Tuesday, December 26, 2017

Disember team


mereka yang terakhir
dari bulan yang paling bongsu

langkah bermula 
tika orang lain telah berlari
kayuhan mereka perlahan 
tetapi mereka cepat sampai
punya kekuatan tersendiri
untuk berdikari

generasi bulan disember 
jauh perjalanan
harus ditempuhi

hari ini bukan semalam
teruskan langkah mengejar jannah
dalam perjalanan mencari iman
capai jaya dunia
bawa ke akhirat bersama

Selamat ulang tahun generasiku
abang Ngah, Naeem, Shahmi, shahira dan ain
juga cucu saudaraku Amira Zulaikha 1712,Balqis 2712  dan Munawarah 1112( tiada pic dalm simpananku)



Saturday, December 9, 2017

Bersama mereka




menjadi rutinku bila pulang ke kg. Destinasi wajib ku ziarahi ...rumah ayah dan mak.

ayah dan mak
apa khabar
lama anakanda tak mai kan
tentu mak tertungu-tunggu kan  
ayah ternanti-nanti 

maafi anakanda mu ini 
sejujurnya saya semakin sebak
jika sendirian di sini 
menangisi kenangan lampau
yang takkan berulang lagi

bersimpuh di kepala ayah
saya tenung dalam-dalam
hati makin kuat berbicara
ayah ..
apa khabar di sana
maafi saya 
 adakah ayah menerima doa harian saya
adakah ayah menanti ziarah saya


mengorak ke pusara bonda
mak
saya minta maaf
saya tau mak tentu rindukan saya
anak mak yang paling banyak dosa
anak mak yang paling nakal
di hujung usia mak
kita banyak masa bersama
tentu mak telah maafi saya
kan mak

mak dan ayah
saya tahu kalian sentiasa bersama
menemani anakmu ni 
jiwa dan semangat mereka 
tega bersamaku
darah ku jua adalah dari darah kalian

YA ALLAH
berikan rahmat berterusan buat kedua ibu dan ayahku
lapangkan semadian mereka
luaskan kubur mereka 
sinari cahaya berterusan buat mereka
dan berikan kerehatan mereka di taman2 syurga
juga ketemukan kami di jannahtul firdaus
amein


8dis2017 

Thursday, December 7, 2017

nikmat




Andai ni makanan terakhirku
bagaimana makanan batinku

Ya ALLAH
jadikan asbab makanan ini
hati menjadi tenang
badan semakin sihat
sujud semakin senang
syukur sentiasa


                                                                    @mandarinhotel

Sunday, December 3, 2017

Engine cable

ini tanda amaran  ada masalah wiring  

satu set cable engine

dilengkapi penebat getah anti gegar

slot cable yang lama tanpa penebat digantikan baharu


Setelah berkhidmat selama 9 tahun rupanya  khidmatnya perlu diganti. Apabila telah dua kali warning display  appear pada meter kereta , saya tak teragak-agak lagi membuat keputusan untuk mnggantikan yang baharu. Almaklumlah kereta D'vaku ini setiap hari berkhidmat. Klimaxnya keputusan diambil dengan mengambil kira kesannya ialah   ketika dalam perjlanan jauh kedah ke KL dan ini sangat mengujakan.. Dalam kesesakan di rempuhi jua dengan iringan doa berterusan. 
Saya mmbuat keputusan menggantikannya bagi mengelakan sebarang masalah berbangkit. Syukur..muga selamat dan tak berlaku lagi.

Terima kasih yang lama..Sumbangan mu ku hargai

asam 2016

SEMUGA 2017 AKAN MEMBERIKAN KEBAIKAN BUAT SELURUH FAMILY KU
Lembaran 2016 bakal melabuhkan tirainya , disember bakal sampai ke penghujungnya.
Sungguhpun 355 hari dilalui, memadailah catatan ini menggamit kenangan masam manis dalam family ku.



Di  tahun2016  juga kami dikejutkan dengan kehilangan dan pemergian bapa saudaraku yang bongsu di dada akhbar. DI usia 62 tahun dia adalah seorang mantan askar melayu diraja malaysia yang telah berkhidmat bakti seluruh hayatnya...Aruah juga sangat yang peramah dan dikenali ramai. Dialah juga  peminat tegar HIJAU KUNING. Kehilangan pakcik Hamid memang tak di duga dan kematian pakcik juga satu tragis buat kami. AL FATIHAH

tahun 2016 punya cerita..
Rotavirus menyerang dua anak saudaraku anna dan annie. Mungkin berpunca dr nursery ataupun sebaran virus persekitaran. Seminggu lebih mereka di kuarantinkan di hospital sebelum dibenarkan balik rumah. 

Percutian terpaksa disingkatkan bila cucu saudaraku terlibat dengan lemas di kolam mandi ketika berada di Langkawi. Diney telah dikesan jatuh ke kolam renang dewasa dan diselamatkan oleh orang ramai dgn rawatan CRP drpa ayahnya. Namun kerana  keadaannya yang kritikal , dia telah dibawa degn bot kecemasan hospital langkawi ke Hospital di Perlis. Alhamdulillah setelah berada di zon selesa, barulah saya dimaklumkan dan hanya lafaz alhamdulillah yang diucapkan. Kita hanya mampu merancang tetapi perancangan ALLAH maha hebat. Allah dah buat sebaiknya....andaikan ianya berlaku di laut atau di pukul ombak...Allahu robbi....

Dan tahun ini juga Danial dan Irham selamat disunatkan. Alhamdulillah anak lelaki yang berani dan hebat. 

Kerana salah  skil, akhirnya shahmi tewas dengan keadaan. Lara kakinya terseliuh akibat bermain bole keranjang mengundang satu mimpi ngeri. Kesakitan dan bengkak yang tak tertanggung memaksanya untuk di  rawat di Klinik berhampiran. Walaupun cuti diberi namun dipendekkan kerana kekangan pembelajaran di kolej. Mengambil masa lebih kurang sebulan juga untuk pulih sepenuhnya dan kini biarlah ianya menjadi teladan dalam hidupnya.

catatan ini dibuat pada tahun 2016 dan baru hari ini ku perasan ia belum dipost.