Friday, May 4, 2012

Hari Ibu 2012

Kepada yang masih lagi tidak tahu, tarikh hari ibu berbeza mengikut negara dan tahun. Sambutan hari ibu pada tahun ini adalah seperti berikut:



13 Mei 2012 (atau lebih tepat lagi.. adalah pada Ahad minggu kedua dalam bulan Mei)
bagi negara MALAYSIA, Anguilla, Aruba, Australia, Austria, Bahamas, Bangladesh, Barbados, Belgium, Belize, Bermuda, Bonaire, Brazil, Brunei, Bulgaria, Canada, Chile, China, Colombia, Croatia, Cuba, Curaçao, Cyprus, Czech Republic, Denmark, Ecuador, Estonia, Finland, Germany, Ghana, Greece, Grenada, Honduras, Hong Kong, Iceland, India, Italy, Jamaica, Japan, Latvia, Malta, Myanmar, The Netherlands, New Zealand, Pakistan, Peru, Philippines, Puerto Rico, Singapore, Slovakia, South Africa, St. Lucia, Saint Vincent and the Grenadines, Suriname, Switzerland, Taiwan, Trinidad and Tobago, Turkey, Ukraine, United States, Uruguay, Venezuela, Zimbabwe

6 Mei 2012 (Ahad pertama dalam bulan Mei) bagi negara Hungary, Lithuania, Portugal, Spain
tarikh hari ibu
27 Mei 2012 (Ahad terakhir dalam bulan Mei) bagi negara Algeria, Dominican Republic, France,Haiti, Mauritius, Morocco, Sweden, Tunisia.
22 Mac 2011 bagi negara Ireland, Nigeria, United Kingdom
12 Ogos 2012 bagi negara Thailand yang juga merupakan tarikh lahir Queen Sirikit
22 Disember 2012 di Indonesia

SETIAP HARI ADALAH  HARI IBU...TERIMA KASIH IBU...
Lakukan dan berikan kejutan untuk ibu dengan cara masing2....meraikan mereka biarpun ini hanya sebagai tarikh atau  benchmark untuk kita ungkit semula kisahnya..tentang ibu dan siapa kita tanpa ibu....

" Semuga ibuku sihat sejahtera dan bahagia dengan limpah rahmat ALLAH, diberkati amalnya dan dipelihara ALLAH, Boleh terus menyejukan hati ini dan melimpahkan kasih sayangnya buat kami dan mendoakan kami, anak-anakmu yang 11 orang ni..Terima kasih mak...HJH CHE PUTEH DAUD ." Sayang mak...ditelapak kakimulah  syurga kami..restui dan redzalah perjalanan kami..." Amin


Firman ALLAH , " Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Hah", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). "  [ Al-Isra’: 23]

4 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Ain

moga Hjh Che Puteh sihat senantiasa supaya dapat beramal dgn sempurna

Ummi Humaira said...

assalamualaikum....

apa khabar , lama tak berkunjung ke tratak kengkawan...

selamat hari ibu kepada semua insan yg bergelar ibu...

ainhany said...

Waalaikumusalam Tn Hj,

Amin, Amin, Amin
Terima kasih mndoakan ibunda saya.
Muga semua ibu2 dicintai akan terus dihargai...:)

ainhany said...

waalikumusalam chaq,

masyaallah lama kita tak berhubung,,,ain mhn maaf...no tepon dah hilang gara2 tepon rosak...:(

muga2 ummi juga bahagia disamaping family dan selamat hari itu to chaq.
trimakasih