Saturday, March 30, 2019

Satu penghargaan @jom cantik bersama nenek

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang
buat mak dan ayah dirindui

Mak Ayah...
ini untuk mak dan ayah
mak dan ayah yang lebih layak menerima penghargaan ini
mak dan ayah lah yang mengajar  saya tentang kehidupan
tentang keikhlasan dan tentang kasih sayang
mak dan ayah juga telah mengajar saya
erti menghargai dan mensyukuri

sebagai anak yang sipi-sipi bungsu dalam keluarga, membesar dalam keluarga yang ramai dan penuh kasih sayang, saya akui tidak pernah diajar tentang kesusahan,kepayahan dan kesempitan hidup.
Ayah telah memberikan kecukupan untuk saya dan keluarga. Walau dia terpaksa berhempas pulas mengurus perbelanjaan kesebelasan anak2nya namun kami tiada kesulitannya.

Begitu juga mak..dalam mendidik anak-anak saya akui saya tak merasai perbezaan dalam kasih sayang. Saya juga dihukum sama ada  di cubit paha...dipulas telinga kerana membuat sesuatu yang tidak disukainya. Dia amat menekankan nilai murni dalam family. Larangan 'hang aku' kekal sehingga sekarang. Inlah dikatakan proses pendidikan itu bermula dari rumah.

HARI INI 30/3/2019 adalah hari bermakna buat anakanda.
Hari yang jika masih ada mak dan ayah, pasti ku menyaksikan senyum mereka dan pujian  kehadrat ALLAH hinggap ditelinga .
Apa yang chu buat hari ini adalah aliran pahala yang mengalir untuk mak dan  ayah dan siapalah saya tanpa mak dan ayah..

mak ayah...terima lah penghargaan ini bersama..kita raikan bersama,.kita kongsi gembira bersama...TErima kasih mak dan ayah dan seluruh legarsi besar family Hj Mansor

baru tengok jer dah telioq
ini untuk mak dan ayah ye


masih konfiuss

bersama Kak Pah yang memang wirawati disegani 
bersama ikon influencer_miznina
touching

credit foto-natipah abu

Friday, March 15, 2019

Tragedi Christchurch

Assyahidlah selayaknya buat para jemaah yang terkorban.
KEmatian yang dicemburui...Di Jumaaat 15/5/2019.
--------------------------------------------

Hancur berkecai hati. Luruh air mata. Ketar tangan ini. Laju jantung ni.  Betul-betul tak tahan. Ya Allah New Zealand..jagalah mereka semua di sana. Hanya nama Allah yang terucap. Puluh orang mati ditembak tadi macam main game dirakam untuk seronok-seronok. Orang Islam dibunuh begitu sahaja. Nyawa orang Islam jadi sangat murah. Berita kata ada seorang pelajar Malaysia cedera parah. Rasa nak berlari menjerit. Terus ambil wuduk solat dan doa..ya Allah maafkanlah diriku. Innalilahi wa innalaihi rajiun.
.
Syahidlah kamu semua. Syurgalah untuk kamu. Semoga Allah beri ketabahan buat semua ahli keluarga. Tembak bunuh begitu sahaja. Dulu zaman Nabi saw jika seorang dibunuh semua sahabat rhum menangis. Nabi saw menangis. Saat Islam kuat Nabi saw segera laksanakan keadilan. .
Tak tahu nak taip apa lagi. Air mata dah laju. Begitulah orang Islam jika dibunuh semua orang cuma menangis dan sabar. Kita dibunuh, diserang, diletupkan,kita sabar dan doa tapi kita dituduh pengganas. Kita dibunuh kita minta maaf. Jika orang lain pembunuh dikatakan sakit mental. Jika orang Islam biasanya dituduh pengganas. Islam dihina sekali. Kadang sebuah negara dibom cari pengganas. Kita memang benci orang yang membunuh orang tanpa sebab. Kita Islam. Islam agama kasih sayang dan keadilan. .

Hari ini hari kesedihan dan duka buat kita semua orang Islam dan semua insan yang ada hati dan perasaan. Kita Islam agama kasih sayang. Ya Allah yang maha azim ampunkanlah dosa kami semua orang Islam dah lama tinggal dakwah dan berjuang sehingga kami begitu lemah sekali. Kembalikan kemuliaan dan kekuatan kami orang Islam. Kita orang Islam sayang semua manusia tanpa kira agama dan bangsa. Tapi orang jahat ini patut dihukum mati segera. Ya Allah Balasi sipelakunya dengan balasan setimpal dan lebih teruk lagi. Semoga hidayah tersebar seluruh alam. Bersabarlah wahai saudaraku demi cinta Nabi saw..
.
Ya Allah sayangilah kami semua. Kita semua sebuah keluarga. Bagai satu anggota badan. Kuatkanlah kami dalam dakwah dan sebarkan Islam-ebitlew
#newzealand

credit sumber : ebitlew

RUJUKAN :
http://www.astroawani.com/berita-dunia/apa-yang-kita-tahu-setakat-ini-mengenai-tragedi-solat-jumaat-christchurch-201216

https://edition.cnn.com/asia/live-news/new-zealand-christchurch-shooting-intl/index.html

Sunday, March 10, 2019

MATI tanpa mengerti usia

senyumanmu
sapaanmu
kemanjaanmu
kini hanya kenangan

Innalilahi wainna ilaihi rojiun

Selamat jalan dik Nurul. Pemergiaanmu menghentak diri sendiri, bagaimana persiapan menjelang perjalanan terakhir. ALLAH AKBAR..
Menerima info dari grop masjid muhammadi, saya mencari2 kepastian. Mana mungkin adik nurul yang seusia anak2 saudara saya sahaja di jemput ALLAH. Dia seorang yang sihat dan ceria di pandangan mata kita.
YA ALLAH. Nurul....kau pergi mendahului akak..usiamu baru 30an. Masih terasa pipi kita bersentuh dan salam disambut bila bertemu. Di manapun jua sapaan mu penuh manja dan bersopan. Ter ngia2 tutur bahasamu dik ...Terima kasih ilham yang mengesahkan bukti pemergiannya. Walaupun sukar kita melepaskan dia pergi, tapi kita sama2 menyakini taqdir ALLAH telah tersurat. Cuma yang mampu kita menghadiahkan doa. Hanya doa penghubung kita dengan almarhumah.
YA ALLAH , hari ini sahabat kami, Nurul telah dijemput kembali kepangkuanMU. Kami sedih dalam redzoMU Ya ALLAH. Walaupun begitu kami mengharapkan semuga KAU ampunilah segala dosa-dosanya , rahmatilah dan cucurilah rahmat berterusan buat almarhum nurul dan temukan kami di jannahMU kelak. YA ALLAH maafilah dia dan kami jua.
Terima kasih kepada yang sudi singgah dan mohon hadiahkan al fatihah buat almarhumah Nurul Azimawati Teh binti Hussain Teh .
salam takziah buat familynya

catatan 11/3/2019@1253pm