BONIA namanya tapi nama timangannya 'Bossnia,. Maklumlaa bagi saya rakyat marhaen ni... Hanya 'boss' yang mampu memilikinya. Biasanya saya reward diri dengan membeli jam tangan di pasar malam yang harganya bawah rm50.Prinsipnya boleh bertukar Ganti selalu dan jika hilang pun tak rasa bersalah dan gundah gelana.
Seingat saya di awal saya dalam dunia pekerjaaan saya membeli jam tangan jenama "c" . Itupun terpaksa menabung dari awal kerana harganya agak mahal. Lama juga melekat di tangan saya, TETAPI setelah tali jam yang original itu berganti, ia dah tak seperti asal dan akhirnya saya beralih pada jam pasar malam. Ada crocodile, polo, seiko, citizen dan lain lain. PRINSIP saya cuma ada jam untuk tahu waktu. Ada tikanya adik2 di opis menegur saya supaya ubah patern jam. Jadi pelbagai bentuk muka jam saya memilikinya sama ada bulat, leper, empat segi dan digital. Pandangan mereka diambil peduli dan adalah perbezaan warna,jenama dan bentuk.
NAMUN setelah 9 tahun berkhidmat, saya direzkikan memperolehi APC dan antara cenderahati di terima adalah sebentuk jam tangan BONIA yg ada signature 'Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2000'. Pernah lah tinjau harganya di kedai jam Bonia Ampang Point. Bagi saya harga RM100-300 adalah agak mahal jberbanding jam-jam yangsaya miliki. JADI saya hargai anugerah jam ori yg diterima asbab berkhidmat cemerlang di BTP. Saya memakai ,menyimpan dan menyayanginya.
KINI tak pasti di mana hilangnya. Andai MATI Biarlah pusaranya di ketahui, andai berbangkai, biarlah ada depan mata.. Lagipun ia tak ada masalahpun cuma perlu berganti bateri Sahaja.
SEINGAT saya satu tika dulu ada manja pernah berjanji akan tukarkan bateri jam. Namun sekarang saya pun tak tau ghaib atau telah dibuang di Sg kelang. Bagi orang lain ia hanya sebiji jam murah dan serupa jam pasar malam sahaja. TAK memberi nilai sentimental dan tak membawa sebarang kenangan.
Sesekali saya membayangkan jam itu singgah lagi di lengan saya . Jam yang mencukupkan detik waktu hidup. Biarpun ketika majlis penyampaian APC2000 tersebut diadakan , saya masih di Germany kerana menghadiri satu kursus jangka panjang di sana. Apabila diserahkan saya amat terharu da bersyukur apabila perkhidmatan di BTP dihargai. Terima kasih barisan penel dan penilai ketika itu, En Mokhtar sebagai penilai pertama dan Pn Nooridahanim sebagai penilai ke dua. Inilah antara pemangkin dan memberi semangat unyuk saya mencurahkan bakti untuk BTP dan kendiri. Terima kasih Kementrian Pendidikan Malaysia.
Apapun BOSSNIA tiada lagi Bersama saya. Biarpun kini saya mampu memiliki jam yang lebih mahal tetapi saya tetap memilih jam yang mampu milik terutamanya daripada pemberian kawan-kawan. Saya akui biarpun Bossnia tada lagi, bagai dihantui saya trouma bila tengok kedai jam BOSNIA. Ingin melangkah tetapi adakah ini keperluan atau kehendak. Tidak cukupkah nikmat yang pernah diterima dulu diabaikan.. Apakah memiliki yang baru dapat merawat kehilangan nya.
duhai diri...inilah kehidupan. ada yang ALLAH pinjam, ada yang ALLAH simpan.
wahai Bossniaku..jika sudi kembalilah kepadaku lagi. Mungkin jangka hayatku tak lama dah ..dan kau akan terus hidup selagi bateri berganti...tapi bateri hayatku apabila mati..ianya tak berguna lagi. Dibawa jasad ke liang lahad dan bersemadilah selamanya. waalahu aklam.