Showing posts with label happy teacher day. Show all posts
Showing posts with label happy teacher day. Show all posts

Tuesday, May 15, 2012

selamat hari guru

Tema Hari Guru 2012 : Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan
Negara

Terima Kasih cikgu 
YA Allah, kau balaslah jasa insan2 mulia bergelar Ulama', Ustaz, Ustazah, Guru/ Cikgu, Pensyarah dan semua pendidik di seluruh dunia dengan sebaik-baik balasan dunia dan akhirat. Sesungguhnya kerana keikhlasan merekalah aku berada di tempatku sekarang... Syukran!
( ku petik doa ini dari FB ustaz Zahazan)

Tidak dlupai di titipkan jua buat saudara2 ku yang menjanakan masa dan tenaga
 untuk membimbing anak bangsa...satu kesinambungan warisan ayah
Teruskan menabur ilmu dengan penuh keikhlasan
muga generasi juga beroleh keberkatan.
Buat abang madet, abg zan, kak jah, cikna, cikwan, abang din, abang salleh, mak su, kak nilam, 
Salleh, Tufail, Azrie,  
Selamat berkhidmat
sekali guru selamanya adalah guru...
dalam mendidik dan mengajar anak bangsa


Selamat hari guru
TERIMA KASIH CIKGU


opppp 
juga selamat Hari lahir buat anak saudara saya SALLEH MURSHIDI. 
yang  juga seorang pendidik di institusi pengajian di utara
Mudahan mnjadi guru yang murshid
SELAMAT HARI LAHIR

Monday, May 16, 2011

16 MEI...

SELAMAT HARI GURU 
istimewa buat semua guru-guru  yang telah mengajar, mendidik, membimbing, memperkenalkan abc.., mengajar alif ba taa.. juga memberikan pengajaran dan ilmu sepanjang perjalanan hidup saya..Sama ada yang bertaraf guru ataupun bukan guru...daripada kalianlah saya belajar dan ada sekarang ini.

Terima kasih  dan Jazakallah  :
- guru2  di  SK Ayer Puteh Pendang,  SMK Pendang,
- pensyarah2 di Polteknik Sultan Abd Halim Muazaam Shah
- pensyarah2 di UTM
- guru2 @ penolong pengarah di Bahagian Teknologi Pendidikan/BTPN
- semua ustaz2/ustazah dan tok2 guru, tokoh ilmuan yang pernah menyampaikan ilmu dalam mendidik hati mencintai ALLAH

Mulianya kerjaya guru umpama ulamak pewaris nabi. Pada diri merekalah adanya sifat muaalim dan murobbi yang mnjadikan proses mendidik mencapai tahap profesionalisme. Satu-satunya panggilan dan jawatan yang dipegang hingga akhir hayat..Betapa hebatnya kuasa guru dalam masyarakat...Keseluruhan hidupnya dicontohi dan  diteladani.

Tak terkecuali saya rakamkan ucap selamat hari guru buat kakak2, abg2 dan anak2 saudara saya :..
Sms telah saya hantar buat mereka sebagai tanda memperingati dan mengenangi pengorbanan mereka anak2 pewaris kerjaya ayah yakni cikgu siti khadijah, cikgu rusnina, cikgu nilam, cikgu nurolhuda,, cikgu basharudin, cikgu mahadzir, ustaz soleh, ustzh che ridzwan, en salleh murshidi , en ilyas tufail, en norizan.

Juga Pada TARIKH 16 MEI juga ulangtahun kelahiran anaksaudara saya
SALLEH MURSHIDI bin HJ BASHARUDIN
Semuga anakanda ku ini diberkati ALLAH perjlann hidupnya dan diperkenankan ALLAH akan segala doanya...Namamu yang indah seindah kerjaya mu..pastinya redza ibu ayah bersamamu jua..
Selamat ulang tahun kelahiran dan selamat hari guru  untuk encik Salleh.
Panjang umur murah rezeki......bleh belanja chu lagi....hihii

TERIMA KASIH CIKGU

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru


KEPADA :
Semua guru-guru yang telah menyempurnakan amanah dengan jujur dan dedikasi.
CIKGU, dirimu adalah orang pertama yang mengejar dan memperkenalkan huruf abc, 1,2,3, alif ba, taa.....formula demi formula
Panggilan keramat ini yang kekal sehingga terkubur- cikgu , ustaz, ustazah, sir, mr, mrs........ 
Semuga ALLAH merahmati semua guru2ku. Halalkan ilmu yang telah dihulurkan dan ampun maaf jua diharapkan atas kecuaian selama ini.

TERIMA KASIH CIKGU.
Khususnya buat semua guru2 dan staf pendidikan  yang pernah mengajar dan bersama  saya di :
SK Ayer Puteh, Pendang , Kedah
SMK Pendang
Politeknik Alor Setar
Universiti Teknologi Malaysia
Bahagian Teknologi Pendidikan - disinilah "Kolam" yang memaknakan saya dgn  falsafah pendidikan, PIPP, Projek Bestari, NILAM, Hari Guru dll. Bersama guru-guru di sini  saya menyusuri keperitan guru2 pendidikan khas dan guru2 pedalaman. Pengalaman mereka dikongsikan. Keperitan mereka membakar semangat anak bangsa tetap dimuliakan di dunia dan akhirat.Terimakasih kwan/ guru2

tak terkecuali buat family yang mewarisi kerjaya guru dan sewaktu dengnnya:
- cikgu Basharudin, cikgu Mahadzir, ustaz Soleh, en Norizan, en Haiza, en Salleh Mursihidi, en.Ilyas Tufail
- cikgu Siti Khadijah, cikgu Rusnina, cikgu Ridzwan, cikgu Nilam, cikgu Noorulhuda
- juga buat almarhum ayahdaku : CIKGU MANSOR ( Semuga ALLAH mmberi rahmat berterusan buatnya)
Semuga jasa dan pengorbanan yg telah dan sedang diberikan diberkati ALLAH dan diganjari ALLAH berterusan dan selama2nya.

Juga kepada semua rakan/ sahabat/ adik2 yg telah menjadi guru/bakal bergelar guru...satU profesion yang menjanjikan saham berterusan. Bekerjalah dengan AMANAH dan jadilah teladan buat anak bangsa



TERIMAKASIH DAN SELAMAT HARI GURU 2010


** 16 MEI- Saleh Murshidi-anakanda saudara saya yg bertuah meraikan hari ulangthun kelahiran bersamaan dgn hari guru...happy birhtday



Friday, May 15, 2009

terima kasih cikgu


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


jasa & pengorbanan mu GURU
nampak mudah namun hakikatnya terlalu payah untuk ditamsilkan
kaulah pembina generasi hari ini
TERIMA KASIH CIKGU

ucapan ini ku khususkan buat Ayahandaku TUAN HJ MANSOR ABDULLAH---seorg pendidik yg berjaya membangunkan generasi di 'Charuk Kudung' dan pernah dinobatkan sebagai tokoh guru Daerah Pendang,seorang bapa kepada 13 beradik(2drpnya dijemput ilahi) yang berjaya. Hingga kini ayah kekal dngn panggilan "cikgu"- satu2nya panggilan keramat utknya.

Tidak terkecuali generasi kami-cikgu Basharudin, cikgu Siti Khadijah, cikgu Mahdzir,cikgu Rusnina,cikgu Ridzwan, cikgu Nilam, cikgu Norolhuda, ustaz Soleh, en.Norizan(UTM),en salleh murshidi(kolej komuniti),en ilyas tufail(YPM),en Haizanizam(ILP) dan bakal guru Farhana Hanina(IPG Ilmu Khas). Semuga masih ada lagi anak cucu yang bakal mewarisi kerjaya ini.

Tidak juga dilupakan kepada semua guruku @ pensyarahku di SK Ayer Puteh,SMK Pendang, Politeknik Alor Setar, UTM KL .
Juga bekas cikgu yang pernah sama-sama bekerja di Bahagian Teknologi Pendidikan, Bukit Kiara. Teruslah berkhidmat utk perjuangan pendidikan kita....

TERIMA KASIH CIKGU

SELAMAT HARI GURU