Friday, August 5, 2011

Ya ALLAH sembuhkan Abdullah

kasihnya ummi..
" YA ALLAH, sebagaimana Kau sembuhkan penyakit Nabi Ayub, Kau sembuhkan lah juga penyakit yang dialami oleh anak saudaraku ini, Abdullah Ishaq..Sesungguhnya anak saudaraku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan yang lebih mengasihi daripada segala yang mengasihi..."
Ya ALLAH, ampunilah kesilapan anak saudaraku ni, maafkan dose2nya dan terimalah taubatnya. Berikanlah  kesembuhan untuk dia kembali bersama kami. Andai ada hutangnya yang belum berbayar, atau khilafnya sesama manusia, janganlah dihukumi melainkan diberikan peluang untuknya melangsaikan, memperbaiki dan mengkoreksi dirinya. Dengan nama ALLAH, saya sebagai emak saudaranya jua merayu, andai ada hutang2 sesama kawannya tika di kolej2 pengajiannya masih berbaki dan berhutang, sila maklumkan dan pasti akan diuruskan. Maafkanlah Abdullah andai itu silapnya ...  Ya ALLAH, sesungguhnya diriku tak sanggup melihat penderitaan anak saudaraku sebegini. Dia anak yang baik, suka membantu, tak banyak kerenah dan suka menceriakan suasana.  Sesungguhnya Ya ALLAH , ku yakini tak kau bebani Abdullah melainkan dia sanggup menghadapinya dan tak DIRIMU menguji kami, melainkan kami antara mereka yang berhak dibebnani ujian. 

Bekalkan kesabaran kepada ummi dan ayahandanya untuk menghadapi ujian ini dengan sabar dan penuh pengharapan. Mudahan berkat doa umi ayahanda, family  jua semua yang bersimpati  di Ramadan ini, Abdullah beroleh kesembuhan dan temui rawatan yang tepat.

 
kami rindu dgn lawakmu ..
Bermula dengan demam panas yang berterusan, membawa kepada jangkitan kuman, dari wad biasa ke HDU dan kini air tulang belakangnya telah diambil untuk didinogniskan.  Usaha pakar perubatan HBSA yang berterusan sehingga kini masih belum temui jawapan. Inilah kudrat manusia, hanya mampu menjustifikasikan penyakit dan kesakitan semasa  mengikut SOP yang ada.  Namun apabila 'kun fayakun' ALLAH, kita hanya mampu berikhtiar dan berdoa kerana kesembuhan itu HANYA daripada ALLAH dan DIA yang mendatangkan dan DIA juag yang menyembuhkannya.

Kini antara menziarahi emak di kg, Kedah dan mengunjungi anak saudara di JB...saya menjadi berbelah bahagi..Emak tak harus disesakkan dengan penderitaan cucunya ini.  Mak harus tenang dan memadailah di khabarkan Abdullah dirawat di hospital. Maafi kami mak ..tetapi saya yakini...ini hanya sebagai langkah keselamatan untuk mak juga.  Semua maklum kasih seorang emak hingga sanggup mempertaruhkan nyawanya buat si anak...dan daripada sekecil2 anak yang dikendungnya, sehingga setua mana sekalipun, kasih sayangnya tetap sama..INIlah naluri dan nafas seorang ibu....Namun pakala jiwa emak telah terguris, hati emak telah di robek, apa yang ada pada kita? . Masih adakah bahagia dan ketenangan. Saya seboleh mungkin ingin bersama emak, berbuka bersama mak dan berterawih bersama-sama di kg. Dapat juga mengunjungi dan membersihkan pusara ayah. Membahagiakan emak setelah ketiadaan ayah itulah azam saya juga kakak2 saya.

Buat diriku juga abang ku yang sedang di uji ini, sengaja ku ingatkan..ujian ALLAH satu peringatan. Kita tak perlu berpikir 'kerja ALLAH' kerana ALLAH adalah sebaik-baik pencatur. Marilah kita koreksi diri sendiri, bermuhasabah punca ALLAH uji Abdullah adalah habuan buat kita.. Sejauh mana kita menjaga hak2 kita dan sempurnakah kita dengan ALLAH. Kembalilah kita kepada mak..Doa mak tanpa hijabnya...Kita masih ada mak dan kita amat2 mengharapkan pengampuanan mak atas mana-mana khilaf kita kerana kita tak tahu,  mana satu yang telah mengguriskan hati mak dan mengundang ujian ini. Buat abang ...pohonlah maaf mak, mhn mak mendoakan kesejahteraan abang dan family dan menghususkan doa kesembuhan buat anak kita ini.
kami rindu kamu..
 Abdullah panggilan biasa di kalangan saudara, lebih manja di gelar abang  ngah di kalangan adik beradik, Ishaq di kalangan sahabat2 juga. Dengarlah bisikan sayang ku ini.  Sabarlah sayang, dirimu sedang diuji, ALLAH sayang kamu nak, ini ujian berat yang perlu A.Ngah tempuhi dalam meniti usia remaja. Lihatlah dengan pandangan kasih sayang ALLAH..Betapa kita selama ini terlalai dalam pelukan dan kasih sayang ALLAH...Betapa kita mengabaikan detik waktu yang berlalu...tapi tidak hari ini sayang. Setiap hari berlalu, doa untukmu diiringi..Bagi chu, apapun situasimu, kau tetap di antara anak2 yang pernah mendapat kasih sayang dan membahagiakan chu. Chu sayang abang ngah....sama macam dulu. Walau bagaimana teruk dan sakit mana penderitaan mu nak, berkat doa semua, ikhtiar yang berterusan, insyaALLAH ada kesembuhan. Jangan tewas dan menyerah nak, bangunlah dan berilah reaksi positif dari hari ke hari. Abang Ngah perlu sihat dan meneruskan pelajaran...Abang ngah suke membuat rekacipta yang mengkagumkan dengan kepintaran otaknya. Namun abang ngah tak suke menunjukkan kebolehannya. Tapi cu tahu itu watak sejak dari kecil lagi...berilah barang mainan dan pasti akan terburai dek operasi abang ngah... Tak ingat kan...tak per..cu masih ingat..

Bangunlah abang ngah..bukalah matamu dan lihatlah wajah2 yang menziarahimu..ada ummi yang amat2 kasih padamu, ada ayahanda yang sentiasa memberimu semangat, abang long yang baikhati, dikbas yang jenaka, dikfa yang prihatin, dik mat yang hansome , dik yam yang sopan, dik adam dan eddat yang merindui lawan dan tukang usik mereka..Juga saudara mara yang bersimpati, teman2 mu, guru2 di SRIH, dan SMIH. Mereka hadir dengan kasih sayang dan demi satu keakraban yang terjalin. Bangunlah sayang... usah berlamaan di situ.. Abg ngah perlu pulih dan sembuh dan kembali bersama family dan menjalani praktikal. Misi belum selesai..

Bangunlah Abang angah...berakhirlah kesakitan dan penderitaan mu nie..kembalikan keceriaan buat family kita..Cu rindu abg ngah yang sihat, yang boleh dok sebelah cu, boleh cu pegang kepala dan boleh gaduh lagi dengan chu...sebab tak de anak yang akan aman tanpa gurauan chu. Chu tau abang ngah tak amik hati dengan cara kemesraan cu...Cu rindu suasana ini lagi..Kepada anak-anakku yang lain, amiklah iktibar dan jadikan ini sebagai pedoman. Hari ini untuk Abdullah..esok2 sapa menjangkakan buat siapa. Muga ALLAH selamatkan kita semua dari segala perkara yang diingini. Melindungi kita semua dari fitnah dunia dan ancaman makhluk.  Selamatkan dunia dan akhirat kita.Memudahkan urusan kita dan memimpin kita mendekati jannah.

Ya ALLAH perkenankanlah doa kami, dengarlah rintihan kami, makbulkan  doa kesembuhan ini buat Abdullah ..Ya ALLAH berilah peluang untuk Abdullah kembali bersama kami, sihat dan sembuh. Panjangkan umurnya, rezekinya dan berkatilah hidupnya dan sembuhkan dia sepertimana sebelum ni.


Kepada semua yang turut membaca di sini, saya mohon doakan dan ulangi doa diatas untuknya Doa supaya Abdullah sembuh dan Allah kurniakan hidayah untuknya mnjadi daie seperimana Abdullah Rawhah.. Tiada hadiah yang terbaik melainkan saling  mendoakan saudara seagamanya. Tak mampu saya membalasnya, melainkan akan terus mendoakan sahabat2 yang mengunjungi dan berdoa buat Abdullah. Terima kasih ALLAH . terima kasih teman-teman dan semuga ALLAH membalas kebaikan yang telah diberikan

wallahuaklam

20 comments:

Ummi Humaira said...

assalamualaikum Ain...

salam Ramadhan...semoga ibadat mumtaz...

ameen ya Robbal 'Alameen... ummi doakan semoga Abdullah sembuh seperti sediakala dan dpt berbakti untuk keluarga n agama ...

ainhany said...

waalaikumusalam ummi chaq,

Amin.
semuga ALLAH perkanakkan doa kita. Ucu amat hargai..Amin

InsyaALLAH
salam ramadan jua

Anonymous said...

SAKIT! Itu jugalah yang saya rasai ketika diuji suatu ketika dulu. Ketika itu hanya satu yang bermain di minda iaitu mahu sembuh dan tidak mahu sakit. Ternyata apa yang saya inginkan itu tidak menjadi realiti.

Kesakitan yang saya alami semakin hari mampu merenggut keyakinan diri dan emosi. Akhirnya, hanya air mata yang menjadi peneman setiap hari tanpa pengetahuan ibu tercinta. Pelbagai andaian yang bermain difikiran hanya kerana kesakitan yang dialami tidak dapat dikenalpasti oleh Dr!

Saya pasrah, tawakal dan hanya mampu berdoa. Hinggalah suatu hari saya dapat merasai ketenangan yang infinti. Kesakitan yang dialami juga semakin berkurang. Bagaimana ini terjadi?

Akhirnya saya sedar, kesakitan yang saya alami buat seketika itu rupanya membawa saya untuk lebih dekat dengan Pencipta. Untuk saya sentiasa bermunajat kepada-NYA…Alhamdulillah.. Syukur yang tidak terhingga…

.....Dan itulah hikmah ujian yang saya perolehi. Pada saya apa yang terjadi ini ada hikmahnya. Hakikatnya… Sakit itu anugerah, jika disyukuri akan terasa nikmatnya. Kini, saya tidak lagi ‘memaksa’-NYA agar menyembuhkan saya. Cuma berharap agar sentiasa sihat agar dapat melaksanakan ibadat dengan sempurna..

Untuk adik Abdulah… tabahlah dik… sesungguhnya ini adalah ujian buatmu dan juga keluarga.. Mudah-mudahan ada kesembuhan jua untukmu. Ingatlah… kesakitan itu daripada-NYA maka kesembuhan juga daripada-NYA….

Sakit, sihat, hidup mati adalah kehendak-NYA. Maka… Redhalah….

Ya ALLAH.. sihatkanlah adik Abdulah. Panjangkanlah umurnya.. Sejahterakanlah dia… Amin.

--MaNjA-

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Mendengar rintihan dan doa2 Ain pun terasa menyayatkan hati apatah lagi kalau melihat keadaan `abang ngah` yang terlantar. Yalah ain, kita sebagai hamba, hanya dengan doa kepada Allah SWT tempat kita mengadu dan memohon pertolongan. InsyaAllah, sama2 kita berdoa ke hadrat Ilahi meminta diringankan penderitaan `abang ngah`. Amin ya Rabbal `Amin.

Bb Hussain said...

Salam Kak,
Bb doakan agar Abdullah sihat kembali.
Salam Ramadhan..

ainhany said...

Waalaikumusalam ustazah,

Amin...
ain amat2 mendambakan doa kesembuhan buat Abdullah ishaq. Terima kasih daun keladi....

ainhany said...

salam dik BB,

Amin.
terima kasih dik..Allah jua yang mmbalasnyaa. mudahan rintihan doa kita diperkenankan..

Terima kasih

Anonymous said...

salam pada abdullh ishaq
kami dar kuchg sarawak,
mendoakan supaya cepat sembuh..

ainhany said...

salam --MaNjA-,

Terima kasih atas perkongsian ini. Satu injuksi buat diri yang lemah disaat menghadapi ujian ini.

TErima kasih ALLAH yang telah memilih orang2 yang layak dujinya. Kasih dan hikmah ditemui adalah satu mutiara hukmat buat orang yang berpikir dan berzikir. Mudahan Anakanda Abdullah juga mampu berjuang untuk sihat dan mempunyai semangat untuk sembuh.

Manja..bantulah iringkan doa buat dik lah..walaupun dia tak setegamu, moga dia bisa temui kesembuhan. Sembuh seperti sebelumnya..Amin.

Terima kasih --MaNjA-(nice name)

ainhany said...

salam dari kucing,

InsyaALLAH akan disampaikan
Terima kasih atas doa.
Berkat ukhuwah yang ada, ALLAH perkenankan hajat2 kita.
Amin

wanabdulhafiz said...

kami dari kuching sarawak junior intake 1/2011 dari automotif sama kolej ILP mendoakan abdullah ishaq semoga abang senior kami cepat sembuh dan sihat walafiat dan sentiasa tabah menghadapi segala rintang dan dugaan.... kami juga bersimpati terhadap penyakit yang dihadapinya. semua yang berlaku adalah kehendakNYA. kami mengharapkan abdullah ishaq sembuh seperti sediakala dan mendapat menjalankan kehidupan yang baik dan gembira di samping keluarga AMIN...

Apat said...

salam sejahtera sye ucapkn n salam ramadhan

di sini sye welson(junior 1/2011) ataupun abg senior abdullah ishaq selalu panggil sye apat serta kwn junior yg lain dr kuching sarawak(sme blajar di ILP) berdoa semoga abdullah ishaq sembuh n aktif seperti waktu kali pertama sye n junior lain melihat dia buat lawak jenaka pd kami...sye dh menganggapnye abg pd ku...kuatkn semangat ye abg ishaq...sembuhlah..serta senyum selalu dan kembali lgi praktikal dengan keadaan yang sihat dan cergas....amin...

aizamia3 said...

moga Abdullah segera sembuh dengan doa dan usaha dari semua pihak..

ainhany said...

salam wanabdulhafiz,

Terima kasih dik wan, Inilah stuasi AI sekarang...tak bermaya dan mengharapkan doa dan semangat2 dari semua yang mngenalinya. Andai ada khilaf AI sbgai senior wan, ucu mhn harap maafkan dan jika ada 'terhutang'maklumkan pada email ucu.

Sama2lah kita terus mendoakan..muga AI yng sihat dan ceria kembali bersma kita lagi..Amin

ainhany said...

Dik Apat,

Terimakasih dik apat,,,ucu juga mengharapkan perkara yang sama kembali lagi..keceriaan AI bersama2 semua...

Nanti ucu sampaikan salam2 apat dan wan..mudahan ingatan nya pada kalian akan membantu penyambuhannya..

- Jom turun JB, ziarah AI..
Terima kasih

ainhany said...

salam aiza,

insyaALLAH..
bantulah akak untuk turut mndoakan dik abdullah ini..
terima kasih

lex said...

saya alex....dari kuching sarawak junior(intake 1/2011) pada abg senior kami abdulah ishaq mengharapkan abg kami ini sembuh...sedia kala...dan sentiasa aktif menjalankan kehidupan yang normal....abg kmi ini sentiasa berjenaka....dan amat ambil berat pada kmi sebagai junior nya ini.....kuatkan semangat ini adalah cubaan nya dan kehendakNYA....saya di sini dan kawan sejunior dan mendoakan abg kami ini abdulah ishaq cepat sembuh....AMIN...

ainhany said...

salam sejahtera alex,

inilah cubaan dan cabaran yg perlu AI hadapi buat masa sekarang. tiada lagi tawa dan jenakanya..Doakan kesembhan buatnya lagi.

Nanti akan ucu sampaikan kata2 semangat dan pesanan Alex padanya. Pastinya dia masih ingat jRnya di sana..Terima kasih telah menjadi sebahagian dari rakan2 AI dalam mengenali kehidupan di sarawak..

Terima kasih Alex. Jaga diri ya!

anaMuslimah said...

salam...tersentuh membaca...arwah sakit apa sebenarnya? salam takziah....semoga dia ditempatkan dikalangan para solehin...

anaMuslimah said...

salam...tersentuh membaca...arwah sakit apa sebenarnya? salam takziah....semoga dia ditempatkan dikalangan para solehin...