sebuah catatan perjalanan yang menemukan kita pada satu NOKTHAH. Muga perjalananku direstui...
Sunday, January 29, 2012
Thursday, January 26, 2012
Karnival Karangkraf 2012
TUDIA....dia mai dah...awal2 tahun dah berpesta buku kat karangkraf...chooop perbetuikan tajuk sat .... ber"karnival karangkraf.." Bila tajuk nya pun karnival perlulah menepati maknanya....
Pagi semalam, seketika saya menyusuri jalan ke seksyen 26, saya perhatikan di ibu pejabat karangkraf ini...khemah2 putih telah didirikan. Nampak gayanya macam banyak booth dan aktiviti disediakan. Hebatnya titik peluh seorang usahawan melayu yang telah menempa nama dalam dunia korperat dan berjaya membina empayar perniagaannya dalam penerbitan dan percetakan. Di samping itu mengajak dan membimbing masyarakat membudayakan membaca dengan caranya tersendiri....Syabas dan tahniah warga karangkraf.
Ada pulak segmen sembang buku: aduh menyengat sekali tajuknya ....6 kaki dalam tanah???
Cuma masanya kurang tepat ...hari bekerja bagi saya dan mungkin masa yang sesuai bagi orang lain. Ambillah kesempatan bagi mereka yang berpeluang berkunjung pada tika dan masa itu..
INGAT karangkraf ingat nOvel..ingat novel ingat Ombak rindu (teringat kontravasi ...) kini bukan hanya buku- novel sahaja yang ada di sini...macam2 buku ada...Ade buku motivasi, buku agama, resepi, majalah2....yang pastinya ada diskaun..harga runtuh ke? Runtuh-runtuh ilmu...laksana padi semakin berisi semakin tunduk..
Ini bukan iklan berbayar tapi satu perkongsian dan pengisian bersama di hujung minggu. Beruntunglah mereka yang tinggal berhampiran tetapi menjadi satu cabaran buat yang berjauhan.
Selamat berkanival dan selamat membeli belah di festa kalangkraf. Jika ade sumur di ladang dapat saya menumpang mandi, jika ade kesempatan, dapat kita bertemu di sini.Wallahuaklam
"Apabila Allah mencintai hambaNya, Dia akan wafatkannya di dalam Islam."
Pagi semalam, seketika saya menyusuri jalan ke seksyen 26, saya perhatikan di ibu pejabat karangkraf ini...khemah2 putih telah didirikan. Nampak gayanya macam banyak booth dan aktiviti disediakan. Hebatnya titik peluh seorang usahawan melayu yang telah menempa nama dalam dunia korperat dan berjaya membina empayar perniagaannya dalam penerbitan dan percetakan. Di samping itu mengajak dan membimbing masyarakat membudayakan membaca dengan caranya tersendiri....Syabas dan tahniah warga karangkraf.
![]() |
| macam-macam ada....ini bukan iklan berbayar. |
Cuma masanya kurang tepat ...hari bekerja bagi saya dan mungkin masa yang sesuai bagi orang lain. Ambillah kesempatan bagi mereka yang berpeluang berkunjung pada tika dan masa itu..
![]() |
| seram sejuk jugak tajuknya...tapi mati sudah tentu... |
![]() |
| Ada berani ke kaum adam mengiyakannya??? |
![]() |
| Tajuk sensasi... Aduh!!! terkena sasaran nie |
![]() |
| cuba tenguk jadual nie..pilihan di tangan anda |
![]() |
| Ada lagi menu..... |
![]() |
| Untuk peminat tegar.... |
![]() |
| antara buku2 ilmiahnya.... |
Ini bukan iklan berbayar tapi satu perkongsian dan pengisian bersama di hujung minggu. Beruntunglah mereka yang tinggal berhampiran tetapi menjadi satu cabaran buat yang berjauhan.
Selamat berkanival dan selamat membeli belah di festa kalangkraf. Jika ade sumur di ladang dapat saya menumpang mandi, jika ade kesempatan, dapat kita bertemu di sini.Wallahuaklam
"Apabila Allah mencintai hambaNya, Dia akan wafatkannya di dalam Islam."
Ya Allah, Matikanlah aku dalam Iman dan Islam!
Matikanlah aku dalam Iman dan Islam!
Matikanlah aku dalam Iman dan Islam!
Wednesday, January 25, 2012
Tuesday, January 24, 2012
talaqqi intensif 2012
nak tau lanjut disini
komen : insyaALLAH...mudahan segalanya dipermudahkan dan program berjalan dengan sempurna...Baru2 ini jg Tuan Sheik Fuad telah menerima pingat/anugerah 'datuk' dan ini merupakan penghargaaan untuk seorang ulamak yag disegani. Kita mengalu-alukan dan mngucapkan tahniah..Semuga subur pegangan kita sebagai ahli sunnah dan jamaah .insyaALLAH
Thursday, January 19, 2012
Cara berbakti kepada ibubapa
Dari Aisyah menceritakan bahwa seorang lelaki datang kepada Rasulullah bertanya : Ya Rasulullah, sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia, dan dia tidak ada berwasiat apa pun dan saya rasa kalau dia sempat berbicara dia akan bersedekah, apakah dia mendapat pahala jika aku bersedekah untuknya ? Nabi menjawab : Ya (bersedekahlah dan dia akan mendapat pahala ). (Sahih Bukhari dan Muslim)
Dari Abi Usaid Malik bin Rabi’ah berkata bahwa ketika kami sedang duduk-duduk bersama Rasulullah, tiba-tiba datanglah seorang lelaki dari kabilah Bani Salamah berkata : “ Ya Rasulullah, adakah kebaikan yang dapat saya lakukan kepada kedua ibu bapa saya yang telah meninggal dunia ?
Rasul menjawab : Ada, engkau berdoalah untuk keduanya, dan meminta diampunkan dosa-dosanya, dan tunaikan wasiat dan janji-janjinya, dan hubungkan silatiurahim dengan saudara dan keluarganya, dan hormati serta muliakan kawan-kawannya.“ (HR Abu Daud, Ibnu Majah, Ibnu Hibban)
Sumber : CINAISLAM
Komen : InsyaALLAH peringatan buat diri dan saudara2ku ..Sama2 kita mengirim pahala buat mereka yangg mendahului...AL FATIHAH buat almarhum ayah, abang ipar, anak2 saudara dan semua yang telah kemabali..kami juga akan pulang...
.
Dari Abi Usaid Malik bin Rabi’ah berkata bahwa ketika kami sedang duduk-duduk bersama Rasulullah, tiba-tiba datanglah seorang lelaki dari kabilah Bani Salamah berkata : “ Ya Rasulullah, adakah kebaikan yang dapat saya lakukan kepada kedua ibu bapa saya yang telah meninggal dunia ?
Rasul menjawab : Ada, engkau berdoalah untuk keduanya, dan meminta diampunkan dosa-dosanya, dan tunaikan wasiat dan janji-janjinya, dan hubungkan silatiurahim dengan saudara dan keluarganya, dan hormati serta muliakan kawan-kawannya.“ (HR Abu Daud, Ibnu Majah, Ibnu Hibban)
Sumber : CINAISLAM
![]() |
| Terkini: we miss you, ayah |
.
Wednesday, January 18, 2012
Meraikan cucu baruku
ALHAMDULILLAH dan tahniah buat anak saudara saya , Norhafiza & Azli yang baru menyambut kelahiran anak keduanya pada 16 January 2012. Kelahiran puteri kedua ini seberat 3.1 kg di Ar Ridzwan Medical centre di sambut dengan penuh kasih sayang. Selamat datang NUR ALEESYA QAISARA. Mudahan menjadi anak soleh dan permata yang membahagiakan family. Beliau merupakan cucu saya ke 21.
Buat abang sulungnya, Haziq Darwisy, semuga abang dapat menerima kehadiran adik baru dalam family. Abang dah besar dan pandai jaga diri...Sayang cucu tokchu...:)
ALHAMDULILAH dan syukur juga buat anakanda Suriani dan Dee,yang juga menyambut kelahiran puteri ke 5 pada awal january yang lalu (1.1.2012). Kini usia PUTERI NUREEN DINIEY telah mencecah 18 hari. Puteri kesayangan yang lahir di Kedah Medical Centre pada 9.32am dgn berat 3.6kg mempunyai catatan tersendiri. Walaupun ayahnya berada di rantauan, namun ketabahan dan kecekalan umminya telah menjadi benteng semangatnya. Namun hubungan maya kini menjadi perantara diantara mereka....Inilah generasi juga cucu saudara saya yang ke 20 . Kehadiran puteri ini, menceriakan familynya..ada kakak2 dan abang..indahnya kehidupan...
Namun begitu disebalik kehadiran dua permata hati baru ini dalam family kakak saya ......
sekalung takziah juga buatnya ....pada tanggal 5 JANUARI 2012...jam 1.32ptg, Abang ipar saya AWANG HJ CHE MAT pula dijemput ilahi...Tika ini usia cucunya Diniey baru 5 hari dan amat2 pilu.. Abang tak sempat melihat cucu2 barunya....
AL FATIHAH jua buat almarhum abang saya ini. Mudahan dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang soleh. Pena kembara kehidupan masih diselubungi rasa sedih dan ianya sepi tanpa n3 terbaru. insya ALLAH akan disusuli dengan kisahnya jua nanti.
![]() |
| syoknya tido.. |
![]() |
| steady abang haziq |
ALHAMDULILAH dan syukur juga buat anakanda Suriani dan Dee,yang juga menyambut kelahiran puteri ke 5 pada awal january yang lalu (1.1.2012). Kini usia PUTERI NUREEN DINIEY telah mencecah 18 hari. Puteri kesayangan yang lahir di Kedah Medical Centre pada 9.32am dgn berat 3.6kg mempunyai catatan tersendiri. Walaupun ayahnya berada di rantauan, namun ketabahan dan kecekalan umminya telah menjadi benteng semangatnya. Namun hubungan maya kini menjadi perantara diantara mereka....Inilah generasi juga cucu saudara saya yang ke 20 . Kehadiran puteri ini, menceriakan familynya..ada kakak2 dan abang..indahnya kehidupan...
![]() |
| tido lagi... |
![]() |
| sampai melopong ..... |
![]() |
| kalut laa abang dan kakak nak layan... |
sekalung takziah juga buatnya ....pada tanggal 5 JANUARI 2012...jam 1.32ptg, Abang ipar saya AWANG HJ CHE MAT pula dijemput ilahi...Tika ini usia cucunya Diniey baru 5 hari dan amat2 pilu.. Abang tak sempat melihat cucu2 barunya....
AL FATIHAH jua buat almarhum abang saya ini. Mudahan dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang soleh. Pena kembara kehidupan masih diselubungi rasa sedih dan ianya sepi tanpa n3 terbaru. insya ALLAH akan disusuli dengan kisahnya jua nanti.
![]() |
| kemesraan abg dengan cucunya.. |
![]() |
| di sini rumah baru abang....di hujung kaki anaknya jua.. |
Tuesday, January 10, 2012
Word less Wednesday # 12
Serupa tapi berbeza: Antara Ain dan Is....
“Perintahkanlah anak-anak kamu untuk mentaati perintah-perintah dan menjauhi larangan-larangan. Sebab hal itu akan melepaskan mereka dari seksa neraka.” (Hadis riwayat Ibnu Jarir)
imbasan 2011
2011 telah melabuhkan tirainya...yang tinggal kini adalah kenangan. Memori pahit, manis, masam dan masin kehidupan akan terus melekat sebagai diari kehidupan. Sebelum berakhirnya 2011, saya berangan untuk meng"capture" semula diari family. Dalam satu family besar...berbagai kisah dikongsikan....Gara2 cuti....semuanya tidak menepati KPI. Namun walaupun telah melewati Target..inilah rentetannya....
Jan 2011 Melangkah ke alam persekolahan sebenar buat anakanda saudaraku Aris Fathi dan cucunda Puteri Nureen Alya. Memilih sekolah berorentasikan agama yang menekankan pengajian Islam tanpa mengabaikan sukatan KPM. Saat menggembirakan memerhati gelagat awal persekolahan mereka. Begitu juga buat family kak Na dan Abg Zul yang mula berhijrah ke Lahad Datu, Sabah. Anak2 di ajaq menghayati anugerah alam dan memulakan sessi di sekolah baru yang serba lengkap walaupun jauh di bawah bayu. Muhammad Shahmi di SMSains Lahad Datu dan adik2 di sekolah rendah dalam kawasan felda sahabat. Walaupun jauh di mata..namun dekat dihati. Dengan izin ALLAH juga, sempena cuti penggal 1,saya berkesempatan berkunjung ke negeri dibawah bayu ..subhanallah..indahnya nikmat ALLAH
Bermula dgn demam panas berterusan,( 26 Julai 2011) kini Abdullah Ishaq, sedang bertarung dengan nikmat sakitnya. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Di usia meniti 23 tahun kini anak saudara saya ini Abdullah Ishak, bagai anak kecil yang perlu dibelai. Dengan diapit abg dan adik2yang lain, abang ngah(nama timangannya) terus mendapat sokongan mereka Satu pujian diberikan jua, dia seorang yang tabah ...hari demi hari dinantikan perkembangan positifnya. Syukur, kini Abdullah @abg Ngah tak perlu tiup lagi untuk makan dan mampu menjalani fisioterapi. Dia juga berusaha untuk sihat. Namun pemantauan dan sokongan amat-amat diperlukan. Rawatan moden, dan alternatif terus diberikan tanpa kecewa. Kita sedar ini adalah ujian dan pasti ada hikmahnya. Kepada semua yang telah memberikan sokongan dan semangat serta mendoakan Abdullah, bagi pihak family, saya ucapkan berbanyak terima kasih daun keladi dan jika boleh terus mendoakannya lagi. Selamat ulangtahun kelahiran abg Ngah pada 29 Disember tempuhari.
Pada 27 September 2011,jam 3.20 petang, kembalinya Zulkifli, anak saudara sulung kami. Seindah nama Nabi Zulkifli, begitu lah watak diwarisinya. Meninggal disebabkan komplikasi paru-paru di usia menginjak 39 tahun. Terkesan dengan pemergian ini, ibunya turut menghadapi kemurungan namun syukur tidak berlanjutan. Seketika saya masih terbayang2 wajahnya sebulan sebelum dijemput ilahi. Dia lebih mendiamkan diri dan derita sakitnya juga tak dikongsikan. Kini yang tinggal hanya pusaranya untuk dilewati. InsyaLLAH selagi ade hayat, setiap kali kepulangan saya di kg, pusara ayah pasti dikunjungi dan destinasi berikutnya adalah pusara mu anakandaku Allahyarham Zulkifli. Maafkan jika cu berkongsi ni... seketika kematianmu di maklumkan kepada sahabat di opis, mereka turut konfius....antara yang sakit dan yang di panggil ALLAH. Macam2 boleh berlaku dengan izin ALLAH. Perjanjianmu berakhir di sini, namun masa cu juga pasti tiba namun belum tahu bila dan di mana..Mudahan damai bersamamu nak..... AL FATIHAH
Walau bagaimanapun, saya tak sempat menatap wajah terakhirnya. Kepulangan saya di kg melewati waktu pengkebumiannya. Hanya ALLAH yang merencana segala. Sehari sebelum itu (26 sept 2011) d'va ditimpa musibah. Satu pengalaman yang menarik tetapi pahit bagai jatuh ditimpa tangga. Sudahlah tanpa kenderaan, tetiba anak saudara pula meninggal. Hanya bas yang menjadi kesinambungan namun ketepatan waktunya amatlah dikesali. D'va secara tidak sengaja telah dilanggar oleh seekor( sebab besaq) EXORA hitam. Saya tidak menyalahkan Mimi (pemandu Exora), kerana segalanya telah tersurat. Namun saya terpaksa menerima kenyataan bahawa D'va kini tiada lagi sticker EZ dan ada kesan kemek kekal. Nilai D'va telah jatuh namun saya harus memujuk hati menerima seadanya.. Maafkan saya ..
Penghujung musim cuti sekolah kali ini juga mencatatkan makna kedewasaan buat anak-anak saudara saya. Muhammad Shahir yang berusia 9 tahun, Aris Fathi berusia 7 tahun dan Haziq 8 tahun telah selamat di khatankan secara laser di sebuah klinik di Baling. Manakala cucu saudara, Aufa Shauki 6 tahun juga turut dikhatankan secara clamp di Klinik di Pendang. Macam-macam reaksi anak2 cucu dapat diperhatikan....Ada yang sakit dan ada yang tak dan begitu juga tempuh masa penyembuhan. Sekalung tahniah diucapkan anak-anak cucuku.....Bukan sahaja dah boleh sebaris dengan makmum lain,...tabungan juga meningkat...Bertuah ek...hikmahnya sakit ..ramai yg simpati....
Untuk melepaskan pemergian seorang ayah yang bakal bertugas di negara orang bukanlah satu perkara mudah. Namun itulah satu tuntutan. Bagi pihak family...saya mendoakan keselamatan, kesihatan dan kebahagiaan buat anak saudara saya Rozaidi yang mula berangkat ke Abu Dhabi mulai 23 disember. Tangisan anak2itulah pembakar dan satu motivasi buatnya. InsyaALLAH....kelak kepulanganmu di nanti dan diikuti dengan keluarga tercinta..Selamat bertugas di tempat baru dan jagalah diri dan agamamu sepanjang berada di bumi ALLAH ini. Carilah yang halal...pasti rezeki diberkati..Kami mendoakan kamu ....
Kegembiraan dan rasa syukur berterusan atas kejayaan anak2 dalam peperiksaan juga tak berpenghujungnya. Kali ini catatan rekod terbaik buat anakanda Muhamad Husaini dan cucunda Anis Amira yang telah mencatatkan kejayaan cemerlang dalam PMR dan UPSR. Syabas dan tahniah..mudahan menjadi contoh untuk generasi ku. Segalanya dengan izin ALLAH dan tiada kejayaan tanpa usaha. Walau bagaimana pun semangat dan sokongan akan terus diberikan kepada semua anak cucu cicit. insyaALLAH. Mudahan warisan adalah generasi berilmu dan memanfaatkan ilmu
Tirai 2011 telah sempurna di tutup. Namun kisah2 kehidupan ini akan terus di simpan dalam memori kenangan. Mungkin ada yang tertinggal, itulah kelemahan saya namun apa yang dikongsikan ini sebahagian dari catatan yang sempat saya recall dan refresh dalam kekangan waktu yang amat sangat. Malam tahun baru lepas saya sempat raikan di Masjid Wilayah bersama anakanda Fatin Atiqah, sedikit sebanyak menyuntik semangat meneruskan kesinambungan menjadi pendengar, pelajar, pemakmur yang mncintai ilmu dan beramal dengannya. InsyaALLAH. Dalam catatan ini, sekiranya ada yang kekurangan. ampun maaf jua di pinta dan yang baik itu dari ALLAH jua di ilhamkan. Mudahan kesinambungan kisah kehidupan akan bersambung di 2012. Doakan kebaikan, kesihatan, kesembuhan, kesejahteraan, kebahagiaan dan kekayaan bersama dalam meneruskan kehidupan ini. Terima kasih sahabat2 maya ku..
YA ALLAH , jadikan kami penghujungnya kebaikan dan kematian kami dengan husnul khatimah.
saya me
Jan 2011 Melangkah ke alam persekolahan sebenar buat anakanda saudaraku Aris Fathi dan cucunda Puteri Nureen Alya. Memilih sekolah berorentasikan agama yang menekankan pengajian Islam tanpa mengabaikan sukatan KPM. Saat menggembirakan memerhati gelagat awal persekolahan mereka. Begitu juga buat family kak Na dan Abg Zul yang mula berhijrah ke Lahad Datu, Sabah. Anak2 di ajaq menghayati anugerah alam dan memulakan sessi di sekolah baru yang serba lengkap walaupun jauh di bawah bayu. Muhammad Shahmi di SMSains Lahad Datu dan adik2 di sekolah rendah dalam kawasan felda sahabat. Walaupun jauh di mata..namun dekat dihati. Dengan izin ALLAH juga, sempena cuti penggal 1,saya berkesempatan berkunjung ke negeri dibawah bayu ..subhanallah..indahnya nikmat ALLAH
| ceria dan handsome dengan uniform baru |
| Jauh merantau luas pandangan. |
![]() |
| ceria dgn telatahnya dulu |
![]() |
| Shunt : kekal selamanya.. |
![]() |
| go abang ngah goo....dont give up! |
![]() |
| cube teka mana satu abg ngah? |
![]() |
| kami titipkan doa buatmu anak zul |
Walau bagaimanapun, saya tak sempat menatap wajah terakhirnya. Kepulangan saya di kg melewati waktu pengkebumiannya. Hanya ALLAH yang merencana segala. Sehari sebelum itu (26 sept 2011) d'va ditimpa musibah. Satu pengalaman yang menarik tetapi pahit bagai jatuh ditimpa tangga. Sudahlah tanpa kenderaan, tetiba anak saudara pula meninggal. Hanya bas yang menjadi kesinambungan namun ketepatan waktunya amatlah dikesali. D'va secara tidak sengaja telah dilanggar oleh seekor( sebab besaq) EXORA hitam. Saya tidak menyalahkan Mimi (pemandu Exora), kerana segalanya telah tersurat. Namun saya terpaksa menerima kenyataan bahawa D'va kini tiada lagi sticker EZ dan ada kesan kemek kekal. Nilai D'va telah jatuh namun saya harus memujuk hati menerima seadanya.. Maafkan saya ..
| mcam tak de apa2 berlaku kan.... |
| selepas tragedi.. |
| Kini: DON'T judge by it cover.. |
Untuk melepaskan pemergian seorang ayah yang bakal bertugas di negara orang bukanlah satu perkara mudah. Namun itulah satu tuntutan. Bagi pihak family...saya mendoakan keselamatan, kesihatan dan kebahagiaan buat anak saudara saya Rozaidi yang mula berangkat ke Abu Dhabi mulai 23 disember. Tangisan anak2itulah pembakar dan satu motivasi buatnya. InsyaALLAH....kelak kepulanganmu di nanti dan diikuti dengan keluarga tercinta..Selamat bertugas di tempat baru dan jagalah diri dan agamamu sepanjang berada di bumi ALLAH ini. Carilah yang halal...pasti rezeki diberkati..Kami mendoakan kamu ....
![]() |
| keluarga bahagia ...di mana bb diney? |
![]() |
| bercita-cita ke Mesir |
YA ALLAH , jadikan kami penghujungnya kebaikan dan kematian kami dengan husnul khatimah.
saya me
Subscribe to:
Posts (Atom)






























