| berkongsi tapi terkunci Nampak tenang dan bebas tapi itulah sangkar kehidupan kebebasan belum dimiliki tapi perkongsian telah ditemui hidup mesti diteruskan |
sebuah catatan perjalanan yang menemukan kita pada satu NOKTHAH. Muga perjalananku direstui...
Sunday, July 30, 2017
sharing
Wednesday, July 26, 2017
KASIH syawal
Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Bersemadilah dua jiwa di bulan Syawal
Emak sempat juga melangkah kakinya menziarahi pusara cucu sulungnya ZULKIFLI .
Meninggalnya anak saudara sulungku di usia 42 tahun adalah satu berita mengejutkan. Namun segalanya adalah caturan ALLAH
.
Tak sempat menatap wajahnya terakhir ..pilunya rasa...Jenazah siap dikafankan di HSB sebelum di bawa balik ke rumah. Urusan pengkebumian diurus usai solat isya. ALHAMDULILLAH.mudah urusannya.
Saya sampai di Alor Setar jam 11.00 malam. Yang ada hanya kesan kenangan,,,,,,
Dia pergi mengadap ALLAH pada 29 syawal 1432H @ 27/9/2011. Tenang dan damailah anak saudaraku di sana.
19 syawal 1433, emak pula mengikutnya. Sejak Ramadhon, kondisi mak menurun., Bila selera makan mak menurun, badan jadi semakin lemah. Tetapi dia tetap berusaha berpuasa sihinggalah di paksa berbuka kerana memakan ubat. Dalam tempuh sebulan berpuasa, mak hanya tinggal 6 hari puasa dan dia telah mengkhadonya 5 hari. Hanya berbaki sehari untuk kesebelasan anak2 mak menggantikannya . Syukur..Jemputannya pada malam Jumaat bersamaaa 6/9/2012.
Sesuatu yang saya ralat adalah saya tak sempat solat jenazah untuknya. Memandangkan hari itu hari jumaat jadi urusan disegerakan secepat mungkin . Pada masa yang sama saya turut serta memandikan dan mengkafani jenazahnya cuma kerana lewat sampai ke masjid, saya terlepas peluang itu.
Namun kami adik beradik telah sama2 solat hadiah untuk mak pada malm itu juga. ALHAMDULILAH
kenangan SYAWAL di ungkit lagi....
TERIIMA KASIH Syawal
Melakar kisah sedih dan tak mampu ku ulang ...
Anakmu. .
Wednesday, July 12, 2017
myhero
dia HERO kami
mengemudi sebuah sekolah rendah era 1970an,
hingga kini
DIA masih diingati
dialah guru untuk selamanya
SK Charuk Kudung
dalam ingatan
ALFATIHAH buat almarhum ayahku
HJ MANSOR ABDULLAH
Tabung subuh
alhamdulillah..berdikit-dikit, bila istqomah, jadi banyak
Tabung subuh melengkapkan pagiku. Pesan tuan guru yang mursyid, lazimi bersedekah di awal pagi, Peluang ku ambil dengan mudah, memasukan duit setiap pagi ke tabung ini secara berterusan. Lokasinya di atas meja dan memudahan untuk ku laksanakan.
pasti soalan berikutnya?? Hingga bile dan untuk apa ??
Hingga bila-bila dan bila ada program di masjid ataupun sumbangan derma/wakaf /infaq/anak yatim dll, saya akan menggunakan duit tabung subuh ini untuk dimanfaatkan. Alhamdulillah selama saya mengamalkan ni , saya tak pernah keputusan wang. Ini satu kejaiban.
Bila ada majlis ilmu, saya asingkan duit ini dan saya bawa bersama untuk di infakkan nanti. Begitu juga trend saya balik kg, atau dalam status musafir saya akan gunakan duit ini untuk disedekahkan di tabung masjid yang saya singgahi. Cukuplah saya katakan ...ianya menjadikan saya lebih bersemangat menabung bagi kegunaan begini.
Begitu jua Ramadan baru-baru ni, saya menggunakan sepenuhnya duit dari tabungan ini, Rasa kepuasan bila banyak benda dapat dimanfaatkan sebagai saham akhirat. Alhamdulillah.syukur berterusan melihatkan senyuman mereka yang menerimanya.
Kaedah Tabung subuh ini perlu dipraktikkan dalam satu family. Menjadi teladan buat generasi bersikap amanah dan jujur, HARI INI pasti satu CACATAN terbaik untuk di jawap dengan ALLAH kelak. Nikmat ALLAH kita kongsikan....
Jadikan kebaikan ini untuk kedua ibu ayah saya yang telah mengajar kami memberi. Tabiat almarhum ayah dulu yang suka menyeluk sakunya dan memberikan kepada orang yang dia jumpa pasti saya ingat. Saya pernah cemburu bila kawan2 saya yang datang ke rumah pasti diberikan duit sebelum pulang, kadang tu ayah beri kepada anak2 mereka dan ada juga kepada ayah mereka. Terima kasih Ayah yang telah mengajar saya secara tak langsung rahsia memeberi dan bersyukur.
Dikongsikan pengisian dari ajaib sdekah subuh (terima kasih)

1. Sediakan sebuah bekas transparent (pandang tembus) seperti bekas kuih raya dan label SEDEKAH SUBUH + NAMA ANDA.
2. Letakkan tabung itu depan tempat anda solat subuh setiap hari (supaya tak lupa)
3. Setiap hari selepas solat subuh anda masukkanlah sedekah anda dalam bentuk wang tunai – tak kira berapa RM/sen ikut ikhlas – sewaktu hendak memasukkan sedekah itu, anda niatlah apa hajat hati anda dengan terperinci (untuk dunia dan akhirat)
4. Doa lagi selepas memasukkan wang itu dengan bahasa yang mudah dan anda sendiri faham (doa awal pagi akan diaminkan oleh para malaikat )
5. Waktu mustajab ialah waktu matahari mula terbit (selepas solat subuh) dan sebelum waktu syuruk. Kalau dah terlepas waktu tersebut, masukkanlah juga tetapi kalau nak waktu yang paling mustajab, maka segerakanlah. Jangan terlepas waktu syuruk tu.
6. Simpan selama 40 hari atau 30 hari untuk memberikan kesan disiplin dan istiqomah dalam rutin hidup anda.
7. Secara sedar buat muhasabah diri/memikirkan apakah nikmat yang anda terima hari ini? ( seperti ganjaran wang ringgit/ketenangan hati/kemudahan untuk bertugas, berniaga/kesihatan diri dan keluarga) kerana maksud rezeki dan nikmat Allah itu amat luas.
8. Apabila sampai ke hari 40 anda keluarkan duit tersebut dan agihkan kepada anak yatim dengan memberi makanan sarapan pagi (itu antara amalan yang terbaik) atau apa saja amalan lain. Teruskan ke hari 31 atau ke 41, jangan berhenti
9. Sekiranya anda keluar out station atau anda balik kampung atau anda berada di luar dari rumah anda, selepas subuh keluarkan juga SEDEKAH SUBUH itu dan masukkan ke dalam sampul surat atau bekas lain dalam beg tangan anda, dan bila balik rumah pindahkan ke dalam tabung SEDEKAH SUBUH
APA NAK BUAT DENGAN DUIT ITU?
Antara cadangan :
1. Beri makan sarapan pagi kepada anak yatim dan miskin:
Ada hamba Allah yang bertugas melaksanakan kerja amal ini, setiap pagi dia bangun jam 2.00 atau paling lewat jam 3.00 pagi untuk memasak bagi anak-anak yatim tu.
Duit yang dikumpulkan diamanahkan kepadanya untuk dia memasak dan mengagihkannya.
Setiap hari seramai 30-40 orang anak yatim dan miskin mendapat sarapan pagi hasil dari wang SEDEKAH SUBUH hamba-hamba Allah.
Ada yang sudah mula mengamalkannya selama10 tahun yang lepas
2. Cadangan kedua:
Agihkan kepada mana-mana pihak yang memerlukan, masjid, sekolah, fakir miskin secara individu
TUGAS ANDA SEKARANG?
1. Laksanakan SEDEKAH SUBUH
2. Viralkan projek ini – saham viral ini akan menjadi bonus anda di akhirat nanti
DAN JANGAN LUPA – siarkan kisah suka duka anda kepada sahabat2 anda atau kongsikan di kumpulan whatsapp anda
DAN JANGAN LUPA – siarkan kisah suka duka anda kepada sahabat2 anda atau kongsikan di kumpulan whatsapp anda
Cuba amalkan PROJEK SEDEKAH SUBUH ini bermula dari kampung hingga ke peringkat daerah dan kalau boleh terapkan bersama jemaah yang anda dirikan…
Ini akan menjadi dakwah kepada kita semua.
Selamat beramal dan semoga kumpulan SEDEKAH SUBUH akan berkembang dengan berkat kerjasama serta sumbangan ikhlas anda semua..
Friday, July 7, 2017
buah tien
akhirnya membuahkan hasil. terima kasih ALLAH menghadirkan buah tien di laman .
subhanallah sgat sedap dan mgg manisss
Thursday, July 6, 2017
lov MESRAHOME
| lov myfamily |
terima kasih
bersama
MESRAHOME
Hadirkan kami doa
bisikan kami semangat
bekalkan kami sokongan
salurkan kami sumbangan
langkah kami satu amanah
biarpun mereka ditinggalkan
mereka tak dipedulikan
mereka diabaikan
kami juga saudara mereka
walaupun hanya jarak usia
Hakikatnya kita serupa
asal jadian
dari ibu dan ayah yang sama
bahagialah duhai nenek2 ku
kami peduli
kami bersama
kita nangis dan ketawa
dan kita lengkapkan MESRAHOME bersama
**MESRAHOME adalah sebuah rumah kebajikan orang-orang tua yang berkonsepkan RUMAHKITA dan pastikan kemesraaan bersama. Walaupun ada di kalangan mereka telah dijemput ALLAH, MESRAHOME tetap merasai kehilangan mereka . Biarpun dikalngan mereka ada saudara tetapi tak dipedulikan ataupun mereka diabaikan, MESRAHOME cuba menerapkan kaedah memaafkan dan mendoakan. Semuga waris mereka diberikan hdayah dan mengambil peluang untuk mengecapi nikmatnya kebersamaan bekeluarga.
saya?? hanya seorang volunteer yang dekat dihati mereka dan bersama MESRAHOME
maryam & mariya
| hello |
| say hai |
| they love an animals |
dua ank manja kesayangan daripada kenalan saya dari canada.
petah berbicara dan berani orangnya. Rindu pula dengan kemanjaan mereka
Maryam yang sulung berusia sekitar 4 tahun tetapi seorang yang berani mencuba. Dia tak takut dan aktif. Puaslah jika nak bersembang dan berjoging bersama.brpeluh dibuatnya
adiknya mariya tak pandai bercakap lagi tapi dah pandai tiru aksi kakak. tengok tu hatta ulaq pun dia berani pegang..kita yang risau kan..
are you remember me again ??miss our princess
Monday, July 3, 2017
Air tangan Raub
| asam rong |
Gulai asam rong satu-satunya menu makanan tradisi yang terkenal di Raub. Buat pertama kalinya saya menikmati nya. Terima kasih sue yang menyajikan makanan tradisi yang sedap dan ingat sampai laaa. Ikan patin tempoyak yang mavelos juga masih dalam ingatan.
Hidangan ini sangat menyelerakan. Sekali pendang macam sayur air tetapi ada lemak manisnya di distu. Rupanya proses untuk menyediakannya agak renyah. Saya abaikan ayam dan cuba mengawal minda untuk menerima makanan ini. Alhamdulillah kuahnya tiada aroma daging ayam tersebut dan tekak saya boleh menerimanya.
Rupanya Raub ini mempunya masakan istimewa. Selain asam rong ini, gulai tempoyak dan sambal hitam adalah antara pilihan wajib jika kita singgah sini. Sama-sma kita kutip pengalaman dan ambil tahun dan rasai kenikmatan yang dianugerahkan ALLAH.
Jika tak kerana misi ziarah, saya tak mengenali Sue seorang kakak yang bertanggung jwab menjaga dua adiknya yng istimewa. Terima kasih menerima kunjungan kami dan semuga ALLAh beri kekuatan berterusan buat sue dan adik2nya .
![]() |
| sue , si tudung hijau |
Ziarah Ramadhan ke kuala boh
| kami sampai |
![]() |
| rumah yang dihuni pakcik ni terletak di lereng bukit... |
| terimalah seadanya.. |
| mereka menghidupkan |
![]() |
| tetiba suasana menjadi hingar |
![]() |
| sesi di dapur |
![]() |
| mereka antara generasi |
Subscribe to:
Posts (Atom)