Thursday, December 30, 2010

sakitnya itu nikmat

Tanpa ujian sakit manusia akan leka dan tak menghargai dan syukuri nikmat sihat, Dan kita tak mampu menghargai nilai nikmat anugerah Allah melainkan setelah nikmat tersebut hilang,bertukar tangan atau diambil orang...

Kesakitan yang  melanda di satu pagi membuatkan saya bermuhasabah, mengingat kembali nikmat yang diperolehi sebelum ini.  Tanpa diduga tetiba saya mengalami ketegangan urat yang melampau sehingga pergerakan amat terbatas. Memandu dalam keterpaksaan dan kesakitan dirasai hingga ke kemuncaknya. Teringat pesanan Pak Abu Sangkar juga Pak Yus dari kursus Solat Kusyuk yang pernah dihadiri, Allah datangkan sakit dan kita perlulah rela dan redza...Usah berlawan arus dengan ketentuan ALLAH.

Subhanallah..saya cuba praktikkan. Walaupun pergerakan terbatas tetapi saya mampu menunaikan rukun rukuk dan sujud dengan sempurna beserta qiyam. Terima Kasih ALLAH kerana kesakitan yang dialami ini adalah semata-mata ruang  dan perluang uintuk saya bertaubat dan bermuhasabah.
 
Disamping itu saya berikhtiar dan memakan ubat yang dibekalkan oleh seorang doktor  dari sebuah klinik.Terima Kasih ALLAH yang telah memakbulkan doa dan mengembaklikan nikmat sihat. Kepada teman2 yang telah membantu dan memberi semangat HANYA ALLAH jua yang mmbalasnya.
5 jenis ubat dibekalkan...santapan selapas makan


berjaya juga menghabiskan ubat-ubat ini
Muga2 kita menjadi mukmin yg beriman mampu sabar, tenang, berlapang dada dan bersikap positif menghadapi sesuatu musibah atau ujian kehidupan. Org mukmin terhibur dgn musibah kerana yakin akan ade penggantian di sisi ALLAH. Allah Akbar

..dan berilah berita gumbira kepada  org mukmin yang sabar. Iaitu org2 yang apabila ditimpa musibah mreka mngucapkan..innalillahiwainnailaihi rajiun///...al baqarah 2:155-156
wallahuaklam

Rawatlah hati

Kita sgt berhajat dan memerlukan ubat mujarab kepada segala permasalahan yang melanda. Namun permasalahan jiwa andai tak dirawat dengan tepat, betui dan benar akan menjadikan manusia hidup bagai di neraka sebelum dihumban ke neraka yg sebenar. Kegagalan mendapatkan penawar hakiki menjadikan jangka hayat jiwa semakin berpenghujung. Jiwa yang kosong akan menghala kepada keseronokan yang tanpa hadnya.Walaupun ada mengatakan kunci bahagia pada RM dan harta yang banyak, namun segalanya palsu sahaja..

Carilah penawar dan ubat utk hati. Tumpuan dan fokus kita harus konsisten.
Sama-samalah kita mencari penawar hati...
yang selamat adalah jiwa yang sejahtera ,
yang sejahtera itulah jiwa yang tenang.

Wednesday, December 29, 2010

Program ILMU 2011

Untuk dapat imej besar sila klik lagi

Sumber : www.masjidnegara.gov.my

Monday, December 27, 2010

atas nama keputusan

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Keputusan demi keputusan..
Tahniah dan alhmdulillah, keputusan PMR anak2 saudara telah pun dimaklumkan:
Along Aminahtul memperolehi 8A 1B
Arif memperolehi 3A6B
Rezeki dan keupayaan diukirkan hasil  usaha, restu family dan guru masing-masing. Tahniah buat guru2 dan sekolah SMA An Nadhoh dan Maktab Mahmud AS.

Untuk memperolehi kejayaan ianya bermula dari rumah. Hubungan sempurna dengan ALLAH dan sokongan padu dari ibu ayah adalah kunci kejayaan. Buat anak2 saudaraku ni, Along dan Arif, jadikan ini sebagai permulaan sebagai hadiah ibu ayah...Masih banyak rentasan kehidupan akan dilalui. Semuga ALLAH memberi kalian kejayaan demi kecemerlangan dunia dan akhirat. Anak2 saudara saya ini akan meneruskan  persekolahan di sekolah yang sama dan bakal mencatat kejayaan lagi untuk diri, family dan prestasi sekolah. Teruskan kegemilangan atas nama family kita jua.

Buat lepasan UPSR 2010, pada tahun 2011 mereka  akan melangkah ke dunia sekolah menengah. Namun saingan sengit dengan untuk  memasuki SBP, MRSM dan Maktab Makmud menjadi satu cabaran pula. Ketiga-tiga dari empat anak saudara saya yang mengambil tahun UPSR kali ini bersaing dengan ujian IQ, temuduga dan kecerdasan fizikal bagi melayakkan mereka memasuki ke sekolah yang dipilih.

Walau bagaimana pun mereka masih mendapat tempat untuk meneruskan persekolahan mereka.
Muhammad Shahmi yang mencatat 5A telah mendapat tempat di SBP Lahad Datu. Sabah
Muhammad Zaid yang mencatat 5A pula ke  SMKA Nibong Tebal, walaupun  mendapat tawaran ke Maktab Makmud AS tetapi terpaksa menolak kerana ketiadaan kemudahan asrama disediakan untuk pelajar ini walaupun ibu ayahnya berada di SPS
Muhammad Ibrahim yang mencatatkan 4A1B pula bakal meneruskan persekolahan di SMA AnNadhoh, Bukit Besar walaupan tawaran ke MMAS terpaksa ditolak ats sebab yang sama.
dan Imad 2A2B1C akan meneruskan persekolah  disekolah yang berhampiran dengan rumahnya.
Percutian ke Muzium Padi  dan Pusat Sains Kedah: Inilah  bakal saintis muslim!!
Hanya tinggal beberapa hari lagi anak2 saudara saya akan berada di rumah. Keriangan dan kegumbiraan mengenakan pakaian uniform sekolah pasti akan muncul semula. Selamat siapkan fizikal dan mental kerana minggu depan segalanya berubah..Pertekadkan niat dan lipat gandakan usaha kerana kejayaan esok bermula dengan hari ini...Rumah  itu kembali sepi..

Thursday, December 23, 2010

Setahun Enambulan Tigahari...

Ingatan rindu dan cinta saya pada almarhum ayahanda membara lagi..miss u ayah.
Rindu ku untuk  ziarahi lagi pusara ayah,nak ku alun bacaan suci disusuli doa utkmu,
ku bicara dan mengadu disisimu, lagi dan lagi....
ku basuh nisan di hujung kepalamu biar serinya terserlah di balik rimbunan pohon yang meneduhimu.


Notis keramat : Ya..sudah baca!!

Hadiah untukmu  ayah
miss u ayah...


Muga dicucuri rahmat atas mu ayah..
Setelah setahun 6 bulan 3 hari....bagaikan semalam yang berlalu...

Program Interaksi dengan ALLAH

Program ‘INTERAKSI DENGAN ALLAH’ adalah satu usaha untuk mengutarakan satu bimbingan ilmiah dan praktikal untuk mencari balik HATI (hakikat diri manusia), mengenali ilusi alam serta hidup dan terus mencari Allah, Sang Pencipta. Program ini juga akan membimbing para peserta untuk berhubung balik dengan Allah Yang Maha Hampir KasihNya, dengan izin Allah. Mudah-mudahan kita selamat dari tipu daya yang ada. Seterusnya kita akan kembali bahagia di sisi Allah.


Jom ke Program INTERAKSI DENGAN ALLAH yang akan di adakan
Pada :     SABTU 25/12/2010
Lokasi :    Pusat Belia Antarabangsa, Bandar Tun Razak, KL
Jam :       8.30 pagi- 5.00 petang
Bayaran : RM100 untuk dewasa, RM50 untuk pelajar
Sila sahkan pendaftaran atau ajukan kemusyiklan tentang program ini  kepada
Puan Nida 0196419442

Mutiara ini tiada ternilai.. 
Mengenali hakikat diri dan Allah serta membuka ruang INTERAKSI dengan Allah.Mudah-mudahan ALLAH menjemput kita untuk sama-sama hadir ke majlis ilmu ini . Insya ALLAH

Rujukan sumber :  http://interaksidenganallah.blogspot.com/

Komen : Saya dah daftar, anda bila lagi???? Jom..!

Wednesday, December 22, 2010

Program Perlatihan Solat Khusyuk

PROGRAM ANJURAN :

 
PENGUKUHAN SOLAT KHUSYUK BERSAMA PAK DEKA
                                        (Alumni Kursus Solat Khusyuk sahaja)
Penceramah: Pak Yusdeka Putra
(Penulis buku Membuka Ruang Spiritual, anak murid Pak Ustaz Abu Sangkan)
Tarikh : 25 Disember 2010 (Sabtu)
Masa: 10 pagi - 5 petang
Tempat: Bilik Seminar Diamond 2, ILSAS, Bangi (Masuk ikut pintu utama UNITEN)
Sumbangan: RM 50 (termasuk makan tengahari)
Pendaftaran dibuka sekarang.
Untuk daftar sms ke 0133119670 (Sharifah)


PELATIHAN SOLAT KHUSYUK (BELIA 18 - 35 TAHUN)
Tarikh: 26 Disember 2010 (Ahad)
Masa: 9:00 pagi - 5:00 petang
Tempat: Dewan Seminar IKRAM (bangunan korporat), Bangi
Penceramah: Pak Yusdeka Putera (penulis buku membuka ruang spiritual, anak murid Pak Ustaz Abu Sangkan)
Tiada yuran, percuma
Untuk daftar sms ke 0133119670
tempat terhad, daftar hari ini.

SUMBER : http://ummuayman.blogspot.com/

KOMEN : Ayuhlah hadir ke majlis ilmu ini. Banyak ilmu yang dikongsikan dan banyak manfaat bila kita mengenal ALLAH. Kenali ALLAH dan diri semakin tunduk dan merasai kelazatannya.
Masih tak percaya......jom:
“khusyuk itu adalah keyakinan bertemu dengan Allah SWT dan yakin kembali kepadaNya”.

Tuesday, December 21, 2010

Sapa nak syurga???

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Kasihnya ibu tiada tandingan,
kasihnya ibu sanggup berkorban.
Kasih ibu membawa ke syurga.

Seorang ibu itu sanggup bersusah payah membesarkan sebelas anaknya namun mampukah kesebelasan anak-anaknya memelihara, mengasihi dan menghormati seorang ibu di usia emasnya. Melewati hari-hari tua seorang ibu perlukan belaian dan sokongan daripada anak-anaknya. Di manakan si anak di kala sakit ibu perlu dirawat, sentuhan ikhlas adalah pengubat dan bicara bersopan itulah beradab. Pasaklah di jiwa duhai anak-anak, ibu perlu tenang dan bahagia sepertimana dia ada teman setianya selama ini. Kita, kitalah yang mengukir kuntuman bahagia buat si ibu mekar bersama haruman di nikmati bersama

Tersentuh hati saya bila saya menziarahi rakan maya di : Azzah (Tangan yang menghayun buaian itu..) Ternyata Azzah dan family sedang mengutip pahala yang diberi ALLAH kerana memuliakan seorang ibu. Memberi layanan yang terbaik samada di segi moral ataupun material. Andainya saya ditempatnya, mampukah saya melakukan perkara yang sama. Mampukah antara kami adik- beradik beralah atas nama ibu yang dikasihi..Kita hanya ada satu IBU ? satu syurga!

Kita semua akan tua, dan generasi hari ini sedang memerhati kita.
Jika hari ini kita terleka, mengaib, mengabaikan ibu bapa yang ada, usah disalah jika ada yang tak kena kerana segalanya bermula dari seorang anak yang membentuk ‘generasinya” juga.
Jika hari ini menderhaka, besok pasti ada yang tak kena, handbreaknya entah ke mana, bunganya sudah menggila dan hidup pincang dah tak berguna.

Atas nama tawaran syurga , ayuh sama-sama kita semak 'checklist' ini:
Bilakah kali terakhir kita bertemu ibu @ ayah
Berapa kalikah kita melihat wajah ibu ayah kita dalam sehari, seminggu, sebulan..
Berapakah budget kita serahkan untuknya setiap bulan
Berapa kalikah kita bersedekah atas namanya
Berapakah kerapkah kita topup teleponnya
Berapa kali kita beri hadiah untuknya
Berapa kali kita cium tangan, pipi dan peluknya
Berapa kali kita telah mendoakan utknya
Berapa kali fatihah kita hadiahkan untuknya
Berapa kali pusaranya kita ziarahi
Berapa kali ................


Namun cukupkah dengan berapa kali??? TIDAKKKKKK…ini hanyalah bilangan angka…nilai sebenar adalah sebuah KASIH SAYANG yang tiada di pasaran…isapan susu yang mengalir adalah jiwanya pada setiap penjuru tubuh kita. Kita tak punya apa-apa tetapi dengan petunjuk ALLAH jualah, kita mengetahui itulah keperluan untuk ‘seseorang’ bergelar manusia hari ini untuk hidup. Allah jua mengajar kita menghisap susu ibu di masa kelaparan. Belajarlah dari seorang anak yang baru lahir untuk mengetahui betapa Dzat ALLAH yang MAHA mengawal segalanya.

Untukmu ibu..ALLAH dekat denganmu, Redza Ibu adalah rezda ALLAH.
Ibu tua yang tiada berharta ,
tiada sijil untuk ditayangkan
tiada cinta melainkan ALLAH
Tanpa dia siapalah kita
Berbahagialah Ibu kerana doa Ibu tiada ‘boarder’ dengan ALLAH.

Mak, anakanda akan pulang mengunjungimu lagi..Untuk seketika anakanda rindu suara mak bertandang lagi di corong telinga ini. Rindu cerita mak walaupun berulang kali didengar dan rindu kelembutan mak menasihati  walaupun anakanda sudah dewasa. Anakanda rindu, jiwa terasa membahang ingin pulang., Terkasima dengan pesanan pulanglah layan mak…… seperti ada makna yang tersirat..
Mak ...saya sayang mak

Jom berdoa hindari maksiat

Doa mengharap anak / kenalan anda hilang rasa untuk melakukan maksiat.

Letak tangan di dadanya, dan bacalah doa ini:
(Jika sukar membaca, copy, pastekan di atas microsoft word anda dan besarkan saiz tulisan)

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ، وَطَهِّرْ قَلْبَهُ، وَحَصِّنْ فَرْجَهُ.
Maksudnya: “Ya Allah, ampunilah dosanya, bersihkan hatinya dan peliharalah kemaluannya”
Riwayat Ahmad no.22265

Doa ini dipetik dari sebuah hadis daripada Abu Umamah r.a, ketika seorang pemuda mendatangi Rasulullah SAW untuk meminta izin berzina. Rasulullah SAW tidak terus memarahi dan melarangnya, namun Baginda SAW memberikan analogi untuk mengugat perasaan lelaki tersebut dengan memberikan soalan:
“apakah kamu suka bila perzinaan itu dilakukan terhadap ibumu?”
tentu saja dia menjawab tidak suka, manusia manakah yang mahu ibunya diperlakukan begitu. Lalu Rasulullah bertanya lagi secara berurutan, apakah ia suka bila dilakukan terhadap anak perempuannya, saudara perempuan dan makciknya. Pemuda tersebut kemudian sedar tentang impak buruk zina dalam masyarakat lalu terus bertaubat.

Bagi yang ingin mendapatkan doa2 seperti ini sila dapatkan daripada buku 101 Doa drp hadis2 Sahih Terbitan Telaga Biru Sdn Bhd.

KOMEN:  Doa itu senjata mukmin dan berdoalah

Sumber : FB Ustaz Zahazan Mohamed

Monday, December 20, 2010

Alangkah hinanya



Asstaqfirullah..
bayangkan dikala ALLAH tayangkan semula perilaku kita selama menginap
di bumi yang dipinjamkan ini..
Segalanya telah dirakamkan
apakah mampu diforOwd atau dipadamkan akan bahagia, kecewa dan derita yang menimpa atau sengaja ditimpakan.
Banggakah  mereka dgn apa yang dimiliki
takluki dan monopoli
Haruskah pelakon dan wataknya disingkirkan

Redzakah ALLAH atas nama HIJRAH
melukai hati insan lain
juga hati IBU yang satu
Bukankah kamu juga seorang suami
Bukankah kamu seorang mama
Bukankah kamu juga pernah jadi anak
bukankah kamu juga memiliki anak

Alangkah HINANYA hidup ni...
menderhaka pada ibu sendiri
berlumur dosa dimanakah seri
wajarkah lagi terus sanjungi

Insafi diri
hidup ini sementara cuma
Bertaubatlah selagi bersisa
bahagiakah diri
atas nama anak derhaka

(Nikmat ALLAH yang manakah kamu dustakan)

Wednesday, December 15, 2010

Kasihnya ibu


Mengambil iktibar dari sebuah kuliah agama tentang kisah Al Qamah yakni sahabat nabi yang amat rajin beribadah, namun terseksa dikala menghadapi sakaratulmaut. Gagal mengucap walaupun telah diajar oleh ahli keluarga dan sahabatnya..

Puncanya disiasat dan didapati Al Qamah telah menderhakai ibunya, lalu Rasulullah SAW meminta ibunya memaafkan Al Qamah. Sebaik dimaafi, dia boleh mengucap dan menghembus nafas terakhir dengan tenang. Alhamdulilah..
Kuncinya :” syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu”.  
Bagaimanakah sekiranya ibu Al Qamah telah mendahuluinya sebelum kemaafan diberi??

Itu kisah dulu, menjadi iktibar dan pedoman buat kita yang hidup. Namun sejauh manakah kita sekarang memulia, menghargai dan menghormati ibu bapa kita. Situasi sekarang dalam mengejar wang,,kekalutan mendaki jaya dan keghairahan lambang prestige memungkinkan kita mengabaikan mereka. 

Bagaimana dengan haq anak lelaki? Kewajiban mereka sebagai anak lelaki mesti mengurus dengan bersungguh2, prihatin, sabar menjaga ibubapa. Ini syarat untuk mereka mendapat syurga di akhirat. Hadiah terbaik buat anak soleh. Ibu bapa adalah kunci syurga bagi anak lelaki manakala suami adalah kunci syurga bagi isteri. Ramai sedia maklum namun mengabaikan kewajiban ini :)

Pelbagai sekatan lalulintas(rob-lock) ALLAH bakal ditempuhi di akhirat kelak...Bayangkan sekatan demi sekatan tentang tanggungjawab diri, keluarga, dan masyarakat akan dipertanggungjawabkan. Segalanya akan dipersoalkan dan dinilai oleh panel yang Maha Mutlak. Payahkah seorang anak menunaikan tanggungjawab memelihara ibubapa di kala usia menginjak senja?. Andai ada airmata terluka, apakah kehidupan kan sempurna???
Berjayakah menempah syurga tanpa restu ibu bapa?? 

YA ALLAH 
ampunilah segala dosaku dan dosa kedua ibubapaku. 
kasihanilah..
kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihi ku sejak kecil.
Amin
06112010  Putera Ismail: kasihku bersamamu



Semuga kelahiran anak saudaraku ini , seindah nama yang ku panggil, menjadi anak soleh dan membahagiakan. Pengorbanan Nabi Allah Ismail bukan mudah, sanggup pertaruhkan nyawa demi agama yg dicintai. Muga Ismail ku kan memiliki ciri2 ini....Putera Ismail juga bakal anak soleh. InsyaALLAH

Tuesday, December 14, 2010

Selamat berpuasa



Al Imam Asy-Syaukani dan Al Hafidz Ibnu Hajar mengatakan puasa ‘Asyura ada tiga tingkatan. Yang pertama puasa di hari ke 10 saja, tingkatan kedua puasa di hari ke 9 dan ke 10 dan tingkatan ketiga puasa di hari 9,10 dan 11. Selamat berpuasa dan meraikan asyura.....Wallahua’lam

 Tanggal 10 Muharram dinamakan juga hari Asyura kerana pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi pejuang yang gigih menegakkan syiar islam.

Peristiwa yang berlaku pada hari Asyura:
  • Allah jadikan 7 petala langit dan 7 petala bumi.
  • Allah jadikan bulan,bintang,matahari dan cakrawala.
  • Allah jadikan Arasy,Loh Mahfuz,Kalam dan Malaikat.
  • Allah mencipta Nabi Adam Alaihissallam.
  • Allah menjadikan Siti Hawa.
  • Allah menjadikan Syurga.
  • Dimasukkan Nabi Adam ke dalam Syurga.
  • Taubat Nabi Adam diterima Allah.
  • Nabi Noh diselamatkan oleh Allah keluar dari bahtera setelah bumi tenggelam selama enam bulan.
  • Nabi Ibrahim dilahirkan dan 10 Muharram juga Baginda diselamatkan Allah daripada pembakaran Raja Zamrud.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  • Pengelihatan Nabi Yaakob yang buta dipulihkan oleh Allah.
  • Nabi Ayub dipulihkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan setelah berada didalamnya selama empat puluh hari dan empat puluh malam.
  • Laut merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa bersama pengikutnya daripada tentera Firaun.
  • Firaun dan pengikutnya tenggelam kedalam lautan tersebut.
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah Kerajaan yang besar.
  • Hari pertama Allah mencipta alam dan menurunkan hujan.

Amalan-amalan sunat pada Hari Asyura:
  • Berpuasa-Pahalanya seperti mengerjakan haji dan umrah dan mati syahid.
  • Mandi dan membersihkan diri-Nescaya hatinya tidak akan mati dan tidak akan jatuh sakit pada tahun itu kecuali mati.
  • Melebihkan perbelanjaan dalam keluarga-Diluaskan Allah rezekinya serta beroleh keamanan dan kesihatan.
  • Mengusap kepala anak yatim dan menaruh belas kasihan terhadap mereka- Diangkat oleh Allah darjatnya kesyurga.
  • Sesiapa yang berbuat baik terhadap anak yatim pada hari Asyura, seolah-olah ia telah berbuat baik kepada semua anak yatim.
  • Menziarahi orang alim (banyak ilmu) dan belajar sesuatu ilmu daripadanya-Pahalanya seperti orang Muhajirin dan Ansar.
  • Menziarahi orang sakit - Pahalanya seolah-olah ia telah menziarahi semua orang yang sedang sakit.
  • Bersedekah - Pahalanya sepertiu bersedekah satu tahun kepada zuriat Nabi Adam dan seolah-olah ia tidak pernah menolak permintaan orang yang meminta kepadanya seumur hidup.
  • Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali--Doanya dimakbulkan Allah.
  • Sunat bercelak mata - InsyaAllah tidak terkena sakit mata atau matanya dilindungi Allah daripada perkara maksiat.
  • Sunat menginai dan mengerat kuku.
  • Menjamu dan memberi minum kepada orang-Allah akan memberi seteguk air pada hari akhirat dimana dengan seteguk air itu tidak akan haus buat selama-lamanya.
  • Solat sunat 4 rakaat 1 salam pada waktu Asar - Diampunkan Allah dosanya selama 50 tahun terdahulu dan terkemudian.
  • Memperkukuhkan silaturrahim - Insya Allah dipanjangkan usianya.
  • Memperbanyakkan Zikir dan Selawat.( Khasbunnallah wa nikmal wakil, nikmal maula wa nikman nassir )
Sumber : http://www.familiazam.com

Zaki nak dewasa

Bersempena cuti musim sekolah, ramai ibu bapa yang mengambil kesempatan membawa anak lelaki mereka bersunat sbg mengikut sunnah Rasulullah SAW. Kewajiban bersunat ini bedasarkan al hadith yg diriwayatkan oleh Utsaimin bin Kulaib bahawa Rasulullah SAW bersabda kepada org yag baru memeluk islam “bersihkanlah dirimu dari rambut kufur dan berkhatanlah” . Begitu juga yg diriwayatkan oleh Ibnu Abbas katanya, “seseorang yg tidak berkhatan tidak diterima solatnya dan hasil penyempbelihannya tak boleh dimakan”. Asasnya hikmah dan amalan berkhatan ini mmpunyai faedah di aspek kesihatan yang tak boleh dipertikaikan lagi.

Peringkat usia yg afdal bersunat adalah ketika belum baligh dan elok juga jika bayi lelaki yang baru dilahirkan di khatankan seperti kelazimannya diamalkan oleh orang Arab bagi memudahkan urusan solatnya. Apa pun bergantung kepada tempat, kemampuan kewangan juga persediaan mental dan fizikal si anak.

Untuk tahun ini, Ahmad Zaki, anak bungsu dari 5 saudara memilih dan bersedia untuk disunatkan @dikhatankan. Kesediaan untuk sakit dan berpeluang menunaikan solat sebaris dengan dewasa membuatkan kami teruja. Zaki berusia 9 tahun dan manja orangnya. Dengan saiz badan yang kecil dan manja , saya memanggil anak saudara saya ni dengan nama manjanya baby walaupun ia hanya panggilan antara saya dengan dia.   Zaki anak yng pintar dan dia telah khatam Quran awl masuk persekolahan lagi. Dia juga turut   membantu rakan-rakannya membaca Al Quran di rumah di samping memperkemaskan lagi bacaannya.

Zaki akan menjadi dewasa satu hari nanti. Hargailah insan-insan yang mnjaga dan bersengkang mata untuk menjaga Zaki tika sakit ini . Inilah satu-satunya “hukuman sakit” yang hanya dialami oleh orang lelaki sepanjang bergelar manusia. Sakit seorang lelaki TAK KAN sama dengan kesakitan yang akan dialami oleh perempuan- wanita-isteri-ibu yang sedia untuk menempah maut atas nama kelahiran seorang bayi yang saban tahun hadir.  Subhanallah

KFC umpan kejayaan UPSR.. makan jer anak2ku

tu dia Zaki kena angkat pingganke?..Apa yg penting kerjasama!!!

Berat sama dipikul. .

edat..pun bersunat jugak kan tahun nie...

Amacam bb sakit ke?? good boy kan...:) 
Semuga Zaki cepat sembuh dan menjadi anak Soleh yang menghormati dan menghargai pengorbanan ibu ayah. Berniatlah baby ku , dirimu kan menjaga maruah keluarga dan agama kita.

Monday, December 13, 2010

Pelangi oo pelangi

Semuga ALLAH memberikan
PELANGI untuk setiap hujan
Senyuman untuk setiap tangisan
Rahmat untuk setiap Dugaan 
Makbul untuk setiap Doa

Friday, December 10, 2010

So touching

Pencil: I'm sorry....
Eraser: For what? You didn't do anything wrong.
Pencil: I'm sorry cos you get hurt bcos of me. Whenever I made a mistake, you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time.
Eraser: That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. Even though one day, I know I'll be gone and you'll replace me with a new one, I'm actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you sad. :)

I found this conversation between the pencil and the eraser very inspirational. Parents are like the eraser whereas their children are the pencil. They're always there for their children, cleaning up their mistakes. Sometimes along the way... they get hurt, and become smaller (older, and eventually pass on). Though their children will eventually find someone new (spouse), but parents are still happy with what they do for their children, and will always hate seeing their precious ones worrying, or sad.

This is for all parents out there.....

Thursday, December 9, 2010

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

Wednesday, December 8, 2010

Menangisi hari

Hidup ini penuh dengan dugaan yang tak terjangka. Tak tahu bagaimana sukar menghadapi cabaran pada hari ini. Tak terjangkau juga dik akal fikiran apakah yang akan berlaku esok hari. Hari ini anak-anak saudaraku mnginjak dewasa, bapa-bapa saudaranya pula menginjak tua. Mereka adalah warisan pimpinan yang ada.   Namun landasan manakah pilihan mereka di depan mata dan di belakang kita. Bahang nafsu syaitan lebih dahsyat dari bahang api. Kita sangka sungguh enak berdiang api namun bahagianya entah di mana.

Andai itu satu kesilapan, bertaubatlah, biar bengkak mata menangisi dosa di dunia, jangan hancur badan di mamah api neraka, hingga menjadi pula bahan bakar yang menjulangkan lagi api neraka. Tak tergambar bagaimana rasanya di baham julangan api mengganas. Tempat berpijak juga hanyalah bara api dari tubuh garing manusia durjana. Di mana-mana pun api. Menggelegak otak kepanasan. Azabnya…. Setiap dosa yang telah dihitung dibalas dengan seksaan yang tidak terhingga.

Terima kasih ayah & mak
Terima kasih Ayah.  Untuk seketika memandu kami dengan penuh berhemah. Tanpa ada anak yang tercicir tanpa ada kelewatan yang mungkir. Ayah memang pemandu berdisiplin. Memandu dengan penuh tanggungjwab dan melaksanakan amanah penuh berhemah. Saya bangga menjadi anak ayah dan generasi ayah patut mencontohi dan menghormati prinsip ayah. Semuga ALLAH menempatkan ayah di tempat di kalangan orang-orang  yang soleh dan memelihara keturunan ayah sebaiknya. Bersyukur dan hargailah kenikmatan yang di kecapi hari ini kerana kita belum tentu tongkat langit selamanya..

Thursday, December 2, 2010

Lebih baik di tanduk dari di palit lumpur

Mimpi kakak ipar saya pagi tadi  mnceriakan saya,
 sdg dia berada di kawasan seperti ladang, tetiba ada dua ekor lembu datang mnyerang dan saya tampil sebagai heroin untuk menghalang serangan lembu tersebut.... Seekor lembu telah menanduk saya dan dia pun menjerit untuk minta bantuan...:)
mimpi pun tamat tanpa akhiran dan kesudahan. Apakah makna disebalik mimpinya ini??


Mimpi hanyalah sekadar mainan tidur dan tanpa mimpi pun tak menjejaskan kehidupan kita. Tapi kita perlulah peka dengan mimpi seperti kata ustaz Syarhan dalam satu kuliah pengajian perubatannya.  Tika itu jarak saya dengan meja ustaz hanya sedepa dan puas saya meneliti satu demi satu mimpi  dari nota yang disediakan sama ada  pernah saya mengalaminya ataupun tidak. Bila saya angkat  kepala rupanya ustaz sedang memerhati reaksi anak muridnya ini. Saya geleng kepala dan ustz pun kata alhamdulillah dan angguk. Alhamdulillah

Secara peribadi saya jarang dan sukar bermimpi. Insya ALLAH menjadi amalan rutin memulai tidur dgn doa dan mmbayangkan ini adalah nafas saya yang terakhir andai esok bukan untuk saya lagi saya rela pergi tak kembali.LA ILA HA ILLALAH.

Tidur kita adalah mati dan mati adalah kerehatan bagi orang yng beriman. Andai saya dipilih untuk bermimpi, saya ingin bermimpi  bertemu Rasulullah. Banyak sunnahnya ditinggalkan ummah.. Adakah sesuatu yang pelik untuk manusia banyak khilaf dan kurang ilmu ini untuk bermimpi bertemu dgn baginda??.

bila HATI mati:

 Menurut Hasan al-Basri Rahmatullahu’alaih…
Ada 6 punca hati jadi rosak/mati ;

1.Sengaja berbuat dosa karena ingat masih ada harapan untuk bertaubat.
2.Mengajarkan ilmu pengetahuan tetapi tidak mengamalkannya.
3.Buat amalan tapi tidak ikhlas.
4.Makan rezeki daripada Allah tetapi tidak mahu mensyukurinya.
5.Tidak pernah puas dengan pemberian Allah.
6.Mengebumikan Jenazah tetapi tidak pernah mengambil pelajaran dari peristiwa itu.
AL FATIHAH buat almarhum ayah

Thursday, November 25, 2010

Ku harus pulang lagi

Balik kampung..ooooo balik kampung......
Minggu ini,  balik kampung lagi...misi kekeluargaaan yang perlu dilunaskan. Segala aktiviti mingguan di  ibukota ditangguhkan dan muga ALLAH memudahkan urusan yang dirancang oleh manusia kerdil ini.

Jika minggu lepas, meraikan majlis pernikahan Ilyas Tufail dan Rohaida daripada abang ke 3 , minggu ini pulak abang no 2 di Pendang, akan  mengadakan majlis pernikahan anak perempuan bungsunya.  Majlis pernikahan direncanakan pada hari Jumaat ini sebagai mengambil keberkatan hari penghulu segala hari.  Sinonim dengan permulaan segala kehidupan ....

Pada hari ini juga di SP, anak kedua daripada aruah sepupu saya, almarhumah Siti Hajar akan dinikahkan. Walaupun dia hanya anak saudara sepupu tapi jalinan kemesraaan yg ada dirasai bagaikan anak saudara sendiri juga. Tambahan pula, aruah emaknya meninggal di tahun dia menerima ijazah dari sebuah institusi pendidikan(2008). Semuga segala perencanaan mereka hari ini di restui Ilahi.

Inilah nota2 tarikan yang menggamit kepulangan saya utk minggu ini. Majlis perkahwinan akan diadakan pada hari Sabtu ini .Saya perlu membahagiakan anak-anak yang bakal menjadi isteri. Saya mahu melihat keceriaan mereka pada hari tersebut dan betapa nilainya sebuah kasih sayang daripada seorang ibu saudara. Semuga ALLAH memberi kelapangan untuk saya menghadiri dan pulang dengan selamatnya dgn membuat rencana untuk mnghadiri majlis di dua lokasi yg berbeza dalm waktu yang sama.

Nota buat dua anak saudaraku : 

Sara Mashitoh dan Azreen Dalilah
Dua puteri keluarga yang dicintai
Jadilah permata suri yang mendamaikan
Penyejuk sebuah keharmonian
Kesinambungan sebuah tuntutan

Tugas kalian bukan mudah
Usah bersunggut jauh mengeluh
Redza ALLAH itulah ketentuan
JodOh terbaik itulah pilihan

Sara dan Dilla....
selamat menjadi isteri
hargailah amanah yg diberi.
Perjalanan ini baru bermula
jalan ALLAH pilihannya SYURGA

Nota untuk bakal menantu lelaki???
InsyAALLAH akan dititipkan
Terima Kasih dan doakan mereka

Segalanya kerana ...25

20112010.   Tema biru membaluti pasangan pengantin yang diraikan. Bermula konvoi seusai solat dzohor di Masjid Pendang yang menghimpunkan saudara mara dari Batang Kali, Selangor (sebelah ibunya). Perarakan pengantin lelaki bersama 9 biji kereta kemudiannya bertemu di Masjid Kg. Baru, Sg Tiang yang menghimpunkan 5 biji kereta lagi menjadikan konvoi ini semakin meriah. Tanpa di duga seramai ini rombongan pengantin lelaki akan turut serta bagi merapatkan jalinan kemesraan.

Menyusuri ke rumah pengantin perempuan pula pandangan sawah bendang yang menghijau menyejukan permandangan. Indahnya lakaran ALLAH atas setiap jadiannya. Subhanallah.

Serba biru mnghiasi majlis- nie baru sepupu2 jer..
 
Tu dia ramainya kategori mak/bapa saudara.... 
Kemeriahannya terasa hinggakan pihak kami tak terlayan oleh tuan rumah, namun sedikit pun tak mencalarkan majlis. Apa nak dikatakan inilah hikmahnya bila keluarga ramai dan besar.

Sesii menjamu selera
 Pasangan pengantin yang mengenakan warna biru segak dan ayu sekali dan bagai pinang dibelah dua..Dari dalam rumah, kami dipelawa ke khemah untuk menikmati juadah dan hidangannya yg sedap.

Pertemuan keluarga Batang Kali dan Pendang ini menjadi semakin rancak bila masing-masing saling beramah mesra dan sesekali sempat mengusik pengantin . Mereka pastinya akan setuju dengan apa saja aksi yang dikehendaki. Walaupun masing-masing malu tetapi mereka mmberikan kerjasama.  Inilah memori indah itu pasti akan menyimpan seribu kenangan nantinya.
mengabadikan kenangan bersama undangan

Kepada
Anakanda ILYAS dan IDA yang  diraikan
Hargailah nikmat yg dianugerahkan
Titipkan dgn kasih sayang dan pupuklah dgn keimanan dan bentengilah dari kejahilan dan kekufuran
Barokallah

Terima Kasih ALLAH

Wednesday, November 24, 2010

Segalanya kerana ...2

Tarikh: 19 Nov 2010 @ 12 Dzulhijjah 1431H
Tempat kejadian : Kg Baru, Sg Tiang, Kedah 

Pada hari ini dia telah terpanggil untuk memikul tangggungjawab sebagai ketua keluarga. Tampan bergaya sang arjuna dgn pakaian rekaan adindanya dikasihi AZAN ADAWIYAH. Berkonsepnya lain dari yang lain…Namun konsep putih yg membaluti dirinya memcerminkan keperibadiannya…

Senyumnya tawar selagi genggaman imam belum bersambut. Imam mengujinya dgn menyuruhnya membacakan ummul kitab dan menjawab beberapa soalan tentang perkahwinan. Lebih kurang jam 1730 pada 19112010 dengan sekali lafaz anak saudara saya ini telah selamat menikahi puteri bongsu dari Kg Baru, Sg Tiang. Masjid Jamek Kg Baru menjadi saksi pernikahan ini dan bermulalah sebuah pelayaran .

" Alhamdulilah..Aku terima nikah dgn maskahwinya 2525 tunai"
Kami bahagia punya anak seperti kamu...
".
                            "tak per tok, esok dik pai pakai sampin pula" Sayang tok.
Mampukah mereka sepertimana cinta tok dan wan yg berpisah cuma kematian? 


Inilah pereka baju pernikahan ..cantikkan..:)
Bila segalanya menjadi halal....sentuhan cinta bersemi

Dia kini telah empunya isteri
Ijab dan kabul menjadi bukti
Pernikahan direstui kaum family
Semuga sakinan kan dimiliki

Walaupun dalam nada kegembiraaan, namun hati kecil saya sedih...ayah tak dapat turut serta meraikannya  kehadiran cucu menantu perempuan  dan  keluarga kita semakin besar .Anak saudara saya kini mmpunyai tanggungjawab tersendiri dan perlu komited pada rumahtangga dan agama. Saya yakin dgn kepimpinan dan keperibadian dia dalam mengemudikan sebuah pelayaran kehidupan.

Selamat Pengantin baru buat anakandaku
ILYAS TUFAIL dan NORLIDA

                                                              BAROKALLAH
                                                       Semuga di rahmati ALLAH

...bersambung

Segalanya kerana ..

Dgn nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Aidil Adha kali ini saya bukan shja dapat bersama emak dan family di kampung tetapi di ulit percutian hujung minggu yg panjang…..Segalanya kerana dia… Kami akan sering berbalah, jika dia tak memulai , saya yang mendahului.. Kekadang saya di teguri oleh kakak-kakak saya kerana suka menyakatnya tetapi inilah cara kami bermesra.

Sebagai anak ketiga, karektornya agak berbeza daripada yang lain. Dia suka mengusik  dengan sepupunya juga dan bagi yang tak mengenalinya pasti mengatakan dia berwatak pendiam. Pernah mengikut familynya ke Dundee,UK semasa abg saya melanjutkan pelajarannya ke sana dan ini membakar semangat untuknya untuk menjejaki kejayaan ayahnya jua.

Masih saya ingat perkara yang membanggakannya ialah ibu menyarungkan pakaian seragam sekolahnya di AWAL persekolahannya dan IBU jugalah menyarungkan pakaian seragamnya di AKHIR persekolahan kerana ketika itu dia mengalami kecederaan akibat kemalangan dalam tempuh menghadapi SPM . Namun berbaloi-baloi kerana dia berjaya juga menamatkan pengajiannya di sebuah IPTA dan telah menjawat jawatan sewaktu dengannya.

bersambung..

Berjimat sambil berilmu


Membaca satu pelaburan dengan ilmu yang diperolehi boleh dikongsikan. 
Masa senggang eloklah di manfaatkan  dan peluang yang ada jangan dihampakan. 
Ayuh rebut kesempatan ini ...
( choop macam kempen untuk karangkraf pulak...hihii)

lupa

"Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa."

Monday, November 15, 2010

ku ingin pulang

ku ingin pulang,
menatap wajah rindu
seorang IBU yang ku sanjungi
mendamaikan hatinya yang kesepian
biar tawa senyumnya
sujud doa penuh kekusyukan

ku ingin pulang
menatap rindu
pusara AYAH ku sirami lagi
doa kudus memohon maghfirah
tafakur seketika di badai kerinduan
ku kutip dedaun
menyingkap makna di sebalik keguguran

Aku ingin pulang
tak puas mendengar
IRHAM FAKHREY wajar dipangkuan
tangis senyumnya pasti menawan
cucu ke53 warisan keturunan
Aku bangga tumpang sayang
kerana dia anak manakan

Aku ingin pulang
ada jemputan datang mengundang
Jodoh kesampaian inilah ketentuan
mengakad ILYAS TUFAIL bersama pasangan
Anak saudaraku kan punya teman
Isteri solehah menjadi pilihan

ku ingin pulang
AIDIL ADHA punya pengertian
Dakapan kasih tak bersempadan
Misi pengorbanan satu kebanggaan
SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA
MAAF DZAHIR DAN BATHIN  

Semuga ALLAH memudahkan perjlanan pulangku dgn kesempatan berbuka bersama family di kampung.Muga anak-anak saudara ku ( Ilyas Tufail dgn pasangannya dan Nur Sara Mashitoh dgn pasangannya) yang bakal mendirikan rumahtangga dipermudahkan segala dan doakan bahagia mereka hingga ke akhirat.

salam eidul adha


Indahnya korban jika dihayati makna pengorbanan


Maaf dzahir bathin

Sunday, November 14, 2010

asma ulhusna

Udarakah itu
terasa menampar pipi
tiada dapat ku rasa
memberiku pernafasan memberiku harapan
daripada MU nafasku itu datang
udara itu hembusan MU
ENGKAUlah penghidupan
adalah firman MU
pemandu jalan sebenarku.

(petikan buku Cipta Syurga Hati)

Thursday, November 11, 2010

Makanan sunnah vs barat

• 1. Hati
Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita?

Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini. ?




• 2. Kopi
Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.

• 3. Daging Kambing
Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.
          Foto :klik Pak Ngah Helmi Grill Lamb Steak 

• 4. Makanan segera
Kita diajar bahawa makan makanan segera seperti  McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.


• 5. Coke
Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke. Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.


• 6 . Air Soya
Untuk pengetahuan, para kafir jugak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.


Tahukah anda minuman apakah yang paling digemari oleh Nabi S.A.W kita? Adakah air soya? Tentu sekali tidak bukan? Minuman paling digemari Nabi S.A.W dan tentunya paling berkhasiat ialah
SUSU KAMBING!

Sekian, fikir-fikirkanlah…
Sumber : email

Rintik rahmat

Jumaat 12112010

Pagi ini rintihan pokok-pokok dan binatang-binatang dikabulkan
Allah izinkan kehendak mereka..
Membersih ruang-ruang kotor pencemaran dan pemanasan global
Terima kasih Allah. 

Ku cuba merasai dan menghargai setiap titismu
Meniti di balik rahmatmu
Rahsia yang tersembunyi
diriku hanya sebahagian dari alam yang diciptakan


Semakin ku tunduk hati
ku redza ya ALLAH
ku rela ya ALLAH
La ila haillallah. 
Syukur Ya Robb

Mabruk !!



Hari ini keputusan UPSR diumumkan...
Keputusan yang diraih ini adalah ukuran usaha yang telah mereka usahakan.  Kejayaan hari ini adalah satu pencapaian terbaik untuk dinobatkan dalam family. Pastinya gambaran keceriaaan di wajah2 ibu bapa yang turut serta meraikan kejayaan anak-anak. Betapa bahagianya ibu dan bapa menyambut kejayaan anak-anak.
ALHAMDULILLAH..

Seperti dalam n3 terdahulu(Upsr 2010),  empat  orang anaksaudara saya juga telah mencipta kejayaan peribadi. Rasa syukur dan tahniah saya ucapkan buat kakak2 dan abg2 saya atas sokongan dan perhatian di berikan buat anak-anak mereka. Betapa payah membesar dan mendidik anak-anak di zaman sekarang jika tanpa sokongan moral, masa dan duitan untuk menterjemahkan kejayaan mereka hari ini.

CongratulatiOn & Tahniah : 
5a - Muhammad Shahmi dan Muhammad Zaid
4a1b -  Muhamad Ibrahim
2a2b1c - Imad

Selain itu tawaran insentif  daripada Takaful EtiQa juga bakal dperolehi ats kejayaan cemerlang mereka. Syukurlah , kejayaan diraih, imbuhan jugak bakal diperolehi. Makanya raya sakan laa  anak2 saudaraku yang cemerlang ini. Imbuhan dari saya pasti menanti mereka juga...tawaran yang sama dari dulu..Bukan apa biar seimbang sama rata kata orang...Apa yang penting mereka usaha dan kejayaan ini juga untuk mereka.

Mudah-mudahan peluang 3 daripada anak-anak saudaraku ini untuk meneruskan ilmu di Maktab Mahmud setelah menjalani proses ujian dan temuduga tempuhari kan di terimaa. Walau bagaimana pun, tawaran kemasukan ke sekolah yang sewaktu dengannya juga kan di pohon sebagai alternatif sekiranya rezeki mereka tiada di sekolah itu. Kita merancang, ALLAH juga merancang dan DIA sebaik-baik perancang.
Terima kasih ats doa dan sokongan diberikan.

Semuga anak-anak ini akan terus membahagiakan ibu ayah dan menjadi anak-anak soleh dalam family. Memberi kejayaan di sini dan kejayaan di akhirat. InsyaALLAH. Terima kasih ALLAH
PENGHARGAAN TERIMA KASIH BUAT GURU-GURU YANG MEMBERIKAN KOMITMEN UNTUK KEJAYAAN MEREKA.

Tuesday, November 9, 2010

Muhasabah diri

Daripada takut akan timbulnya muhasabah

Daripada muhasabah timbulnya muraqabah

Daripada muraqabah hati akan sentiasa sibuk bersama Allah Taala.
            (as-Sayyid Ahmad ar-Rifaie)

Monday, November 8, 2010

kelebihan 10 hari di pertama Dzulhijjah

Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah).


Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).
Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa baginda s.a.w bersabda, “Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.

Amalan yang dianjurkan
1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadis menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi s.a.w.: “Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan syurga”.

2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari Arafah. Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ia adalah pilihan Allah seperti yang dinyatakan di dalam sebuah hadis qudsi, “Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang.

3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah s.w.t yang bermaksud, (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum), hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah. Sebab itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadis Ibnu Umar r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di antaranya, “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)”.

4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.

5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut.  Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun kecil tetapi ia lebih disukai oleh Allah dibandingkan pada hari-hari lain. Begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikategorikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).

6. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah.
Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zuhur hari raya haji (10 Zulhijjah), semuanya berakhir sehingga waktu Asar pada hari ke-13 Zulhijjah.

7. Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunah Nabi Ibrahim a.s. setelah Allah s.w.t mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.
8. Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya, dan di dalam riwayat lain : “Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban.
Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah, maksudnya, (Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Mekah) itu sampai ke tempatnya).
Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada empunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.

9. Setiap muslim hendaklah berusaha menunaikan solat hari raya secara berjemaah, mendengar khutbah oleh imam selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya.
Sepatutnyalah kita mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini. Ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan. Janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan maksiat, kesombongan, pertengkaran dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan kebaikan yang dikerjakannya sebelum itu.

10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya.

AYUH...teruskan beramal


SUMBER : 
http://inijalanku.wordpress.com/2007/12/03/kelebihan-10-hari-hari-pertama-zulhijjah
http://fajarsubuh.blogspot.com
http://kelanafaqir.blogspot.com/2010/11/nota-112-kelebihan-10-hari-hari-pertama.html

Thursday, November 4, 2010

Perlatihan Solat Khusyuk

Tarikh: 6 - 7 November 2010 (2 hari)
Masa : 9 pagi - 6 petang
Tempat: Anjung Rahmat, Gombak
Bersama : Ust Abu Sangkan ( pengasas Solat Centre)
Rujukan : http://www.solatcentermalaysia.com/
Dibawakan oleh :
 Semuga majlis ilmu yang bakal dihadiri nanti memberi impak dalam ibadahku. Terima kasih  ALLAH menemukan saya dgn program SCM yang menganjur dan membimbing secara praktikal dan spiritual konsep solat dan pengisiannya.. Bukan kita tak tahu solat tetapi sejauh mana kita mengenal ALLAH MAHA segalanya.....ALLAH dekat dari urat leher kita...ALLAH meliputi kita...dan sesempurna manakah solat kita...Segalanya terjawab di sini...Satu koreksi dan muhasabah buat diri muga ibadat solat selepas ini lebih baik dari sebelumnya...Segalanya bermula dari ilmu dan rebutlah peluang yang ada kerana belum tentu esok untuk siapa...wallahuaklam

Maklumat terkini bencana

Meneliti perkembangan semasa banjir(bah)  di Kedah...
Menurut  adik saya dan pandangan pemerhati lain..kali ni  lebih teruk dari 2005..
di Haadyai 100 000 dah dipindahkan.. ayaq dr sana la dok turun mai...tudia ah...macam ni ka nahas bencana alam yang sedang menimpa  Kedah negeriku. 
Sapa-sapa yang dok merantau pasti prihatin dengan masalah yang mungkin melibatkan kaum keluarga sendiri. Simpati  dan takziah buat  4 mangsa korban di kedah hingga kini. Muga tabah degn ujian ini
Alhamdulillah buat masa sekarang, Pendang belum terlibat dengan bencana alam ini ..

Sebagai pemerhati....ayuh sama2 kita pantau di SINI 
atau  http://bencanaalam.jkr.gov.my/content.php?page=map&code=02d  
kan bagus..adanya kemudahan ini ..ayuh layan


Semuga  bencana ini tak melarat dan kembali pulih dengan berkat  doa semua dan izin ALLAH.