Berita kematian saudara Azli Paat ,46 tahun diterima usai solat isya semalam. Terima kasih adik angkatku Mokhtar Eisa yang telah memaklumkan dengan lontaran tanda soal...AP meninggal?? Innalillahi waina ilaihi rojiun....Ku susuli degn menghubungi number telefon isterinya yang telah lama ku kenali... Rupanya nomber itu kini telah digunakan oleh anak sulungnya yang bertugas di Petronas Kertih.. Dalam ketabahan seorang anak sulung ini, ada nada sebak dan sedih dengan berita kematian mngejutkan ini. Segalanya benar belaka dan aruah meninggal di rumahnya setelah demam, batuk2 dan telah menerima rawatan di sebuah klinik di Hartamas.
Benarlah janji itu, apabila tiba waktunya, takkan dicepat dan dilewatkan barang sesaat.....Segalanya telah ditentukan oleh ALLAH sejak azali lagi.... Isterinya hanya menyedari setelah mendapati diri aruah tidak bernafas lagi sebaik pulang menjemput anak2 dari sekolah. Segalanya kelam...itulah yang dapat dikatakan apabila saya sempat menemui isterinya, seorang pegawai di BTP , pejabat lama saya dulu. Kak Fadhilah, lulusan PHD yang merendah diri, seindah namanya ...seorang yang ceria dan sabar serta tabah dengan qada dan qadar ilahi. Bersut jubah hitam, saya menghampirinya dan memeluknya...s
abar ye kak...Allah tahu akak mampu mengemudikan tanpa aruah abang Azli bersama. Moga ALLAH merahmati dan mencucuri rahmat atasnya. Dia hampir mengalirkan air mata dan saya tak nak melayan perasaan yang masih bersedih. Saya alihkan perhatian bertanya mengenai anak2 nya yang sedang sibuk memasukan beg ke kereta untuk pulang ke kampung. Anak2 yang semakin membesar dari usia 6 tahun hinggalah yang baru menjejaki alam pekerjaaan. Bahagianya family aruah dikurniakan 6 lelaki dan 4 perempuan. Antaranya ada yang berada di sekolah kebangsaan, maahad, menengah , kolej dan universiti.
 |
| yang sempat ku snap seputar dirumahnya...(pic family :credit FB azlipaat) |
Isteri aruah memberitahu, aruah ni jarang sakit tetapi pernah dihinggapi luekimia ketika mereka sama2 belajar di oversea dulu sehingga memerlukan pertukaran darah dan dijangkakan hayatnya cuma 6 bulan. Tetapi itulah perancangan manusia.....merangka dan merencana sedangkan kita semua ada rezeki masing2. Beliau masih boleh menceritakan detik terakhir bersama...kesempatan melayan aruah makan tengahari biarpun pada ketika tu aruah masih demam.. Tiada tanda2 itulah yang diberitahu..Mengimbau kembali jenaka antara mereka, jika saya mati dulu dimana nak dikebumikan...aruah berhasrat disemadikan di kg lamannya di Batu Pahat dan keputusan inilah yang dibuat isteri dan anak2nya untuk menguruskannya ke sana. Ketika kunjungan saya ke rumahnya pagi tadi, anak sulungnya telah ke Hospital Selayang manakala anak2 yang lain sedang bersiap-siap untuk ke Hospital dan kemudian terus ke Batu Pahat,
Khabarnya, post mortem aruah mungkin mengambil masa sejam dua. Mudahan punca kematiannya akan dikenalpasti dan inilah prosidur yang perlu ditempuhi apabila kematian mengejut. Pelbagai spekulasi boleh berlaku dan kita merelakan pemergian aruah . Saya melahirkan ucap takziah dan memadailah bertemu dengan anak2 dan isterinya di rumah. Saya menyusuli kereta yang mereka naiki sambil memerhati rumah dua tingkat yang bakal sepi ini... Terlalu banyak kenangan minat aruah yang mengumpul barang antik( kereta van, basikal stoller etc) memenuhi ruang laman rumah itu.. muga antara generasi ditinggalkan ada diantaranya bakal mewarisi ilmu, semangat dan minat ayahnya
Kata kawan yang telah menziarahi semalam, tenang wajah aruah dan ketenangan inilah yang diharapkan hingga ke akhirat. Menerusi corong radio bernama24, dikongsikan betapa aruah seorang yang luhur dan ikhlas berkongsi ilmunya tanpa meminta sebarang bayaran. Subhanallah...hebatnya ilmu dan perkembangan IT yang dimiliki. Di manapun aruah berada sama ada di dalam ataupun diluar negeri, aruah pasti akan tetap bersiaran di segmen azli dan ICT....tiada culas. Aruah adalah milik satu Malaysia....Dari segmen bernama24 hari ini, pelbagai respond pemanggil dikongsikan...dari utara hingga selatan, timur ke barat merasai pemergiaannya,,,YAng saya masih ingat satu ketika dulu, kami pernah bekerjasama menyiapkan satu montaj perasmian (gimik) untuk majlis anjuran kementerian pendidikan. Ketika itu software flash dan animasi masih baru tetapi kepakaran beliau amat teruja biarpun secara bersahaja. Jari dan mindanya aktif dan hingga kini dia pakar segalanya tentang ICT. Prinsipnya yang saya perhatikan, work smart dan hard.. Kini dia telah meninggalkan kita dengan ilmunya ...Mudahan ALLAH menjadikan asbab atas ilmunya dikongsikan untuk nya damai di sana.
saya petik dari FB Bernama radio24
YA ALLAH ampuni dan rahmatilah saudara kami ini , berikan nya kebaikan dan bahagialah aruah dalam perjalanan ke alam barunya. YA ALLAH peliharalah anak2 dan isterinya , Berikan mereka panduan dan bimbinglah mereka mencintai Allah dan menjadi anak2 soleh dan solehah. Y
A ALLAH tempatkan aruah dikalangan orang saleh dan di jannatul firdaus. Al FATIHAH
wallluaklam...
credit : terima kasih kepada dik mazian yang turut memaklumkan..biarpun kita jauh tetapi kita sahabat hingga akhir hayat. insyaALLAH