13.03.2023
Tersemat indah tarikh keramat
Dua jiwa disatukan
Atas nama pernikahan
Doa diamin tanda sepakat
Moga hidup lebih berkat
Amin yarobbal alamin
Selamat pengantin baru kakak dan suami.Ya, ini anak saudaraku yang ke 30. Kembar seiras lah katakan. Kakak dan adik kembar itulah sinonim panggilan buat mereka. Jodoh kakak dulu dari adik . Insya allah lepas ni Adik pula. Adik tetap support kakaknya... Menjadi pengiring pengantin di hari bahagia kakak.
Barokallah buat anakanda FairuzHazwani dan Muhamad Fakhri. Semoga Allah memberkati bahtera hidup kalian dengan penuh sakinah, mawaddah warohmah. Dianugerahkan family yang bahagia dengan ketenangan dan kasih sayang yang dirahmati ALLAH. Jagalah amanah dengan sempurna dan berkasih sayanglah kerana Allah.
Majlis walimah yang di adakan di d'Auni Villa sangat selesa. Laman yg luas lengkap dengan khemah yg cantik juga surau disediakan. Kira 5*lah..Tetamu yg hadir boleh memilih berada di khemah kanan atau kiri dengan juadah yg disediakan oleh pihak katering memang puas hati. Pakejnya kena tanya tuan rumah ye.
Alhamdulillah makanan sedap dan cuaca juga amat baik.
Laksa, teh tarik dan bubur kacang pula merupakan menu tambahan dan pilihan. Semua sedap sedap. Sapa dah makan memang tersandaq.
Terima kasih tuan rumah..Cikgu Mahdzir dan Cikgu Nilam.Mantan gurulah katakan. Abg Mahdzir ini anak ke 7 dalam familyku. Tetamu yang hadir pula kebanyakannya di kalangan guru guru dan juga diantaranya mantan guruku juga. i Tidak terkecuali saudara mara, sepupu sepapat juga jiran2 tetangga. Adat kata adik-beradikpun sepakat turut hadir meraikan majlis perkahwinan dan bertemu dengan sanak saudara yg jauh dan dekat. Seronok berjumpa semua yang hadir dalam keadaan selamat dan bebas ancaman Covid.
NAMUN, pabila tanpa emak dan ayah lagi, saya tetap merasai kekurangannya. Mungkin majlis kenduri dulu dan sekarang berbeza. Ketiadaan mereka tetap di rasai Ini pandangan saya. Tambahan pula abang Zan dan family Johor tak turut serta. Jarak dan faktor kesihatan juga kekangan tugas membataskannya.
Bagi saya pula pemanduan juna dari KL ke Kedah telah saya tempuhi seusai tamat waktu kerja shif pagi. Sedikit cabaran lah apabila memandu terus dari opis ke kampung . Inilah kehidupan dan demi family kita utamakan. Ciptalah kenangan untuk bahagia cara kita. Mungkin hari ini sahaja adalah peluang kita lagipun tanpa family siapa kita. Setinggi mana pun terbang, kelak ke pangkuan family juga tempat mendarat nya. Itulah antara kita dengan kehidupan.
 |
my big family
|
Terima kasih sudi baca hingga akhir. Doakan pasangan baru ini berjaya melayari bahtera perkahwinan dengan selamat dan bahagia.