Showing posts with label hebahan. Show all posts
Showing posts with label hebahan. Show all posts

Tuesday, August 7, 2012

RAMADAN d'hujung minggu ...


11 hb - Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam
 ( program dari petang, berbuka)
kuliah maghrib Ustaz Zamri Mantop, 
solat Isya  & Terawih b'sama Sheikh Karim;
 Sembang Ilmiah Santai UAI bsama Abby Abadi, Faizal Tahir ; Man Raja Lawak.

----------------------RALLY ILMU DI MASJID AR RIDZUAN  12 ogos 2012-------

12 hb - Rally Ilmu di Masjid Al Ridhuan , Hulu Kelang
( bermula dari Qiyamullai, kuliah Subuh, - Ustaz Rozali Muhammad ( anak murid Hjh Rogayah - juara Qariah Antarabangsa ))
kuliah Dhuha , kuliah jam 09.00am--- Ustaz Zahazan Mohamad
Kuliah Dhuha -Kuliah 11.00 pagi-- Dr Rubiah Hamzah
Forum Zohor ,2.00 ptg : Ustaz Nk Abduh , Ustaz Ridhuan Md Nor, Ustaz Nor Hamzah
 kuliah jam 3.30 ptg---- Ustaz Syed Abdul Kadir Al Joffrie
Kuliah  Asar Perdana bersama Ustaz Azhar Idrus

 Semua jemaah dijemput hadir , boleh kita beriktikaf seharian di masjid. Insyaallah , gerai jualan juadah berbuka akan disediakan.

SUMBER : FB .

nak masukan banner tapi atas kekangan tertentu kerana dhaif nya ilmu...tak dapat dimuat turun.
InsyaALLAH ada rezeki ketemu kita di majlis ini nanti..doakan

Monday, July 2, 2012

Wacana kehidupan @ Al Azim

Keberanian Melahirkan Kebenaran ILAHI.....insyaALLAH

Sama-sama kita temui dan berkongsi pengalaman mereka  mengenai kebenaran yang ditemui. Semuga hidayah ALLAH sentiasa bersama kita...Amin

Duniaku masjid @Masjid Shah ALam


Satu program mengimarahkan masjid dengan pengisian ilmu seperti Forum "Cinta & Sihir" • Bengkel "Fahami Bacaan Dalam Solat" • Bicara Ramadan • Pertandingan Mewarna • Bengkel Melukis Komik • Bengkel Fotografi • Motivasi Remaja • Demo Memasak • Pameran Buku

Bersama PTS untuk kali ke 2 di Masjid Shah Alam minggu ini. sudi2kan.. 


RUJUK SUMBER : masjid duniaku
Sabtu, 7 Julai 2012
6.30AM "Diskusi Buku: Badiuzzaman Said Nursi VS Mustafa Kamal
Atartuk dan Srikandi-Srikandi yang Benar "
Abdul Latip Talib (Novelis Sejarah No. 1 di Malaysia), Zahiruddin Zabidi (Novelis Prolifik)
8.30AM - 12.30PM Bengkel Solat: Bacaan Solat A - Z
Dr. Ibrahim Hashim (Pensyarah UPSI)
2PM - 4PM Urutan Mesra Buat Si Manja
Fatimah Rodhiah
2PM - 4PM Bengkel Penulisan Novel Islamik
Fatimah Syarha (Novelis Tauhid Bestseller)
2PM - 4PM Bengkel Melukis Komik
Artis Komik-M
9PM - 10.30PM Forum "Perangi Sihir Sebelum Anda Menjadi Mangsanya"
Dato' Hj. Engku Ansaruddin Agus (Astro Oasis) & Dr. Mahyuddin bin Ismail (Pakar Undang-Undang Sihir)
 
Ahad, 8 Julai 2012
9AM - 10AM Remaja Genius: Belajar Sedikit Dapat Banyak
Razali Kamaruddin (Pakar Motivasi)
10AM - 6PM Bengkel Penulisan: Menjadi Penulis Yang Disayangi Tuhan
Pahrol Mohamad Juoi, Rohidzir Rais, Bahruddin Bekri
9AM - 11AM Untukmu Wanita: Wanita Berkerjaya, Suami Suri Rumah
Dr. Sakinah Salleh (Perunding Motivasi)
2PM - 4PM Bengkel Kewangan: "Hidup Tenang Walaupun Berhutang"
Shamsuddin Kadir (Pakar Perunding Kewangan Peribadi)
2PM - 4PM Pertandingan Mewarna
PTS ONE
2PM - 4PM Demo Memasak: Senangnya Memasak, Gerenti Jadi
Chef Hanieliza (Penulis Buku Resepi Bestseller)


Wednesday, June 27, 2012

Daurah Tafaqquh Fiddin

Ayuh duhai adik kakak, teman dan rakan sama2 kita mengambil kesempatan dan ruang waktu yang ada untuk menghadiri program ini. Sama-sama kita bertalaqqi dengan  Tuan Guru Sheikh Nuruddin ( biodata01 dan biodata02)  sempena dengan kedatangan bulan syaaban yang dinanti. InsyaALLAH mudahan ALLAH mencatatkan nama kita sebagai hamba yang mencintai majlis  ilmu dan  berada di taman2 syurga ini.

Indahnya keberkatan majlis yang dipimpin oleh tuan guru ini dan saya melahirkan kesyukuran kerana pernah menjadi salah seorang dari pelajar yang menimba ilmu dengan nya dan akan terus mengutip ilmunya... Terima kasih ALLAH dan mudahan tuan sheikh akan terus bersemangat dan sihat menyampaikan dakwahnya ....

 promosi ilmu...
 Jika berminat, ayuh dail  sahaja no tertera dan kita jumpa di sana....

ini pun iklannya..   

Monday, June 25, 2012

Masjid Duniaku @ Masjid Bukit Indah

Satu program mengimarahkan masjid dengan pengisian ilmu seperti Forum "Cinta dan Sihir", Bengkel "Fahami Bacaan Dalam Solat", Bicara Ramadan, Pertandingan Mewarna, Bengkel Melukis Komik, Bengkel Fotografi, Motivasi Remaja, Demo Memasak, Pameran Buku dan Bazaar Muslim
Anjuran bersama PTS Publications And Distributors Sdn Bhd. dan Masjid Bukit Indah, Ampang selama 2 hari (30 Jun 2012 dan 1 Julai 2012)
HANYA DUA  BUAH MASJID SAHAJA YANG DIPILIH OLEH PTS!!
JOM ...Jangan lepaskan peluang.
SILA RUJUK :  masjidduniaku
Klik picture..
 ---------------------------------
ni dia..
Bengkel Solat: Bacaan Solat A-Z oleh Dr. Ibrahim Hashim (Pensyarah UPSI)
Sabtu, 30 Jun 2012 (8.30am - 12.30pm)
Forum "Apabila Sihir Memakan Cinta" oleh
Dato' Hj. Engku Ansaruddin Agus (Astro Oaisi)
Siti Fatimah Mohd Sharif (Finalis Ustazah Pilihan)
Zahiruddin Zabidi (Moderator)
Sabtu, 30 Jun 2012 (2.00pm - 4pm)
Pertandingan Mewarna 3 kategori
PTS One dan MBI
Sabtu, 30 Jun 2012 (2.00pm - 4.00pm)
Demo Memasak: Senangnya Memasak, Gerenti Jadi
Chef Hanieliza (Penulis Buku Resepi Bestseller)
Sabtu, 30 Jun 2012 (5.00pm - 6.30pm)
Forum "Marhaban Ya Ramadan"
Ustaz Shahrizan Daud (Mursyid Imam Muda)
Ustaz Syed Norhisyam Al-Idrus (Mursyid Imam Muda)
Zahiruddin Zabidi (Moderator)
Sabtu, 30 Jun 2012 (Selepas Isyak)
Remaja Super: Mudahnya Bahasa Inggeris
Coach Ridz & Coach Sha
Ahad, 1 Julai 2012 (9.00am - 11.00am)
Bengkel Fotografi "DSLR Itu Mudah"
Fadly Halim (Bert Falynacreative - Fotografer Professional)
Ahad, 1 Julai 2012 (9.00am - 11.00am)
Bengkel Melukis Komik
Ahad, 1 Julai 2012 (11.00am - 12.00pm)
Rahsia Jutaan Islam Abdul Rahman Bin Auf
Aizuddinur Zakaria
Ahad, 1 Julai 2012 (2.00pm - 4.00pm)
Keluarga Bahagia Bertambah Ceria
Iskandar Syed Ismail (Dr. Bubbles)
                    SUMBER(TQVM) :  Kopitiam


Ahad, 1 Julai 2012 (5.00pm - 6.00pm)





Thursday, June 21, 2012

kedahku sejahtera

kedah-1Salam hormat, Para Pengundi PAS yang duduk di sekitar Lembah Kelang (Kuala Lumpur dan Selangor) serta negeri lain yang ingin turut serta.

Anda semua dijemput untuk hadir Majlis Perjumpaan Khas ini..... sesiapa yang ingin hadir,sila sahkan kehadiran anda melalui SMS ke talian HOTLINE kami 0194947749. Taipkan HADIR dan sertakan butir nama, nombor kad pengenalan serta alamat tempat tinggal sekarang (bukan alamat kampung di Kedah).... dimaklumkan, Majlis ini khusus kepada Pengundi PAS/PR yang bakal balik mengundi pada PRU 13 nanti SAHAJA...

Wednesday, June 20, 2012

Karnival d'masjid Al Azim

Ayuh semarakan hujung minggu bersama:

GEMPAQKAN MASJID AL AZIM, Pandan Indah
Pada 24 JUN 2012

AGENDAnya:
kuliah subuh : ustaz Nazri chik
Kuliah duha : Ustaz Roslan Mohammad
Kuliah Muslimah : Dr Rubiah
Kulaih Zuhur : Ustaz Shahril Long
Kuliah petang : Ustaz Nazmi A Karim
Kuliah Motivasi(Asar) : Ustaz Zamri Mantop
Santai Bersama:  Ustaz Norhisham dan IM Asraf
-------------------------------------
p/s : Ya ALLAH catatkan nama2 kita sebagai hamba yang sentiasa menyuburkan keimanan dan sayang dan cintakan majlis ilmu. Tambatkan kaki-kaki ini untuk kekal didalam majlis ini dan berikan saham  buat aruah-aruah asbab kita kita hadir di majlis ilmu ini. Amin    
YA ALLAH berikan daku kemudahan dan ketenangan untuk  bersama nanti dan lapang kan urusanku dan permudahkan segalanya
Amin

Friday, June 15, 2012

Cinta Masjid d' hunung minggu

Hari minggu ......................apa kata kita ke sini...CINTA MASJID bersama TV ALHIJRAH
Sila rujuk aktiviti yang disediakan sepanjang mingu ini. Sambil2 santai ilmu  kita boleh laaa lawat2 booth yang ada....
Tarikh: 16 & 17 Jun 2012 (Sabtu & Ahad)
Masa: 12.00 tengah hari - 3.00 petang
Lokasi: Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
klik pic untuk lebih jelas
Di booth Karangkraf ( Sumber FB karya bestari) - Hanya yang terbaik daripada Karya Bestari & Grup Buku Karangkraf! =)
klik pic..kan lebih jelas
Penulis turun padang!!! Temu mesra penulis-penulis Karya Bestari; Prof Madya Hj Mohd Nor Mamat (karya: Takluk Hati Pasangan), Siti Marziah Zakaria (karya: Bongkar Kekuatan Diri Bersandarkan ar-Rahman), Muhamad Nazir Mohammed Khalid (karya: Belajar Tajwid Dengan Berkesan) dan Anwar Nursi (karya: Anakku... Hidup Sekali Biar Bererti) di program CINTA MASJID TV ALHIJRAH! Mungkin ada buku-buku  pilihan dengan diskaun menarik sepanjang program berlangsung. 

Apa tunggu lagi.....kita pakat pi nah...boleh juga niat beriktikaf dan bersama2 dalam SELANGOR BERSELAWAT.
Wallahu aklam

Wednesday, June 13, 2012

apa kata kita pi ...

Ayuh kita beramai2 ke SURAU SAM :

Pada  Jumaat ,15 JUN 2012( 25 rejab 1433H)
Program bermula dari jam 5 ptg dgn majlis bacaaan AQ 30 juzuk berjamaah,  khatam AQ 30 juzuk secara berjamaah dan disusuli dgn tahlil dan doa selamat.

Usai rmaghrib, bacaan AQ disampaikan  oleh johan tilawah AQ peringkat antarabangsa 2011- Ustaz Amir Rahman disusuli lagi dgn bacaan maulid dan qasidah nabawiyyah.

Kemuncak majlis CERAMAH PERDANA ISRA MIKRAJ disampaikan oleh yang berbahagia AL FADHIL ASSHEIKH USTAZ ZAINUL ASRI RAMLI- seorang pendakwah juga Mudir Darulhadith, Alor Setar juga Tokoh Ulamak Nusantara yang disegani.

Dengan penuh taqzim, pihak surau memjemput dan mempersilakan semua muslimin muslimat hadir ke majlis yang penuh barakah ini.  (INSYA ALLAH)

Petang ini...KHAMIS 14 JUN 2012,jom kita berbuka puasa sunat rejab  di sini . Disamping itu  bolehlah sama2 kita membaca  yasin dan tahlil ( bermula jam 6.30 ptg) berjamaah. Usai solat isya, ayuh sama2 kita teruskan degn solat taubat dan hajat.  jumpa di sini.................insyaALLAH. Indahnya iman bersama SAM

Thursday, June 7, 2012

Hujung minggu @ masjid negeri

MASJID NEGERI @ MASJID SHAH ALAM
 menganjurkan:
1)  Program Tafaqquh fiddin
bersama al fadhil al walid Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Abdullah Albanjari Al Makki akan diadakan pada JUMAAT 8 JUN 2012 selepas solat maghrib 
di dewan solat atas .


2). Forum PERDANA EHWAL ISLAM bertajuk
"ISRA MIKRAJ MENGAJAK KETAQWAAN KEPADA ALLAH"
pada SABTU 9 JUN 2012, selepas solat maghrib di Dewan solat bawah
Ahli panel:
1. Ustaz Uda kasim
2. Ustaz Hariyanti Rizal Rokman
Moderator: Ustaz Rizal Ramli

SEMUA MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR 
Ayuh....................kita jumpa di sini..!!
Sumber : Jadual Aktiviti kuliah TG Sheikh Nuruddin  

Thursday, May 31, 2012

Program sempena Gerhana Bulan Separa

semalam, seharian berprogram di Arkib Negara. Alhamdulilah. Usai proram sekitar jam 4.30 ptg, saya singgah di Masjid Wilayah untuk berjemaah asar walau pun masbuk. Agak lama juga tak mengunjungi dan mngikuti program masjid ini. Terkadang ada pertindihan jadual dan membuatkan hanya satu pilihan yang diambil. Namun saya pasti, ALLAH sentiasa memerhati dan mencatur pergerakan kita ini. Segalanya terletak di TanganNYa.    Oleh itu saya kongsikan edaran infonya:

Klik foto ini untuk lebih jelas
INSYA ALLAH majlis Solat sunat gerhana bulan separa (khusuf)
 akan diadakan  pada  ISNIN , 4 JUN 2012 selepas maghrib 
 Sama-samalah kita mengambil kesempatan dan waktu yang masih berbaki ini untuk sama-sama mensyukuri akan kejadian alam ini. Tidak ada sesuatu pun boleh EGO, hatta matahari dan bulan sekalipun masih ada gelap dan terangnya....Inilah caturan ALLAH bagi kita...Ayuh....manfaatkan kehadiran gerhana ini dengan lambang ketaatan yang bersungguh2 dengan melaksanakan solat sunat ini. Andainya tak tahu caranya....kunjungilah mana2 masjid yang melaksanakan solat sunat ini..Mungkinkah ini sujud kita terakhir dikunjungi gerhana bulan....wallah aklam

Disamping itu kita juga boleh ke Planetarium untuk mencerap selepas itu..
Klik  foto untuk lebih jelas
 Maklumat berkenaan program pencerapan tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh            :        4 Jun, 2012 (Isnin)  
Masa             :        8:00 malam hingga 10:00 malam
Penyertaan :           PERCUMA
Tempat         :          Planetarium Negara Kuala lumpur

Gapailah langit dan ajak anak2 bersama-sama menyertai program pencerapan ini. Di samping itu  bolehlah  ’LIKE’ FACEBOOK MALAYSIA LUNAR ECLIPSE bagi mendapatkan gambar-gambar fasa gerhana bulan secara langsung daripada Sabah bermula dari jam 7.10pm hingga 8.10pm.
Untuk pertanyaan lanjut berkenaan program di atas,  bolehlah menghubungi Penolong Pegawai Penerangan kami, Cik Asmidar Zainol di talian 03-2273 4303. ( Sumber Edaran surat Jabatan )

Terima Kasih ALLAH yang mmberikan kami limpah rahmat MU yang berterusan, memberikan bumbung dan lantai sebagai teduhan kami sementara meminjam di planet MU ini. Kekalkan kami degan iman, islam dan ehsan dan jiruskan kami dengan ketaqwaaan muga kami sentiasa mentaati MU. Berikan kami kelapangan waktu untuk membajai dan menyemai rasa cintaMU berterusan dan izinkan kami hadir di majlis2 yang menyebut2 namaMU ini. Kami menyintaiMU ya  ALLAH......
InsyaALLAH.....sama-sama kita hadir ye....

Thursday, May 10, 2012

Anda dijemput ke 
 SURAU AL MUSTAQIM@SAM
Lembah Keramat , UK

Pada  Jumaat (11/5/2012) selepas maghrib ( Malam ni tauu..)
Ceramah Perdana "LADIES FIRST'
Oleh Ustaz Yusri Karim( personaliti TV)

***********

Pada Sabtu -12/5/2012 , Jam 9.00 pagi ( waktu dhuha)
Bicara Kasih- "AKU TERIMA NIKAHNYA"
oleh Ostaz Mohd Kazim Elias
 juga persembahan khas Maulid dan Qasidah dari kumpulan Al Mawlid( ex Reffedge&VE)


Jom sama-sama kita mnghadirkan diri  ke majlis ilmu ini..Jumpa di sana ..Ajaklah rakan taulan dan jiran2 sekali ye....Kerja mengajak ni tugas bersama... 

Rasulullah Saw bersabda 
“Sesungguhnya Luqman Al Hakim berwasiat kepada puteranya:
 Hai anakku, wajib bagimu duduk bersama Ulama (mendatangi majlis mereka), dan dengarkanlah kalam (pembicaraan) Hukama’ (ahli hikmah), sesungguhnya Allah akan menghidupkan hati yang mati (kaku) dengan cahaya ilmu (hikmah) sebagaimana Allah menghidupkan tanah yang tandus dengan air hujan” (HR. Ath Thabarani, Al Bazzar dll dari Abu Umamah).

Thursday, April 19, 2012

Ladies first di SAM

dengan hormatnya menjemput tuan/puan sekeluarga ke
 CERAMAH PERDANA
bertajuk " LADIES FIRST' bersama Ustaz YUSRI ABD KARIM( Tokoh Ulamak Selamgor)
 pada JUMAAT ( 20/4/2012) Selepas Maghrib
 Malam ini tau..

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI KE TAMAN ILMU INI.
**************
Terima kasih SAM, taman ilmu yang subur dan mekar dengan majlis ilmunya
ALLAH pasti menganjari atas segala usaha dilakukan dalam mengimarahkan surau ini dan natijahnya pasti dirahmati keseluruhan ummah.
dan 
terima kasih  ALLAH 
 

Monday, April 16, 2012

75 minit bersama Ustaz Don 24 /4/2012

Surau Mercu UEM menjemput Muslimin dan Muslimat ke

Kuliah Khas – 75 Minit Istimewa Bersama…
Al-Fadhil Ustaz Don Daniyal Don Biyajid  

Sebagai penghormatan kepada penceramah jemputan, para jamaah diminta berada di surau pada pukul 12.45 tgh pada  24 april 2012 nanti.

ANDA....di jemput.!!!!!!!!!!!!!! Ayuhh

 Tahniah surau mercu UEM . ..santapan rohani yang hebat daripada  ostaz Don. 

kredit untuk  kk Ina atas makluman ini.

Monday, April 9, 2012

HaRUM D' Masjid Shah Alam (13,14,15 april 2012)


HaRUM adalah singkatan Himpunan Kekeluargaan Rumpun Nusantara yang akan diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam pada 13 hingga 15 April 2012.
Himpunan ini antara lain bertujuan mengeratkan ikatan kekeluargaan rumpun Nusantara berteraskan penghayatan sebenar Tauhid-Tasawuf. Pengkajian tentang sejarah kedatangan ISLAM ke Tanah Melayu ini melibatkan susur galur yang panjang dan sejarah yang menarik; sebutkan CERIBON, PATANI, MELAKA, JAWA..dari satu rumpun sebenarnya kita bermula. Maka kita cuba tautkan kembali atas dasar cinta kepada UMMAH. Maka digagaskan beberapa objektif yang dilihat memerlukan kerjasama ramai pihak bagi:
1. Mencetus kesedaran di kalangan masyarakat pelbagai lapisan akan hubungan kekeluargaan rumpun Nusantara;
2. Meneladani sejarah dan kebijaksanaan para tokoh ilmuan (ulama’) dan pemerintah (umara’) yang telah membangunkan masyarakat di Nusantara sebagai satu rumpun;
3. Memahami nilai-nilai asas yang mengukuhkan kerukunan serta menjadi teras kesejahteraan rantau Nusantara.mencapainya.

Temanya pada kali ini adalah 'Di sini bermulanya Cinta’.Himpunan kekeluargaan ini melibatkan ulama senusantara samada dari Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, Kemboja, Singapura, Brunei.
PROGRAM UTAMA
1. Muzakarah Majlis Pengkajian Tauhid-Tasawuf Se-Asia Tenggara
2. Seminar Menelusuri Dakwah & Perjuangan Wali Songo
3. Ummah SeNusantara Berselawat
4. Anak-Anak Berselawat
5. Ceramah Perdana ‘Tauhid-Tasawuf’
6. Pameran Kenali Wali Songo & Sejarah Nusantara
7. Konsert ‘Syahadah Cinta’
8. Munajat Perdana ‘Hijrah Cinta’

PROGRAM LAIN:
1. Ekspo/Karnival Pengguna (Gerai Jualan)
2. Khidmat Terapi & Perubatan Islam
3. Siri Kuliah Subuh Perdana
4. Halaqah Pagi/Dhuha Perdana
5. Halaqah Ilmu Persilatan, Demonstrasi & Pensejarahannya
6. Pertandingan Kompang & Selawat
7. Pertandingan Amal Islami (Dewasa & kanak-kanak)
8. Diskusi Buku 



YA ALLAH HADIRKAN DIRIKU DAN TEMAN2 ke sini...insyALLAH


sumber : http://harumnusantara.org

Thursday, March 29, 2012

Ayuh bebaskan Palestin!!!


GMJ (Global March to Jerusalem) atau Perarakan menuju Baitul Maqdis adalah satu program yang menggabungkan inisiatif global untuk membela dan membebaskan Baitul Maqdis dan bumi Palestin dari cengkaman Zionis yang telah menceroboh tanah suci dan pusat tiga agama besar dunia iaitu Islam, Kristian dan Yahudi. Sepanjang 64 tahun yang lalu sejak berdirinya Negara haram Israel dan sejak 45 tahun Baitul Maqdis dan Tebing Barat diduduki oleh Israel pelbagai bentuk kebiadaban telah dilakukan ke atas tempat-tempat suci dan rumah-rumah ibadah khususnya yang dimiliki oleh umat Islam dan Kritsian.

Aqsa Syarif menyeru semua pihak yang cintakan kedamaian dan menghormati prinsip hak asasi manusia supaya berganding bahu sempena Global March to Jerusalem dengan menyemarakkan kempen kesedaran ini dengan menyertai Perhimpunan MyGMJ yang telah dirancang pada 30 Mac 2012.

Pada masa yang sama (30 Mac 2012) seramai 23 orang rakyat Malaysia akan bersama dengan anggaran 2 juta masyarakat antarabangsa dari 80 negara yang akan berkumpul di empat buah negara yang berjiran dengan Palestin. Kesemua delegasi Malaysia akan bersama dengan rakyat Jordan dan Palestin dan warga Malaysia yang berada di Jordan yang akan akan bersama menyatakan solidariti mereka bersama rakyat Palestin di Baitul Maqdis dan di Palestin.
.
Jom kita sama-sama sertai Perhimpunan MyGMJ ini.

Wassalam.
Wan Mohd Zukri Che Mat Zin
Ketua Skretariat Aqsa Syarif Daerah Batu, WP
sumber : email  


Wednesday, March 28, 2012

Majlis Maulid Rasul & Haul Sheikh Abd Qadir Jailani

Jemputan ini untuk semua sahabat-sahabatku...Ayuh sama2lah kita mnghadirinya bagi mngubat hati dan kerinduan kepada titisan ilmu daripada ulamak2 yang tersohor.  Dalam SATU visi kita bertemu di masjid yang serba indah ini nanti... Bersama dalam satu jamaah dan satu agama kita realisasikan majlis maulid ini dengan pengisiannya.....InsyaALLAH.

Sabda Rasuulullaah SAW.
كن عالما أو متعلّما أو محبّا أو مستمعا ولا تكن خامسا فتهلك

"Jadilah orang yang mengajar, atau yang belajar, atau yang mendengar(akan ilmu dan ulama'), atau yang mencintai(akan ilmu dan ulama'). Dan jangan kamu jadi golongan yang kelima, akan hancurlah kamu!"


InsyaALLAH. Muga ALLAH permudahkan perjalanan dakwah kita ke sana dengan tebaran sayap2 malaikatnya dengan penuh rahmat dan berkat.  Jumpa di sana Sabtu nie tau: 31  MAC 2012.
Wallahuaklam.

Thursday, February 23, 2012

Faris...Kau pergi jua

Dalam kenangan...
Baru semalam, saya mengenali anakanda FARIS yang comel dan cute...Melihat fotonya dapat dibaca wataknya...seperti falsafah biasa didengari.."picture tell a story". Itulah pandangan saya atas kehadiran anakanda faris di blog. Rasa keceriannya mewarnai kehidupan keluarganya..Namun kini saya baru berkesempatan blogwalking dan alangkah tergejut dan terperanjatnya.....Anakanda Faris telah dijemput pulang dan pergi mengadap MAHA PENCIPTA pagi tadi. Innalilahiwainna ilaihi rojiiun... Kesempatan ALLAH meminjamkan anak kecil ini buat ibu ayahnya hanya seketika biarpun dia bertahan melawan penyakitnya...Berat dan sayunya hati kita bile menatap n3 detik2 perjalanan allahyarham anak kecil ini ...Segalanya boleh dilihat di SINI2.  Terima kasih En Mazidul yang berkongsi setiap detik terakhir anak ini...Semuga ALLAH mencucuri rahmat atasnya dan digolong di kalangan para syurga.

Salam takziah buat ibu ayah allahyarham anakanda faris...Tiada ayat yang mampu saya perpanjangkan kerana tersebak dan tersentuh dengan pemergiaannya.Biarpun saya tak mengenalinya namun saya memahami nya...Berat mata memandang...berat lagi mereka yang memikul. Syukurlah ayah dan ibunya telah melaksana amanah dengan baik dan terbaik dan berusaha mengubat tanpa pasrah dan menyerah.Andainya perkara yang sama berlaku dalam keluarga saya....apa yang mampu saya korbankan....Ya ALLAH ampunilah kelalaian kami, permudahkanlah urusan kami dan ringankan beban kami dan berikan kebaikan buat semua.

Dijangkakan selepas asar nanti, aruah anakanda akan bersemadi dengan tenangnya. Anakanda telah melepasi penderitaan yang dialaminya.Disambut para malaikat degn penuh kenikmatan.Anak yang bersih lagi suci..Syurga selayaknya buatmu. .Subhanallah nak, pergimu dimlm  jumaat  dan pastinya tahlil dan doa terarah jua buatmu nanti.

Kepada kalian yang telah membaca n3 tentang adik Faris ini, apa kata selepas ini sama2 kita terus menyalurkan RM ke akaun ayahnya sebagai membiayai kos rawatan yang ditangggung.  Biarlah anakanda tenang lagi damai di sana tanpa ada hutang yang tertangguh...Sama2 merasai dan menjiwai naluri  ibu bapa dan  biarpun kita tak mengenalinya tetapi sebagai sesama muslim sumbangan semua amat2 dialu-alukan. INsyaALLAH kita adalah insan prihatin.....Hari ini kita mmbantu....mudahan ALLAH bantu kita jua nanti

untuk menjiwainya lagi....ayuh ziarah ke blog MAZIDUL..di sini kan ditemui makna airmata Faris...Subhanallah..sebak..piluuuu....sediakah anda diuji??

AL FATIHAH buat allahyarham anaknda Faris
(jua buat ayah, anak saudara, abg ipar......semuga rahmat dicucuri dan damai kalian disana)
Sumber Foto :Blog Bersama Mazidul

Wednesday, February 22, 2012

Malam Mahabbah Rasul 2012

SURAU AL MUSTAQIM akan mengadakan

MALAM MAHABBAH RASULULLAH S.A.W
bersama
HABIB UMAR KHALID HASAN AL MADIHI
 (Pimpinan Pesanteren Nurul Tawfiq Pasuruan Indonesia)
pada KHAMIS 23/2/2012
selepas solat maghrib.

Tuan Puan dijemput hadir..Ayuh jooom

InsyaALLAH sama2 kita hadirmajlis ilmu ini dalam meraikan bulan kelahiran Nabi ini ..Perbanyakan  berselawat dan berqasidah..Jumpa disana..InsyAALLAH

Sunday, February 19, 2012

ekspo buku di putrajaya

Perhatian kepada warga putrajaya dan sewaktu dgnnya..
Pesta buku datang lagi. Kali ini  lebih fokus kepada buku islam.  EKSPO BUKU ISLAM 2 akan menghimpunkan ribuan buku2 dari penerbit2 islam yang digarap berpandukan AQ dan Hadis. . Ambillah kesempatan waktu berkunjung ke eskpo tersebut dan melaburlah untuk memperolehi manfaatnya...Ekspo ini  akan berlangsung mulai 24 feb-4 mac 2012 bertempat di Presint 3, putrajaya( berhampiran degn masjid besi@ sultanlmizan.

Selamat datang dan jadilah ia riadah keluarga di hujung minggu...( dedikasi buat teman2 ku yang berada di sekitar Putrajaya)


Ucap tahniah juga buat utusan karya atas pelancaran majalah berunsurkan islamnya yang terkini... IMAN..kini berada di pasaran dengn rm7 senaskhah. IMAN' yang perlu anda miliki
Sesuatu yang diwarisi seharusnya tidak dibiarkan hilang begitu saja sedangkan ia sangat berharga. Apatah lagi keimanan, yang merupakan satu rahmat besar daripada Allah SWT.

 Mungkin ade harga promosi di eskpo ini tapi yang pastinya....Kini media islam telah menjadi santapan dan  tatapan kita..ade solusi, generasi AQ, fardu ain, majalah i ,, nur, dll..tepuk dada tanya IMAN, dan buatlah SOLUSInya muga NUR hidayah sentiasa bersama. walahuaklam