sebuah catatan perjalanan yang menemukan kita pada satu NOKTHAH. Muga perjalananku direstui...
Sunday, November 16, 2025
Tahniah Cucu Dr Amira
Tuesday, November 26, 2024
KonVo Huda @uiam
Bila Anak saudara ke 46 beraksi.
Tahniah duhai anak
Andai tok dan wan masih ada, pasti mereka juga akan turut bersama meraikannya untukmu dikhuda
Satu tika dulu, cucu inilah yg menjadikan mereka 'murid' untuk mengajar abc dan 1234...kepura-puraan almarhum wan(ayah) menjadikan wan lebih pandai dari tok(emak) untuk mengeja dan menjawab teka tekinya.. Segalanyanya bermula ketika Nabiatul Huda mula belajar mengenal huruf di PASTI. .
Kini cucu ni dah berjaya membuktikan tiada yang sukar selagi ada kemahuan.
Tahniah dik huda
Tahniah abg dan kakak ku jua Tanpa sokongan family siapalah kita semua .
18/11/2024
Wednesday, March 1, 2023
Walimahtul urus Fairuz dan Fakhri
![]() |
| my big family |
Tuesday, January 3, 2023
Tahniah Ibrahim
Thursday, December 8, 2022
Tahniah Ahmad Handzolah
semalam kita lewati fasa penganugerahan.
Satu kepuasan Ibu bapa bila melihat kejayaan anak anak diiktiraf dan dinobatkan sebagai mahasiswa yang telah berjaya. Syukur alhamdulillah, Saya juga turut meraikan kejayaan anak saudara saya yang ke 33 di IIUM . Anugerah yang tertangguh kerana PKP.
Tahniah Ahmad Handzalah. senyum terukir dan ceria dipamerkan. Turut menemaninya ialah family tercinta diwakili Fa, Adam, abas dan diana.
Sepetang bersama meraikan kejayaan Ahmad adalah moment indah bagi saya. Cukuplah kita menikmati bersama pasemboq dan nasi arab dan bertemu mesra. Semasa covid kita dijarakkan...Dan kini kita bersama semula
Terima kasih Allah. Semoga kejayaan Ahmad pemangkin untuk legarsi family besar kita. Anak didik Gontor ini bukanlah canang2. Bicara arabnya fasih dan disiplinnya terlatih. Usai sekolah rendah Hidayah (SRIH) Ahmad meneruskan di Gontor hingga selesai.
Ilmu harus dicari, di hadam dan dibedah untuk kemantapannya. Semoga generasi kita akan terus menjadi orang yg berilmu dan beramal dan menjaga iman. Jangan bangga dan lupa diri.
Tahniah abg Norizan dan kak Rodzah, kejayaan anakanda Ahamd hari ini adalah berkat doa dan blessing daripada ayahda dan umi tercinta. Walau pun tak ada bersama atas faktor kesihatan namun itu bukan halangan utk meraikannya. Semoga abg dan kakak juga family kita semua sihat dan bahagia cara kita.
Wednesday, August 31, 2022
Tahniah Aris
Monday, November 1, 2021
Nasi lemak singgit
Monday, May 17, 2021
Menikahlah
Sunday, May 2, 2021
tahniah ilah
Sunday, March 21, 2021
Apa khabar kak
![]() |
| FOTO ini diambil tika musim PKP apabila bateri kong dan secara rahsia PS minta saya datang untuk berurusan. Lepas masuk je.. Pintu depan ditutup dan operation dVa dibuat. Layanan tiptop utkmu DVa ku |
Sunday, March 1, 2020
Andainya ini Ramadan terakhir _ISMI HAYATI
Izinkan ku ucapkan TAHNIAH dan SELAMAT PENGANTIN BARU untuk
NORHAYATI KASIM DAN SUAMINYA
barokallahulakuma wabaroka
Semuga ALLAH memberkati pasangan ini
TAHNIAH dan selamat MENJADI SUAMI ISTERI
![]() |
| bertunang |
kepada Pn Ismi Hayati,
Selamat menjadi permaisuri hari kepada RAJA pilihan hati
Selamat menjadi ISTERI kepada sUAMI
Selamat menjadi UMI kepada anak2 kita
Walaupun saya telah tiada lagi
pastikan anak2mu mewarisi peribadimu
Selamat menggalas tanggungjawab
jagalah dia sebagaimana dia yang baru kau dekati
kasihilah dia dengan seadanya
Cukuplah satu harapan
bawalah mereka ke syurga
Walau ku tiada lagi
tapi aku puas
menyaksikan bahagia kalian
berkongsi rasa bersama
Terima kasih ALLAH
Aku menumpang seketika di bumi mu
mengisi ruang2 hayat
menikmati anugerah MU
titipkan AL FATIHAH buat ku
muga rohku sentiasa disirami dengan doa
yang mulus
Biarpun tanpa generasi
tapi sentiasa diingati
wallhu aklam
nukilan utk ISmi hayati sempena walimatulurus ditulis pada 6 syawal 1440.
auto schedule
Sunday, February 9, 2020
Raikan cinta @aceh
Monday, December 3, 2018
Keputusan UPSR 2018
Alhamdulillah..
Maafkan chu kerana agar sukar mempercayai apa yang didengari. Lantas menyuruh chik na buat video call pulak untuk bercakap-ckap dengan Ain. Kebetulan masa tu kami otw ke majlis graduasi kak long di USIM. Ain adalah anak nombor dua dalam familynya.
TAHNIAH anakanda Ain dan cucunda Wawa
Keputusan UPSR 2018 telah berada di tangan masing -masing. Antara percaya atau tidak itulah realitynya bila ditaqdirkan. Sama ada keputusan baik atau tak itu adalah satu peluang untuk mengukur keupayaan diri. Keputusan ini tak menjamin masa depan tetapi ia membuka ruang untuk membuat pilihan ke sekolah yang diingini.
Ain telah membuat kejutan buat kami. Cemerlang untuk kesemua mata pelajaran. Tahniah Nurain Hasnina . Terima kasih kepada guru-guru yang membimbingnya di SRI Islah Pendang,Kedah. Tiada kejayaan tanpa tunjuk ajar guru-guru semua dan doa2 yang mengiringi. Halalkan ilmu dan pengorbanan yang telah diberikan selama 6 tahun ain belajar di situ.
Islah banyak berbakti kepada anak2 saudaraku..Bermula dari awal penubuhannya hinggalah sekarang dan akan datang. InsyaALLAH dirgahayu SRI ISLAH Pendang. Semuga SRI ISLAH terus mencetak barisan pelajar yang hebat dan gemilang.
Tahniah kak Ain , anak saudaraku ke 50. Walaupun sibuk melayan adik2 namun pelajaran diutamakan. Semuga kejayaan abg Aris dan kk Ain dalam UPSR terus menjadi idola buat adik2 semua. Dua tahun lagi Daniel pula akan menjejakinya. Insya ALLAH
Kjayaan diperolehi hari ini bukanlah ukuran masa akan datang. Usaha perlu diteruskan dan nekadkan semangat dan perbetulkan niat untuk belajar kerana ALLAH dan untuk AGAMA. Muga ilmu yang diperolehi dapat membentuk jati diri dan memperolehi kajayaan di dunia dan akhirat.
Selamat ke sekolah menengah dan dah besaq anak2 cucu2 saudaraku.
Monday, October 29, 2018
sejambak kasih
Bunga adalah makna istimewa buat mereka tetapi lebih istimewa jika di sulam dengan kasih sayang.
Ini adalah cerita saya....
"KonvO acik ucu datang tau"
"akak, jgn lupa, konvo kami 7.10.2010.Nak bunga.... "
Ini antara ayat keramat yg berlegar2 di kepala saya menjelang konvo mereka. Sudah ku recce jarak lokasinya namun masih konfius mencari waktu yg sesuai. Bebanan kerja mngganggu pemikiranku seketika. Cuti yang di pohon terpaksa dibatalkan di saat akhir. Gara2 kunjungan audit banyak urusan yang belum selesai.
Konvo Wanie dan Syida di sesi pagi manakala konvo acik di sesi petang. Saya cuba memungkinkan kehadiran untuk bersama syida dan wanie meraikan kejayaan mereka, dgn sekuntum bunga pengukir janji yang terlewat. Namun hanya menjadi hayalan dan saya tak berpeluang meraikan kegembiraaan bersama mereka. Walau bagaimanapun nukilan kasih pengganti diri sempat singgah di telepOn mereka. Kata wanie it's touching dan kata syida really appreciate. Bergumbirala duhai adik2 ku,..hari ini kalian antara mereka yang layak menerima anugerah atas usaha kendiri. Bermulalah lakaran kejayaan dengan memiliki diploma, bakal disusuli pulak dengan ijazah cuma 3 tahun lagi . InsyaALLAH.
keceriaan yang dikongsikan bersama sokongan family..satu rahmat buat mereka
TAHNIAH Acik..ucu datang kerana kamu dan terima kasih kepada family kk robizan yang sgt2 sporting..Lepas bergambar semua..kita pekena ikan bakaq di putrajaya pula...
Terima kasih ALLAH
Monday, June 11, 2018
tahniah kk ngah @uitm
Tahniah kak ngah on your graduation day 10/4/2018
Perjalanan bermula dengan diploma dan diteruskan dengan ijazah. Sekalung tahniah buat anakanda ku FAIZAH SANIAH atas kejayaan ini.
Tumpang bersama meraikan kejayaan anak2 saudaraku merupakan satu kelaziman buatku. Seronok melihat kejayaaan mereka. teruskan kegemilangan generasi kita
Thursday, January 30, 2014
Tahniah Aminatul Farhatain
Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Berapa kali kah lafaz ini kita ulang dan ulang dalam melaksanakan setiap perkara?? Masih saya ingat tak kala guru kami ingin meminum air ketika menyampaikan kuliahnya..Bermula dari membuka tudung botol, menuangkan air ke gelas,menutup tudung botol, memegang cawan, meneguk air sekali, dua kali, tiga kali......segalanya dimulai degn bismillah...Subhanallah indahnya bila setiap perilakunya dimulai degn bismillah.. Beliau bukan sekadar menyampaikan ilmu dakwahnya tapi turut beramal dengan ilmunya..Kagum saya dengan Ustaz Muhaizir Joi ini yang suaranya juga keudara setiap pagii di KLfm dalam membicarakan kitab penawar hati. Mudahan kita semua dapat beramal juga .Insya Allah
HARI INI....keputusan STAM2013 telah diumumkan. Tahniah dan syukur kepada semua yang berjaya dan yang telah turut menyumbang kepada kejayaan keputusan STAM kali ini....Tak mumgkin dilupai jasa dan pengorbanan guru-guru, para ustaz/ustazah dan sokongan serta doa yang berterusan dari ibu bapa yang dimuliakan....Mmmm.sapa-sapa yang ada anak2, anak saudara, sapupu sapapat pastinya akan turut menyumbangnya.Terima kasih ALLAH
PUTRAJAYA, 30 Jan (Bernama) -- Sebanyak 3,513 pelajar atau 60.4 peratus mendapat sekurang-kurangnya pangkat Maqbul (lulus) untuk 10 mata pelajaran yang diambil dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2013 daripada 5,816 calon..Keputusan itu menurun 7.1 peratus berbanding 2012 apabila daripada 5,819 yang menduduki peperiksaan, 3,927 atau 67.5 lulus semua mata pelajaran..
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata calon yang memperoleh sijil peringkat Mumtaz (cemerlang) pada 2013 ialah sebanyak 369 orang berbanding 385 orang pada tahun 2012.
Ditanya mengenai usaha kementerian dalam meningkatkan pencapaian peperiksaan STAM di masa akan datang, beliau berkata pihaknya kini merancang untuk mendapatkan penutur jati dari negara timur tengah untuk mengajar subjek Bahasa Arab.
Mengkhatam 10 subjek dalam tempuh setahun memang membebankan tapi kalian telah melaksanakan yang terbaik dalam menterjemahkan dalam keputusan ini demi kepentingan agama dan masyarakat....Natijahnya kini KPM pula akan menambahbaik keputusan akan datang dengan membandingakan keputusan terdahulu..
..Tidak terkecuali ingin saya rakamkan penghargaan tahniah dan terima kasih Allah yang telah memakbulkan doa anak saudara saya. Sebagai antara 6 pelajar terbaik di sekolah SMKA An Nadhah beliau memperolehi 8 subjek dengan mumtaz(cemerlang) dan 2 subjek Jayyid Jiddan (sangat baik). Alhamdulilah dan tahniah buat semua pelajar yang berjaya melonjakkan nama SMKA An Nadhah sebagai sekolah agama bantuan kerajaan terbaik di Kedah Darulaman bagi STAM 2013
TAHNIAHye along...tidurmu pasti lena pas ini...Maklumlah debaran keputusan elah berakhir. Along telah buat yang terbaik sebagai perintis dalam family..Seorang kakak yang penyanyang dan menjadi contoh. Sehingga kini seingat saya...along senantiasa memperolehi kejayaan yang cemerlang dari UPSR, PMR, SPM dan kini STAM2013. Insya allah lembaran keputusan ini akan memberi peluang dan impian along untuk terus ke menara gading dan mngejar impiannya..
Along memang berhasrat untuk meneruskan pelajaran ke Mesir tapi secara peribadi, saya kurang setuju apatah lagi dengan pergolakan politik di Mesir yang masih goyang. Saranan Dr yusuf Qardawi baru-baru ini saya setuju 100% yang menggesa ulama arab saudi berhenti menyokong kerajaan boneka tentera d Mesir yang menggunakan wang negara untuk membunuh rakyatnya dan menolak rampasan kuasa pada julai tahun lalu lagi . Ayuh kembalikan tahta pada Morsi dan kembalikan Mesir yang aman supaya ramai boleh bertamu.
| seindah bowling....hidup perlu matlamat |
Along
seindah namamu di kagumi
Satu dalam sejuta engkaulah pemiliknya
AMINATUL FARHATAIN
kelahiranmu dinanti di lebaran adha
Thursday, December 19, 2013
result PMR 2013 hari ini
Syabas dan tahniah kepada semua yang telah membantu mempengaruhi keputusan PMR kali ini. Buat guru-guru yang di hormati..budimu ditaburkan , tuaiannya membenihkan hasilan terbaik. Terima kasih kerana memberi tunjuk ajar kepada generasi kami untuk berjaya. Doakan kejayaan mereka sebagai satu anjakan yang bakal melonjakankan lagi kecemerlangan mereka dunia dan akhirat. Nakhodakanlah pelayaran mereka mengikut arus terurus bukan terputus. Mereka adalah generasi yang perlukan pedoman dan panduan.
Tidak terkecuali buat kakak2 dan abang2ku yang sabar mendoakan kejayaaan anak-anak mereka. Disamping memberikan sepenuh sokongan, perhatian juga peraturan, redza merekalah didambakan.
Akhirnya misteri result PMR saya perolehi menerusi sms
11.25 PMR Emaad dapat 2a 6b..math dan geo b.
11.34 Sara anak kak ija dapat 5a 3b
11.35 zaid dapat 8a, alhamdulilah
1135 Alhamdulilah melalui sms 15888 dapat 8a (shahmi)
salam, bagaimana result abg ib?
1138: . 9A Alhamdulillah
ikmal???
Alhamdulilah...alhamdullillah....Alhamdulilah
Terima kasih ALLAH....
Untuk kali ini saya simpulkan anak2 saudara saya telah berjaya mengekalkan dan membaiki prestasi kejayaan yang dirintis oleh abang dan kakak mereka Inilah yang dikatakan mudahnya mendidik anak jika tahu acuannya. Ini adalah rekod peribadi masing masing untuk meneruskan kecemerlangan . \
Emaad akan berhijrah ke sekolah TTDi dari kota damansara
Zaid akan terus mencipta rekod kejayaan buat MRSMnya
Shahmi akan berhijrah dari SMS Lahad Dato ke SMS di kota tinggi
Ibrahim akan meneruskan kecemerlangan dirgahayu Maktab Mahmud.
InsyaALLAH
Ini adalah empat saudara sepupu yang bertarung untuk PMR kali ini . Muga pertarungan mereke terus meraih ilmu sebagai bekalan dunia dan akhirat.Kejayaan yang didambakan, tapi usaha diperlukan . Ayuh anak-anakku teruskan menobatkan ilmu sebagai senjata tajam yang amat diperlukan. Seperti aruah wan pernah katakan.....''wan hanya bekalkan ilmu dan carilah sebanyak mungkin dan selagi mahu.....' Harta wan hanya sekangkang kera ni lah... ilmu sahaja harta yang berkekalan .. Al fatihah buat almarhum wan dan tok juga. Bagaikan terpanggil untuk memberitahu aruah mak dan ayah saya....lihatlah inilah keputusan kejayaaan cucu-cucu mak dan ayah....mereka bijak mak ayah...mereka boleh...terus doakan meraka lagi.....
Kepada semua, cu ingatkan, jadikan kejayaaan hari ini sebagai satu langkah lebih dekat dengan ALLAH. Mengerti makna kesyukuran dan berterima kasihlah kepada ibu, mama dan ayah. Muga restu mereka terus mengiringi.................amin
Thursday, May 30, 2013
Dirgahayu Tuanku
ALHamdulilah...patik bersama rakyat tuanku dari pelbagai golongan turut serta semalam bagi meraikan ulangtahun Tuanku. Dari satu sudut saya melihat, inilah hakikatnya kita yang bernama manusia, sebahagian dari makhluk ALLAH yang diciptakan. Sehebat manapun kita, WAJIB kita menunaikan perintahNYA. Memohon kepadaNYA berterusannya untuk kehidupan yang lebih berkat. Rukun solat bukan perintah semborono tapi ia adalah WAJIB dan boleh jatuh ke KAFIR meninggalkannya...Begitu juga kita perlu berdoa senantiasa ...Nikmat yang kita kecapi hari ini adalah dari doa semalam dan doa akan datang adalah doa hari ini.. Moralnya....doa itu perlu dan rindu ALLAH juga perlu.Majlis yasin dan doa selamat dibacakan usai solat magrib oleh imam besar MN. DYMM Tuanku segak bergaya berbaju melayu serba kuning diapit oleh TPM dan vip yang lain. Menyelak buku cenderamata yang di berikan di pintu masuk ruang solat, ianya berkulit tebal dan berwarna kuning. Cantik . Saya terharu bercampur bangga kerana dari muka depan hingga ke kulit belakang hanya tulisan jawi digunakan. Subhanallah dalam fenomena tulisan jawi diketepikan, institusi diraja masih memartabatkannya. Inilah tulisan bangsa kita. Kitalah bangsa yang perlu membangunkan tulisan ini. BAHASA JIWA BANGSA. Semuga ALLAH pelihara institusi diraja kita dan bahasa jawi diperkasakan semula.
Saya berpuasa semalam ,jadi terpaksalah mencari ruang di tepi tiang bagi 'menyorok" ketika berbuka roti gardenia dengan air> Cukuplah sebagai syarat berbuka dan menghormati majlis tersebut. Walaupun dimaklumkan Tuanku Permaisuri Hamimah turut hadir tapi saya tak berkesempatan bersalam dan bertemu jarak dekat. Inilah indahnya jemaaah wanita dalam solat, tiada perbezaan dari segi pakaiannya..Sungguhpun dikhaskan ruang dan berbeza sejadahnya tetapi bila dalam saf kita serupa disisi ALLAH. Apapun saya bturut bersyukur kerana tuanku permaisuri telah mengenakan tudung yang sempurna. Payah jika dijadikan mudah menjadi terindah dipandangan kita dan pandangan ALLAH. ALhamdulillah
Teringat satu pengalaman ketika di satu majlis juga yang turut disertai oleh Permaisuri Tuanku Aishah dulu. Tempat dan lokasinya sama. Ketika saya sedang melipat telekung, ada seorang makcik lalu sambil mencium2 tangannya. Dia turut mengucapkan "subhanallah lembutnya tangan permaisuri ni". Saya memandangnya dan fahamlah maksudnya kerana dia baru bersalaman dan berbaris panjang tadi. Ia bagaikan satu cabaran dan bagi menyahutnya saya ambil kesempatan terus ke laluan kapet merah terakhir di tepi pancuran air di masjid negara.. Biarlah diri ini orang yang terakhir bersalaman dan menanti tuanku keluar dari ruang solat yang masih dikerumuni rakyat....Inilah pengalaman saya.....Benarlah apa yang makcik itu rasai.....Subhanallah tangannya begitu"soft' rasa macam salam dengan kapas dan macam2 lagi saya katakan dalam hati. Indahnya saya lah rakyat terakhir yang disalamnya sebelum diiring pengiring terus ke dewan makan. Cukuplah pengalaman ini buat insan sekerdil saya ni dan cukuplah saya mngkoreksi diri kerana saya di sisi ALLAH. Selayaknya kah saya berkulit tulus mulus sedangkan masih ade pana dosa yang belum terampun dan perlu dibersihkan. YA ALLAH peliharakah akhlakku dan pandulah daku tiap ketika.
ooop....time up...N3 ini ku nukilkan sebagai pengucapan "dirgahayu tuanku " sempena hari keputeraan DYMM yang dipertuan Agung .
DAULAT TUANKU....DAULAT TUANKU.... DAULAT TUANKU
Wednesday, May 22, 2013
welcome my team
![]() |
| Comelkan ahli-ahli jannah nie... |
Manakala pada 1604, dua jam sebelum melahirkan Rayhana, maksu telah memaklum dan mohon didoakan agar dipermudahkan kelahirannya. Maksu adalah satu-satunya adik iparku dan hubungan kami tak seperti ipar. Dialah menantu bungsu aruah mak ayah saya dan kami semua sayang padanya.. Tika dihubungi , saya sedang mengikuti kursus jadi usai kursus lebih kurang jam 6.30 saya terus menghubungi adik dan langsung dimaklumkan isterinya ‘sedang’ di labour room dan seketika cuma terus dimaklumkan segalanya telah selamat. Alhamdulilah..Credit to DBM@ Muslimah Maternity Hospital kat permatang Pauh PP nuh- Wah anak pulau Mutiara la ceq noo..Terkenang kan kembali inilah saat -saat di mana emak tidak lagi menemani dan memberi sokongan pada adik bungsu saya seperti mana sebelumnya. Walau bagaimana pun, mama (mertuanya)tetap bersama… Alhamdulillah, bb yang kecik comel ni akan ditemani abang-abang dan kakaknya sebagai penyeri rumahtangga mereka. Sepakat nama diberi : Nurhidayah Rayhana..sedapkan...muga seindah nama cahaya hidayah ini menyinari hingga ke firdausi. InsyaALLAH majlis aqiqah akan di adakan hujung mingu ini walau bagaimana pun saya tak dapat turut serta. Nanti ye nak, kita jumpa lepas cuti sekolah….dia mesti kenali mak saudaranya yang suka menyakat ni..hmmm hadiah kasih sayang lagi mahal kan?
Alhmdulillah pada 1605 pula, cucu saudara ku ke 25 pula selamat dilahirkan sekitar jam 1030am di HSB. Kat mana? Alor setaq laaa..negeri Kedah Darulaman yang glamur selepas PRU13. Tarikh ini hari guru kan? Oooo patutlaa sebab umminya melahirkannya secara ceaserian jadi boleh laa pilih hari..Mana lah tahu kan berkat hari ini juga, cucunda puteri ku ini akan menjadi pendidik bangsa….profesion aruah nekwan/ayah yang perlu ada kesinambungannya. Puteri kedua ini amat di nantikan oleh abang aufa dan kak nisa’nya . Pelengkap bainati jannati bagi anak saudaraku , siti dan faris. Nama?? Sehingga kini masih menjadi rahsia dan bb masih memerlukan pemantauan kerana joundis. Bakal di warwarkan di hari ke 7 insyaALLAH ..kan ummi abah kan.. Sempurnakan amanah dan anugerah ini dengan berpaksikan kepada takutkan ALLAH. Berikan pendidikan yang sempurna dan jadilah mereka sebagai asset dan saham akhirat.
Sebagai panduan..tatkala melihat wajah2 suci ini moleklah didoakan mereka dan ayatnya pun mudah saja. Bolehkan sama-sama amal dan doakan anak cucu saya nie juga..insya ALLAH
Inni u’izuka bikalimatillahit tammati min kulli syaitanin wa hammatin wa min kulli a’inin lammatin.
Artinya: “Aku berlindung untuk anak ini dengan kalimat Allah Yang sempurna dari segala gangguan binatang serta gangguan sorotan mata yang dapat membawa akibat buruk bagi apa yang dilihatnya.”
WHO NEXT??? Boy or girl....????? welcome





















