▪️Hasad dengki dan penyakit ‘Ain adalah kejahatan yg besar -ada pada kita manusia
Kita mengetahui tentangnya melalui Al-Qur'an dengan membaca dan berTADABBUR Al-Qur'an
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْاٰنِ مَا هُوَ شِفَاۤءٌ وَّرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِيْنَۙ
Dan Kami turunkan dari Al-Qur'an (sesuatu) yang menjadi penawar dan Rahmat bagi orang yang beriman,
(Al Isra’ 17:82)
🔹Syifa dulu sebelum Rahmat
(Masuk syurga melalui Rahmat)
Hasad dengki ialah penyakit dlm jiwa manusia. Selagi ada hasad selagi itu tak dpt Rahmat
🔹Al-Qur'an sbg Syifa utk bersihkan jiwa drp hasad dengki.
Ada 2 jenis penyakit iaitu:-
1) Penyakit jasmani
Penyakit jasmani tidak begitu penting
Utk orang beriman, sakit jasmani dpt pahala sbg Hadiah dari Allah
- seperti Nabi Ayub sakit luarbiasa
Saidina Umar AlKhatab, Uthman Affan, Ali mati sedang sakit
2) Penyakit Rohani
Hasad dengki dan penyakit ‘Ain adalah penyakit rohani.
🔹AlQuran sebagai Syifa utk penyakit rohani supaya roh jadi sihat.
🔹Jasmani ikut rohani -Utk dpt jasmani sihat mesti utamakan rohani
▪️Jenayah pertama dibumi ialah Qabil bunuh Habil.
Qabil & Habil adalah anak2 Adam as,
Bagaimana Qabil tahu cara utk bunuh?
↪️Melalui hasad
▪️Yusuf as pun anak Nabi. Hasad ujud dlm keluarga nabi apatah lagi kita manusia biasa
🔺Saudara2 Yusuf as semuanya dewasa dari keturunan Nabi2.
🔺Keputusan mereka utk campak Yusuf as ke dlm perigi adalah disebabkan hasad dengki.
🔺Matlamat mereka utk menjauhkan Yusuf as dari bapa mereka. Hasad!
Mereka tak berfikir langsung tentang Yusuf as atau bapa mereka
🫶🏻Kita sayang manusia atau binatang kerana ada roh
▪️Kasih sayang vs benci
🔺perasaan benci wujud antara orang yg sudah kita kenal.
🔺Apabila perasaan bertukar drp sayang kpd benci tak boleh lebih drp 3 hari
"Tidak halal bagi seorang muslim untuk tidak bertegur sapa pada saudaranya lebih dari tiga hari lalu meninggal dunia maka ia akan masuk ke dalam neraka."
(HR Abu Dawud)
▪️Kenapa tempoh 3 hari?
Utk kita berfikir serta muhasabah diri. In shaa Allah masalah dpt diselesaikan dalam tempoh masa itu.
Apabila hasad masuk kedlm hati, fikiran akan jadi jahat
• Yusuf 12:9
اقْتُلُوْا يُوْسُفَ اَوِ اطْرَحُوْهُ اَرْضًا يَّخْلُ لَكُمْ وَجْهُ اَبِيْكُمْ وَتَكُوْنُوْا مِنْۢ بَعْدِهٖ قَوْمًا صٰلِحِيْ
• Bunuh atau buang Yusuf ke tempat yg jauh supaya perhatian dan kasih sayang bapa mereka ditumpu kpd mereka saja.
Org yg ada hasad dlm hati tidak boleh jadi org yg baik dan hidup dgn baik!
🔹Hasad merosakkan jiwa dan hati
Mereka mahu ambil keseluruhan kasih sayang bapa mereka untuk mereka sj
🔹Surah yg mengutamakan hasad dengki ialah SURAH YUSUF
🔺Semua perasaan benci di dunia ini disebabkan HASAD DENGKI
🔺 Kita tak boleh benci semua org kafir kecuali kafir harbi (yg bunuh org Islam). Kita benci perbuatan mereka bukannya Zat (spt rupa paras,fizik) mereka.
🔺Kita mesti cari kasih sayang yg kekal (melalui agama) bukannya kasih sayang sementara
🔺Kasih sayang di musnahkan jika ada hasad dengki dlm hati!
🔺Org yg hasad hanya fikir pada diri sendiri
🔺Kita tak boleh takut sgt2 pada hasad dengki.
🔺Takdir Allah pasti jadi -tiada halangan kpd Takdir
🔺Hasad Dengki ialah UJIAN dari Allah Azza Wajjal
🔺Hasad spt musuh kpd kita. Kita perlu ambil perhatian/perlindungan dan berusaha utk keluarkan drpnya daripada hati kita
▪️Rasulullah saw pernah didatangi oleh jin dan syaitan. Ada satu syaitan yg bawa api utk bakar Baginda saw. Jibril turun dan ajar doa kpd Rasulullah. Bila baginda berdoa, semua jin dan syaitan lari
Doa Rasulullah saw:
أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّآمَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
Artinya, “Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna, dari kejahatan ciptaan-Nya.”
(HR. Muslim no. 2709 dan Ahmad no. 2/290)
يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا قُوْٓا اَنْفُسَكُمْ وَاَهْلِيْكُمْ نَارًا
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka…..
(At-Tahrim 66:6)
🔺Hasad seperti api.
🔺Yaakub as menasihat Yusuf as supaya tidak cerita apa2 ttg mimpi -Yaakub berusaha bersungguh2 utk menjaga Yusuf as dari rancangan buruk saudara2
🔺kasih sayang Yaakub as kpd Yusuf bertambah kerana:-
🔹Yaakub as tahu Yusuf as akan mewarisinya sbg Nabi
🔹saudara2 Yusuf as hasad terhdp Yusuf
▪️HASIL HASAD -Tindak tanduk saudara2 Yusuf
🔺mereka berani mencela bapa mereka-tidak hormat kpd bapa mereka sendiri dan benci Yusuf as
🔺mereka berkata bapa mereka tersilap kerana terlalu sayang Yusuf.
🔺Kekeliruan yg nyata, dgn menuduh bapa mereka tidak adil. (Yusuf 12:8)
🔺Org yg hasad tak nampak kesalahan diri sendiri. Hanya nmpk kesalahan org yg dia hasad
🔺Tidak setuju dgn bapa mereka. Mereka mahu ‘control’ fikiran bapa mereka
▪️Tanda Cinta ialah mesti rasa AMAN
🔺Jika ada sifat ‘queen control’ takut kpd isteri bukan tanda Cinta.
🔺Takut kpd suami bukan tanda Cinta
🔺Hasad boleh terjadi antara suami isteri, ahli keluarga dan orang2 lain
▪️Semua yg Allah buat adalah baik untuk kita.
🔺Hasad sgt2 HALUS
🔺Bahaya bila benci org.
🔺Mesti muhasabah diri-tgk kpd kesalahan/kesilapan diri sendiri bukan fokus kpd kesalahan org yg dibenci
🔺Kebencian, sifat tidak hormat (terutama kpd suami atau isteri) termasuk dalam amalan kita. Allah akan tanya kita pada hari kiamat. Samada kita ada hak atau tidak
🔺Suami isteri berdiri dihadapan
Allah-akan ditanya tentang hak masing2!
📌Allah subhanahu wataala akan soal kita tentang AMAL kita.
📌Syaitan akan berusaha utk masukkan hasad kedlm hati kita tanpa kita sedari. Hasad sgt halus, Wal’iyazubillah
📌 Seorang Mukmin perlu sayang saudara2 lebih drp dirinya sendiri
untuk mendapat ‘Qalbun Salim’
(hati yg selamat iaitu bersih dan bebas drp hasad)
📌 sentiasa muhasabah diri sendiri
📌 jika ada hasad dengki mesti bertaubat serta merta
Semoga kita semua lulus dalam UJIANNYA dari segi hasad dengki
Aamiin Ya Kareem Ya Rabbal’alamin
Kelas Khas ‘Hasad Dengki’ SSK
9 Rejab 1445
21 Januari 2024