Thursday, June 16, 2011

Sebalik khutbah gerhana

Lokasi Kejadian : Masjid Negara
Tarikh : 16 JUN 2011, Jam 3 pagi

Alhamdulillah...
Solat gerhana bulan  telah disempurnakan dengan jayanya bagi jemaah yang mengunjungi Masjid Negara di samping agenda mencerap  bulan pagi tadi.  D sebalik waktu enak di buai mimpi, masih ramai ummah yang bangun solat bersama-sama.  Antara lain kandungan kuthbah tadi, khatib dengan penuh semangat mengingatkan jemaah ,inilah satu petanda ALLAH itu berkehendak melakukan sesuatu. Subhanallah betapa moleknya cakrawala ini berputar dan mengelilingi putarannya tetapi tak selama-lamanya ia kekal tanpa diselindungi antara plenet2 yang ada. Sang suria  hilang gahnya tatkala  gerhana matahari dan bulan juga hilang terangnya dikala  gerhana bulan. Inilah juga petanda amaran ALLAH ( al qiyamah- ayat 8). Sama-samlah kita meningkatkan ketaqwaan dan menimbulkan kesedaran dengan perbanyakanlah melaksanakan kebajikan dengan solat, sedekah, zikir dan sebagainya.
dirakamkan sekitar jam 1 pagi ( baru sampai)


waktu sesuai mendirikan solat..bulan berada di penumbra
 Merenung kelangit, lambang penyerahan, bukti kekuasaan. Renung dan fikir-fikirkanlah   akan fenomena alam ni dengan hikmahnya.. Menghitung dang bermuhasabahlah tentang diri dan sekeliling.  Sejauh manakah ibadat dan kesempurnaan haq dilaksanakan.  Bersegeralah kita bertaubat, istighfar  dan menjauhi larangannyanya dan kembalilah menjadi hamba ALLAH  yang mentaati perintahnya.

khatib menyampaikan kutbah
Disebalik tatacara solat sunat ini juga, Kini  saya memahami mengapa ianya disunatkan di panjangkan bacaan sehingga selesai waktu gerhana tersebut. Ini adalah fasa "amaran" ALLAH dan  selagi ianya amaran sesuai kita bersujud dan bertaubat. Bayangkan tuntutan bacaan solatnya memungkinkan kita menyempurnakan sehingga 4 surah (dimulai albaqarah, Al Imran.A Nisa dan adi akhiri dengan Al Maidah) SUBHANALLAH..

Namun tempuh sejam (bermula jam 3)solat tadi pun sudah memadailah apabila imam membacakan beberapa ayat petikan dari surah al baqarah dan beberapa surah lain( maklumlah saya ni tak mengenal surah sangat pun) dan diakhiri dengan AL Qi'yammah. Subhanallah surah terakhir ini membuatkan air mata mengalir secara tak sengaja...saya terkasima dan ayat ini  amat menginsafkan saya. ( credit buat ustazah tajnur- yang telah mangajak saya menyemaknya sebelum ini).

YA ALLAH ampunilah kesilapan kami, terimalah ibadat kami dan tetapkanlah iman kami, Jadilkan kami hamba2 yang memikul tugas dengan sempurna, seorang yang membahagiakan dan menjaga alam. Jauhila yang mengundang kemurkaan ALLAH yang mengakibatkan malapetaka yang mengubah tabie kehidupan  di dunia ini..


Syukur dan syabas kepada semua pihak yang telah menjayakan solat ini..Saya kagum dengan kalian..yang membawa anak2 dan ini membuktikan betapa kalian adalah ibu2 bapa2 yang hebat. Mengajak dan mendedahkan generasi kepada kebesaran ALLAH dan meyakini inilah makna NIKMAT yang disyukuri.
didepan ku..
kananku..
kiriku...
 Kemudian kami bersalaman..Inilah saudara saya...seagama..Semuga ALLAH mengerakkan hati2 kita mencintai dan mengasihi program2 agama ini...TERIMA KASIH ALLAH...

No comments: