Monday, June 13, 2011

Kunci rahmat:

ما يَفتَحِ اللَّهُ لِلنّاسِ مِن رَحمَةٍ فَلا مُمسِكَ لَها ۖ وَما يُمسِك فَلا مُرسِلَ لَهُ مِن بَعدِهِ ۚ وَهُوَ العَزيزُ الحَكيمُ ﴿٢﴾(2) Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.  (surah al fatir ayat 2) Seketika pagi tadi saya sempat mendengar (bukan menonton) Semanis Kurma dan ole-ole doa ini dberikan oleh ustazah Baayah dan ustaz Akashah. Mudah-mudahan berpandukan kepada terjemahan ini dapatlah kita sama-sama memahaminya dan mengamalkannya. Jadikanlah ia sebagai zikir,kalam ALLAH yang  Agung ni jalan penyelesaian dalam mengatasi setiap masalah. Kepada sahabat yang lebih maklum tentang khasiat ayat ini dimohonkan berkongsi info. Insya ALLAH sama-sama kita amal
 Rezeki ALLAH tiada bertepi......Indahnya NIKMAT ALLAH

1 comment:

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Mengikut petikan tafsir AlQurtubi,..وَقِيلَ : هُوَ الدُّعَاء : قَالَهُ الضَّحَّاك . اِبْن عَبَّاس : مِنْ تَوْبَة . وَقِيلَ : مِنْ تَوْفِيق وَهِدَايَة
AdDhahaka Rahmat yang dimaksudkan adalah `do`a` manakala Ibnu Abbas mengatakan `taubat` , taufik dan hidayat`. Ia juga dikatakan rahmat itu adalah rezeki.
وَفِي مُوَطَّأ مَالِك : أَنَّهُ بَلَغَهُ أَنَّ أَبَا هُرَيْرَة كَانَ يَقُول إِذَا أَصْبَحَ وَقَدْ مُطِرَ النَّاس : مُطِرْنَا بِنَوْءِ الْفَتْح , ثُمَّ يَتْلُو هَذِهِ الْآيَة " مَا يَفْتَح اللَّه لِلنَّاسِ مِنْ رَحْمَة فَلَا مُمْسِك لَهَا Dlm Kitab Muwata` karangan Imam Malik r.h. menyampaikan bhwa Abu Haurairah r.a. berkata,`Apabila manusia itu ditimpa oleh hujan, kami telah menghujankannya dgn binaan pembukaan kemudia ia membaca Surah Fatir:2 ini.
Biarlah saya fokuskan kpd `hujan`. Awan nipis yg dikenali sebagai AlMuznu yg membawa manafaat kepada manusia dgn menghidupkan bijian2 dan hidupan dlm tanah sehingga menggegarkan sitoplasma utk mengeluarkan plumul dan radikel bijibenih yg pendam (dormant seeds) . (Surah AlWaqiaah:69 ءَأَنتُمۡ أَنزَلۡتُمُوهُ مِنَ ٱلۡمُزۡنِ أَمۡ نَحۡنُ ٱلۡمُنزِلُونَ Kamukah yang menurunkannya dari awan halus ataukah Kami yang menurunkan?
Awan ini juga bukan sahaja membawa air malah mengandungi AlKhab`a iaitu jirim2 yg wujud tetapi tidak nampak pada pdgn mata spt ` positively and negatively charged ions`, molecular vapour, micronutrients dsb yg sedia bercantum dan turun ke bumi sebagai hujan.(Surah AnNaml:25أَلَّا يَسۡجُدُواْ لِلَّهِ ٱلَّذِى يُخۡرِجُ ٱلۡخَبۡءَ فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَيَعۡلَمُ مَا تُخۡفُونَ وَمَا تُعۡلِنُونَ Bahawa mereka tidak menyembah Allah Yang mengeluarkan apa yang terpendam di langit dan di bumi [2] dan Yang mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan.
Sekiranya air hujan ini jatuh dikawasan pergunungan, ia tersangat baik utk dijadikan air minuman utk manusia khususnya. Allah SWT telah menunjukkan kpd manusia air yg terbaik sesuai dgn fitrah manusia krn Dialah yang menciptakan kita. Surah AlMursalat:27 وَجَعَلۡنَا فِيہَا رَوَٲسِىَ شَـٰمِخَـٰتٍ۬ وَأَسۡقَيۡنَـٰكُم مَّآءً۬ فُرَاتً۬ا Dan Kami telah jadikan di bumi: Gunung-ganang yang menetapnya, yang tinggi menjulang; dan Kami telah memberi minum kepada kamu air yang tawar lagi memuaskan dahaga?
Wallahualam