Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Thursday, April 23, 2026

cari petunjuk

apabila kau kelu

laluan mana perlu diredah

lorong mana perlu digerakkan

langkah mana perlu didahului


kembalilah 

bertanyalah kepada yang MEMILIKI

mohon PETUNJUKNYA

arahnya masih jauh

tapi ada jalannya

selamat sentiasa



laluan

bukan senang masuk syurga sehingga diuji hingga jatuh

tapi pertolongan ALLAH amat hampir kepada mereka dikala berdoa


bersabarlah  



Sunday, November 16, 2025

Tahniah Cucu Dr Amira

                                                  

Bukan mudah tapi BOLEH jika berani dan bersemangat segalanya boleh dilakukan. Dari alam persekolahan lagi dia telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang.

Dari SKP ke sekolah model khas dan seterusnya ke MRSM Pendang dan kemudian di SMKP beliau menimba ilmu. Alhamdulillah berkat usaha dan pencapaian baik dalam peperiksaan SPM telah melayakkan beliau meneruskan pengajian di Kolej Mara Banting.

Langkah demi langkah dia jejaki.
Kemudian beliau melangkah ke menara gading UNIKL sehingga berjaya mengenggam sekeping ijazah. Nilai tertinggi ketika belajar adalah kejayaan dan berjaya membahagiakan family. 

Tahniah  Anis Amira, cuchu  nombor dua family besar saya. ALHAMDULILLAH. Jika dulu gelaran doktor jadi cita-citanya kini jawatan doktor adalah profesionnya. Tahniah Dr Anis Amira. 
Kami hanya menyaksikan jerit payah dan kesukaran ditempuhi sebelum dirimu berjaya kini. Sekalung Tahniah anakanda Mariani sekeluarga.  

Tahniah UNIKL yg berjaya melahirkan para ilmuan dan graduan yg hebat untuk membantu masyarakat. YA ALLAH bantulah para pemegang amanah menunaikan tugas demi agama negara dan bangsa.

Sunday, November 2, 2025

cipta masa

❝ _ Jangan tunggu masa yang sesuai untuk berubah tetapi ciptalah masa yang sesuai sekarang untuk berubah sebelum terlambat._ ❞




╰┈➤ ainhany

Saturday, August 2, 2025

Setenang air kolam




 

terkadang
perlu sadar
antara fantasi atau realiti

yakinlah
di mana pun
kita tetap ada dan bertanggungjawab 

time to healing

Wednesday, December 25, 2024

Rule of life

Usah terlampau baik dengan orang sebab tak semua orang sama macam kita.
Tak semua akan buat baik dekat kita. Ada juga yang akan ambil kesempatan dengan kebaikan kita . 

Just be neutral okay. If they don't like you , just ignore. you don't have to be someone else .




Thursday, November 21, 2024

Sahabat

Sahabat yang baik adalah orang yang kita percayai dan membuat kita tenang apabila bersamanya. Dia menjadi tempat kita berkongsi kebahagiaan, keluhan dan juga kesedihan. 

Sahabat memang bukan matahari yang boleh menerangi dunia ini, tetapi sahabat adalah sinar kecil yang boleh menerangi hati kita. 

Persahabatan yang indah membawa kepada persahabatan yang jujur.
Hargai sebuah persahabatan. Dengan persahabatan hidup kita menjadi sempurna




Monday, July 1, 2024

Amalan di awal Pagi

🌹🌹

*بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَحِيْم*
*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
*۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيّدِنَا مُحَمَّدٍ۞*
.
Sudahkah kita bersyukur pagi ini?
.
Jom kita bersyukur dulu.
.
Allahumma Ya Syakur 
Alhamdulillah aku masih lagi bernafas pagi ini
Alhamdulillah jantung aku masih berdegup lagi pagi ini
Alhamdulillah atas segala nikmat yang Engkau beri Ya Allah.
.
Banyakkan bersyukur dan berzikir, pasti Allah akan tambah nikmat
😉

Selamat pagi buat semua sahabat Syurga💕

💚Ajoomm sama-sama niat pagi ni .. 💚 

*NIAT*
Sahaja aku beribadah, bekerja, berniaga, mengurus rumah tangga dan melakukan segala kebaikan hanya kerana Allah Taala. Jadikanlah lisanku, perbuatanku mengerjakan kebajikan setiap saat dan kurniakan pahala serta rezeki melimpah ruah lagi banyak buat kami. tutupi aib kami dan selamatkan kami dunia akhirat.

Jom sedekahkan Alfatihah buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga baginda, sahabat baginda, buat diri sendiri, suami, anak2, ibu bapa, ibu bapa mertua, adk beradik, adik beradik ipar, sanak saudara, jiran tetangga, 'alim ulamak, guru-guru, sahabat handai, prospek2, customer2 dan semua kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia khususnya buat saudara kita yang berada di Palestin. 
Al-fatihah:
*بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم*
*ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞* *ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞*
*مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞*إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞* *ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞* *صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞* *غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين*

Kemudian amalkan:-

1) *Sedekah Subuh*. (*Berinfaqlah walau dengan 1 Ringgit*)

2)
*اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا طَيِّبًا وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً*
Allahumma inni as aluka ‘ilman naafi’aa wa rizqan toyyibaa wa ‘amalan mutaqabbalaa

“Ya Allah, sungguh aku memohon kepadaMu ilmu yang manfaat, rezeki yang baik dan amal yang diterima.”
(HR. Ibnu As-Sunni dan Ibnu Majah)

3)
*جَزَى اللهُ عَنَّا سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَا هُوَ أَهْلُهُ*
Jazallahu ‘anna sayyidana muhammadan shallallahu a’laihi wa sallama ma huwa ahluh (*3 kali*)

Ertinya: “Semoga Allah memberikan balasan. kebaikan kepada pemimpin kita Nabi Muhammad ﷺ

Barang siapa bacanya 70 Malaikat "penat" tulis ganjaran untuknya selama 1000 pagi(maknanya terlampau besar ganjarannya di sisi Allah...Hadith riwayat Ibnu Abbas Rodiyallahu Anhuma dan Imam Tabrani. 

4) 
*اِنَّا فَتَحۡنَا لَكَ فَتۡحًا مُّبِيۡنًا*

Innaa fatahnaa laka Fathan Mubiinaa (*11 kali*)

Ertinya: “Sungguh, Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata.”

5)
*سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ، سُبْحَانَ اللَّهِ العَظِيم*

Subhanallah Wa Bihamdihi Subhanallahil Adzim” (*100 kali*)

Ertinya: "Maha suci Allah dengan segala kepujian, maha suci Allah yang maha agung"

6) 
*لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ*

“Lailaha illa Anta subhanaka inni kuntu minadhdhalimin” (*100 kali*)

Ertinya : "Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim."  

7)  
*لَا إِلَـهَ إِلَّا اللهُ الْمَـلِكُ الْحَـقُّ الْمُبِـيْنُ*

La ilaha illallah al malikul haqqul mubin (*100 kali*)

 Ertinya: "Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan yang Maha Benar dan Nyata". 

Dikatakan dari Sahabat Ali ra beliau mendengar Rasulullah saw bersabda, "Aku mendengar Jibril berkata. 'Wahai Muhammad, siapapun umatmu yang mengucapkan kalimat Laa ilaha illallah, al-malikul haqqul mubin (Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan yang Maha Benar dan Nyata) sebanyak 100 kali setiap hari, maka kalimat itu akan menjadi pelindungnya dari kefakiran, penghiburnya dari sepinya kubur, penyebab datangnya kekayaan dan pengetuk pintu surga." (HR. Dailimi)

8) 
*حَسْبِيَ اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ*

Hasbiyallahu la ilaha illa Hu, A ‘alayhi tawakkaltu wa Huwa Rabbul ‘Arshil 'Azim (*7 kali*)

Ertinya : "Cukuplah Allah bagiku, tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Dia, kepadaNya lah aku bertawakal, dan Dialah Tuhan yang memiliki Arasy yang besar."

"Barangsiapa membaca doa ni 7 kali pagi dan 7 kali malam, maka Allah akan mencukupinya dalam urusan dunia dan akhirat." (HR Abu Daud)

9) 
 *بِسْمِ اللَّهِ الَّذِیْ لَا یَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَیْ ءٌ فِیْ الْاَرْضِ وَلَا فِی السَّمَآءِ وَھُوَ السَّمِیْعُ الْعَلِیْمُ*

bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama'ie wa huas sami'ul 'alim

Hadis:

*رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ*

Rasulullah SAW didengari berkata sesiapa yang berdoa, "Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."sebanyak tiga (3) kali, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika waktu subuh sebanyak tiga (3) kali, dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya (Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan Ahmad)

10) Seawal pagi, samada sebelum atau sebaik sahaja solat Subuh.. 
*اللّهُـمَّ يابارِكْ*
Allahumma, Ya Bariq (*40 kali*)

Ertinya: “Yang Maha. Merancang”, iaitu Allah Yang Maha Mengurus, Allah Yang Maha Mentadbir, Allah Yang Maha Mengatur."
.
11) Tutup dengan doa;
.
*Ya Allah, aku serahkan hidupku, anak-anakku, suamiku dan seluruh kehidupanku untuk diaturkan oleh-Mu Ya Allah, untuk diuruskan oleh-Mu Ya Allah* 

*Aamin Ya Allah Ya Mujib* 🤲

Saturday, June 29, 2024

Menghargai dan dihargai

Moga dapat pengajaran dari kisah ini. 

Seorang bapa berkata kepada anaknya:
"Kamu lulus peperiksaan dengan kepujian, ini adalah kereta yang ayah beli bertahun-tahun yang lalu. Ayah sayang dan simpan untuk hadiahkan kepada kamu"

Si anak melihat kereta yang agak lusuh dan terbiar lama di garaj usang.

"Tetapi sebelum ayah berikan kepada kamu, bawalah ke kedai menjual kereta terpakai dan beritahu mereka bahawa kamu ingin menjualnya dan lihat berapakah nilai yang akan mereka tawarkan kepada kamu."

Anak lelaki itu pergi ke kedai kereta terpakai dan kembali kepada bapanya dan berkata:

"Mereka menawarkan saya 5000 kerana kereta itu tidak terjaga dan kelihatan sangat usang."

Si bapa berkata, "Cuba bawa ke kedai yang boleh di gadai."

Anak lelaki itu pergi ke kedai gadai. Kembali kepada bapanya dan berkata:

"Kedai itu menawarkan 500 saja kerana ia adalah sebuah kereta yang sangat tua."

Kemudian Si bapa meminta anaknya pergi ke sebuah kelab kereta dan menunjukkan kepada mereka kereta itu.

Anak lelaki itu membawa kereta itu ke kelab, kembali dan memberitahu bapanya:

“Beberapa orang di kelab itu menawarkan 100,000 untuknya kerana ia adalah Nissan Skyline R34. Kereta ikonik dan dicari oleh banyak orang.

Si bapa berkata kepada anaknya:

"AYAH NAK KAMU TAHU. TEMPAT DAN ORANG YANG TEPAT MENGHARGAI KAMU DENGAN NILAI YANG BETUL"

*****

Sekiranya kita tidak dihargai, jangan marah, ini bermakna kita berada di tempat yang salah.
Mereka yang benar kenal pasti tahu bagaimana untuk menghargai.

Jangan tunggu lama2 ditempat kita tidak dihargai. Jangan buang masa berurusan dengan orang yang tidak menghargai kita.

Credit : Mohamad Faidzal via Jipilli Saikar

Sunday, June 16, 2024

HARI ARAFAH dgn KEMULIAANNYA❤️



🤲🏻 *Wukuf di Arafah selepas Asar Hari ini pada waktu Malaysia Jam 5:22pm hingga 12tgh malam. Waktu Mustajab DOA.*

Bagi yang Mampu Berpuasa, maka berpuasalah. Kerana Rasulullah bersabda, mereka yang berpuasa pada Hari Arafah, Allah akan Menghapuskan DOSA mereka. Sabda Baginda:

صيامُ يومِ عرفةَ، أَحتسبُ على اللهِ أن يُكفِّرَ السنةَ التي قبلَه والسنةَ التي بعده

“Puasa pada hari Arafah, aku berharap agar Allah menjadikannya penghapus dosa setahun sebelumnya dan dosa setahun selepasnya” (Sahih Muslim)

Allah Bersumpah dengan Hari Arafah .
1. Hari Arafah adalah hari yang istimewa buat umat Islam. Dalam al-Quran, Allah bersumpah dengan hari Arafah. Firman Allah:

{وَشَاهِدٍ وَمَشْهُودٍ}
“Dan makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu, serta segala keadaan yang disaksikan.” (al-Buruj:3)

Ketika menghuraikan ayat ini, Rasulullah menyebutkan:
فعن أبي هريرة أن النبي قال: «اليوم الموعود يوم القيامة، واليوم المشهود يوم عرفة، والشاهد يوم الجمعة» (رواه الترمذي وحسنه الألباني)

“Yang dimaksudkan dengan hari yang dijanjikan itu (al-Maw’ud) adalah hari kiamat, manakala hari yang disaksikan itu (masyhud) itu adalah hari Arafah.”

Begitu tinggi kedudukan Hari Arafah sehingga Allah bersumpah dengan hari ini dalam al-Quran.

2. Malah pada hari ini jugalah, hari yang Allah paling banyak membebaskan hamba-hambanya dari neraka. Perkara ini disampaikan oleh Rasulullah dengan sabdanya:

ما من يوم أكثر من أن يعتق الله فيه عبدا من النار من يوم عرفة، وإنه ليدنو ثم يباهي بهم الملائكة فيقول: ما أراد هؤلاء؟

“Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya dari neraka seperti Hari Arafah. Pada hari tersebut Allah mendekati mereka dan berbangga dengan mereka (hamba-hambanya) di sisi malaikat dan berkata: Apa yang mereka mahukan?” (Sahih Muslim)

3. Menurut al-Imam Ibn Abd al-Barr, hadith ini menggambarkan bahawa mereka yang wuquf pada hari Arafah akan diampunkan dosa mereka. Bahkan menurut al-Imam Ibn al-Qayyim, Allah mendekati orang beriman pada hari ini dan memperkenankan doa mereka.

4. Justeru pada Hari Arafah ini, perbanyakkanlah berdoa. Ini kerana, menurut Rasulullah, sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah. Sabda Baginda:

خير الدعاء دعاء يوم عرفة، وخير ما قلت أنا والنبيون من قبلي لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير

“Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah. Dan sebaik-baik zikir yang aku sebutkan dan juga para Nabi yang terdahulu sebelumku adalah (zikir):

لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير

Semoga Allah kurniakan Taufiq Hidayah untuk memperbanyakkan Amal Soleh.

16 jun 2024

Wednesday, March 13, 2024

Berpasangan

Setiap orang ada jodohnya
Setiap penjual ada pembelinya dan
Setiap usaha pasti ada hasilnya

Jodoh  hidup
Adalah kematian

bertemu dan berpisah juga jodoh

Aamiin Ya Rabbal Alamiin.



Maafkanlah

*بسم الله الرحمن الرحيم* 

jika ada yang pernah tersakiti oleh saya,
baik dari segi lisan, tulisan atau perbuatan.
jika ada, mari kita selesaikan , dan halalkan di dunia.
kerana , jika dipanjang di akhirat maka nantinya ianya sukar dan berat.


Pada hati yang pernah saya sakiti ataupun tidak,
pada janji atau amanah yang pernah saya lalaikan,
pada orang yang pernah saya bermuamalah tetapi mendapat kekecewaan,

Mohon dimaafkan atas semua perkara.
jika berat, izinkan saya tahu bagaimana cara dapatkan kata maaf.

Maafkan saya, doakan saya.

Mari kita selesaikan muamalah di dunia supaya nanti kita tidak saling menuntut di akhirat.
Jazakallahu Khair.

NHM

Tuesday, February 27, 2024

Jantung💜

Jadilah bagai jantung yang tidak terlihat,
Tetapi tetap berdenyut setiap saat hingga kita dapat hidup,
Dan menebar kebaikan pada orang sekeliling kita. 




Saturday, February 24, 2024

Salam Malam Nisfu Syaaban


*10 PANTANG LARANG DALAM MENJEMPUT REZEKI BERLIMPAHAN & DOA MAKBUL*
1 - Jangan cari salah orang. Salah sendiri banyak pun kita tidak sedar.
2 - Jangan hina orang. Allah tidak pernah hina kita.
3 - Jangan buka aib orang. Allah simpan aib kita sampai hari akhirat.
4 - Jangan perlekehkan orang. Allah hargai setiap usaha hambaNya.
5 - Jangan mengata orang. Mana tahu masa depan orang yang kita kata itulah yang akan menolong kita dalam kesusahan.
6 - Jangan sakitkan hati orang. Doa orang yang teraniaya itu makbul.
7 - Jangan bangga dengan amal ibadah kita. Hanya Allah yang tahu amal tersebut diterima atau tidak.
8 - Jangan sombong dengan apa yang kita ada. Allah boleh tarik bila-bila masa.
9 - Jangan bandingkan orang lain dengan kita. Allah bagi rezeki setiap orang itu berbeza.
10 - Jangan sedih dengan kekurangan kita. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.
Alhamdulillah 
Subhanallah
Mashaallah
❤️❤️❤️

*Cara maafkan, sebelum tidur, tutup mata, bayangkan muka orang itu, sebut namanya 3 kali, dan katakan “Aku maafkan engkau dan sayangkan engkau kerana Allah Taala”. (Teknik bersihkan kolam jiwa).*

*#rakanmuslimahmae*

Thursday, February 8, 2024

Usah Membenci

﷽ بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آل سَيِّدِنَا مُحمَّـــدْ ﷺ


Jangan kotori hatimu dengan kebencian. Sebab jika sudah benci‚ penilaianmu terhadap seseorang selalu akan terlihat buruk meskipun ia berbuat kebaikan. 

فِى قُلُوبِهِم مَّرَضٌ فَزَادَهُمُ ٱللَّهُ مَرَضًا ۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌۢ بِمَا كَانُوا۟ يَكْذِبُونَ 

“Di dalam hati mereka ada penyakit‚ maka ALLAH menambah penyakit tersebut‚ dan mereka akan mendapatkan siksa yang pedih akibat apa yang mereka dustakan.”
(QS. Al-Baqarah: 10) 

Benci adalah penyakit hati.
Apabila rasa benci kepada seseorang masih bersemayam dalam diri‚ setidaknya ada tiga kerugian:
1. Kebencian itu menutup kebaikan dan amal sholeh.
2. Kebencian itu menggotori kesihatan.
3. Kebencian itu membuat hidup Anda gelisah. 

Oleh itu‚ kita diperintahkan untuk berlindung kepada ALLAH dari penyakit hati tersebut‚ sebagaimana firman ALLAH dalam QS. Al-Falaq: 5:

وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ 

“Dan aku berlindung dari kejahatan orang yang hasad jika dia hasad.” 

Apakah kita tidak boleh memiliki rasa benci? Tentu boleh. 

Tapi gunakanlah rasa benci itu pada tempat yang tepat. 

Bencilah perbuatan dosa. 
Bencilah kemaksiatan. 
Bencilah perbuatan yang merosak dan merugikan orang lain dan lingkungan. 
Bencilah sesuatu yang menjauhkan cinta-Nya kepada kita. 

Untuk seseorang yang berbuat negatif pada kita maafkan dia, doakan yang terbaik‚ ajak ke hal yang baik‚ beri contoh baik dan tawakal pada ALLAH. 

Mari kita bersihkan diri dari hal negatif‚ kita kerahkan secara total diri untuk positif dalam tutur kata dan pola fikir....

Baca "بسْـمِ اللّه" sebelum menyebarkan, luruskan niat, sucikan serta lkhlaskan hati hanya untuk mendapatkan keredha'an dan pahala dari Allahﷻ semata.
Semoga yang sedikit ini dapat bermanfaat dan dapat kita amalkan..




Barrakallahu fikkum 

*Semoga bermanfaat*
Jumaat 9/2/23

Tuesday, February 6, 2024

Bersahabatlah


6/2/2024

Sahabat
Kita berkawan
Kita bergurau
Kita berguru

Hari ni
Semalam
Tanpa sengketa
Kita saling menghormati
Saling menghargai


Sampai bila??? 
Kita bergandingan 
Hingga di syurga
Terima kasih Allah
Terima kasih Sab'iyah Adnan

❤️❤️❤️
Momen indah dirakam oleh nurshafiqahnabilah pada satu pertemuan yang tak di rancang. Sahabatku yang berada di masjid kg baru telah sudi melayanku seketika sebelum menyambung kelas nya di masjid. Duhai sahabat.. Cari dan tariklah daku ke syurga andai ku tersasar ke neraka. Maafkan daku. 

Wallhu aklam. 

Thursday, January 25, 2024

Biarkan berlalu

Kehilangan tak akan pernah menjadi hal yang baik, cuma sampai satu masa kita kena cakap kepada diri kita. 

"ok, cukuplah. aku kena bangkit semula"



Jangan jadi macam Si Malim kundang

       
kan dah jadi batu..Dosa dengan bonda macamana nak dilangsaikan 




Sunday, January 14, 2024

Hargailah


Bila kah seseorang  itu akan belajar menghargai??
Bila gurunya adalah *kehilangan*.

Perlukah menunggu kehilangan untuk menjadi guru bagi subject menghargai.



jom cari ilmu
 

Terkadang

Terkadang
Menjadi takut dengan kehilangan
Di balik sebuah pertemuan

Kerna bertemu dan berpisah
adat manusia biasa


Thursday, January 4, 2024

Ikon mesrahome


Terima kasih mesrahome
Ku cuma berjinak diri
Menumpang kasih ibu 
Membantu kepada yang perlu

Kita berkongsi pentas
Tanpa sadar itulah hikmah
Bersahabat dengan orang baik
Kelak terpalit juga kebaikannya



Mereka anak bajau yang terbiar
Di mandi di rapi kian berseri




Catatan lama yang berbasi Dari draf menjadi live