Showing posts with label muskyil. Show all posts
Showing posts with label muskyil. Show all posts

Thursday, January 2, 2025

Pecah kaca

Apabila tetiba cawan jatuh dan pecah berderai

Berderau
Moga semua baik2 belaka

YA ALLLAH
Lindungi seluruh keluarga, sababat dan ummat islam dari segala bencana dan  ujian di dunia ini.   
Aminnn

Wednesday, January 24, 2024

Tentang qarinah

Qarinah Maqaliah

 Qarinah ini bermaksud pembuktian berdasarkan perkataan ataupun maksud daripada perkataan. 

Contohnya seseorang mengatakan “Aku melihat singa sedang menulis”. Perkataan singa itu membawa maksud berani. Oleh itu ayat yang dimaksudkan sebenarnya ialah “ Aku melihat orang yang berani itu sedang menulis”.


 Qarinah Haliah
            Qarinah ini bermaksud pembuktian berdasarkan hal keadaan atau suasana. Sebagai contoh, seseorang berkata kepada sahabatnya yang hendak pergi belayar “Semoga engkau dalam jagaan Allah”. Ayat ini menerangkan perihal keadaan ketika itu. Oleh itu ayat itu sebenarnya bermaksud “ Aku ingin menemani mu dalam pelayaran ini”.

Kalau dalam Lughah bahasa arab, dia termasuk seni bahasa / kiasan kepada sesuatu
❤️❤️❤️

Ulasan saya. 
Sering kali kita mendengar dan membaca para sasterawan menggunakan bahasa berbunga2 dan mempunyai makna tersirat. Kaedah yang di guna pakai ini mungkin bersumber kan 'qarinah' yang dimaksudkan. Begitu juga tinta ilham daripada ustz Dr. Pak Buya Hamka. Sukar difahami jika tidak didalami. Tetapi ada kemanisannya apabila di Hayati. Indahnya bahasa sindiran, kiasan yang digunakan. MasyaAllah. 
Jom kita gali lagi.. 


Credit syafiqahnabilah

            


Thursday, July 9, 2020

Pesan Guru

💚Addin Nun Nasihah🖋️
📖Jaga Hati Kita Baik2💚

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah,

beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. 

Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat
persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL
PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI
NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA
SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Credit: Koleksi Short Note Ustaz Azhar Idrus

Selamat Malam...
Salam Kemaafan
👳🏼‍♂️☝🏼💚🌹📿🤲🏼

💚📿💚📿💚📿💚📿

Monday, July 16, 2012

tentang doa

Ku petik dari SUMBER : soalsolat sebagai panduan bersama...ayuh kita beramal dengan ilmu

 Assalamualaikum...
Soalan ringkas ana,

1. Nabi saw menegah membaca quran didalam sujud tetapi hendaklah kita memperbanyakkan doa didalamnya, musykilnya, boleh tak kita ambil doa-doa dari Quran dan dibaca didalam sujud dan sebelum salam disamping doa-doa yg Nabi saw baca.

Jazakallah khair...
----------

Salam

Yg dikatakan berlebihan (extra vaganza) adalah melamakan sujud yg terakhir didalam solat. Melamakan sujud Inshaallah tidak salah, tetapi melebihkan sujud yg terakhir adalah tidak dari Rasulullah s.a.w.
Wallahualam, saya pun bukannya pandai sangat (jahil teropong, worse than jahil tukil), so bersabarlah menanti jawapan yg lebih benar dari Al Fadhil Ustaz kita.
Wassalam
---------

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. terima Kasih sdr Semutapi kerana memberi respond kepada soalan diatas. Kami akan cuba menjawab persoalan diatas dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Nabi saw melarang membaca Al-Quran didalam sujud dan juga didalam ruku' sebagaimana hadith :

ألا وإني نهيت أن أقرأ القرآن راكعا أو ساجدا

"Bukankah tidak aku melarang membaca Al-Quran didalam ruku' dan sujud" -(Sharah Muslim 3,4/442)

Akan tetapi, tempat yang paling afdal berdo'a ialah didalam sujud, sebagaimana hadith nabi saw :

أقرب ما يكون العبد من ربه وهو ساجد فأكثروا الدعاء

"Hamba yang paling dekat kepada Tuhannya adalah hamba yang bersujud. Oleh itu perbanyakkan do'a didalam sujud" (Hadith Riwayat Muslim didalam Sahihnya, Abu Uwanah dan Al-Baihaqi).

Mazhab Maliki menggalakkan berdo'a mengenai perkara-perkara yang meliputi bab dunia dan juga akhirat. Mazhab Hanbali pula berkata tidak mengapa membaca do'a-do'a yang ma'thur dan juga zikir-zikir didalam sujud. Mazhab Syafie juga menggalakan membaca do'a didalam sujud [Al-Fikh Al-Islami-I].

Persoalan sekarang ialah, apakah boleh membaca do'a-do'a yang terkandung didalam ayat-ayat Al-Quran semasa didalam sujud. Apakah ia dikira membaca Al-Quran? Dr Ahmad Al-Haji Al-Kurdi, seorang pakar dari Ensaiklopedia Fiqh Kuwait dan juga ahli Rumah Fatwa Kuwait berkata :

وبعد يجوز الدعاء بعد التشهد والإبراهيمية في القعود الأخير، وقد خصه بعض الفقهاء بالدعاء بما يشبه دعاء القرآن كما في مثل قوله تعالى:(ربنا لا تؤاخذنا إن نسينا أو أخطأنا....) وأجاز البعض الدعاء مطلقا، وأجاز بعض الفقهاء الدعاء في أثناء السجود في النوافل فقط، وأجازه البعض مطلقا

"dan beberapa ulama' membenarkan berdo'a selepas Tashahud dan selawat Ibrahimiyah didalam duduk terakhir, dan sebahagian fuqaha' mengkhususkan berdo'a sebagaimana yang terdapat didalam al-Quran, misalnya firmah Allah :("Rabbana La Tuaakhisnaa In nasiina au Ikhta'naa"...), dan ada yang membenarkan apa-apa jenis do'a, dan ada dikalangan mereka yang hanya membenarkan bacaan do'a semasa sujud pada solat sunat, ada ada yang membenarkan didalam kesemuanya [semua solat]"

Kesimpulannya, berdo'a dibenarkan didalam sujud terakhir didalam solat kerana ia merupakan saat hambanya hampir dengan Allah swt. Do'a-do'a yang ma'thur dan juga do'a-do'a yang terkandung didalam Al-Quran dibenarkan. Yang dilarang ialah membaca ayat-ayat dari Al-Quran yang bukan berbentuk do'a.
---------------------

Yang dimaksudkan sujud yang panjang didalam solat boleh dirujuk diurl dibawah ini :-

Apa yang dimaksudkan oleh Sheikh Abdul Al-Karim Al-Khudayr didalam fatwa diatas (sila lihat SJ-2727) ialah, makmum hendaklah mengikut pergerakan-pergerakan Imam dengan tidak mendahului Imam dan juga tidak ketinggalan dari perbuatan Imam. Nabi saw memanjangkan ruku' menyamai perbuatan sujud. Ini menunjukkan keseragaman jangka masa sujud dan ruku' Nabi saw. Pernah terjadi Nabi saw memanjangkan sujud oleh kerana cucu baginda berada diatas punggungnya sebagaimana hadith riwayat Al-Nasaai' da Ibnu 'Asakir dan Al-Hakim, dan disahihkan oleh Al-Dzhabi. Ulama' hanafi juga tidak mengalakkan Imam membaca tasbih lebih pada 3 kali, bagi memberi keringanan kepada makmum. Bagi mereka yang ingin berdo'a didalam sujud, bolehlah melakukannya didalam solat-solat sunat atau memendikkan bacaan do'a didalam solat berjemaah. Wallahu'alam.

-wassalam-

Rujukan :

1. Dr Wahbah Zuhaily. Al-Fiqh Al-Islami wa'adilatuhu - 1. cetakan ke 3. Beirut : Dar Al-Fikr, 1989.
2. Dr Ahmad Al-Haji Al-Kurdi.   الدعاء في الصلاة