Showing posts with label hujungminggu. Show all posts
Showing posts with label hujungminggu. Show all posts

Thursday, January 27, 2022

Bila dVa naik Genting

Duhai dVaku
Kau tak pernah berpura-pura
Langsung siap siaga
Sedia di garisan mula


Bismillah
Pada mulanya perasaan saya,  dVa tak mampu panjat Genting. Faktor cuaca, kereta kompak, dan usianya yg lanjut  memungkinkan utk sampai ke atas.  Tapi saya juga perlu mencabar minda dan membuktikan kasih sayang saya padanya. Sayang bukan bererti tak boleh disentuh tetapi sayanglah dia perlu di uji dan diuja. 

Sejujurnya saya pernah  ke Genting menaiki bas, kereta sedan dan suv dengan hanya jadi penumpang dan peneman sahaja. Tapi hari ni saya lah pemandu dan dVa compaklah mangsanya. 

Alhamdulilah.. Pemanduan lancar walaupun detik mula di kala tengahari. Tak perlu berebut di jalanraya walaupun pada hari sabtu.  

Apa yg dapat saya katakan.. Minda saya telah bertukar bila melihat kehijauan di sekeliling hingga menjadi teruja tambahan pula di temani sahabat syurga. Masya Allah. Dvaku boleh. Ku sayang kamu

Teman... Ada pelbagai kategori...ada yg mencari kita tika tiada siapa-siapa dan melepaskan kita bila berada di zon selesa.  Malah ada yg sanggup berpura-pura berteman sekadar menjadi batu loncatan sahaja. 

Namun ku yakin yang berada di sisiku kini, dialah teman juga sahabat jannahku insya Allah. Terima kasih  kak pah @Natipah Abu yang sudi mengajak dVa panjat genting. Dalam banyak banyak kawan nya, saya yang dipilihnya bersama. Biarpun berbeza umur, latar belakang dan pendidikan tapi sama dalam satu arah tuju biiznillah.. Ya Robb, mohon jagalah dia sepanjang hayatnya dan anugerahkan dia kebaikan di akhirat.  Saya mungkin akan mendahului jemputan Allah tetapi saya bahagia menjadi salah seorang teman dan sahabatnya.  Allah hadirkan orang baik untuk melakar kisah kehidupan seorang saya.

Berbalik kepada dVa.. 
Masya Allah.... Semua baik... Ekon ok, brek OK, dan follow the rules. 

Kami bermalam  dengan menikmati kabus dan cahaya rembulan dari puncak.  Alhamdulillah... Awan dan langit bagai menyambut kehadiran Dva. 


Terima kasih dVa, hadirmu bukan sekadar jasad empat tayar tetapi kaulah teman yg ku bawa kesana sini. Byk kenangan kita bersama dan ada suka dan duka dikaulah saksinya. Hargai ikatan kita dan kita lakarkan bersama selama ni.


Jika laluan pergi kami melalui Karak dan Genting Sepah... Laluan balik pula melalui Batang Kali. Meluncur dengan tenang sahaja Dva usai check out di Hotel Swiss Garden. 

Susur jalan melalui Batang kali agak selesa. Sesekali kami bertembung dengan  kereta-kereta yg meluncur utk bercuti /membeli belah di GPO.  
Apatah lagi di satu simpang tu kami bertemu dgn penjaja durian. Antara ya dan tak untuk berhenti  dan membeli....tapi saya berlajar berkata NO. Maklumlah saya tak dapat jangkakan berapa jarak untuk sampai ke Batang Kali.. Dan tika ini tahap keselamatan perlulah diutamakan. 

Maafkanlah... Abaikan durian. 🙏. Syukur dva mendarat dengan selamat dan sempat merayau2 di Pekan Btg Kali dan Kuala Kubu Baru. 

Terima kasih Allah... Misi  Dva ke Genting telah berjaya. Dva telah men'tua' bersama saya dan sejiwa.  Tak perlu pecut tapi tetap sampai. Sebb tu Dva berani mencabarkan dirinya join treasure hunt walaupun tak menang tapi tetap sempurna semua task dan berjaya bawa pulang hadiah juga. 

Dva.. 
Kau terlalu bernilai
Menyaksikan 
hilai tawa
airmata 
Di saat suka dan duka
Menjadi terapi jiwa 
Menjadi kederat
Misi tetap diteruskan
Jasamu ku hargai

Biarpun hanya kereta kecil
Tapi pengorbananmu terlalu besar
Andai itu saksi kita
Bantulah saya di akhirat kelak


Mood sayang dVa😍😍




#dvapunbolehsampai
#semangatkita
#sahabatkita





Tuesday, January 12, 2021

Friday, June 19, 2020

Dia lebih tahu

Aku minta pada  Ilahi
setangkai bunga segar
ia beri aku kaktus berduri

aku minta kupu-kupu
diberi ulat berbulu
aku sedih dan kecewa
Namun kemudian kaktus itu berbunga indah sekali
dan ulat itu menjadi kupu-kupu yang cantik

Itulah jalan Ilahi
Indah pada masanya

Allah tak memberi apa yang kita harapkan
Tapi ia memberi apa yang kita perlukan
Kadangkala kita sedih, kecewa, terluka
tapi jauh di atas segalanya
ia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita




Saturday, February 1, 2020

Malam minggu

Pamit seketika
 di sana
Ramai orangnya
Pestanya apa
Ooh hari ini hujung minggu 
Hari libur 


Izinkan mereka
Menikmati malam
Penuh kenikmatan
Bersama rakan dan taulan
Dengan minuman dan hiburan


Berteman Dingin malam
Di hidang secawan kopi panas
Rancak mereka menikmati
Hari minggu di malam hari

Siang tadi 
Ku lalui juga laluan ini
Sepi
Bagai tanpa penghuni





Thursday, May 30, 2019

Misi Kami Prihatin -hapuskan air matamu


Menjejak asnaf di Jugra, Selangor
Tarikh : 25 Mei 2019 @ 20 Ramadan1440H
TeaM: PUSPANITA RTM 

Wajah keibuan yang kerisauan jelas kami saksikan. Hatinya mudah tersentuh dan jiwanya begitu lembut ketika kami menyantuninya. Ketika itu dia keseorangan di rumah. Di sambutnya kunjungan kami dengan wajah yang suram. Sesekali dia menyeka air mata yang bertakung.


Maafkan kami puan MARIAM BT WASEMAN.  Bukanlah kunjungan kami untuk menambah pilu yang terbungkam setelah kematian suami sejak 21 Ogos 2018 yang lalu. Ibu tunggal ini   mempunyai 7 orang anak. Dua orang diantara mereka masih bersekolah. Di usia 58 tahun, beliau terpaksa menggalas tugas sebagai ibu dan ayah. Mujurlah diantara mereka ada yang telah berkerja  dan turut membantu.


MKP telah menyumbangkan #begbiru yang mengandungi barang-barang makanan asas. Senyuman dan harapan kami agar  Puan Mariam tabah dan yakin ALLAH memilihnya kerana yakin dengan kemampuannya.    Hapuskan air matamu dan pandang dengan mata hati kehidupan perlu diteruskan. 

  
KAMI PRIHATIN merakamkan  penghargaan terima kasih kepada semua yang terlibat,  yang menyumbang dan   memberi peluang untuk MKP  melaksanakan misi ini. Keprihatinan anda mampu mengubah kehidupan seseorang .



Monday, May 27, 2019

Misi kami Prihatin 2019_ Bukan ku pinta

Menjejak Asnaf di Jugra,  Selangor
tarikh : 25 Mei 2019 @ 20 ramadan
Krew:  PUSPANITA RTM 

Biarpun Encik SUHAILI BIN MARSIDI cacat pendengaran tapi beliau boleh bertutur. Inilah satu kelainan nya berbanding OKU lain. Gegendang telinganya telah pecah menurut doctor yang pernah merawatnya. Bagaimanapun ia berkait juga dengan faktor keturunan juga kerana ada kakak dan abangnya mempunyai masalah yang sama. Rumah yang kini didiami bersama  8 anak-anaknya  adalah dibiayai oleh PZS pada tahun 2014..

Kedatangan kami disambut oleh isterinya yang  masih dalam pantang. Bayi yang diribanya baru berusia 25 hari dan sangat comel. Beliau begitu terkasima menerima kunjungan kami yang juga  bertindak sebagai jurucakap kepada Encik Suhaili.

Menurutnya, Encik Suhaili akan faham dengan melihat pergerakan bibir ketika berbual.  Dia akan fokus apa yang ditanya dan memberi respon dengan segera. Jadi tiada masalah komunikasi mereka sekeluarga. Encik Suhaili mengiyakan apa yang dikatakan isterinya  dengan tersenyumr. Menurutnya lagi kerana masalah pendengaran juga, pendapatannya tak menentu. Beliau sering mengharapkan ada buah sawit yang hendak di kait atau ternakan  yang hendak dijaga juga rumput yang nak dipotong dan lain lain lagi. Walaupun beliau tidak memilih pekerjaan  tetapi kerana masalah komunikasi membantutkan tugasnya. 

Selain itu En. Shuhaili juga membantu isterinya berniaga rojak. Tetapi kerana isterinya bersalin perniagaan itu ditutup sementara waktu. Kata imam yang menemani kami,, sedap rojak yang dijual nie.  Tak lekang dari bibir mereka ucapan terima kasih dan mempelawa datang lagi untuk menikmati rojaknya. Berbudi bahasa isteri En. Shuhaili. Alhamdulillah

Sebelum pulang, pihak kami juga menyampaikan sumbangan berupa voucer  Kedai Hari-Hari bernilai RM100 untuk kemudahan mereka membeli keperluan raya. Manakala #begbiru juga disampaikan  mengandungi barang keperluan harian termasuklah telekong. 
Hari ini terpancar wajah ceria keluarga ini.MKP mendoakan keluarga ini skan berjaya satu hari nanti.

MISI KAMI PRIHATIN merakamkan  penghargaan terima kasih kepada semua yang terlibat  menyumbang dan memberi peluang untuk MKP  melaksanakan misi ini. Keprihatinan anda mampu mengubah kehidupan seseorang.

#misikamiprihatin
#indahsedekah
#jugra2019

Sunday, May 26, 2019

Misi Kami Prihatin 2019: Demi mak

Menjejak asnaf di Jugra,  Selangor
tarikh : 25 Mei 2019 @ 20 ramadan
TeaM: PUSPANITA RTM 


anak perempuan setia menemani mak

Bertuah PUAN JAMILAH ABD HAMID, 48 tahun, kerana mempunyai sepasang anak yang bertanggungjawab. Ketika kunjungan kami, anak lelakinya sedang membersihkan laman rumah manakala yang perempuan setia di sisi katil emaknya. Dua beradik ini bukan sahaja pengganti aruah ayah mereka tetapi juga adalah anak yang bertanggung jawab. Mereka saling bergilir menjaga emak mereka yang terkesan kerana  barah otak stage 4. Walaupun bekerja  tetapi emak tidak ditinggalkan sendirian. Ini satu pengorbanan besar anak –anaknya yang mendahului emak berbanding diri sendiri. 
 
Anak lelakinya sedang membersihkan laman rumah
Menurut anak perempuannya, keadaan kesihatan emaknya merudum selepas emaknya rebah dalam rumah  dan  lupa seketika.  Hingga kini mental ibunya sukar dijangkakan. Kuman barah semakin aktif menyerang otaknya. Ia begitu drastic dan amat memeranjatkan. Begitulah kehidupan, ALLAH memilih orang yang layak menerima ujiannya dan kita juga diuji sejauh mana hak orang sihat untuk membantu mereka yang memerlukan.

Puan Jamilah masih meneruskan rawatan kimo dan beliau akur dengan nasihat doctor. Anaknya lebih memahami perubahan  tindakan emak mereka kesan selepas kimo. Jiwanya cepat sensitive dan kurang selera makan. 
tag hospital di pergelangan tangannya
Ketika kunjungan ini anaknya cuba bertanya sama ada emak mau duduk atau baring tapi katanya sakit . Berat mata memandang,  cukuplah kami melihat sendiri situasinya .   

Sebelum tinggalkan mereka, saya bersalaman dan mengusap kepalanya dengan memberikan  pengharapan kepadanya. Lantas dalam pelukan itu..dibisikan  di telinga saya ….”nak doakan makcik ya” bersama nada sebak dan perubahan pada riak wajahnya.  Saya cuba memahami maksud mendalam yang diluahkannya tapi saya juga manusia yang lemah. Hampir juga saya tak dapat mengawal perasaan. Sabar ye puan..insya allah kita sama2 doakan syifa ye..  Saya  mudah tewas bila situasi begini dan  cuba mengalih tajuk. Saya maklumkan tujuan dan apa yang yang dibawa dalam #beg biru itu..Ucapnya sekali lagi terima kasih dan sayup mata memandang. Saya renung dia lagi sehinggalah dia memejamkan matanya ...mungkin bagi meredakan keresahan jiwa yang terbungkam. YA ALLAH, Angkatlah penyakit nya dan gantikanlah dengan  kesembuhan kepadanya tanpa meninggalkan sebarang kesan dan kekalkan kebahagian buat mereka sekeluarga. 
 
Sama-sama kita doakan muga ALLAH bekalkan kekuatan dan ketabahan kepada family ini dan ada keajaiban kesembuhan buat Pn Jamilah.  Insy ALLAH
Berbahagialah ibu ayah yang memiliki anak-anak yang mampu menguruskan sendiri ketika diperlukan. Syurga di bawah telapak kaki ibu dan hargailah  ketika mereka masih bersama.

MISI KAMI PRIHATIN merakamkan  penghargaan terima kasih kepada semua yang terlibat  yang menyumbang dan memberi peluang untuk MKP  melaksanakan misi ini. Keprihatinan anda mampu mengubah kehidupan seseorang .

#misikamiprihatin
#indahsedekah
#jugra2019

Monday, October 29, 2018

seputih salju



Alhamdulillah
salji
membasahi 
bumiku malaysia

hanya di #floriaptrajaya

Monday, September 19, 2011

perbandingan..


Lokasi: stesen bas Larkin
Sekitar jam 8.30 mlm
 
A: Teksi teksi….
B : hospital ?
A: Boleh2..
B: Tapi berapa encik?? guna meter?
A : Naik2. Ye ye ikut meter.
B : Ok.
 Bermonolog seketika, melafazkan rasa syukur, ditemukan dgn pemandu teksi yang beragama yang sama dan berkulit serupa. Terpandang  meter…Subhanallah buka pintu jer dah RM6. Ohh ini rupanya teksi bandaraya dan saya terpaksa menerima dengan hati terbuka.
A:  Dan sampai. Blok Utama ni boleh terus ke wad neuro... RM15.
B: Terima kasih encik. Best naik teksi ni..bersih dan wangi.
A : Sama-sama. Mengangguk dan tersenyum dan terus berlalu.

Alhamdulillah, saya selamat tiba ke lokasi walaupun malam mula melabuhkan tirainya . Hati saya berbisikankan asalkan teksi ini tak cekik darah membabi buta dan menggunakan meter saya masih boleh menerimanya..Jaraknya hanya dalam sekitar 15 min dan saya sampai ke lokasi dengan kos yang perlu dibayar RM 15.00. 

Namun berbeza pula kosnya semasa menaiki teksi dari hospital (HSA) ke Stesen Bas Larkin di siang hari. Kos buka pintu hanya RM3 berbanding malam yang sekali ganda.  Inilah catatan pengalaman yang yang dikongsikan semasa dan ketika saya berhujung minggu di JB. 

Moralnya, sebagai pelanggan, bersedialah dengan tektik pemandu teksi yang ‘mengambil kesempatan atas kesempitan’ ( hakikatnya hospital bukan untuk suka-suka). Jadikan catatan kembarakehidupan ini sebagai persediaan menghampiri deretan pemandu teksi yang mencari pelanggan. Janganlah biarkan pisang berbuah dua kali dan bijaklah memilih teksi yang jujur dan amanah. Sekiranya hendak mengenakan bayaran lebih, apa salahnya menetapkannya di awal2 lagi. Kita sebagai pelanggan ada hak dan boleh menilainya. Walaupun saya menghalalkannya, tindakan pemandu teksi itu saya kira telah menzalimi hak orang lain. Mudah-mudahan sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke bumi dan dapat dihidu oleh pihak berwajib. Perkemaskan penguatkuasaan dan hormatilah undang-undang semasa. Jadilah warga bertanggungjwab dan berhemat. Sama-samalah kita memakmurkan bumi ALLAH ini dengan rezeki yang halal lagi berkat.

Friday, July 8, 2011

Pertunangan Nurul

Dah lama dok tenguk kwn2 dan anak2 kawan yang bertunang di ibukota ini. Aturcaranya mcm kenduri nikah...Bakal 'calon menantu" akan dihiasi dengan pakaian indah dengan aksesori yang serba lengkap. Pastinya juga singgahsana pengantin disediakan untuk acara sarung cincin dan bergambar.  Rombongan pula memang mantop, ade jurucakap dan warna temanya.  Tak kurang juga, bakal menantu lelaki tanpa segan malu  akan bertandang di majlis pertunangan. Usai majlis adalah acara menjamu selera...


Lain padang lain belalang.. 
Minggu lalu 2 JULAI 2011, anak jiranku di kampung bertunang. Walaupun kepulangan tempuhari adalah agenda bulanan, balik kampung tapi bila ada 'seruan ' dari bakal menantu buat saya tertanya2..
Salam chu, shat? Minggu depan chu balik kg x? Nurul nak jemput chu dtg kenduri kat kg ...Mak ayah buat kenduri sikit....SMS ini diterima tanpa saya reply...eh eh kejamnya chu kamu kan nurul?? Nurul malu ek nak terus terang???Tak pe..gadis melayu kan..Maafkan chu ye.,Selalunya chu reply kan...Walau bagaimanapun chu tetap memenuhi undangan tersebut. Sporting tak??

Alhamdulillah sambil menyelam minum air. Majlisnya pertunangannya sederhana dan ringkas. Dihidangkankan pula  menu nasi daging, dalca daging,  dicicah dengan air asam dan air oren. Pembasuh mulutnya tapai pulut, kek, agar2 dan satu kueh tradisi.  Sebelum itu, ibu bakal pengantin telah melayan dan mnjamu saya makan ( terimakasih kak Liza)..kasi makan kenyang2. Lepas tu kenalah saya sinting lengan baju membantu apa yang patut..( orang berbudi kita berbahasa). Inilah indahnya suasana di kg. Ada kemesraan dalam sesuatu majlis. Menu jamuan pulak di masak secara gotong- royong di rumah berbanding dengan ala carte wal catering  di kebanyakan tempat lain. Sebelum itu para jemputan masjid dihidangkan ala buffet dan makanannya memang sedap. Untuk tetamu rombongan, makanan dihidangkan dan  makan secara berjemaah.  Saya selalu maknakan : masak dengan kasih sayang....pastinya enak lagi sedap  

Alhamdulillah...makanan sedap...tiptOp. Rombongan petunangan juga telah bersepakat menetapkan hari perkahwinan pada disember nanti. Alangkah indahnya majlis bila tiadanya pembaziran...jauhhh berbezanya suasananya....Alhamdulillah ..Berkawinlah anak2ku bila jodohmu dah sampai dan jangan bertunang lama-lama. Tak molek kata orang tue2..darah muda...hihi. Saya suka melihat generasi keliling saya berjaya, bekerjaya dan berumahtangga. Tumpang gumbira melihat kebahagiaan mereka.

Untuk anakanda Nurul Syuhada, SELAMAT BERTUNANG dan hargailah sebuah pertunangan yang terjalin ini dan jadikan ia sebagai satu langkah mendekati sunnah.  Pelihara adab dan jaga diri.....nantikan ijab qabul yang menghalalkan segala..insyaALLAH akan tiba jua.
kak Tun- orang kuat buat aiq asam
daging hiris + air asam+ dalca

menanti saat cincin disarungkan..
Bakal menantu nie..
1. 2.3....cheeesee.  single but not available!!
TERIMA KASIH daun keladi.
Bulan DISEMBER undangla lagi...
Ucap tahniah pun diberi.
Muga hidup terus diberkati. 
.