menyalur dan memberikan ilmu....kini buktikan jasa yang telah guru-guru berikan. Berbanggalah menjadi anak2 murid mereka  dan mohonlah restu dan halal mereka juga..

Selamat Menghadapi UPSR dan Selamat Maju Jaya buat:  
Ibrahim dari SR Islah, Pendang
Shahmi di SK Chini, Phg
Zaid di SK  Tasek Mutiara, PP
Imad di SK kt Kota Damansara , KL

Baca dengan teliti dan jawab elok2..Insya ALLAH kejayaan pasti mngiringi buat org yg telah berusaha. Kepada kakak2 ( kak siti khadijah, k na,k.wan, kak aya )dan abang2 saya ( abang Nasir, a.zul, a.ibrahim dan a. Soleh) teruskan  berdoa, solat hajat dan bacaan yasin semuga anak2 ini dapat menjawab soalan dengan tepat.  Walaupun ini hanya satu peperiksaan yang kecil anggaplah besar dalam family kerana bermula yang kecil inilah akan menjadi lebih cemerlang dan gemilang kelak..Segalanya bermula di rumah dan segalanya bermula dari sokongan family...

SELAMAT MENGHADAPI UPSR
Capaian Target 5A@ terbaik buat diri, family, sekolah dan daerah...
Anda BOLEH jika NAK dan katakan SAYA BOLEH!!!!
Zaid, Ibrahim, Imad dan Shami BOLEHHHHHH!
Doakan kejayaan anak2 kita dan bangsa kita..

Tuesday, November 17, 2009

SPM sudah datang

" Baca elok2. Fahamkan soalan dan jawab dengan tenang. Anakanda Fatiyah boleh buat dengan yakin bantuan ALLAH pasti  datang untuk org yng berusaha. Ingat macamna kak Madihah boleh berjaya, anakanda fatiyah jugak boleh dan semuga kali ini kakak berjaya menjadi contoh buat family."

esok bermula SPM 2009 utk anak saudara saya Fathiyah Awanis Ibrahim. Hmm.... bermulaa lah fasa permulaan utk pertarungan satu lawan satu dalam medan peperiksaan nanti. Dengan kalam bismillah dan reda ibu ayah langkahkan kakimu persis seorang mujahaddah. Jangan takut mencipta kejayaan dan benteng lah ia dengan perisai kalis peluru semuga apa yg terbuku di memory dapat di manipulasi menjadi satu jawapan yng terbaik. Alangkah bertuahnya "nisa"' yang hadir mewarnai hidupmu. Seindah  warna pelangi seusai hujan, begitulah hendaknya hidupmu dengan keceriaan.
Semuga anakanda fathiyah berjaya menempuh  SPM 2009 dengan selamat, sihat dan berjaya. 
GOOD LUCK KAKAK .....Dgn Kalimah Bismillahirahmanirahim.........selamt berjuang

Tuesday, September 8, 2009

upsr dah mula...





SELAMAT MENGHADAPI UPSR 2009
khas buat
NUR FATIN ATIQAH
FAIRUZ HAZWANI @ kakak
FAIRUZ SHAZWANI @ adik)

Semuga beroleh kejayaan!
mohonlah restu ALLAH dan restu AYAH dan IBU@UMI. Buktikan BOLEH cipta kejayaan!!


HARI NI dan TAHUN INI, hari pertama untuk 3 org anak saudara saya menghadapinya…

Seperti kelaziman, pesanan dan doa saya iringi semuga mereka dapat melaksanakan misi dengan jaya dan sempurna. Jawab dengan tenang dan yakinlah ALLAH bantu org2 yang ingat ALLAH baik tika senang maupun sukar...........Semuga anak2 ku ini membesar dan menjadi anak2 yang mentaati ALLAH dan IBU BAPA dan berjaya di DUNIA dan AKHIRAT........Amin