Showing posts with label mesrahome. Show all posts
Showing posts with label mesrahome. Show all posts

Tuesday, October 31, 2017

Syukur

Terima kasih Allah
Memberiku peluang dalam beramal
Sebagai bg pengurus acara 
Juga floor manager
Dari zero
Belajar segala

Terima kasih ALLAH
Kurniakanku sahabat yg mudah
Bekerja bersama
Tanpa ragam.mengada
Semua fokus
Mudah laksana

Alhamdulillah...Retro dinner with grannies  telah sempurna dengan jayanya...terima kasih buat semua





Friday, October 27, 2017

Bermulaanya Di Sini

Makin mengejar, makin dikejar
Menghambat rasa
Mampu kah sgala
Berjalan lancar


Wednesday, March 9, 2016

Terima Kasih kak Pah

Bismillahirohmanirohim
dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Tarikh : 8 nov 2015
Lokasi: Pusat Jagaan Sri Mesra@ MESRAHOME, Ampang


ALHAMDULILLAH. Dengan penuh kesyukuran, saya panjatkan kehadrat Ilahi, impian mengundang  insan mulia ini diizin ALLAH. Terima kasih ALLAH, Walaupun insan ini terpaksa menunda tarikh kepulangannya ke utara namun hasrat kini menjadi nyata.

Lebih kurang jam 3.30 petang,MESRAhome mula disapa oleh seorang demi seorang yang menggunakan password "saya ini kawan kak pah". Ooh mereka juga seperti saya menggunakan password 'saya ni kawan kak pah" ketika memperkenalkan diri semasa berpeluang menziarahi satu asnaf di Subang Bestari . Dengan password itu kami diraikan namun bezanya saya menziarahi family tersebut tanpa kak Pah tapi hari ini kak pah akan ada bersama-sama.

Insan mulia itu adalah PUAN NATIPAH ABU merupakan aktivis sukarelawati yang  berasal dari utara. Beliau banyak membantu asnaf fakir miskin, kurang bernasib baik, orang yang menderita sakit kronik, gelandangan, anak yatim dan insan terbuang daripada family. Beliau  juga tidak meletakan syarat ketika membantu, sama ada bayi hinggalah orang tua dan di negeri mana sekalipun. Prinsipnya, apabila mengetahui kes, beliau akan turun ke  'lapangan' dan barulah disalurkan bantuan mengikut keperluan .Beliau sendiri yang akan menyelidik dan sekiranya perlu dana dilancarkan atas nama "tabung untuk 'sekian sekian'....Beliau hanya memuat naik kes ke dalam FB nya apabila fakta dan input tepat telah diperolehi . Manakala tabung itu akan dilancarkan dan ditutup dalam jangka waktu terhad sahaja. Media Fb bagaikan umpan buat kita.

Saya kagum dengan cara amal baktinya...
Beliau melakukannya kerana beliau suka,.She love it . Memang dia insan yang dipilih ALLAH untuk melaksanakan kerja amal ini. Dari raut wajahnya pun terpancar wajah suci dan luhur hati. Tutur bicaranya bersopan dan begitu menyantuni baik yang muda maupun yang tua. Selain peramah beliau mempunyai karisma tersendiri. Jadi tak hairanlah,FBnya mempunyai sejumlah friend dan beliau akan menyapa & menghargai semua rakan maya yang bertamu. Di FB nya juga beliau akan berkongsi perasaan dan secara jujur ia menyentuh hati. Bakat penulisannya juga terserlah., Andainya kk pah berupaya menerbitkan sebuah buku, pastilah saya diantara mereka yang memesan 'preorder'

Sebagai salah seorang penyumbang yang terus dan akan menyalurkan ke tabung yang beliau uruskan saya rasa bertuah kerana sumbangan itu terus ke sasaran. Yang susah dibantu, yang payah diringankan dan yang sakit di rawat  dan yang jauh didekatkan.  Semua sumbangan sahabat FB setelah diwar-warkan  akan dikumpul dan akan diserahkan kepada orang yang benar-benar memerlukannya..Terima kasih kerana menjadi orang tengah yang amanah.  Biarpun fizikalnya kecil comel tetapi jiwanya kental. Hebat, dia memang  wanita yang hebat, seorang wanita,isteri juga ibu kepada anak2 yang cintakan kerja amal.  Wanita biasa yang bergerak sendirian tetapi memikul amanah yang besar. Dalam masa yang sama dia juga boleh dikatakan menjadi ibu dan pembimbing kepada pertubuhan rumah anak yatim daerah Kuala Muda dan Rumah Sri Kenangan.

Hebat, dia wanita yang hebat,
Ada ketikanya beliau turun naik pejabat zakat, pejabat tanah, berjumpa pihak bank, sekolah maupun hospital bagi membantu meringankan beban kes sebuah famili. Beliau cuba mencari saluran bantuan yang sepatutnya diterima. Adatnya seperti beliau memberi pancing dan  umpannya perlukan usaha dan semangat berterusan, Bolehlah dikatakan beliau sebagai 'agen pencari pahala amal' yang akan menyulusuri kampung, denai, lorong dan merasai perit payah hidup serta tempat menangis bersama.

Biarpun begitu ada ketikanya ada saja halangan apabila pihak yang tak suka beliau menghebahkan penderitaan seseorang yang berada di dalam kawasan mereka. Inilah yang dikatakan politik dibawah tempurung. Realiti yang berlaku di masa kini cuba di'hidden'kan .. Itulah antara cabaran yang terpaksa dihadapinya. Hebat tak ?? Bukan semua orang mampu di uji sedemikian rupa ...Bagaikan di aibkan bila fakta cuba dipadamkan bagi mengabui mata masyarakat.

Siapakah wanita hebat ini? Ya dialah puan NATIPAH ABU atau lebih mesra di sapa dengan dengan nama kak Pah sahaja. Walaupun usianya lebih muda daripada saya tapi kematangannya dalam dunia kerja amal  wajar disegani dan dihormati. Untuk mengenali kak Pah boleh rujuk ke FBnya. Tulisannya dari hati kepada hati. Terkadang dengan sapaan tulisannya berjaya meruntuhkan benteng keegoan diri. Apatah lagi jika bukan air mata yang mengiringi dan lembut tangan untuk memberi...Subhanallah. Coretan dari kata hati yang diluahkan menerusi FB NATIPAH ABU benar-benar menyentap jiwa kita. Kita sebagai pembaca juga tak perlu was-was untuk memberi kerana saluran yang kita pilih adalah tepat dan sampai kepada target. Dialah pemegang amanah yang setia dan dia lakukan kerana ALLAH untuk ALLAH. Peranan besarnya sebagai orang tengah menyempurnakan amanah kita dan yang penting dia berkongsi rasa dengan kita dan memberi peluang kita untuk bersamanya melaksanakan misinya.

Panjangnya intro ini ku nukilkan....balik ke laman MH..
kak pah tak melepaskan peluang menyantuni warga MH
Di laman MesraHome, saya menanti nanti kehadiran kk Pah. Ini adalah pertemuan kedua dengannya setelah pertama kali bertemu di ramadan tempohari. Ketika itu saya mencuri sela waktunya. Kak pah diundang oleh sebuah bank untuk berbuka puasa bersama .Sebuah bank yang banyak menyalurkan bantuan kewangan kepada kes yang sedang ditanganinya.  Alhamdulillah kk Pah terus menyapa dan memberi salam sebaik turun dari kereta dengan wajah ceria yang sama seperti yang dilihat dalam FBnya...Terima kasih ALLAH yang telah merealisasikan impian saya untuk meraikan kak Pah di MH.  Kehadiran sahabat maya Kak Pah di perkarangan MesraHome menceriakan petang hari minggu ini.

Di antara sahabat FB kak Pah ini bukan sahaja yang sering bersapa dengannya tetapi juga ada di kalangannya yang "silence reader". Inilah kebaikan FB jika dimanfaatkan. Kami saling berkenal- kenalan dan mereka semua para pencinta kerja amal. Malah juadah petang turut dibawa sekali. Juadah air tangan Puan Rahimah Bangi  amat kami hargai..Terima kasih kak Rahimah. Muga ALLAH ganjari pahala dan berkat makanan yang dijamah ini akan memudahkan kami untuk beramal. Warga MESRA diraikan dan disapa dengan penuh kasih sayang.

Terima kasih kakak2 dan adik2 sahabat kak Pah yang sudi hadir ke MESRAHOME. MESRAHOME merupakan pusat jagaan orang tua yang terletak di Taman Watan. Sehingga kini ada seramai 9 orang warga emas di sini yang memerlukan perhatian dan sokongan bersama. Suasana kekeluargaan menjadi amalan bersama.

Terharu dengan cara kak Pah dan sahabatnya menyantuni WarGaMESRA, Sambil bertanya khabar mereka melayan warga mesra makan dan minum. Wah!!! berselera nampaknya wan, moksu, kk yaya dan lain-lain menjamu selera. Bukan mudah menyelami kisah silam warga yang menghuni di sini yang bersendirian dan perlukan bantuan emosi dan fizikal. Di dalam rumah, nek oci, dan dua nenek lagi  turut menikmati juadah yang sama  disediakan. Mereka antara nenek yang uzur dan pergerakan yang terbatas.

Keletah moksu  dari  Kelantan (warga emas yang pekak, bisu dan buta) membuat ramai tertanya-tanya apa yang diceritakannya. Moksu ni ada kisah lampaunya yang tersendiri. Mengikut isyarat ceritanya, dia pernah berkahwin tapi jodohnya tak lama kerana sering dipukul oleh bekas suaminya. Dia menjadi agresif kepada golongan Adam yang bermisai, berbadan besar  kerana disifatkan ganas seperti bekas suaminya. Kemuncak kehidupannya bila dia  terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan matanya buta dan kaki kanannya dimasukkan besi. Namun  moksu seorang yang berdikari dan suka membantu mengurut rakan serumahnya.
(moksu nama sebenarnya maryam tetapi saya selesa memanggilnya dengan gelaran ni)

Kunjungan Kak Pah dan sahabatnya merupakan satu pertemuan dua mata dengan Puan Faizah merangkap pengusaha dan nurse yang memastikan kebajikan warga ini terbela.  Sambil berkenalan , dapatlah bertukar-tukar pandangan dengan kak Pah dan sahabatnya tentang misi dan visi MESRAHOME . Sebagai sebuah badan kebajikan persendirian, pengurusana MESRA memerlukan dana untuk keperluan penghuninya  dari masa ke semasa. Selain itu sebarang bentuk 'kebajikan' di alu-alukan.

biarpun seketika tersimpul jalinan kemesraan
Tidak terkecuali juga, sebak rasanya hati ini bila menghampiri detik perpisahan. Ntah bila lagi saya juga warga MESRA akan bertemu dengan kak Pah dan sahabatnya yang ceria lagi sporting. Mereka bukan sahaja berjaya menceriakan saya juga wargaMESRA tetapi juga menghargai bentuk khidmat sosial yang diberikan. Terima kasih  Kak Pah dan sahabat FBnya yang amat prihatin dan peka dengan kerja amal. Keceriaan dan kemesraan jelas terpancar di setiap wajah yang hadir . Kepada yang telah menyumbang kek, cream puff, kuih muih dan lain lain  keperluan dapur serta buah-buahan, kami amat menghargainya dan memastikan setiap wargaMESRA menikmatinya . ALHAMDULILLAH

Bagi pihak pengurusan dan sahabat MESRAHOME, saya rakamkan ucap terima kasih atas kunjungan ini..Atas segala kekurangan itu adalah kelemahan kami dan perlukan teguran dan bimbingan.Terima kasih kk pah....juga para sahabatnya ..kalian merupakan insan hebat yang cintakan kerja amal.

Ayuh sama-samalah prihatin dan menyantuni yang tua, Hargailah kehadiran mereka kerana suatu hari nanti setiap kita akan melalui hari tua yang entah bagaimana penghujungnya. Apakah jaminan anak-anak dan family yang akan memimpin kalimah ALLAH dalam sela nafas terakhir kita??? Kita hanya mampu melafazkan doa dan bermunajat muga akhiran yang baik , ditempat yang baik dan disaat sedang membuat kebajikan dan sempurna membaca surah Al Mulk, al Kahfi juga al waqiah dan yassin.. Insya ALLAH

 YA ALLAH pandulah hati hati kami mencintaiMU dan ajari kami mematuhi segala perintahMU. Berkatilah perjuangan sahabat ku ini dan jauhi dia dari sebarang fitnah. Terima kasih ALLAH, Terima kasih KakPah dan sahabat FBnya  kerana sudi  menerima jemputan ini dan n sayang semua kerana ALLAH.
team sahabat kak pah

ceria 

ainhany

Thursday, July 23, 2015

lagi tentang mesra dihati


terima kasih sumber    malaysian4wheelers.

MONDAY, JULY 13, 2015


Ramadhan dah nak pergi...

Kempen berpuasa sepanjang Ramadhan yang serba berkat ini memberi peluang 
semua penggiat aktiviti 4x4 untuk berehat sebentar, sambil memenuhkan masa
 dengan amalan sebagai seorang Muslim.

4Wheel semua disimpan rapi...ada yang memulakan operasi membuat restorasi 
selepas setahun membelasah jentera yang penuh dengan harapan. 
Umpama pepatah Melayu lama, 'alah membeli, menang memakai'..itulah 
sesuatu yang masih relevan apa bila dilihat kenderaan 4x4 ini walau usianya
 yang agak klasik tapi masih layak bertugas pada tahap  ganas,
 asalkan ianya dijaga luar mahupun dalamannya. 

Baru baru ini, telah berlangsung majlis Iftar di MESRA HOME yang terletak di
 Taman Sri Watan, Ampang yang dikendalikan oleh rakan LCFans Malaysia
 iaitu pasangan suami isteri, Razali dan Faezah secara persendirian. Mereka
 sangat berharap agar akan lebih banyak program seperti ini dapat dijalankan
 bagi memenuhi ruang untuk menceriakan suasana di rumah penjagaan
 orang orang tua milik mereka ini. 

Turut sama didalam program tersebut adalah sekumpulan anak anak yatim 
dari Rumah Penjagaan Anak2 Yatim (terlupa namanya) yang dibawakan 
khas oleh para volunteers dari 4W4C yang membawa mereka datang ke 
MESRA HOME untuk berbuka puasa.

4wheel bukan utk offroading saja...

Begitulah sebaik baiknya, apabila Ramadhan menjelma, banyak kesempatan
 digunakan untuk penganjuran aktviti kerohanian dan kemasyarakatan seperti
 ini yang menjadi tumpuan bagi mereka yang mahu menunaikan sumbangan  
kepada golongan yang kurang bernasib baik serta memerlukan bantuan. 
Syabas dan tahniah..moga saham anda mendapat pulangan kemudian hari.
.Insyallah.

bersama anak2 yatim









sukarelawan 4W4C bersama penganjur
Sekiranya anda berhajat atau ingin menyumbang kepada MESRA HOME,
 boleh lah berbuat demikian dengan menghubungi
 En Razali (012-6271101) atau Pn Faezah (012-2016271). 
Atau anda boleh terus ke lokasi :
MESRA HOME
PERTUBUHAN KEBAJIKAN PUSAT PENJAGAAN SRI MESRA
NO.16 JALAN WATAN 1
TAMAN SRI WATAN
68000 AMPANG
SELANGOR
terima kasih : 4w4C