sebuah catatan perjalanan yang menemukan kita pada satu NOKTHAH. Muga perjalananku direstui...
Sunday, November 2, 2025
Mati dan dilupai
Thursday, September 5, 2024
12 tahun tanpa mak
Tuesday, May 24, 2022
Kunjungan syawal 2022
Tuesday, September 7, 2021
Mak @2021
Malam Jumaat, 6/9/2012
Tatkala ramai orang menghabiskan malam dengan bacaan yasin dan tahlil di malam Jumaat yang terindah..Mak pula sedang diintai-intai malaikat maut dan akhirnya mak pergi selepas check in Kedah Medical Centre.
Berita mak dijemput ilahi ku awali dengan alhamdulilah kerana tercapailah hajat mak meninggal di jumaat yang diberkati...20 syawal yang hening ....Sepanjang ramadan mak cuma tak berpuasa selama 5 hari dan dia sempat mengqadanya. Cuma sehari diberikan kepada anak2nya untuk menunaikan tanggungjawab melangsaikah hutang puasanya . Alhamdulillah..kita dah laksankannya.
Mak disemadikan berdekatan dengan pusara ayah sebelum solat jumaat. Bersandinglah mak dan ayah.....cinta 63 tahun. subhanallah. Cinta kalian adalah cinta sebenar lagi sejati..Mak, ayah..muga ALLAH cucuri dan rahmati dan ditempatkan di kalangan orang soleh dan ditemukan kita di firdausi nanti
2021 kita tak berpeluang lagi menziarahi pusara mak dan ayah. Akibat pendamik C19, saya hanya mampu menyimpan memori dan mengukir doa. Setiap waktu doa tak pernah lekang.
bersanding mereka selamanyaYa ALLAH cucurilah rahmat dan ampunilah kedua ibu bapa kita, lapangkan semadiannya dan berikan istirehatnya berterusan di taman syurga. Angkatlah tingkatan mereka dan berikan kebaikan buat mereka. Doa ini juga saya hadiahkan kepada sahabat saya yang mendahului yakni almarhum@ almarhumah Tuan Hj Ismail, Zainah, Rosnani, Muhaji dan semua muslimin muslimat yang telah dijemput . Semoga kita ditemukan di syurga kelak. insya ALLAH
Al Fatihah kita hadiahkan.
28 muharam 1443H @6/9/2021
Sunday, September 5, 2021
kasih tok
Thursday, August 5, 2021
digamit rindu
Thursday, March 18, 2021
Monday, March 8, 2021
Ke makam bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena di dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini ku rasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabdian
Insan kerdil menghadap Tuhan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan
Sunday, September 6, 2020
06092020
Tuesday, August 25, 2020
Istimewa
Monday, July 13, 2020
Hanya RINDU
Bersamamu yang telah lama ku simpan
Hancur hati ini melihat semua gambar diri
Yang tak bisa, ku ulang kembali
Tertawa bersamaku, seperti dulu lagi
Walau hanya sebentar, Tuhan tolong kabulkanlah
Bukannya diri ini tak terima kenyataan
Hati ini hanya rindu
Agar aku bisa tanpa dirimu,
Ho-oh
Namun semua, berbeda
Sulitku menghapus kenangan bersamamu
Tertawa bersamaku, seperti dulu lagi
Walau hanya sebentar, Tuhan tolong kabulkanlah
Bukan diri ini tak terima kenyataan
Hati ini hanya rindu,
Ho oh
Hanya rindu
Ho-oh
Tertawa bersamaku, seperti dulu lagi
Walau hanya sebentar, Tuhan tolong kabulkanlah
Bukannya diri ini tak terima kenyataan
Hati ini hanya rindu
Ho-oh
Hati ini hanya rindu, hmm
Ku rindu senyummu, Ibu
Tuesday, May 12, 2020
1205
Thursday, April 2, 2020
Saturday, September 21, 2019
6 september
Salam jumaat.
6.9.2012, jumaat
Tarikh keramat
Maafkan saya mak
Untuk kali ni anakanda tewas
Gugur air mata
Menanggung rindu tak berkesudahan
Saat ini
Ujian getir membungkam
Lelah menahan rasa
PASRAH mengikut arahan.
Dah ku bisik
Ku pinjam semangat mak
Ku saut kepintaran ayah
Kehidupan perlu diteruskan
Mak..
Restulah perjalanan ku
pelukan dan ciuman kasihmu
masih terasa
walau sekadar satu memori
6.9.2019
Tuesday, June 11, 2019
JUN tanpamu ayah
56 orang cucu (33L, 23P) dan 39 orang cicit( 17L,22P) .
hanya do’a yang bisa dipersembahkan
Monday, September 24, 2018
UPSR 2018_ain & wawa
![]() |
| mhn restu @2018 |
Assalamualaikum tok dan wan yang dikasihi.
Apa khabar tok dan wan ? Ain dah hadiahkan AL FATIHAH dan AL IKHLAS untuk tok dan wan tadi. Ain mendoakan muga dicucuri rahmat dan di ampuni ALLAH atas segala dosa tok dan wan. Ain mohon maaf, lama juga tak datang ziarah di sini. Ain harap tok dan wan maafkan ain ye.
Dulu masa wan tinggalkan ain, usia ain baru 2 tahun dan seingat ain wan tak pernah marah ain. Wan riba ain dan bagi duit raya. Terima kasih wan...walaupun tak lama bersama tapi ain ingat wan seorang yang baik dan sayangkan cucu.
Tok..terima kasih tok. Dah 5 tahun ain tak dengar tok panggil ain. Jika dulu, ain sering didahulukan dan tok suka melayan ain.. Kalau lapar, tok suapkan dan tidor tok yang sorongkan bantal. Masa tok berpindah ke alam kubur, ain dah 7 tahun. Tapi ain tak pandai baca AQ lagi..Bila semua dok depan jasad tok yang kaku, mereka bacakan yasin dan ain pun amik juga buku yasin tu dan ikut depa baca. Alhmdulillah ain duduk kt tepi kaki tok masa tu. Kak Huda ikatkan tudung ain dan ain pun duduk bertimpuh bersama sehingga selesai.
tok dan wan.
Hari ini 24/9/2018, ain akan hadapi peperiksaan UPSR. Ain mai sini nak habaq kat tok dan wan.
Ain harap tok dan wan juga turut doakan ain dapat jawap peperiksaan UPSR 2018 ini dengan mudah. Ain dah usaha di rumah dan tuisyen yang dianjurkan oleh sekolah. Ain harap peperiksaan ini tak susah dan doa daripada family mengiringi. Doakan kejayaan ain. Terima kasih tok dan wan, Ain sayang tok dan wan dan rinduu.. Ain balik dulu . nanti datang lagi
Ain nak ucapkan juga terima kasih kepada guru2 SRI Islah yang telah mengajar dan mendidik ain selama ini. Dah 6 tahun ain belajar di sini dan ini merupakan tahun akhir ain di sekolah rendah. Semuga Ain berjaya mengharumkan nama sekolah dan mencipta rekod kecemerlang untuk diri dan sekolah.
| 2012 |
TERIMA KASIH Ain kerana berkongsi saat yang tegang bersama. Insya ALLAH ,berkat usaha dan disiplin diri sebagai pelajar dan hamba pastinya ALLAH memberi kejayaan buatmu. Semuga ALLAH berikan ketenangan untuk menjawap peperiksaan ini dan dipermudahkan segala urusan sepanjang minggu exam.
Tidak dilupakan didoakan kejayaan juga mengiringi cucunda saya wawa yang turut mengambil UPSR 2018. Good luck Ain dan Wawa. kami mendoakan semuga kalian dpat menghadapinya dengan tenang dan jayanya...Ini satu permulaaan ..jangan takut...jgan gentar..penanya pedang dan minda yang sihat...
Semoga berjaya anaksaudaraku Ain dan cucundaku Wawa.
24/9/2018
Thursday, September 6, 2018
memori 6 september
Di penghujung hayatnya , saya tak sempat mentalkin mak untuk mengucap dua kalimah shahadah..Namun saya yakin abang2 dan kakak2 telah memimpin sebaiknya buat mak. Bertuahkan mak, anak2 tahu tanggung jawap masing -masing. Beberapa hari sebelum mak pergi, saya kerap ingatkan mak tentang kematian dan siksaan kubur. Saya kongsikan apa yang telah didengari dari kuliah2 sebelum ini dan merujuk juga kepada kitab ustaz ismail kamus "Panduan Ibadah' tentang doa. Mak sangat berlapang dada mendengar perkongsian saya dan saya pula suka bercerita secara bersahaja dan tegas. Mak kena ingat tau...masa nak hampiri sakaratul maut...tegas sebut ALLAH. ALLAH ..Tiada Tuhan disembah melainkan ALLAH..Tolak yang lain dan ingat ALLAH ja. Mak jangan takut....Begitulah ketegasan nada yang saya sampaikan..Mak mendengar dan mengangguk.
Saya merenung seketika, tentu ada hikmah ALLAH yang tak mengizinkan saya bersama mengadap mak di saat akhir. Terasa ralat tetapi cuba dihadam kerana hanya sehari selepas saya kembali ke tempat kerja, mak meninggalkan saya selamanya. Sekitar jam 9 pagi -10 pagi pada 6 september itu, saya telah menghubungi mak dan bertanya khabar. Namun jawapan mak amat tenang ...'mak takpa ah, toksah risau laa. petang ni abang madet nak bawa p klinik". Tapi instinct si anak rasa tak puas hati tu tetap ada namun jarak membataskan kita.
Selepas menerima rawatan di Klinik Azhar, doktor di situ menyarankan mak di refer ke Hospital Alor Setar. Status kesihatan sebenar mak tidaklah kami ketahui. Lagipun keadaan mak tak lah uzur dan boleh urus diri sendiri. Mak sangat jaga solat dan asbab solatlah leternya menjadi-menjadi tika saya masih kecil.
Hasil siasatan doktor KMC, jantung bengkak dan perlu dirawat segera di CCU. Doktor pun agak terperanjat sebab mak kuat dan tabah melawan penyakitnya. Dia seolah-olah menyembunyikan kesakitan dari kami. Menurut family yang ada tika itu, mak nampak ceria dan berjalan ke katil sendiri. Kata mak kepada cucunya, Farizan "baik2 doktor dan jururawat di sini." Rupanya ini antara perbualan terakhir sebelum mak direhatkan.
Cukuplah saya katakan, situasi saya pada malam tersebut amat gelabah. Mulanya nak balik kampung dengan bas, kemudian tukar rencana naik my D'va. Keadaan jalan raya pula agak sesak. Namun berita mak dijemput ALLAH hanya saya terima seketika kereta sampai di hostel Akasia UITM Puncak Alam untuk menjemput Faezah, cucu mak turut balik bersama. Turut serta menemani kerana risaukan saya ke Puncak Alam keseorangan di malam hari adalah Yatt, cucu angkat mak. Terima kasih abg Din dan Kak Wan atas maklumat awal.
Takdir ALLAH, Mak tinggalkan kami di usia 80 tahun. KMC menjadi saksi biarpun kurang dari 7 jam dirawat di situ. Terima kasih para doktor dan jururawat. Selamat jalan mak...Saya sedekahkan AL FATIHAH berkali2. Saya terima berita ini bercampur baur...macam2 perasaan dan ulang tayang mak sepanjang pemanduan. Sesekali menyeka air mata, dan dalam diam saya cuba kawal perasaan. Di ulang putar bacaan CD ayat suci Al Quran berkali-kali dan saya turut mengalunkan dengan nada yang teresak-esak. Anak saudaraku di belakang walaupun sedih tapi dapat juga memejamkan mata. Yatt,cucu angkat mak di sebelah cuba menenangkanku. Tak perlu berkata..cukup hanya berjaga sepanjang malam bagi memastikan emosiku stabil ketika memandu. Alhamdulillah...
Berkali juga telefon ku berdering. Anak saudaraku di Abu Dhabi turut menghubungi dan menangis2 bila mengetahui pemergian tok " Chu...tok dah takda" ..Sebaknya daku saat itu...Maklumlah mak antara yang turut menghantarnya dan familynya di airpot Kedah sebelum berangkat ke AD. Abg Madet pula masih konfius, apakah dia punca kematian mak.".maafkan abg sebab bawa mak ke KMC dan mak meninggal di situ..maafkan abg..." Ya ALLAH dalam hal ni tak de sapa salah...."ALLAH dah jemput mak dalam keadaan yang elok dah "kata saya pada tika itu.." (air mata mengalir laju dan sebak untuk meneruskan percakapan...) Selain daripada itu kakak2 dan abang2 menghubungiku untuk mengetahui lokasi terkini ku dari masa ke semasa. Al maklumlah mereka juga risau kerana memandu jam 12 malam ke atas..
Saya sampai sekitar jam 5.30 pagi di laman rumah. Amat berat rasa kaki ini melangkah keluar dari kereta. Tak sanggup melihat perkara yang sama ketiadaan ayah berulang. Namun hidup lawannya mati dan setiap kita hanya berada di singgahan dunia untuk seketika.
Melihat sekujur tubuh terbaring kaku di ruang depan, Ya ALLAH ampunilah mak saya dan jadikan segala kebaikannya sebagai saham di sana dan tempatkan dia di kalangan solihin. Mak meninggal malam Jumaat. Hari yang dicemburui oleh semua termasuk saya. Saya tak terus melihat wajah mak, saya menundukan kepala dan duduk di hujung kaki untuk seketika sebelum berwuduk dan solat subuh. Usai solat subuh saya bacakan yasin, baru saya memandang wajah mak yang saya kasihi. Saya kucup lama dahinya, semakin sejuk semakin "deep". Lembut anggota mak..itulah yang saya dapat katakan... ALLAHU ROBBI... Bersama beberapa anak saudara kami meneruskn membaca surah yasin.
Ketika itu juga juzuk Alquran yang dibacakan sehingga surah Al Isra'. Saya cuba menyambung bacaan AQ surah tersebut namun sebak menyelubungi. Saya hanya mampu beberapa baris sahaja sebelum meminta Yatt menyambungkannya. Terima Kasih Yatt..yang sangat memahami situasi keluarga tika ni .Beliau telah menyempurnakan beberapa juzuk bacaan AQ utk mak . Hanya ALLAH jua membalasnya. Dialah teman ketika senang dan susah.
Masih segar dalam ingatan, tika menguruskan mandi mak, saya adalah anak terpilih yang dapat memangku mak di badan saya dan mencium pp mak berkali-kali sambil mengusap mukanya. Kata kak jah, jeles tengok cu dok pelok mak di dada..ALLAH hurobbi...ALLAH beri peluang kita khidmat terakhir bersama-sama untuk menguruskan mandian terakhir bersama anak2, menantu2 dan cucu2 mak sahaja. Terima kasih kak Zainab yang menunjuk ajar tatacara menguruskan mandi mayat.
Alhamdulillah urusan mak dipermudahkan. Lebih kurang pukul 11pagi urusan persemadian selesai. Bolehlah dikatakan cuacanya dingin dan matahari agak suram.20 syawal yang suram.....
Damailah mak di sana
Di sisi ayah yang dicintai
YA ALLAH Ampunilah dosa emak dan ayah saya. Maafilah mereka dan kasihanilah mereka sebagaimna mereka mengasihani dan menyayangi kami. Belailah mereka dengan penuh kasih sayang rahmatMU dan berilah kelapangan mereka di kubur dengan nur MU. Berikan mereka kelazatan di alam barzah sebagaimana berada di taman-taman syurga. Tenang dan damailah mereka hingga ke syurgafirdaus.
| setia mak mengunjungi pusara ayah |
| syawal terakhir kita. |
| khatamAQ |
![]() |
| di sinilah rumah mak |
dariNYA kita datang kepadaNYA kita dikembalikan...
AL FATIHAH buat mak juga ayah
catatan 6/9/2018
Wednesday, August 22, 2018
eid adha 1439H
Thursday, March 8, 2018
Rindu
| Al fatihah |
R.I.N.D.U.
saya merindui
emak
ayah
semuga mak dan ayah damai di sana
adakah mak dan ayah terima
fatihah yang dikirimkan
doa yang dibekalkan
saham kebajikan yang diinfaqkan
juga kebaikan yang dikongsi
ku yakinkan diri
YA, ALLAH itu MAHA mendengar dan tak pernah mensiakan doa kita
kan terus ku ukir nama kalian dalam perjalananku ni
biar kita sama-sama walaupun dunia berbeza
kerna kelak ku pasti kita bersatu
di jannahtul firdaus
seperti mana zikir yang sering mak lagukan..
Tuhanku, Aku tidak layak
masuk ke syurgamu
tapi aku tak mampu
menghadapi siksa nerakaMU
dari itu ALLAH
kurniakanku TAUBAT
dan AMPUNIkan dosaku
sesungguhnya engkau, mengampunkan dosa-dosa hamba...
mak, ayah...
ampunilah anakanda ni..
luaskan persemadian mereka dan berilah mereka kelazatan syurga .
Al fatihah
jumaat 9/3/2018
















