sebuah catatan perjalanan yang menemukan kita pada satu NOKTHAH. Muga perjalananku direstui...
Saturday, December 30, 2023
Siapalah kita?
Friday, December 29, 2023
Hari terakhir
Thursday, December 28, 2023
rindu
Ya Robb
bawalah ke rumah Mu lagi
Kian merindu
ada cerita nak kusampaikan
ada lirik nak ku lagukan
Aku rindu
Wednesday, December 27, 2023
Belajarlah bersyukur
Friday, December 22, 2023
Thursday, December 7, 2023
Sabar Dalam Pergaulan
Separuh hari telah kita lalui...
Ada suka ada duka...
🍃Kadangkala bertemu orang yang sikapnya menyenangkan...
🍃Kerap juga bersua dengan mereka yang mengusik perasaan dan mengganggu ketenangan..
Rasulullah ﷺ bersabda:
المؤمنُ الذي يخالطُ الناسَ ويَصبرُ على أذاهم خيرٌ منَ الذي لا يُخالطُ الناسَ ولا يصبرُ على أذاهمْ
Seorang mukmin yang bergaul di tengah-tengah masyarakat lalu bersabar terhadap gangguan yang ada, maka ianya adalah lebih baik dari seorang mukmin yang tidak bergaul dengan manusia dan tidak pula bersabar terhadap gangguan ke atas mereka.
🍥Sahih:
HR. at-Tirmidzi: 2507, Ibnu Majah: 4022, Shahihul Jami’ 6651 al-Albani
Ada ketikanya di kala kita berkumpul bersama orang ramai kita dapat bersabar atas gangguan yang berlaku.
Dari itu, jika boleh bersabar dengan gangguan kawan atau rakan sekerja, sudah tentu apabila pulang ke rumah sepatutnya kita akan lebih mampu bersabar dalam menghadapi apa jua sikap dan tindakan anak-anak mahupun pasangan kita.
Boleh kan..? 😊
📚sahabat ilmu.
Selingan
Di meja SIDANG kata putus telah dibuat. Hasil royalties nanti kita boleh ambil. Pastikan ada penyertaan.. Lagi ramai peserta lagi banyak pendapatan diperolehi. Iklankan dan hebahkan untuk semua ya.
Bola permulaan diberi kepada A kerana ada kelebihannya bermain di tempat sendiri... Ayuh teruskan. Lagipun segala jentera persediaannya siap siaga.
Ya.. Balingan bola tangguk A disambut pula oleh B. Dibawa ke depan... Menghampiri kawasan goal....
Oooo wisel kecederaaan .... Kad kuning atau merah patut diberikan. Eh bukan salah saya.. Eh takkan saya pula kena keluar. Dia yg cedera mana aci...
Aci tak aci kita laaa punca tapi sebb B yang menghampiri kawasan goal lawan.. B laa cedera...layak dapat sepakan corner percuma ni.
Pengadil meminta perawat perubatan masuk untuk melihat tahap kecederaaan. Kedatangan mereka bukan sekadar bawa stretcher tapi juga bawa tong air dan ubat penawar. Ubat utk yg sakit, air utk yg sihat... Pengadil tanya eh berapa lama ni..boleh usung keluar padang tak..buang masa saya nie... Keluar sekarang... Tapi .. Tapi... Apa tapi tapi... Ketepi...
Mana penjaga garisan.. Pengadil juga tak pasang cctv td ..itulah susah nak ulang tayang. Perlawanan kena diteruskan tapi…nak rujuk kepada siapa ??
Tuttt,,tutt ,telefon berkelip menandakan ada isyarat masuk. Laaa tersedar dan tersandar seketika..ohh Oooo rupanya ini hanya games.
Perlawanan ditamatkan atau ditangguhkan sama je,,,hidup perlu diteruskan
-Sabar dan tabahlah sahabat. Semoga dipermudahkan urusan. Kita cuba jadi jambatan utk kemudahan bersama. Tapi jangan pula di henyak2 jambatan ini. Nak kata ustaz benda boleh bincang kenapa bertegang.
Semoga perjalanan ini selamat dan tiada kematian mangsa da ada jalan penyelesai nya.
#kitadahcubayangterbaik









