Monday, June 6, 2011

Gerhana Bulan 16 jun

Gerhana Bulan Penuh 16 June 2011
بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Tanggal 15-16 Jun 2011, sebahagian Bumi berpeluang menyaksikan fenomena gerhana penuh Bulan. Seluruh Malaysia berpeluang menyaksikannya pada tanggal 16 Jun 2011. Seluruh gerhana ini juga boleh dilihat di benua Afrika, Eropah, sebahagian besar Asia dan Australia. Bagi tahun 2011 akan berlaku dua kali gerhana penuh Bulan dan kali ini... adalah salah satu dari gerhana tersebut. Gerhana penuh Bulan hanya akan berlaku ketika fasa purnama.

Di Malaysia fasa gerhana kali ini bermula apabila Bulan menyentuh penumbra pada 16 jun 2011, jam 01:24 (waktu tempatan-Malaysia). Ketika fasa gerhana ini bermula Bulan telah berada di langit barat. Semasa ia berada dalam bayang penumbra cahaya Bulan mula berkurangan tetapi sukar dikesan dengan mata kasar. Seterusnya fasa total bermula apabila Bulan mula menyentuh umbra pada jam 03:22. Bulan mula kelihatan gelap secara perlahan-lahan sehingga ia menjadi gelap sepenuhnya jam 03:22 dan di tengah-tengah fasa total pada jam 04:13.

Tempoh Bulan mengalami fasa gelap sepenuhnya selama 100 minit. Bulan mula meninggalkan bayang umbra dan memasukki penumbra secara perlahan-lahan pada jam 05:02.
Yang menarik gerhana kali ini ialah laluan Bulan agak hampir dengan garisan tengah bayang-bayang umbra.
Ia mula kelihatan bercahaya sedikit demi sedikit sehingga penuh pada jam 06:02 dan kembali menjadi normal pada 07:02. Gerhana bulan boleh dilihat dengan mata kasar tanpa perlu menggunakan penapis.
dipancar terus ke layar perubahan demi perubahan  tika mencerap di masjid negara 2010

pesta mencerap 2009 pasti berulang lagi

pengalaman mencerap bulan 2010 kan berulang lagi . Muga ku mampu bersujud lagi.. TQ ALLAH
 SUMBER :  MEH RUJUK DI AL FALAK : Berikut adalah data gerhana yang dikira menerusi perisian Skymap Pro untuk waktu tempatan Malaysia.

 Moon enters penumbra: 2011 Jun 16  01:22:52

Moon enters umbra: 2011 Jun 16  02:22:24

Start of totality: 2011 Jun 16  03:21:57

Maximum eclipse: 2011 Jun 16  04:12:24

End of totality: 2011 Jun 16  05:02:50

Moon leaves umbra: 2011 Jun 16  06:02:22

Moon leaves penumbra: 2011 Jun 16  07:02:02


Umbral magnitude: 1.705

Penumbral magnitude: 2.712


Duration of total phase: 1h 40m 52s

Duration of umbral phase: 3h 39m 58s

Duration of penumbral phase: 5h 39m 10s
 YA ALLAH panjangkan usiaku lagi, muga mampu ku menyaksikan kebesaran Maha Pencipta mentadbir cakrawala dan keseluruhan alam. Tada satupun di dunia ini yang boleh mengakui keangguhan. Lihatlah hikmah dan natijah kejadian gerhana ini....Makna tersirat disebalik apa yang anda disaksikan.....SUBHANALLAH> Muga kali ini lebih meriah dan sambutan orang ramai dialu-alukan...Muga MASJID NEGARA akan terus memeriahkan dengan Khutbahnya dan solat sunat gerhana lagi... TERIMA KASIH ALLAH 
Nota  tambahan : Sila hadir beramai2 bagi penghuni sekitar  MASJID PUTRA
SOLAT SUNAT GERHANA BULAN
Tarikh Thursday, 16 June 2011
Tempat Perkarangan Masjid Putra, Putrajaya
Detail
Program bermula dengan aktiviti ceramah selepas solat Magrib pada 15 Jun 2011(Rabu), diikuti aktiviti cerapan gerhana yang bermula dari tengah malam (jam 12 am)oleh Jabatan Ukur & Pemetaan.Gerhana penuh adalah pada jam 3.22 pagi hingga 4.12 pagi (Solat Sunat Gerhana), diikuti program Qiammullail sebelum diakhiri denga solat Subuh berjemaah.
 

10 comments:

My Little Diary said...

good info... thank you

nak tanya... time yg diberitahu tu, waktu malam ke waktu siang hari.. hehehe
takder tulis pm or am... tu yg konpius...

aizamia3 said...

Satu fenomena yang jarang berlaku dan amat menarik untuk disaksikan..

JHaZKiTaRo said...

thanx for the info!!!! anyway, salam kenal.. rajin2, jemput singgah blog AKU SEBUTIR PASIR hamba kalau berminat nak baca my travelling experiences ke 46 buah negara.. :)

ainhany said...

salam My Little Diary,

Alhamdulillh yang baik sama2 kita kongsikan..

Terimakasih ats perhatian.
Gerhana Bulan sinonim untuk BULAN jadi fenomenanya di waktu malam.
Boleh disaksikan di awl pagi 16JUN, sekitar jam 1.20 pg(lazimnya lewat 12 dah kelihatan) tetapi jelas kelihatan gerhana ini adalah jam 3.21pagi 16 Jun 2011.
(adalah disunatkan juga kita laksanakan solat sunat gerhana waktu nie). Prosesnya sehingga pukul 5 lebih tetapi bergantung kepada cuaca..Mudahan terang dan kita boleh saksikan bersama.

Akak harap info ini membantu dan catatan ini juga berpandukan pengalaman yg lalu. Wallahuaklam.

ainhany said...
This comment has been removed by the author.
ainhany said...

salam aiza,

Benar tu...Hanya ALLAH jua yang lebih mengetahui dan kita perlu bersyukur dan menambahkan ketaatan pada ALLAH. Subhanallah.

Sharinginfoz said...

thanks for the info

ainhany said...

Salam Dr,

Sama2.Salam ukhuwah jua.
InsyaALLAH akan diziarahi dan dilewati lagi blog AKU SEBUTIR PASIR. Terkasima dgn perjlan hdup kembara dirantau pelajar jua seorang Dr. Subhanallah...
Kak Ain kagum degn mu dik.
Tahniah..!!

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Pada zaman Rasulullah saw, fenomena gernaha bulan bukanlah merupakan satu pesta tontonan seluruh pelusuk manusia malah ia merupakan satu musibah yang bakal berlaku pada manusia akhir zaman. Musibah inilah yang sangat2 mencemaskan Rasulullah saw kerana fenomena seperti inilah manusia tidak sedar dan leka sehingga menganggap `gerhana bulan` adalah `natural phenomena` yang kekal berlaku. Walhal kejadian `qiamat` berlaku sama seperti kejadian `gerhana bulan`. Surah AlQiyaamah: 7-9فَإِذَا بَرِقَ ٱلۡبَصَرُ (٧) وَخَسَفَ ٱلۡقَمَرُ (٨) وَجُمِعَ ٱلشَّمۡسُ وَٱلۡقَمَرُ Maka apabila pandangan mata tercengang/bingung(7) dan apabila bulan telah (gerhana) hilang cahayanya, (8) dan matahari dan bulan dikumpulkan.
Maka ketika itulah mereka tersedar bahawa qiamat tersangat hampir sehingga bulan terpecah-belah. Mereka sangkakan bahawa Matahari dan Bulan selama2nya mengikut peredaran (RAIL) masing2 tetapi mereka tidak sedar bahawa peredatan itu ada tempohmasa penghujung (ajalnya). Surah Lukman:29 أَلَمۡ تَرَ أَنَّ ٱللَّهَ يُولِجُ ٱلَّيۡلَ فِى ٱلنَّهَارِ وَيُولِجُ ٱلنَّهَارَ فِى ٱلَّيۡلِ وَسَخَّرَ ٱلشَّمۡسَ وَٱلۡقَمَرَ كُلٌّ۬ يَجۡرِىٓ إِلَىٰٓ أَجَلٍ۬ مُّسَمًّ۬ى Tidakkah engkau memerhatikan bahawa Allah memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti) dan Dia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)? Tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
Apabila telah bertemu (berkumpul) bulan dan matahari, maka berlakulah pelanggaran dan terbelahnya bulan seperti dlm Surah AlQiyammah:9
.Surah AlQamar:1 ٱقۡتَرَبَتِ ٱلسَّاعَةُ وَٱنشَقَّ ٱلۡقَمَرُ Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan.
Datangnya qiamat merupakan suatu azab dan bencana. Rasulullah saw dan para sahabat r.anmum sentiasa berdoa supaya dijauhkan azab qiamat pada ketika zaman mereka. Wallahualam

ainhany said...

salam ustzah,

Astaqfirullahal azim..
terima kasih mmbuka paradigma memahami yg tersirat dari khazanah AQ(Muga ALLAH ampuni pemahaman saya selama ni)

Mengaitkan gerhana degn kiamat, mezahirkan rasa "ALLAH IS GREAT" dan betapa kehambaan kita yag jauh terpesung. InsyaALLAH sama2lah kita melihat dengan mata hati dan terima kasih atas pndangan dan teguran...Bukan PESTA tapi BALA- pecikan kiamat yang semakin menghmpiri..

Jazakilah (LIKE)