Showing posts with label Thank Q. Show all posts
Showing posts with label Thank Q. Show all posts

Wednesday, August 9, 2023

Regu ibadah


                                             
                                    Regu yang serasi 

Terlalu berharga
Nikmat bersahabat
Bukan pada berapa lama
Tapi pada kenangan tercipta

Cantik telekung ni🌹
Cantik sejadah ini🌹
Kepada yang memberi
Saya menumpang rezeki
Mensyukuri dan menikmati

Moga Allah gandakan pahala
Sejadah Mekah drpa Angah Niza
Telekung Khadijah drpa sahabat srikandi

Ye, saya tak mampu dan tak mungkin memiliki jika bukan daripada kalian yang baik hati. Terima KASIH Allah rezkikan saya bersahabat dengan mereka semua yang saling menghormati
Saling memberi
Saling membahgia 

Semoga Allah juga alirkan pahala ini utk kita bersama
InsyaAllah. 

Alhamdulillah. 


Telekong dihadiahkan ketika kejutan meraikan hari lahir saya sehingga tercipta memory di Gunung Jerai bersma sahabat srikandi. 
Semoga Allah jaga persahabatan sejati ini. 


Saturday, April 1, 2023

SAHABAT PERBAGAI WATAK*

*Persahabatan umpama untaian tasbih, yang ada awal Tiada penghujung. Dicantum demi cinta-Nya, diratib demi Redha-Nya.*

 *Setiap sahabat mempunyai keistimewaan yang tersendiri.* 
*Ada kelebihan dan kekurangan yang perlu kita saling lengkapi.*

 *Ada sahabat yang kasar, Tetapi lembut hatinya,*

*Ada sahabat yang Nakal, Tetapi suka mengambil berat,*

*Ada sahabat yang Garang, Tetapi sebenarnya adalah penyayang.*

*Ku sendiri akui susahnya ingin menjaga sebuah persahabatan,* 

*Menjaga ukhuwah hanya kerana Allah, membuang sifat-sifat tercela sa’at berukhuwah*
*kerana syaitan sentiasa mencucuk jarum agar bermusuhan dengan sahabat.

*"Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki SAHABAT yang soleh.* 

*Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh..."* 

*Andai aku mendekatkanmu dengan Allah, teruslah bersamaku.*

*Andai aku menjauhkanmu daripada Allah, nasihatilah aku untuk kembali kepada-Nya.* 

*Buang segala sifat tercela di hati. Ikhlaskan persahabatan hanya kerana Allah.Kerana*
*Di Syurga nanti kita pasti* 
*berjumpa kembali*




*Semoga bermanfaat untuk dikongsi bersama sebagai muhasabah diri*

Monday, January 9, 2023

Pasti ada sebabnya

Kalau ada orang yang mencaci mengata di belakangmu, jangan marah dengarkan sahaja. Boleh jadi itulah cara Allah mengajar dan menunjukkan kepadamu tentang kekuranganmu. Kalau ada yg menfitnahmu, tetaplah berbesar hati, barangkali itu cara Allah menutupi aib dan menghapuskan dosamu.

Semua masalah dalam hidup, boleh jadi menyenangkan selagi engkau meluaskan pandangan dan mengembalikannya kepada Allah. Jika besar tempat Allah dalam hatimu, maka akan nampak kecillah nilai selain Allah dalam pandanganmu.

Kredit : Habib Umar bin Hafidz

Wednesday, February 9, 2022

Universiti kehidupan

Kita belajar dari mereka yang hadir dalam hidup kita, ada yang bawa manfaat ada juga sebaliknya. 

Semua itu memberi kekuatan buat hati supaya kita lebih akan berhati-hati


Wednesday, February 2, 2022

Cukup


Kita jaga amanah
Allah jaga kita

Kita sayang Allah
Kita sayang Rasullullah


3/2/2022

Sunday, August 15, 2021

di hari lahirku

Terima kasih kepada semua sanak saudaraku yang ku kasihi
terima kasih buat sahabat, teman dan kawan yang mengenali saya secara langsung mau pun secara maya.

Amin-amin yaa robbal alamin.

Alhamdulillah.. tahun 2020 empunya cerita tersendiri. 12 mei bersamaan ramadan juga bagai samar-samar dalam hayatku. Sengaja aku belajar melupakan tarih tersebut. Tanpa ku pegang telepon seharian dan banyak ku selak lembaran AQ. Bukan tak sudi menyahut ucapan tetapi setiap ucapan dari setiap pengirimnya mempunyai nilai mendalam ke atas diri ini. Saya amat menghargainya dan saya akan memperuntukan masa yang tenang untuk melayan semua ucapan diterima. Kita ada cara tersendiri dan kita juga terikat dengan masa bertugas.


Saya terharu kerana ucapan pertama diterima dari Lyyn -seorang bizz woman yang berjaya dan sangat menghormati orang. Terima kasih dik. doa dan ucapanmu ku lipat kemas. Saya selak lembaran wassap ya dari grop juga sama. Saya membalas setiap ucapan diterima. Dan saya amat menghargainya. !2 Mei juga adalah hari OFF day

13 Mei saya melangkah ke tempat tugas sebagai seorang yang lebih TUA Seorang makcik yang berdikari. Ye..itulah usia saya. Kubur pun kata mari, rumah pun kata pergi. Tiada lagi insan yang sudi mendekati kerana jiwa tua umpama radio buruk. Di ketepikan dan ada baiknya dibuang jauh. Biarkan dia menjauh kerana jiwa tua tak upaya dan berguna lagi. Jika dulu dikata sayang tapi kini ditendang..Dan mungkin juga dia menyesal mengenali saya yang terlebih mengatur corak kehidupannya. Siapa makcik nak susun hidup saya.

13 Mei, seketika menghampiri waktu berbuka , ada kejutan dari insan mulia.  Puding jagung bertatah HAPPY BIRTHDAY terpacak di mata.  Saya sebak...saya malu dan saya takut.. Saya cume memerhati dan belum bersedia ..... Usai solat maghrib, barulah saya ada kekuatan untuk diraikan dan berkongsi rezeki dengan team yang bertugas. Terima kasih mdm Ju kerana menyediakan menu birthday yang mengejutkan . Biarpun simpl;e katamu tapi amat bermAKna buat seorang TUA ini. Kita makan sepuasnya usai kita bersolat tarawih. Alhamdulillah, Subhanllah Masya allah. 
     

siaran tertunda
( ) 

 

Tuesday, May 11, 2021

Ukhuwah

Moga ukhwah yang terbina bukan sahaja terbina di sini malah mekar hingga ke syurga. Jika sayang, selagi hidup nyatakanlah kepada sahabat kita dan teruslah menyokong dan mendoakan.

  
         

Jika ditakdirkan berjauhan atau ada kesilapan, belajarlah memaafkan dan tidak mengaibkan. Hargailah kenangan yang pernah tercipta. Sesungguhnya kita semua ini bersaudara.

         

Untuk semua sahabat, terima kasih! Ukhwah fillah abadan abadaa, Insya-Allah.

Dari Ibnu Mas’ud RA berkata: “Ada seorang lelaki datang kepada Rasulullah lalu bertanya: “Ya Rasulullah, bagaimanakah pendapat Rasul mengenai seorang yang mencintai sesuatu kaum, tetapi tidak pernah menemui kaum itu?” Rasulullah SAW bersabda: “Seseorang itu akan bersama orang yang dicintainya (di akhirat). (HR. Bukhari dan Muslim

   
           

Sumber Copy FB

Saturday, March 6, 2021

makan apa tu



pernahkah terfikir
rambang mata 
mana satu nak mula
mana satu nak cuba
pelbagai rasa
pelbagai nama
untuk kita
jamah bersama

ini bukan olok-olok
tapi realiti hidangan diterima
seketika berkelana ke Aceh
Hidangan di  Melaubuh amat mempersona
meraikan pengantin
biar jauh
kita bina persaudaraan
kita dari rumpun yang sama
islam pegangan dijaga

terima kasih ibu yang mengajak saya untuk meraikan perkahwinan dua negara.

2/3/2000

#raikansahabat
#takkenalpunkitakawan
#sahabatsyurga

Friday, September 18, 2020

Pilih sahabat

Imam Al-Ghazali Rahimahullah Taala berpesan;

"Pilih lah sahabat yang;

jika engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, 
jika engkau diam, dia mula menyapa mu dahulu, dan 
jika engkau ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu."



love it




Sunday, August 9, 2020

Air tangan family kita

Sedap sampai laa

Ni yg dibekalkan oleh kak Cik,kakak sulung saya. Menunya char keowteow, cucuq jagung& kucai dan buah nenas. MAU TAK MAU, dah siap sedia anak saudara saya telah packing. 😋Terima kasih nurul. Memang anak menakan saya mewarisi air tangan kakakku... Sedapnyaa  masih terasa.. 

Opp rindu cucu ku pula. Mana di mana ainul mardhiah..??


seketika di Puncak Geuruie

Tersangatlah cantik permandangan di puncak Geuruie ini.
Macam kita dok tengok dalam gambar dan poskad.
Membiru dan menghijau. 

Masa ni terpikir apa ye...
Subhanallah 
Alhamdulillah
ALLAH 
Terima kasih Allah rezkikan saya utk sampai ke puncak dalam Misi Meulabuh Aceh. 


bila turun dan sampai di bawah
kita berjemaah posing sat. Masya ALLAH dah sampai ke Acehjaya kita. 
Berpijak di bunyi nyata....


hentian



Perjalanan 
Pelayaran
KAN TERHENTI
di kota pelabuhan
 bila

10/8/2020

Thursday, July 16, 2020

Yang tercatat dalam AQ

Assalamualaikum WBKTH

Peringatan 
buat diri sendiri yg sering lupa...
buat kenalan yg sudi baca..

*100 PERINTAH ALLAH PADA MANUSIA YANG TERCATAT DI DALAM QURAN.*

*1. Jangan berkata kasar.* 
(QS 3 – Ali Imran : 159)

*2. Tahanlah marah.*
(QS 3 – Ali Imran : 134)

*3. Berbaiklah kepada orang lain.* 
(QS 4 – An Nisaa’ : 36)

*4. Jangan sombong dan Bongkak.*
(QS 7 – Al A’raaf : 13)

*5. Maafkanlah kesalahan orang lain.* 
(QS 7 – Al A’raaf : 199)

*6. Berbicaralah dengan nada halus dan bersopan.* 
(QS 20 – Thaahaa : 44)

*7. Rendahkanlah suaramu.* 
(QS 31 - Luqman : 19)

*8. Jangan mengejek orang lain.* 
(QS 49 – Al Hujuraat : 11)

*9. Berbaktilah pada orang tua (ibu bapa).* 
(QS 17 – Al Israa’ : 23)

*10. Jangan mengeluarkan kata yang tidak menghormati orang tua ( ibu bapa).* 
(QS 17 – Al Israa’ : 23)

*11. Jangan memasuki kamar peribadi ibu bapa tanpa izin.* 
(QS 24 – An Nuur : 58)

*12. Catatlah hutang-hutangmu.* 
(QS 2 – Al Baqarah : 282)

*13. Jangan mengikuti orang secara membabi buta.* 
(QS 2 – Al Baqarah : 170)

*14. Berikanlah lanjutan waktu bila orang yang berhutang kepadamu dalam kesempitan.* 
(QS 2 – Al Baqarah : 280)

*15. Jangan makan riba’/membungakan uang* 
(QS 2 – Al Baqarah : l

*16. Jangan melakukan sogok/ raswah* 
(QS 2 – Al Baqarah : 188)

*17. Jangan ingkar atau melanggar janji* 
(QS 2 – Al Baqarah : 177)

*18. Jagalah kepercayaan orang lain kepadamu* 
(QS 2 – Al Baqarah : 283)

*19. Jangan campur adukan kebenaran dengan kebohongan* 
(QS 2 – Al Baqarah : 42)

*20. Berlakulah adil terhadap semua orang* 
(QS 4 – An Nisaa’ : 58)

*21. Tegakkanlah keadilan dengan tegas* 
(QS 4 – An Nisaa’ : 135)

*22. Harta yang meninggal atau waris harus dibagikan kepada anggota keluarga ahli waris* 
(QS 4 – An Nisaa’ : 7)

*23. Wanita memiliki hak waris* 
(QS 4 – An Nisaa’ : 7)

*24. Jangan memakan harta anak yatim* 
(QS 4 – An Nisaa’ : 10)

*25. Lindungi anak yatim* 
(QS 2 – Al Baqarah : 220)

*26. Jangan memboroskan harta dengan sewenang-wenang.* 
(QS 4 – An Nisaa’ : 29)

*27. Damaikanlah orang yang berselisih* 
(QS 49 – Al Hujuraat : 9)

*28. Hindari perasangka buruk* 
(QS 49 – Al Hujuraat : 12)

*29. Mencatat perjanjian hutang piutang* 
(QS 2 – Al Baqarah : 283)

*30. Jangan memfitnah orang* 
(QS 49 – Al Hujuraat : 12)

*31. Gunakan harta untuk kegiatan sosial*(QS 57 – Al Hadid : 7)

*32. Biasakan memberi makan orang miskin* 
(QS 107 – Al Maa’uun : 3)

*33. Bantulah orang fakir yang berada di jalan Allah* 
(QS 2 – Al Baqarah : 273)

*34. Jangan menghabiskan uang untuk bermegah-megah* 
(QS 17 – Al Israa’ : 29)

*35. Jangan menyebut-nyebut tentang sedekahmu* 
(QS 2 – Al Baqarah : 264)

*36. Hormatilah tamu anda* 
(QS 51 – Adz Dzaariyaat : 26)

*37. Perintahkan kebajikan setelah kita melakukannya sendiri* 
(QS 2 – Al Baqarah : 44)

*38. Jangan berbuat kerusakan di muka bumi* 
(QS 2 – Al Baqarah : 60)

*39. Jangan menghalangi orang datang ke masjid* 
(QS 2 – Al Baqarah : 114)

*40. Perangilah mereka yang memerangi mu* 
(QS 2 – Al Baqarah : 190)

*41. Jagalah etika perang* 
(QS 2 – Al Baqarah : 191)

*42. Jangan lari dari peperangan* 
(QS 8 – Al Anfaal : 15)

*43. Tidak ada paksaan untuk memasuki agama Islam* 
(QS 2 – Al Baqarah : 256)

*44. Berimanlah kepada para Nabi* 
(QS 2 – Al Baqarah : 285)

*45. Jangan melakukan hubungan suami-istri di saat haid* 
(QS 2 – Al Baqarah : 222)

*46. Susuilah anak-anakmu selama dua tahun penuh* 
(QS 2 – Al  Baqarah : 233)

*47. Jauhilah zina di luar nikah* 
(QS 17 – Al Israa’ : 32)

*48. Pilihlah pemimpin dari yang bertaqwa. Pilihlah pemimpin berdasarkan ilmu dan jasanya* 
(QS 2 – Al Baqarah : 247)

*49. Jangan membebani orang di luar kesanggupannya* 
(QS 2 – Al Baqarah : 286)

*50. Jangan mau dipecah belah* 
(QS 3 – Ali Imran : 103)

*51. Renungkanlah keajaiban dan penciptaan alam semesta* 
(QS 3 – Ali Imran 3 :191)

*52. Lelaki maupun wanita mendapat balasan yang sama sesuai perbuatannya* 
(QS 3 – Ali Imran : 195)

*53. Jangan menikahi mereka yang sedarah denganmu* 
(QS 4 – An Nisaa’ : 23)

*54. Keluarga harus di-imami oleh seorang lelaki* 
(QS 4 – An Nisaa’ : 34)

*55. Jangan pelit atau kikir* 
(QS 4 – An Nisaa’ : 37)

*56. Jangan iri hati* 
(QS 4 – An Nisaa’ : 54)

*57. Jangan saling membunuh* 
(QS 4 – An Nisaa’ : 92)

*58. Jangan membela ketidak jujuran atau kebohongan* 
(QS 4 – An Nisaa’ : 105)

*59. Jangan bekerja-sama dalam dosa dan kekerasan* 
(QS 5 – Al Maa-idah : 2)

*60. Bekerja samalah dalam kebenaran* 
(QS 5 – Al Maa-idah : 2)

*61. Mayoritas bukanlah merupakan kriteria kebenaran* 
(QS 6 – Al An’aam : 116)

*62. Berlaku adil* 
(QS 5 – Al Maa-idah:8)

*63. Berikan hukuman untuk setiap kejahatan* 
(QS 5 – Al Maa-idah : 38)

*64. Berjuanglah melawan perbuatan dosa dan melanggar hukum* 
(QS 5 – Al Maa-idah : 63)

*65. Dilarang memakan binatang mati, darah dan daging babi* 
(QS 5 – Al Maa-idah : 3)

*66. Hindari minum racun dan alkohol* 
(QS 5 – Al Maa-idah : 90)

*67. Jangan berjudi* 
(QS 5 – Al Maa-idah : 90)

*68. Jangan menghina keyakinan atau agama orang lain* 
(QS 6 – Al An’aam : 108)

*69. Jangan mengurangi timbangan untuk menipu* 
(QS 6 – Al An’aam : 152)

*70. Makan dan minumlah secukupnya* 
(QS 7 – Al A’raaf : 31)

*71. Kenakanlah pakaian yang bagus di saat sholat* 
(QS 7 – Al A’raaf : 31)

*72. Lindungi dan bantulah mereka yang meminta perlindungan* 
(QS 9 – At Taubah:6)

*73. Jangan melaksanakan sholat dimasjid yang dibangun dengan kedengkian* 
(QS 9 – At Taubah : 108)

*74. Jangan pernah putus asa akan pertolongan Allah* 
(QS 12 – Yusuf : 87)

*75. Allah mengampuni orang yang berbuat dosa karena kebodohan* 
(QS 16 – An Nahl : 119)

*76. Berserulah/ajaklah  kepada jalan Allah dengan cara yang baik dan bijaksana* 
(QS 16 – An Nahl : 125)

*77. Tidak ada seorangpun yang menanggung dosa orang lain* 
(QS 17 – Al Israa’ : 15)

*78. Jangan membunuh anak-anakmu kerana takut akan kemiskinan* 
(QS 17 – Al Israa’ : 31)

*79. Jangan mengikuti sesuatu yang kamu tidak memiliki pengetahuan hukumnya tentang hal itu* 
(QS 17 – Al Israa’ : 36)

*80. Jauhkan diri dari perkataan dan perbuatan yang tidak bermanfaat* 
(QS 23 – Al Mu’minuun : 3)

*81. Jangan memasuki rumah orang lain tanpa seizin pemilik rumah* 
(QS 24 – An Nuur : 27)

*82. Allah menjamin balasan kebaikan hanya kepada mereka yang percaya kepada Allah* 
(QS 24 – An Nuur : 55)

*83. Berjalanlah di muka bumi dengan rendah hati* 
(QS 25 – Al Furqaan : 63)

*84. Jangan melupakan kenikmatan dunia yang telah Allah berikan* 
(QS 28 – Al Qashash : 77)

*85. Jangan menyembah Tuhan selain Allah* 
(QS 28 – Al Qashash:88)

*86. Jangan terlibat dalam perbuatan homosexual dan sejenisnya* 
(QS 29 – Al ‘Ankabuut : 29)

*87. Berbuat baik dan cegahlah perbuatan mungkar* 
(QS 31 - Luqman : 17)

*88. Janganlah berjalan di muka bumi dengan sombong* 
(QS 31 - Luqman : 18)

*89. Wanita dilarang mempamerkan diri* 
(QS 33 – Al Ahzab : 33)

*90. Allah berkehendak mengampuni semua dosa-dosa kita* 
(QS 39 – Az Zumar : 53)

*91. Jangan berputus asa dari pengampunan Allah* 
(QS 39 – Az Zumar : 53)

*92. Balaslah kejahatan dengan kebaikan* 
(QS 41 – Fushshilat : 34)

*93. Selesaikan persoalan dengan bermusyawarah* 
(QS 42 – Asy Syuura : 38)

*94. Orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang bertaqwa* 
(QS 49 – Al Hujuraat : 13)

*95. Agama Islam melarang Rahbaniyyah atau mengkultus individukan para ulama* 
(QS 57 – Al Hadid : 27) 

*96. Allah akan meninggikan darjat mereka yang berilmu* 
(QS 58 – Al Mujaadilah : 11)

*97. Perlakukan terhadap non muslim dengan baik dan adil* 
(QS 60 - Al Mumtahanah : 

*98. Menginfakkan harta dan Hindari diri dari sifat kikir* 
(QS 64 – At Taghaabun : 16)

*99. Mohon ampunan kepada Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang* 
(QS 73 – Al Muzzammil : 20)

*100. Jangan menghardik orang yang meminta-minta* 
(QS 93 – Adh Dhuhaa : 10)

*101. Berbuat Baiklah, Allah maha pencipta mengetahui setiap perbuatan*
(QS 14 - Ibrahim: 24-26)

*102. Allah memanggil manusia untuk masuk kedalam surgaNya*
(QS 89 - Al Fajr: 27-30)

*103. Allah menghapus kesalahan dan dosa manusia beragama Islam yang beriman dengan ajaran Nabi Muhammad*
(QS 47 - Muhammad: 2)

*KEINSAFAN DIKONGSI SAMA..*

CnP

Tuesday, July 14, 2020

ingat MATI

Ketika kita menanam padi, rumput pun ikut tumbuh, tapi ketika kita menanam rumput, padi tidak pernah ikut tumbuh.

Dalam kita melakukan kebaikan, kadang-kadang ada yang buruk turut ikut sama.

Tapi ketika kita melakukan keburukan, tidak ada kebaikan turut ikut serta.

Usah bosan untuk berbuat baik walaupun kadang-kadang kita tidak sempurna.

# Jika melawat ke hospital, kita akan menyedari betapa berharganya nikmat kesihatan.

# Jika melawat ke penjara, kita akan menyedari betapa besarnya nikmat kebebasan.

# Jika kita ke kubur, kita akan menyedari betapa berharganya nikmat hidup.

Pesakit akan keluar wad bila sakitnya sembuh, manakala banduan akan keluar penjara bila tamat tempoh hukumannya.

Tetapi setelah berada di dalam kubur tiada jalan keluar.
 
Sentiasa ingat mati dan buatlah persiapan untuk kematian.

Allah. Allah. Allah.



Saturday, July 11, 2020

Asam pedas ubi kayu


Hmm..
Toksah cakaplah.. Belum saya balik kg lagi, abg dah siap siap tanye dan plan nak masak nasi daging.  ALAMAK..menu jarang dapat ni. . abg rindu chu ke??  Terima kasih abg. 

Sejak  tiada mak dan ayah, abg  sering  bertanya khabar saya . Tapi kali ni saya bagi tahu abang saya tak  nak nasi daging tapi nak ASAM PEDAS PARI.

Alhamdulillah, bila abg tahu saya dah berada di kampung menu pilihan pun muncullah di depan mata. Alhamdulillah...sedap tak terkata. Mana ada jual menu lagu nie. Jika ada pun jarang jumpalah.. Hmmm.. takde ucapan lain melainkan bersyukur. Terima kasih kakak iparku yang  telah menyediakannnya sejal awal lagi . Tudiaaa seperiuk untuk dimakan bersama.

Ada sapa pernah makan asam pedas ubi kayu ikan pari.?? Yess kita geng. Ini asam pedas versi utaqa naaa. Jangan dok  samakan asam pedas ini dengan asam pedas Melaka naa. Saya orang KEDAH toq toq.. selera utara tetap nombot wahid.  Alhamdulilah berkat masakan kakakku ini , dapatlah saya nikmati bersama family lain.  Kata abg, ubi kayu ini di ambil terus dari pokok ubi yang ditanamnya. Ini yang best..totally bersih dan barokah insya ALLAH.  Maaf ye abg..cu pulun sakan tau asam pedas ni. Jangan serik masak lagi untuk chu tau.. Terima kasih kak Hjh Zainab dan abg hj Hanif.   


Ya ALLAH saya bahagia dikelilingi oleh saudara mara yang penyayang dan sangat memahami. Syukur walaupun jauh tetapi family tetap memantau saya dan bertanya khabar. Ada waktunya terasa diri ini rindu yang teramat, atau sakit secara tiba-tiba, pasti ada "connection' dengan family.  Mereka seolah-olah memahami  situasi dengan menghubungi saya.  Terima kasih Ya ALLAH, 

Ya ALLAH  Peliharalah diriku dari berfikir buruk, bertindak buruk dan memburuk burukan keadaan.  Jadikan daku seorang hamba ALLAH yang berada di garisan lurus dan sedia membantu siapa sahaja yang memerlukan. Biar kita tak kaya HARTA tapi kita kaya iman dan sentiasa bersedekah.  Hidup diteruskan dengan fasa TUA perlu dihayati.. Tua yang menghampiri garis penamat.


#syukur
#dimamahzaman
#menupilihan