Tuesday, June 14, 2011

Bila nasi dah jadi kerak..

azlanMahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Beliau menjawap soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yang meminta perdana menteri menyatakan jumlah permohonan murtad bagi penganut Islam dan berapakah jumlah yang diluluskan mengikut negeri sepanjang sedekad yang lalu.

Er juga memohon penjelasan kerajaan mengenai cara-cara yang diambil bagi menangani kes-kes gejala murtad itu.
Jamil dalam jawapannya berkata mengikut perangkaan yang dibekalkan kepada kementeriannya menunjukkan sejumlah 168 orang yang memohon untuk meninggalkan agama Islam diluluskan.

Bagaimanapun perangkaan yang dibekalkan kepada Dewan Rakyat itu tidak selaras dengan jumlah yang dikira.
Mengikut kiraan Malaysiakini, jumlah permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan pula adalah 135 orang.
Untuk lanjut rujuk SUMBER : MALAYSIAKINI

KOMEN : 
Astagfirullah hal azim...ini isu sensitif...semua kita perlu peka dan bertanggungjawab. Jika hari ini seramai ini, bayangkan 10-20-50 -100 tahun akan datang?? Adakah kita  dapat menepis ia bukan ahli keluarga kita??atau dia bukan anak2 kita sedangkan di waktu itu kita telah dibumikan dan menanti2 syafaat anak2 mendoakan kita di sana.. Tolonglah fikirkan wahai ibu2, bapa2, bakal2 ibu dan bapa juga semua kita yang mengakui sebagai islam sbg agama....peliharalah agama dan didiklah anak2 generasi mu menjadi generasi yang menjaga dan mentaati ALLAH..  
Sayangilah agama kita anuti dan berhati2lah dengan pengaruh luar yang menikam ke rumah2...waspadalah dan persiapkan senjata semuga syurga di dunia berlarut ke syurga akhirat. Amin

4 comments:

My Little Diary said...

ya Allah ya Tuhanku....
mereka ini terlalu banyak terdedah kepada gejala sosial....
mintak dijauhkan dari keturunan kita.. amin...

ainhany said...

salam MLD,

Itulah dik, satu iktibar buat semua. Nauzubillahi min zalik.

Bb Hussain said...

takutnya tengokk angka ini. Pengaruh gejala sosial ini menyerang dari setiap sudut. Bukan mudah untuk mengawalnya.

ainhany said...

salam dik BB,

Takut..parah..itulah hakikatnya
berhati2lah..

insyaALLAH..perbetulkan kerangka berumahtangga dan kembalikan kepada tatacara sunnah dan islami. Limitkan teknologi tanpa sempadan di rumah dan penuhi degn sentuhan dan bicara kekeluargaan...Jaga makan dan punca rezeki...Ohhh Ya ALLAH selamatkanlah generasi kami....