Thursday, October 31, 2019

memaknakan HIDUP

Sahabat,
 erti sebuah kehidupan akan dapat dihayati maknanya kerana 3 perkara:
1. Hidup dalam Redha Allah swt
2. Hidup dalam Hidayah Allah swt
3. Hidup dalam Berkat Allah swt
Tanpa ketiga-tiganya, tiada makna dalam erti kehidupan yang sebenarnya.
Ingat, hidup ini milik Allah SWT bukan milik kita,
 kita sekadar pemegang amanah dari Allah SWT sahaja.

bila kita tiada tempat berpaut..



ingatan buat diri.
NHM

Bertabahlah

Bersyukur dan bersabarlah.

Kerana Allah tidak akan bebankan hambaNya dengan suatu ujian yang tak mampu dia hadapi.
Setiap perkara yang terjadi. Allah dah atur yang baik-baik untuk kita.

Terima sahaja semua ujianNya. In sya Allah ada hikmah menanti dihujungnya.

Tuesday, October 29, 2019

Hidung tak mancung, pipi tersorong2



Lain kali fikir dua kali lebih baik, tak perlu terpa ikut dan 
Padan muka.. 
Kan dah kena.. 

Bila dapat info
Diam
Filter
Fikir dan zikir
Baru pi ziarah
Kalau sakit
Jumpa doktor
Makan dan ambil ubat
Itu ja kaedahnya

Biarlah
Semalam mengajar
Hari ni 
Dan besok

Terima kasih semalam


520am
30 oct 2019


Monday, October 28, 2019

Ganti baru

Dva ku yang kini berusia 11 tahun telah menunjukan petanda kedewasaannya.
Apa tak nya.. Cermin pandang belakang pula telah patah hooknya.. Ini petanda perlu ganti yg baharu. 

Mengenangkan faktor waktu kerja yg tak menentu dan cermin ni menjadi satu keperluan. Saya pun  membelinya dari kedai sparepart kereta. Pihak kedai tak mahu memasangnya  kerana tak tahu. Jadi saya ke kedai aksesori untuk minta khidmat mereka memasangnya. 
Syukurlah, 

Akhirnya... Yeay... Dah siap.. Saya serahkan duit upah rm5 walaupun dia menolaknya. Takpelah... Anggapnya ini duit untuknya minum kopi bagi menghilangkan dahaga.

Kos :
Cermin rm    58
Upah rm         5
Jumlah  rm     63



yang lama berganti baru


yang ni yang ori

selamat berkhidmat


Wednesday, October 23, 2019

Serba tak kena

Hari ni allah sedang mengajar saya.


Kebetulan pula dengan air. 
1.Menu awal pagi...  blend susu dan kurma, tanpa disangka... Terbuka pula penutup bawahnya.. Aduh... Hanya secawan yang mmpu diselamatkan. 
Dah satu kerja pula, awal pagi kena mengemop lantai

2. Semasa solat subuh, bunyi macam benda jatuh... 
Rupanya botol air zam2 yg diletakan di kotak telah senget dan tertumpah airnya. Allahu robbi syangnya air zam2 pula tu. Tak sampai hati nk lap dgn moop... Memadailah letakkan bju t lama utk telapkan air.  Senyum..  Allah sedang mengajar saya. 

3. Dah sampai opis, ketika nak katop pintu kereta... Dammm.... Terkepit pula ibu jari... Aduhhh..... Tiup sikit... Muga Allah ampuni dosaku dgan kesakitan ni. 

4. Satu lagi kejadian
Botol air kagen yg dibawa pula tertumpah dan kebetulan penutupnya tak ditutup rapat. 
Ya Allaah... Kali ni ada apa dengan air ni... Satu penyucian dariNya yang boleh mmberi manfaatnya. 

Maka berhati2lah saya utk seharian.. Melihat dengan mata hati setiap kejadian dan berfikir dgan akal. ALLAH PASTI ADA asbabnya dan kitalah pelajarnya... 

Sakit itu tanda kasih sayangnya dan sabar itu mengujakan. 


Moralnya
Sabar kerana Allah ada cara mengajar kita dan 

Senyum dan katakan astafirullah

Segalanya biiznillah. 

Wallhu aklam
23/10/2019