Saturday, June 4, 2011

Dari Kalam Dakwahtulnisa

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih Lagi Penyayang 

Bulan REJAB sedang memasuki fasa pertama buat kita .Sejauh mana sambutan kita di fasa permulaannya, pertengahannya dan akhirannya...Kepada yang sedang berpuasa, selamat meneruskan amalan ini dan buatlah sebaik mungkin. Sulami dengan beberapa amalan zikir yang digalakkan. Terima kasih kepada dinda dakwahtulnisa.yang berkongsi ilmu dan zikir amalan untuk diamalkan sepanjang Rejab. Bagi yang telah mengamalkan teruskanlah  dan bagi yang belum mengetahuinya eloklah mmperbaharui niat dan mmpertingkatkan amalan dari masa ke semasa. Terima kasih dik. Sengaja saya copykan kalam asalnya di sini dan teruskanlah ke link yang berkaitan untuk menerima risalah amalan zikir tersebut. 

Alhamdulillah, Rejab sudah datang kembali. Alhamdulillah kerana kita masih di beri peluang untuk bertemu dgn bulan Rejab ini. Semoga bertambah amal kita semua sebagai hamba dan khalifah. Allahumma amin.
~Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami di bulan Ramadhan~

Jom mulakan Bulan Rejab dengan beberapa " amalan" daripada syeikhuna Ustaz Muhadir bin Hj Joll agar kita memperolehi keberkatan.

Amalan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang mencari-mencari dan menghubungi saya untuk mendapatkan info  yang berkaitan. Terimalah ini dan selamat beramal.  Terima kasih duhai rakan-rakanlu. Diri saya amatlah daif dan serba kurang. Masih banyak kalam ALLAH yang tak diketahui dan saya akui sekiranya ada pertentangan atau sebarang perbezaan pendapat saya mohon di rujuk kepada mereka yang lebih arif.  
 
Kepada adik dakwahtulnisa, saya ucapkan berbanyak terima kasih atas keizinannya jualah saya perpanjangkan amalan tersebut. Semuga ummah dapat diselamatkan dan kita semua dapat berkongsi secara ilmiah. Blognya dgn  tagline "MARILAH KITA MENDAPATKAN CINTA ALLAH DAN RASULULLAH merupakan satu blog yang menarik, berinfomasi dan kalamnya ringkas tetapi padat. Sudi2lah berziarah. ( ini bukan iklan berbayar tetapi menghebahkan kebaikan untuk kebaikan.) Wallahuaklam.

3 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum Ain

terima kasih juga drp saya untuk Ain dan dakwahtulnisa

Wassalam

ainhany said...

waalaikumusalam wbkth THR,

sama2.
sama kita amalkan. insya allah

sahromnasrudin said...

assalamualaikum kak..

trime kasih kerana mengingatkan kami...:-)semoga akak senantiasa dirahmati Allah SWT