Wednesday, July 1, 2026

Bila sahabat pulang dulu

Pada Isnin, 29/6/2026, katil 12, PPUM 

Dirimu masih ada, namun tak mampu senyum seperti biasa, bahkan tak menyapa kehadiranku. Kan memerlukan bekalan Oksigen bagi membantu pernafasanmu. Bila ku rapat ke telingamu dan membisik kalimah Allah juga  mengusap  lembut kepalamu.. . Ku perhatikan ada isyarat tindak balas dan air matamu bertakung.. maafi saya kak Non , akk takde salah pun dengan saya, bahkan saya amat menghargai segala kebaikanmu. Terima kasih kak Zainon yg lebih mesra memanggilku dik ani 😘 


30 Jun 2026, Selasa, pada jam 920 am di PPUM

Innalillahi wainnailaihi rojiun

Al fatihah buat almarhumah Kak Zainon..

Hari ni Allah memanggilmu dulu. Pergimu dengan tenang, direstui suami dan disaksi anak2mu...Terangkat sudah sakitmu , terampun jua dosamu kak Zainon, Ramai sahabat rakan taulan juga sanak saudara yang turut serta menziarahimu sejak dihospital lagi. Hari ini mereka memenuhi ruang solat Surau An Najah, Taman Kinrara bagi memberikan pernghormatan terakhir kapadamu. Seusai solat zohor, jemaah turut solat jenazah.  alhamdulillah ramai kak yang turut serta solat .

Ini membuktikan bahawa almarhumah seorang yang baik dan disenangi ramai. Ramai yang terharu kerana tada khabar berita tentang kesakitanmu. Wajah mu yang sentiasa ceria dan menyapa bahkan melayan dengan baik menambah rasa yang kebaikan yang di tinggalkan adalah satu memori terindah bersama. Selamat jalan kak zainon. Allah pasti merahmatimu dan membalas pahala atas kebaikan mu selama ini. 

Ku tatap sekali lagi no. teleponmu yg menyimpul ayat... "Mak pergi dengan tenang pada 9.20am." Terima kasih yana, putri bungsu almarhumah kak zainon yang setia menemani emaknya sepanjang mendapat rawatan di PPUM.. Anak ini yang akan update perkembangan kesihatan emaknya menggunakan no telefon emaknya. Sungguh bijak tindakan anakanda ni. Melepaskan insan tersayang adalah satu yang amat berat tapi kita perlu menerima qada dan qadar Allah. Caturan Allah Maha Tepat. 

Kak Zainon, mantan juruteknik yang mahir mengendalikan mesin VTR utk TV Pendidikan satu ketika dulu. Beliau bertugas di RTM untuk BTP. Kemudian beliau kembali bertugas ke BTP di unit Studio 1 TVP. Jiwa RTM yang  telah sebati, beliau mohon bertukar semua ke RTM di unit KDI sehinggalah bersara pilihan diusia 56 tahun. Namun  ikatan kemesraan dan ukhuwah yang terjalin tetap bersimpul mati.

Sedih , sebak, pilunya  bila sahabat yang pernah kita bertegur sapa tiba-tiba tinggal nama je dalam doa.  

Almarhumah Zainon binti Awang. 


Ku sedar, ...  Mati itu benar. Bukan cerita orang. Tapi belajar dengan hukum alam.  Kita semua sebenarnya sedang beratur menunggu giliran dijemput pulang.  Almarhum Kak Zainon dah masuk dulu bersama di sana  juga mak, ayah, kakak dan ramai lagi  . Giliran kita, entah bila?????. 

Duhai almarhumah Kak Zainon, kalau ada salah silapku dengan mu, maafkan. Atas segala kebaikkan mu, jadikan ia saham akhiratmu.  

Selamat jalan kak, Pergi lah dengan tenang,  Duhai kakak jua sahabat. 


Ya Allah...  

Ampunkan dosa almarhumah Zainon binti Awang.  Luaskan kuburnya, terangkan kuburnya. Tempatkan arwah dalam kalangan orang-orang yang beriman.  Kumpulkan kami semula dalam syurgaMu nanti. 

Al fatihah 

Aamiin Ya Rabbal Alamin.


Dan untuk diri kita yang masih ada:  Selagi bernafas, banyakkan maaf. Banyakkan doa.  Sebab kita pun sedang menuju ke tempat yang sama destinasi terakhir kita .


catatan : 30/6/2026 @ 303am