Monday, April 29, 2024

Beramallah selagi hidup

Amalan untuk kuatkan hati, pulihkan jiwa & bangkit dalam hidup.

1. Jaga solat awal waktu. 
Hadirkan rasa rindu dan tertunggu-tunggu untuk bertemu Allah SWT.
.
2. Baca surah Yasin setiap hari. Hanya 15 minit masa yang diambil untuk habiskan bacaan. Yasin ialah ubat yang sangat mujarab untuk pulihkan jiwa.
Usaha sungguh-sungguh tak tinggal Yasin. 
Baca Yasin pada malam hari supaya Allah ampunkan dosa manakala selepas waktu subuh supaya Allah permudahkan segala urusan. 
.
3. Jangan tinggal surah Al-Mulk sebelum tidur & pastikan membaca Al-Quran walaupun hanya satu muka surat setiap hari. 
.
4. Sedekah subuh walaupun hanya RM1 setiap hari. 
.
5. Istighfar di mulut. Biar lidah sentiasa dengan istighfar.
Moga Allah bukakan jalan keluar yang tak disangka-sangka.
.
6. Selawat minima 1000x sehari. Ia cuma mengambil masa lebih kurang 20 minit sahaja. Sebenarnya Allah beri kita 1440 minit sehari. 
20 minit sehari yang kita peruntukan untuk berselawat kepada Habibuna pun belum tentu dapat membalas rindu & cinta kepada insan yang terlebih dahulu mencintai & merindu kita, umatnya.
Sollu 'Alan Nabiy ๏ทบ ๐Ÿ˜ญ.
.
7. Sentiasa dalam keadaan berwudhu. 
.
8. Bangun malam walaupun hanya solat sunat tahajjud 2 rakaat. 
Bila dah ada rutin bangun malam, susun amalan waktu tahajjud dengan solat sunat tahajjud, solat tasbih, solat taubat, solat hajat, solat witir, baca Al-Quran, berzikir, istighfar.
.
Tak perlu tunggu 5 malam mustajab berdoa yang datang setahun sekali, waktu tahajjud ini ada pada setiap malam, malah setiap hari.

Masa bersama Allah, cerita satu persatu pada Allah. Mengadu pada Allah. Luahkan segalanya pada Allah. Menangis, merintih lah hanya kepada Allah. 
Inilah waktu "me time" terbaik. 
.
8. Berdoa bersungguh-sungguh dengan YAKIN hanya kepada Allah SWT. 
Mohon pada Allah supaya dikurniakan kelapangan hati, diangkat segala duka, mohon Allah bantu untuk memaafkan, mohon Allah bantu untuk redha dan dikeluarkan dari segala kesulitan. 
Sekiranya doa kita belum dikabulkan, Allah pasti gantikan dengan sesuatu yang sangat mahal iaitu hati yang sangat tenang, yang tak dapat dibeli dimana-mana atau jika masih belum lagi dikabulkan, Allah pasti simpan semua itu di syurga. ๐Ÿ˜ญ
.
10. Ucapkan & lahirkan rasa SYUKUR supaya sentiasa merasa cukup walaupun sedang hadapi cabaran. 
Allah bagi sedikit cabaran untuk angkat darjat kita di sisiNya. 
.
Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Allah datangkan hujan petir. 
Kita bersedih dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah. 
.
BERDAMAILAH DENGAN TAKDIR.
InshaAllah, hidup lebih bahagia & tenang level kita. ❤️

Friday, April 26, 2024

Sangka baik

Pandanglah setiap perkara yang baik itu dengan penuh kebaikan / sangka baik. 

Agar terlepas dari setiap sangkaan yang buruk, sifat dengki, hasad dan sebagainya.

Sebuah perjalanan...

1. Kiamat.
2. Hari kebangkitan.
3. Mahsyar.
4. Perbicaraan.
5. Titisan sirat.
6. Syurga neraka.

Sebelum itu berlakunya kematian untuk setiap insan.

Adanya alam barzakh tempat mungkar nangkir bertanya tentang Allah, agama dan siapa yang membawa agama.

Semoga hari ini lebih baik dari semalam.

Aamiin Ya Allah Ya Mujib.


Al fatihah buat almarhum ayah dan almarhumah emak. 


Friday, April 12, 2024

Eid Mubarak

Taqaballahuminna waminkum
Taqabbal ya kareem

Ramadan telah melabuhkan tirainya
Berakhirlah sudah tawaran pahala berganda
Mengandaikan ia matawang, 
MasyaAllah jutaan bisa dipungut dalam tempuh 29 hari berpuasa. Namun hakikatnya kita cuma dikhabarkan dan hanya akan diperolehi di alam akhirat kelak.
 Wallahu aklam 

Namun berlalu Ramadan, menjadi misteri bertamukah lagi di ramadan akan datang. 
Jangka hayat kita umpama bateri yang akan tamat tempuhnya. Alarm berbunyi, penunjuk telah ada tetapi kita masih meneruskan dengan mengabaikan tanda tanda kematian.. Allahu..

Ya Allah 
Andai harini adalah hari terakhirku.. 
Ampunilah segala dosaku
Halalkan segalanya sama ada makan, minum, pakai guna, 
Maafi keterlanjuran lidahku, lisanku dan penulisanku

Mak.. maafi dan halallan airsusumu yg mengalir dlam. Jasad ni sehingga menua. Kasih sayang sama pada semua anak2 nya

Ayah..terima kasih atas ketegasanmu mendewasaan saya dan mencipta peraturan dalam kehidupan ini.
Hormat dan takutlah membentuk saya dalam kehidupan ini. Hormati dan hargai apa yg ditemui dalam rentas hidup ini dan elakkan permusuhan. Jadilah seperti ayah... Biarpun tiada harta tapi kebaikannya sentiasa di kenang.

Jom jadikan Rasulullah sebagai idola kita dan berusahalah istiqamah berselawat setiap harim

Utk semua yg mengenali saya
Salam kemaafan dan maaf zahir batin

Salam eidul fitr.

Solat itu cahaya

*ุจِุณْู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู…ِ ุงู„ู„ู‡ِ ุงู„ุฑَّุญْู…َู†ِ ุงู„ุฑَّุญِูŠْู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู…ِ*
*๏บ๏ปŸ๏บดَّู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€๏ปผَ๏ปกُ ุนَู„َูŠْูƒُู…ْ ูˆَุฑَุญْู…َุฉُ ุงู„ู„ู‡ِ ูˆَุจَุฑَูƒَุงุชُู‡ُ*

๐Ÿ’ž๐Ÿชท

*Jika dengan manusia kita bahagia saat di cinta,*
*Tentu tiada taranya tatkala yang menyinta adalah :*
*Pencipta alam semesta*
๐Ÿ’ž๐Ÿชท

*Jadi lah ia doa nya di ijabah,*
*Perkara nya mudah,*
*Hidup nya berkah,*
*Terjanji Jannah*

*Jadikan sholat sebagai cahaya hidup mu penenang jiwa mu dan penuntun langkah mu*

*Sebaik-baik sholat di awal waktu nya,*

*Semoga ALLAH Subhanahu wata' alaa mengampuni semua dosa dosa kita dan menerima amal ibadah kita semua*
๐Ÿ’ž๐Ÿชท

*_۞ ุงَู„ู„ู‡ُู…َّ ุตَู„ِّ ุนَู„َู‰ ุณَูŠِّุฏِู†َุง ู…ُุญَู…َّุฏٍ ูˆَุนَู„َู‰ ุขู„ِ ุณَูŠِّุฏِู†َุง ู…ُุญَู…َّุฏٍ ๏ทบ*



Friday, April 5, 2024

DOA AKHIR RAMADHAN ๐Ÿ’š๐ŸŒ™


Moga Bermanfaat

*Ya Allah...* jgnlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan kesan keinsafan di hati-hati kami.

*Ya Allah...* jgnlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa membawa himpunan amal dan doa kami.

*Ya Allah...* jgnlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa islah dan kebaikan terhadap keperibadian kami.

*Ya Allah...* jgnlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa keampunan dosa kami.

*Ya Allah...* jgnlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan jejak2 ke Syurga utk kami.

*Ya Allah...* jgnlah Kau biarkan Ramadhan pergi sblm Kau tutup rapat pintu azab dan neraka Mu dpd tergelinciran kaki kami.

*Ya Allah...* lindungilah kami dari melakukan dosa dan kemaksiatan semasa dlm Ramadhan maupun selepas Ramadhan.

*Ya Allah...* sblm mentari akhir Ramadhan berlalu pergi, Kau ampunilah kami dan Kau terimalah taubat kami.

*Ya Allah...* 
Lindungilah semua anggota keluarga kami dari tipu daya dan fitnah dunia. Selamatkanlah setiap seorang dari kami dgn Iman dan Taqwa.

Jadikanlah kami calon Syurga Mu. 

Sempurnakanlah akhlak kami dan lindungilah kami dari godaan syaitan dan hawa nafsu.

*Ya Mujibbasailin...*
Limpahilah kami dgn sifat2 kebaikan dan terpuji.

Jadikanlah kehidupan kami di dunia ini tenang dan penuh rahmah dan mawaddah.

*Ya Allah...* 
Kau sempatkanlah kami bertemu lagi dgn Ramadhan Al Mubarak yg akan dtg

*Ya Allah...*
Jgnlah Kau jadikan Ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akan datang.

*Andainya ini Ramadhan terakhir buat kami...* 

▪️Jadikanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati
▪️Jadikanlah Ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayang Mu
▪️Jadikanlah Ramadhan ini sbg penghapus segala dosa2 kami

*Ya Allah…*
Temukanlah kami dgn Lailatul Qadr dan Kau pilihlah kami dikalangan hamba Mu yg dpt beramal di malam Al-Qadr

*Ya Allah...* 
▪️Terimalah amalan kami
▪️Terimalah taubat kami
▪️Ampunkanlah dosa kami
▪️Amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi 
▪️Kurniakanlah kpd kami Syurga Mu yg maha luas nikmatnya

*Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu anni* 
(dibaca 3 kali)

Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.

*Silalah dikongsikan DOA ini agar sama-sama peroleh pahala dan dirahmati oleh-Nya.*