Wednesday, July 1, 2026

Bila sahabat pulang dulu

Pada Isnin, 29/6/2026, katil 12, PPUM 

Dirimu masih ada, namun tak mampu senyum seperti biasa, bahkan tak menyapa kehadiranku. Kan memerlukan bekalan Oksigen bagi membantu pernafasanmu. Bila ku rapat ke telingamu dan membisik kalimah Allah juga  mengusap  lembut kepalamu.. . Ku perhatikan ada isyarat tindak balas dan air matamu bertakung.. maafi saya kak Non , akk takde salah pun dengan saya, bahkan saya amat menghargai segala kebaikanmu. Terima kasih kak Zainon yg lebih mesra memanggilku dik ani ๐Ÿ˜˜ 


30 Jun 2026, Selasa, pada jam 920 am di PPUM

Innalillahi wainnailaihi rojiun

Al fatihah buat almarhumah Kak Zainon..

Hari ni Allah memanggilmu dulu. Pergimu dengan tenang, direstui suami dan disaksi anak2mu...Terangkat sudah sakitmu , terampun jua dosamu kak Zainon, Ramai sahabat rakan taulan juga sanak saudara yang turut serta menziarahimu sejak dihospital lagi. Hari ini mereka memenuhi ruang solat Surau An Najah, Taman Kinrara bagi memberikan pernghormatan terakhir kapadamu. Seusai solat zohor, jemaah turut solat jenazah.  alhamdulillah ramai kak yang turut serta solat .

Ini membuktikan bahawa almarhumah seorang yang baik dan disenangi ramai. Ramai yang terharu kerana tada khabar berita tentang kesakitanmu. Wajah mu yang sentiasa ceria dan menyapa bahkan melayan dengan baik menambah rasa yang kebaikan yang di tinggalkan adalah satu memori terindah bersama. Selamat jalan kak zainon. Allah pasti merahmatimu dan membalas pahala atas kebaikan mu selama ini. 

Ku tatap sekali lagi no. teleponmu yg menyimpul ayat... "Mak pergi dengan tenang pada 9.20am." Terima kasih yana, putri bungsu almarhumah kak zainon yang setia menemani emaknya sepanjang mendapat rawatan di PPUM.. Anak ini yang akan update perkembangan kesihatan emaknya menggunakan no telefon emaknya. Sungguh bijak tindakan anakanda ni. Melepaskan insan tersayang adalah satu yang amat berat tapi kita perlu menerima qada dan qadar Allah. Caturan Allah Maha Tepat. 

Kak Zainon, mantan juruteknik yang mahir mengendalikan mesin VTR utk TV Pendidikan satu ketika dulu. Beliau bertugas di RTM untuk BTP. Kemudian beliau kembali bertugas ke BTP di unit Studio 1 TVP. Jiwa RTM yang  telah sebati, beliau mohon bertukar semua ke RTM di unit KDI sehinggalah bersara pilihan diusia 56 tahun. Namun  ikatan kemesraan dan ukhuwah yang terjalin tetap bersimpul mati.

Sedih , sebak, pilunya  bila sahabat yang pernah kita bertegur sapa tiba-tiba tinggal nama je dalam doa.  

Almarhumah Zainon binti Awang. 


Ku sedar, ...  Mati itu benar. Bukan cerita orang. Tapi belajar dengan hukum alam.  Kita semua sebenarnya sedang beratur menunggu giliran dijemput pulang.  Almarhum Kak Zainon dah masuk dulu bersama di sana  juga mak, ayah, kakak dan ramai lagi  . Giliran kita, entah bila?????. 

Duhai almarhumah Kak Zainon, kalau ada salah silapku dengan mu, maafkan. Atas segala kebaikkan mu, jadikan ia saham akhiratmu.  

Selamat jalan kak, Pergi lah dengan tenang,  Duhai kakak jua sahabat. 


Ya Allah...  

Ampunkan dosa almarhumah Zainon binti Awang.  Luaskan kuburnya, terangkan kuburnya. Tempatkan arwah dalam kalangan orang-orang yang beriman.  Kumpulkan kami semula dalam syurgaMu nanti. 

Al fatihah 

Aamiin Ya Rabbal Alamin.


Dan untuk diri kita yang masih ada:  Selagi bernafas, banyakkan maaf. Banyakkan doa.  Sebab kita pun sedang menuju ke tempat yang sama destinasi terakhir kita .


catatan : 30/6/2026 @ 303am

Thursday, June 11, 2026

Kehilangan ayah

 Hari ini sudah tahun keberapa ayah pergi...   Tapi sebagai anak,  sehari tanpa ayah pun dah terasa seperti selamanya.

Asbab kematian, kita terpisah segalanya.  Terpisah suara yang dulu marah tapi sayang.  

Terpisah tangan yang dulu bebankan bahu waktu ku kecil.  

Terpisah doa ayah yang dulu aku tak pernah minta, tapi sentiasa ada.

Dunia terus berjalan.  Aku kian dewasa, dan bekerjaya,   Tapi satu benda tak pernah berubah.. Ruang kosong di dada, terbentuknya nama ayah.

Orang kata mati itu noktah.  Tapi untuk anak dan ayah, mati itu hanya koma.  Kerana doa tak pernah mati.  

Setiap Al-Fatihah aku hadiahkan,  Setiap sedekah atas nama ayah,  Itu talian hayat yang Allah sambungkan antara kita.

Ayah, ku di sini teruskan hidup.  Ku tolong panjangkan pahala atas namamu

Semua ni juga asbab tunjuk ajarmu dulu.  Andai ayah nampak dari sana,  senyuman ayah menampakkan serinya. 

Jasad kita berjauhan.  Tapi setiap sujudku, ayah, emak kak kah paling dekat.  

Al-Fatihah... untuk ayah, emak juga kak Jah syurga ku selamanya 


12jun 2026

#rinduayah

   



Monday, June 1, 2026

ikatan Cinta Aishah dan Azam

Selamat Pengantin Baru
Buat anaksaudaraku yg ke.... 
Semoga bahagia hingga  ke jannah

"termeterai janji dan amanah
Satu ibadah paling panjang
Laksanakan sebaiknya
Jadikan Rasullullah sebagai idolamu"


Seluruh keluarga besar kita mendoakan degn ikatan halal ni, akan terus melayari bahtera tanpa karam ditengahnya, balayarlah mengikut angin dan berdamailah dengan taqdir.. Semoga sampai ke pelabuhan dengan selamatnya.

Majlis di kedah berlangsung dengan meriah dan berjaya mengumpulkan family besar kita (kedah dan selangor) semua.
Mana kala di kuala krai juga, ramai fmily yang turut hadir bagi meraikan majlis di pihak pengantin perempuan.

Kita doakan baik2 untuk semua

1Jun 2026


Semangat Melontar Syaitan di Jamrah, Namun Masih Tersungkur Dengan Bisikan Syaitan

*
‎ูฑู„ุณَّู„َุงู…ُ ุนَู„َูŠْูƒُู…ْ ูˆَุฑَุญْู…َุฉُ ูฑู„ู„ّٰู‡ِ ูˆَุจَุฑَูƒَุงุชُู‡ُ

‎ุจِุณْู…ِ ูฑู„ู„ّٰู‡ِ ูฑู„ุฑَّุญْู…َٰู†ِ ูฑู„ุฑَّุญِูŠู…ِ




Segala puji bagi Allah yang mensyariatkan ibadah haji sebagai latihan jiwa melawan nafsu dan syaitan. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad ๏ทบ.

Setiap tahun, jutaan manusia melontar jamrah…
๐Ÿ‘‰ tetapi persoalan yang lebih besar ialah:
adakah syaitan benar-benar keluar dari hati kita?

๐Ÿ’ก Makna Melontar Jamrah :

Perbuatan melontar di Jamrah bukan sekadar simbolik:

* Ia tanda penolakan terhadap syaitan
* Ia latihan membuang godaan maksiat
* Ia isyarat memutuskan hubungan dengan kejahatan

๐Ÿ‘‰ Namun hakikat sebenar peperangan itu bukan di Mina sahaja…
๐Ÿ‘‰ tetapi di dalam hati setiap hari

๐Ÿ“– Hakikat Syaitan Dalam Al-Quran :

ุฅِู†َّ ุงู„ุดَّูŠْุทَุงู†َ ู„َูƒُู…ْ ุนَุฏُูˆٌّ ูَุงุชَّุฎِุฐُูˆู‡ُ ุนَุฏُูˆًّุง
(Surah Fatir: 6)

Maksud:
Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu, maka anggaplah ia sebagai musuh.

๐Ÿ”ฅ Sentapan Realiti :

* Di Jamrah kita menolak syaitan
* Tetapi di luar haji kita mengikut bisikannya
* Di Mina kita kuat berzikir
* Tetapi di rumah kita lalai kembali

๐Ÿ‘‰ Inilah tanda “syaitan luar direjam… tapi syaitan dalam hati masih hidup”

⚠️ 7 Tanda Kita Masih Tertipu Syaitan :

1. Masih suka menangguh taubat
2. Masih selesa dengan dosa kecil
3. Solat masih diabaikan
4. Hati masih keras
5. Suka mengumpat & membuka aib
6. Mudah marah & tidak sabar
7. Lupa Allah selepas ibadah besar

๐ŸŒˆ 7 Cara Melawan Syaitan Sebenar :

1. Istiqamah dalam solat
2. Perbanyakkan zikir
3. Baca Al-Quran setiap hari
4. Jaga pandangan dan hati
5. Tinggalkan maksiat kecil sebelum besar
6. Berkawan dengan orang soleh
7. Sentiasa muhasabah diri

๐Ÿ“š Kata-Kata Ulama :

๐ŸŒŸ 1. Ibn Qayyim al-Jawziyyah ุฑุญู…ู‡ ุงู„ู„ู‡

ู…َู†ْ ุบَูَู„َ ุนَู†ْ ู†َูْุณِู‡ِ ุชَู…َูƒَّู†َ ู…ِู†ْู‡ُ ุงู„ุดَّูŠْุทَุงู†ُ

Maksud:
Sesiapa yang lalai terhadap dirinya, syaitan akan menguasainya.

๐ŸŒŸ 2. Ibn Rajab al-Hanbali ุฑุญู…ู‡ ุงู„ู„ู‡

ุฃَุนْุธَู…ُ ุงู„ْุฌِู‡َุงุฏِ ุฌِู‡َุงุฏُ ุงู„ู†َّูْุณِ ูˆَุงู„ْู‡َูˆَู‰

Maksud:
Jihad yang paling besar ialah melawan diri sendiri dan hawa nafsu.

๐ŸŒŸ 3. Imam Al-Hasan Al-Basri ุฑุญู…ู‡ ุงู„ู„ู‡

ู„َูŠْุณَ ุงู„ْุฅِูŠู…َุงู†ُ ุจِุงู„ุชَّู…َู†ِّูŠ ูˆَู„َูƒِู†ْ ุจِู…َุง ูˆَู‚َุฑَ ูِูŠ ุงู„ْู‚َู„ْุจِ ูˆَุตَุฏَّู‚َู‡ُ ุงู„ْุนَู…َู„ُ

Maksud:
Iman bukan dengan angan-angan, tetapi apa yang tersemat di hati dan dibuktikan dengan amal.

๐ŸŒŸ 4. Imam Ash-Shafi‘i ุฑุญู…ู‡ ุงู„ู„ู‡

ู…َู†ْ ุบَู„َุจَ ู‡َูˆَุงู‡ُ ุบَู„َุจَ ุดَูŠْุทَุงู†َู‡ُ

Maksud:
Sesiapa yang mengalahkan hawa nafsunya, dia telah mengalahkan syaitannya.

๐Ÿ•Š️ Pesanan Untuk Ummah :

1. Jangan hanya melawan syaitan di musim haji
2. Lawan syaitan setiap hari
3. Jadikan hati tempat zikir, bukan was-was
4. Jangan ulang dosa selepas taubat
5. Jadikan ibadah sebagai benteng
6. Jangan rasa sudah “selamat”
7. Ingat, syaitan tidak pernah berhenti menggoda

๐Ÿคฒ Doa Perlindungan Dari Syaitan :

ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุฅِู†َّุง ู†َุนُูˆุฐُ ุจِูƒَ ู…ِู†ْ ู‡َู…َุฒَุงุชِ ุงู„ุดَّูŠَุงุทِูŠู†ِ، ูˆَู†َุนُูˆุฐُ ุจِูƒَ ุฑَุจِّ ุฃَู†ْ ูŠَุญْุถُุฑُูˆู†ِ

(Surah Al-Mu’minun: 97–98)

Maksud:
Ya Allah, kami berlindung kepada-Mu daripada godaan syaitan, dan kami berlindung agar mereka tidak mendekati kami.

๐Ÿ”ฅ Kata-Kata Motivasi Akhir :

“Syaitan yang direjam di Jamrah itu mudah… tetapi syaitan yang tinggal dalam hati itulah yang paling berbahaya.”

๐Ÿ•Œ Penutup :

Melontar jamrah bukan sekadar perbuatan di Mina…
tetapi simbol perjuangan sepanjang hayat

๐Ÿ‘‰ Jika syaitan masih berjaya membisikkan kita selepas haji…
๐Ÿ‘‰ maka kita belum benar-benar menang

“Rejam syaitan di luar tidak bermakna jika syaitan di dalam hati masih diberi ruang.”

Semoga Allah lindungi kita daripada tipu daya syaitan.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

Semoga bermanfaat๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป

Memburu Maghfirah Meraih Mardhatillah 

Sumber n terima kasih:
Al Faqir Ust Hj Wan Hamidi Bin Wan Mat
YBIM @ LESTARI UMMAH @ MMTT @ MIDU

๐Ÿ’ ๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’ ๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’ ๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’ ๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’ ๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’ 

Tuesday, May 12, 2026

birthday seorang anak

Bismillahirohmanirohim 

Mak, Ayah,

Hari ni hari lahir anakmu.
Alhamdulillah 

Tapi tak sama macam dulu. Tak ada lagi pelukan, tak ada lagi ucapan "alhamdulillah'

Yang ada cuma rindu yang tak pernah surut, dan doa yang tak pernah putus.

Dulu, Mak bertarung nyawa lahirkan saya. Ayah sambut saya dengan azan di telinga. 

Hari ni saya hidup dengan usia yang Allah pinjamkan, tapi Mak & Ayah dah lama pulang ke negeri abadi.
  
Setiap nombor yang bertambah di umur saya, adalah setahun lagi rindu saya pada Mak & Ayah bertambah.

Mak,  
Anakmu rindu air tangan Mak. Rindu leteran Mak. Rindu bau Mak. 
Kalau air mata ini boleh jadi jambatan, dah lama saya berlari jumpa Mak.

Ayah,  
Anakmu rindu ketegasan suara Ayah. Rindu nasihat Ayah. 
Rindu membonceng motor Ayah . 
Dunia ni terasa kosong sangat tanpa doa Ayah yang jadi pendinding saya.

Mak, Ayah,  
Maafkan anakmu andai dulu banyak lukakan hati. Ampunkan dosa-dosa saya yang Mak & Ayah bawa sampai ke sana.
  
Saya tak puas membalas jasa mereka. Tak sempat melayan Mak Ayah di waktu tua mereka. Takdapat cium tangan minta ampun sepuas-puas. Tak melayan mak ayah sepenuhnya semasa mereka bersama. 

Tapi hari lahir saya ni, saya hadiahkan untuk Mak & Ayah:
*Al-Fatihah, Yasin, dan doa yang takkan pernah berhenti.

*Ya Allah,*  
" Hari lahirku ini, aku mohon Kau hadiahkan sesuatu buat Mak & Ayahku di alam sana. 
Lapangkanlah kubur mereka seluas mata memandang.
Terangilah dengan cahaya-Mu. Wangikanlah dengan wangian syurga.  
Ampunkanlah segala dosa mereka. Angkatlah darjat mereka.
Jadikan hari lahirku ini sebagai asbab untuk Kau kumpulkan kami semula di syurga Firdaus tanpa hisab."

Selamat hari lahir untuk saya, Mak & Ayah.
Walaupun jasad kita terpisah dunia, tapi doa & rindu ini tetap satukan kita.  
Tunggu anakmu di syurga ya, Mak, Ayah* ๐Ÿฅน๐Ÿฉท

Al-Fatihah untuk arwah Mak & Ayah juga kak siti Khadijah ๐Ÿคฒ  


Anakmu yang tak pernah lupa, 
Ainhany@ 12052026


       
---  

Thursday, April 23, 2026

cari petunjuk

apabila kau kelu

laluan mana perlu diredah

lorong mana perlu digerakkan

langkah mana perlu didahului


kembalilah 

bertanyalah kepada yang MEMILIKI

mohon PETUNJUKNYA

arahnya masih jauh

tapi ada jalannya

selamat sentiasa



laluan

bukan senang masuk syurga sehingga diuji hingga jatuh

tapi pertolongan ALLAH amat hampir kepada mereka dikala berdoa


bersabarlah  



Tuesday, March 10, 2026

rahsia ramadan

 
 ✓ Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim…

 ✓ Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, krn sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.

 ✓ Ya Fattahu Ya 'alim…

 ✓ Ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yg baik2 utk diri kami, Jgnlah kau menguji kami pd apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami ya Allah…

 ✓ Ya Allah Rabbul Jalil….

 ✓ Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik..supaya dgnnya kami dpt beribadah kpdMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, krn kami terlalu byk dosa kpdMu Ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pdMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kpdMu ketika senang, kami ingat kpdMu bila dtg kesusahan. Kami lupa kpdMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu ketika usia sudah tua, ..justeru ya Allah...ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa melalaikan kami drp mengingatimu ya Allah…

 ✓ Ya Allah…Ya Rahman..Ya Rahim…

 ✓ Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yg mgalir dlm diri kami...kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh mbawanya ke syurgaMu ya Allah...ya Rahman...pd setiap keringat yg mngalir pd tubuh ayah kami dlm mcari rezki kpd kluarga kami...kau gantikanlah dgn keampunan yg mbawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tdk akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sdgkan kami berada dlm kesenangan dan kemewahan...Justeru kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yg istimewa di syurgaMu ya Allah…..

 ✓ Ya Allah….

 ✓ Kami juga memohon ampun utk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh…golongkanlah mereka dlm golongan org2 yg Engkau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dlm keadaan yg baik2…dlm keampunan dan rahmatMu Ya Allah…

 ✓ Ya Allah Ya azizz…
 ✓ Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

 ✓ Ya Rashid…Ya rahman…Ya Rahim..
 ✓ Jika ada dikalangan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln keluar kpd mereka, jika ada di kalangan kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka Ya Allah…agar dapat beribadah bersama kami. Jika ada dikalangan kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak2 yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar dan Mengasihi…

 ✓ Ya Allah Ya Malikal Mulk…

 ✓ Ya Razak..Ya Fattahu Ya 'Alim…

 ✓ Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lg diberkati dan jadikanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu..sebaliknya, jgnlah kau jadikan kami drp golongan yg lupa diri setelah mendapat kurniaannMu.

 ✓ Ya Allah….

 ✓ Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya.. jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang….

 ✓ Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram…

 ✓ Ya Allah….Jgnlah kau jadikan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akan dtg…

 ✓ Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jadikanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jadikanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. Ya Allah…temukanlah kami dgn lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt beramal di mlm al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubat kami..ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi… kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya…

 ✓ Aamiin3 ya rabbal'aa


Ramadan2026

Sunday, January 11, 2026

NADIA


apakah bekalanmu tika dewasa 

cukupkah perssediaanya

Wednesday, January 7, 2026

misi CSR zoo negara

Bersama kita ditugaskan sediakan makanan utk kera monyet ungka dan seangkatan dengannya


Dan sebagai penghargaaan team kami diberikan peluang utk jelajah seluruh zoo tanpa sebarang cas. 

                   
                     dan akhirnyaa.. 

Semua berpuas hati dan merupakan satu pengalaman bermakna.. Menjinakkan kuda di kandang, 
Menyental di kolam kura2
Memberi makan kepada binatang
Membersihkan peesekitaran sangkar.. 
Dan memotong dan menyusun buah2 untuk di gantung di sangkar monyet ungka burung dsb.

Terima kasih atas CSR ni..