Tuesday, May 24, 2022

Kunjungan syawal 2022

Assalamualaikum mak dan ayah

Chu datang lagi ziarah mak.
Maafkan anakanda tak p sblum aidelfitri. Bru je sampai... Dah tau tau kalut   raya.

Terima kasih mak dan ayah yg penyayang. Menjaga dan melaksanakan amanah menjaga dan mendidik anakmu ini.


ku merindui

Back to Allah

Bila kita serahkan semuanya pada Allah, hati akan rasa lebih lapang. 

Kerana kita tahu Allah itu Maha memberi dan DIA tidak akan mengecewakan kita.

Kadang-kadang bukan taknak jaga hati orang lain cuma hati sendiri pun masih minta disembuhkan dulu.

‎Kita baik macam mana pun, tetap akan ada orang yang tak suka. 

‎Doalah agar Allah jauhkan kita dari benda benda buruk dan hasad dengki manusia.

Hidup lah dalam sederhana dengan merasa cukup dalam segala hal.

Itu jauh lebih baik dari mendambakan sebuah kehidupan yang sempurna.


Sumber jamaaludian
#Zariena_sKitchen
#nasihat_buathati

Saturday, May 21, 2022

Buat baik berpada-pada

Hidup ni, jangan terlalu berusaha untuk buat semua orang suka kita. Kita tak mampu. 

Hargai orang yang hargai kita.
Sayangi orang yang sayang kita. 
Berusaha bahagiakan orang yang pilih kita. 
Buat lebih baik untuk orang yang setia dengan kita. 
Terima kasih untuk mereka yang masih setia. 

Sahabat, akhirnya kita faham, pilihlah orang yang pilih kita. 


Sumber:
Afifah Alwi 
 

#afifahalwi

16 mei Birthday boy n gulz.



to anak saudara dan cucu saudara

Thursday, May 12, 2022

Sunday, May 8, 2022

Lepaskanlah...

Sahabat...

Jika kalian menggenggam sesuatu yang sangat panas, secara automatik tangan akan melepaskan.
Jika tidak ia akan hangus terbakar.

Begitulah juga dengan hati, apabila menggenggam sesuatu yang sangat menyedihkan dan menyakitkan, belajarlah melepaskan.

Lepaskan dan serahkan kepada Allah. 
Semoga terlerai dan terungkai segala dendam, kebencian, kekecewaan dan kemarahan.
Kita terus melangkah dengan lebih semangat... 

.

                           
                    sahabat kerna  ALLAH

Monday, May 2, 2022

bersahabat kerna Allah

Kata Ustaz, 

Jika kamu cemburu pada sahabat kamu, cemburulah pada kebaikan yang sedang dia lakukan kerana kamu akan berusaha membuat kebaikan juga.

Jika kamu terasa di sakiti sahabat kamu, sakitlah bila melihat sahabat kamu yang sedang berusaha memperbaiki ibadahnya kerana kamu juga akan terus memperbaiki ibadah mu.

Bila mana kamu menyembunyikan sesuatu kepentingan diri mu dari sahabat kamu, fikirlah baik-baik kerana sahabat kamu sedang menyembunyikan kebaikan yang dia lakukan terhadap mu. 

Supaya kamu berfikir yang kamu sedang membuat kesilapan dalam penyembunyian mu.

Jika sahabat kamu menyentuh hak kamu, ketahuilah bahawa Allah sedang mengingati kamu bahawa hak segalanya milik Allah bukan kepunyaan kamu. 

Bila mana kamu mencurigai kebaikan sahabat mu, muhasabahlah kerana Allah sedang menguji mu adakah hati kamu ikhlas atau sebaliknya untuk kamu memperbaiki diri dan hati mu. 

Seandainya kamu benci sahabat kamu kerana kesilapannya kepada mu,  berbaliklah diri kamu kerana kamu pun pernah melakukan kesilapan terhadapnya tetapi dia tetap memaafkan kamu. 

Mengenal sahabat bukan sahaja pada peribadi akhlak, perilaku dan ibadahnya tetapi pada selama keikhlasannya terhadap kamu selagi dia tidak meminta sikit pun pada kamu balasannya. 

Ingatlah, 
selama mana kamu bersahabat dengan seseorang itu, 
lihatlah perjalanan dalam dia dan kamu. 
Dia menerima kamu bukan pada kejahilan atau kesilapan masa lalu kamu, tetapi pada hari ini dalam sama-sama mengajak kamu memperbaiki diri dan menuju ke jalan Allah.

Jadi cahaya di kalangan sahabat dan bersahabat kerana Allah.


https://t.me/SafiudinAbdulAdv.

Sunday, May 1, 2022

salam edulfitr 2022

Salam Kemaafan

Saya menyusun jari sepuluh, memohon ampun dan maaf atas segala salah silap saya lakukan yang mana telah mengundang rasa kurang sahabat maya semua. Juga kepada semua yang mengenali saya secara fizikal.

Semoga semua gembira dan bahagia bersama family. Yang ada emak ayah, hargailah dan hormatilah, yang ada suami buatlah apa yang patut untuk masuk syurga dulu. Yang ada tanggung jawab sempurnakanlah sebaiknya, lunaskan  zakat fitrah dan zakat penyucian lain.  Yang tak ada apa nak buat, muhasabahlah sejauhmana Ramadan telah mendidik diri sendiri. Berdoalah semoga ketemu lagi dan segala lontaran doa dikabulkan ALLAH


Kepada yang pernah cipta bahagia bersama saya terima kasih  ye. Alhmdulillah kerna ALLAH izinkan kita bersama dan hingga kini ukhuwah kita tetap ada. Syukur saya masih ada sahabat yang baik baik yang bertanya khabar dan mengusik kenangan. Semua rasa bahagia itu kita simpan dan bajai..


Andai ini tinta terakhir saya, saya dah maafi semua sahabat teman dan rakan . Jangan bersedih kita mungkin berpisah di dunia tapi kita ada dunia lagi selepas mati. Semoga berjumpa lagi 


jom balik kg

2 May 2022 @ aidul fitri