Showing posts with label tinta semangat. Show all posts
Showing posts with label tinta semangat. Show all posts

Wednesday, March 13, 2024

Maafkanlah

*بسم الله الرحمن الرحيم* 

jika ada yang pernah tersakiti oleh saya,
baik dari segi lisan, tulisan atau perbuatan.
jika ada, mari kita selesaikan , dan halalkan di dunia.
kerana , jika dipanjang di akhirat maka nantinya ianya sukar dan berat.


Pada hati yang pernah saya sakiti ataupun tidak,
pada janji atau amanah yang pernah saya lalaikan,
pada orang yang pernah saya bermuamalah tetapi mendapat kekecewaan,

Mohon dimaafkan atas semua perkara.
jika berat, izinkan saya tahu bagaimana cara dapatkan kata maaf.

Maafkan saya, doakan saya.

Mari kita selesaikan muamalah di dunia supaya nanti kita tidak saling menuntut di akhirat.
Jazakallahu Khair.

NHM

Sunday, January 14, 2024

Ikhlaslah

Ada orang yang baru kenal setahun boleh buat rasa amat dihargai berbanding yang kenal 10 tahun. itulah pusingan kehidupan . Yang datang dan pergi bagai singgahan cuma . ada yang berbekas dan ada yang meninggalkan sejuta kenangan.

Masa tak penting kan
Yang penting ikhlas.


mak tentu suka juga kan 

mak...saya dapat coq badak sedap hari ini . Hanya mak yang tahu citarasa saya dan febret makanan. alhamdulillah. Walaupun 12 tahun berlalu tapi saya tak pernah merasai selama itu berpisah dengan emak. Macam pagi ini, apabila NSN ingin bertemu dengan saya sebelum dia bergerak ke opisnya, dia menghulurkan sebekas makanan. ALLAHU...bila saya buka saya terharu..dan bila saya menikmatinya..masyaALLAH....umpama air tangan mak makanan diberikan ini. TERIMA KASIH ALLAH hadirkan orang orang baik yang memugkinkan saya dapat tempias kebaikkannya.
Mak..izinkan cu bersahabat dengannya kerana ALLAH
walaupun mak tak berada di sini lagi tapi saya yakin mak tahu apa yang saya buat. Begitu juga ayah. Terimakash almarhum ayah dan almarhumah mak yang telah mendewasakan saya hingga kini. 
wallhu aklam   

Thursday, January 4, 2024

Rindu Baitullah

terkenangkan 
betapa RINDU

Kasut umrah
Telekung umrah
Tasbih tawaf

mengelilingi 7 pusingan baitullah
sambil butiran tasbih berkalih bilangan
sambil mulut dan hati mengingati Tuhan
 

Baitullah menjadi saksi
ku cari makna diri
berjurai air mata keinsafan
terlalu jauh aku dengan Mu
 ya Robb

ampunilah 
hambalah pendosa
sarat berdaki karat dosa
Astafirullah azim
 
 
 SUBHANALLAH
 8 oct 2019


menangislahh

Thursday, December 7, 2023

Selingan

Di meja SIDANG  kata putus telah dibuat. Hasil royalties nanti kita boleh ambil. Pastikan ada penyertaan.. Lagi ramai peserta lagi banyak pendapatan diperolehi. Iklankan dan hebahkan untuk semua ya.

Bola permulaan diberi kepada A kerana ada kelebihannya bermain di tempat sendiri... Ayuh teruskan.  Lagipun segala jentera persediaannya siap siaga. 

Ya.. Balingan bola tangguk A  disambut pula oleh B. Dibawa ke depan... Menghampiri kawasan goal.... 

Oooo wisel kecederaaan .... Kad kuning atau merah patut diberikan. Eh bukan salah saya.. Eh takkan saya pula kena keluar. Dia yg cedera  mana aci...

Aci tak aci  kita laaa punca tapi sebb B yang menghampiri kawasan goal lawan.. B laa cedera...layak dapat sepakan corner  percuma ni.


Pengadil meminta perawat perubatan masuk untuk melihat tahap kecederaaan. Kedatangan mereka bukan sekadar bawa stretcher tapi juga bawa tong air  dan ubat penawar. Ubat utk yg sakit, air utk yg sihat... Pengadil tanya  eh berapa lama ni..boleh usung keluar padang tak..buang masa saya nie... Keluar sekarang... Tapi .. Tapi... Apa tapi tapi... Ketepi... 

Mana penjaga garisan.. Pengadil juga tak pasang cctv td ..itulah susah nak ulang tayang. Perlawanan kena diteruskan tapi…nak rujuk kepada siapa ??

Tuttt,,tutt ,telefon berkelip menandakan ada isyarat masuk. Laaa tersedar dan tersandar seketika..ohh Oooo rupanya ini hanya games.  

Perlawanan ditamatkan atau  ditangguhkan sama je,,,hidup perlu diteruskan 

 -Sabar dan tabahlah sahabat. Semoga dipermudahkan urusan. Kita cuba jadi jambatan utk kemudahan bersama. Tapi jangan pula di henyak2 jambatan ini. Nak kata ustaz  benda boleh bincang kenapa bertegang.

Semoga perjalanan ini selamat dan tiada kematian mangsa da ada jalan penyelesai nya. 



#kitadahcubayangterbaik

Wednesday, August 9, 2023

Regu ibadah


                                             
                                    Regu yang serasi 

Terlalu berharga
Nikmat bersahabat
Bukan pada berapa lama
Tapi pada kenangan tercipta

Cantik telekung ni🌹
Cantik sejadah ini🌹
Kepada yang memberi
Saya menumpang rezeki
Mensyukuri dan menikmati

Moga Allah gandakan pahala
Sejadah Mekah drpa Angah Niza
Telekung Khadijah drpa sahabat srikandi

Ye, saya tak mampu dan tak mungkin memiliki jika bukan daripada kalian yang baik hati. Terima KASIH Allah rezkikan saya bersahabat dengan mereka semua yang saling menghormati
Saling memberi
Saling membahgia 

Semoga Allah juga alirkan pahala ini utk kita bersama
InsyaAllah. 

Alhamdulillah. 


Telekong dihadiahkan ketika kejutan meraikan hari lahir saya sehingga tercipta memory di Gunung Jerai bersma sahabat srikandi. 
Semoga Allah jaga persahabatan sejati ini. 


Friday, July 28, 2023

Boniaa di mana kamu

BONIA namanya tapi nama timangannya 'Bossnia,. Maklumlaa bagi saya rakyat marhaen ni... Hanya 'boss' yang mampu memilikinya. Biasanya saya reward diri dengan  membeli jam tangan di pasar malam yang harganya bawah rm50.Prinsipnya boleh bertukar Ganti selalu dan jika hilang pun tak rasa bersalah dan gundah gelana. 

Seingat saya di awal saya dalam dunia pekerjaaan saya membeli jam tangan jenama "c" . Itupun terpaksa menabung dari awal kerana harganya agak mahal. Lama juga melekat di tangan saya, TETAPI setelah  tali jam yang original itu berganti, ia dah tak seperti asal dan akhirnya saya beralih pada jam pasar malam. Ada crocodile, polo, seiko, citizen dan lain lain. PRINSIP saya cuma ada  jam untuk tahu waktu.  Ada tikanya adik2 di opis menegur saya supaya ubah patern jam. Jadi pelbagai bentuk muka jam saya memilikinya sama ada bulat, leper, empat segi dan digital. Pandangan mereka diambil peduli dan adalah perbezaan warna,jenama dan bentuk.

NAMUN setelah 9 tahun berkhidmat, saya direzkikan memperolehi APC dan antara cenderahati di terima adalah sebentuk jam tangan BONIA yg ada signature  'Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2000'. Pernah lah tinjau harganya di kedai jam Bonia Ampang Point. Bagi saya harga RM100-300 adalah agak mahal jberbanding jam-jam yangsaya miliki. JADI saya hargai anugerah  jam ori yg diterima asbab berkhidmat cemerlang di BTP. Saya memakai ,menyimpan dan menyayanginya.

KINI  tak pasti di mana hilangnya. Andai MATI Biarlah  pusaranya di ketahui, andai berbangkai, biarlah ada depan mata.. Lagipun  ia tak ada masalahpun cuma perlu berganti bateri Sahaja.

SEINGAT saya satu tika dulu ada manja pernah berjanji akan tukarkan bateri jam. Namun sekarang saya pun tak tau ghaib atau telah dibuang di Sg kelang. Bagi orang lain ia hanya sebiji jam murah dan serupa jam pasar malam sahaja. TAK memberi nilai sentimental dan tak membawa sebarang kenangan.

 Sesekali saya membayangkan jam itu singgah lagi di lengan saya . Jam yang mencukupkan detik waktu hidup. Biarpun ketika majlis penyampaian APC2000 tersebut diadakan , saya masih di Germany kerana menghadiri satu kursus jangka panjang di sana. Apabila diserahkan saya amat terharu da bersyukur apabila perkhidmatan di BTP dihargai. Terima kasih barisan penel dan penilai ketika itu,  En Mokhtar sebagai penilai pertama dan Pn Nooridahanim sebagai penilai ke dua. Inilah antara pemangkin dan memberi semangat unyuk saya mencurahkan bakti untuk BTP dan kendiri. Terima kasih Kementrian Pendidikan Malaysia. 

Apapun BOSSNIA tiada lagi Bersama saya. Biarpun kini saya mampu memiliki jam yang lebih mahal tetapi saya tetap memilih jam yang mampu milik terutamanya daripada pemberian kawan-kawan.  Saya akui  biarpun Bossnia tada lagi, bagai dihantui saya trouma bila tengok kedai jam BOSNIA.  Ingin melangkah tetapi adakah ini keperluan atau kehendak. Tidak cukupkah nikmat yang pernah diterima dulu diabaikan.. Apakah memiliki yang baru dapat merawat kehilangan nya.

duhai diri...inilah kehidupan. ada yang ALLAH pinjam, ada yang ALLAH simpan. 
wahai Bossniaku..jika sudi kembalilah kepadaku lagi. Mungkin jangka hayatku tak lama dah ..dan kau akan terus hidup selagi bateri berganti...tapi bateri hayatku apabila mati..ianya tak berguna lagi. Dibawa jasad ke liang lahad dan bersemadilah selamanya. waalahu aklam.

Saturday, April 1, 2023

SAHABAT PERBAGAI WATAK*

*Persahabatan umpama untaian tasbih, yang ada awal Tiada penghujung. Dicantum demi cinta-Nya, diratib demi Redha-Nya.*

 *Setiap sahabat mempunyai keistimewaan yang tersendiri.* 
*Ada kelebihan dan kekurangan yang perlu kita saling lengkapi.*

 *Ada sahabat yang kasar, Tetapi lembut hatinya,*

*Ada sahabat yang Nakal, Tetapi suka mengambil berat,*

*Ada sahabat yang Garang, Tetapi sebenarnya adalah penyayang.*

*Ku sendiri akui susahnya ingin menjaga sebuah persahabatan,* 

*Menjaga ukhuwah hanya kerana Allah, membuang sifat-sifat tercela sa’at berukhuwah*
*kerana syaitan sentiasa mencucuk jarum agar bermusuhan dengan sahabat.

*"Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki SAHABAT yang soleh.* 

*Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh..."* 

*Andai aku mendekatkanmu dengan Allah, teruslah bersamaku.*

*Andai aku menjauhkanmu daripada Allah, nasihatilah aku untuk kembali kepada-Nya.* 

*Buang segala sifat tercela di hati. Ikhlaskan persahabatan hanya kerana Allah.Kerana*
*Di Syurga nanti kita pasti* 
*berjumpa kembali*




*Semoga bermanfaat untuk dikongsi bersama sebagai muhasabah diri*

Monday, October 3, 2022

Ustaz Hj Soleh Ibrahim #2

Antara guru beliau di Mesir Almarhum Sheikh Ahmad Musallam, Ahli Majlis Fatawa Mesir. Selepas kematian Almarhum Sheikh Muthiee, 
Semasa di Asrama Melayu Abbasiah beliau berkhidmat membantu rakannya di kantin, disamping mengadakan kuliah di Surau Asrama, beliau tetap akan menjalankan kuliah pengajian walaupun dihadiri oleh seorang dua shja, jika pelajarnya tidak turun ke surau beliau akan ke bilik mereka menjemput utk hadiri kuliah.
Beliau juga membantu Almarhum Dr Abd Aziz Hanafi utk menyiapkan tesis Phd. 

Semasa beliau mengajar di Madrasah Nahdzah, jika pelajar membuat sesuatu majlis dan disediakan makanan beliau hanya hadir utk meraikan majlis tetapi tidak akan menjamah makanan yg dihidangkan. Kami pernah bertanya  dan beliau memberi jawapan yg menyentuh perasaan kami. 
Kata beliau :" kamu pelajar guna duit ibu ayah utk jamu Ustaz, sedangkan ibu ayah kamu bg duit utk kamu belajar, kami ustaz cikgu dah ada gaji yg mencukupi, terima kasih lah." 
Ustaz terus ke kantin dan mkn di sana. Antara lauk yg disukai Ustaz ialah sotong bersaiz besar, samada masak apa pun beliau akan mkn dan bungkus utk dibawa balik rumah. 

اللهم بارك له وارزقه الصحة والعافية والمعافات الدائمة في الدين والدنيا والآخرة


Haji Soleh Bin Haji Ibrahim #1

Tuan Guru Ustaz Haji Soleh Bin Haji Ibrahim ( 1952 - Kini )

Tuan Guru Ustaz Haji Muhammad Soleh @ Ismail Bin Haji Ibrahim dilahirkan di Sala, Yan, Kedah pada tahun 1952. Beliau juga dikenali dengan panggilan Ustaz Soleh Comei.

Pendidikannya bermula di Pondok Bukit Besar dibawah didikan Tuan Guru Haji Osman Bin Haji Yunus selama beberapa tahun dan kemudian menyambung pelajarannya ke India, berguru dengan Syeikh Muhammad Zakariya al-Kandahlawi dalam bidang Hadis.

Sekitar tahun 80an beliau melanjutkan pendidikannya ke Mesir. Sepanjang beliau belajar di Mesir, Tuan Guru menjadi tenaga pengajar kepada pelajar-pelajar Melayu di sana dalam pelbagai ilmu. Terdapat juga pelajar yang ingin membuat tesis PHD mengikuti pengajaran beliau secara khusus.

Kuliah beliau banyak dihadiri pelajar-pelajar Malaysia dan Patani di pelbagai peringkat samaada yg baru datang atau yang telah lama tinggal di Mesir.

Tuan Guru Ustaz Haji Soleh seorang yang cukup susah dan miskin waktu belajar namun berjaya mencapai kejayaan dalam ilmu. Apa sahaja ilmu, boleh dikatakan beliau mampu mengajar. Beliau menjadi rujukan asatizah dan qadhi, khusus dalam Feqah. Beliau berkahwin dalam usia 40 tahun. 

Selepas pulang ke tanah air, beliau berkhidmat sebagai guru mengajar di Sekolah Menengah Agama an-Nahdzah yang dulunya adalah pondok yang pernah belajar, Pondok Bukit Besar.

Tuan Guru Ustaz Haji Soleh boleh menguasai lebih dari 10 jenis bahasa termasuk Arab, Urdu dan Thai.
Beliau kini tinggal di Kampung Paya Kelubi, mukim Ayer Putih, Pendang, Kedah.

Moga Allah Taala mengurniakan kesihatan yang baik kepada Tuan Guru. Amin

terima kasih  : Ustaz Syuk Rye & Ustaz Hafiz Fandani 


Thursday, June 9, 2022

Bidadari SAICT


 

Untuk seketika
Berat untuk menerima

Ku cuba senyum
Menyembunyi rasa terharu
Lidah Kelu
Namun hati sangat sayu
Terima Kasih Bidadari SAICT 


Ramadan 2022
Titik pertemuan
Ada misi
Ada visi
  
Demi al quran 
Ditemukan
Demi ukhuwah
Dijalinkan
Demi Allah
Kita bina jambatan silaturahim

Terima kasih bidadari SAICT
Ku sayang semua
Teruskanlah perjuangan
Lazimi Al Quran 
tariklah daku untuk mendekatimu


                                                     
                                               my loved













Monday, May 2, 2022

bersahabat kerna Allah

Kata Ustaz, 

Jika kamu cemburu pada sahabat kamu, cemburulah pada kebaikan yang sedang dia lakukan kerana kamu akan berusaha membuat kebaikan juga.

Jika kamu terasa di sakiti sahabat kamu, sakitlah bila melihat sahabat kamu yang sedang berusaha memperbaiki ibadahnya kerana kamu juga akan terus memperbaiki ibadah mu.

Bila mana kamu menyembunyikan sesuatu kepentingan diri mu dari sahabat kamu, fikirlah baik-baik kerana sahabat kamu sedang menyembunyikan kebaikan yang dia lakukan terhadap mu. 

Supaya kamu berfikir yang kamu sedang membuat kesilapan dalam penyembunyian mu.

Jika sahabat kamu menyentuh hak kamu, ketahuilah bahawa Allah sedang mengingati kamu bahawa hak segalanya milik Allah bukan kepunyaan kamu. 

Bila mana kamu mencurigai kebaikan sahabat mu, muhasabahlah kerana Allah sedang menguji mu adakah hati kamu ikhlas atau sebaliknya untuk kamu memperbaiki diri dan hati mu. 

Seandainya kamu benci sahabat kamu kerana kesilapannya kepada mu,  berbaliklah diri kamu kerana kamu pun pernah melakukan kesilapan terhadapnya tetapi dia tetap memaafkan kamu. 

Mengenal sahabat bukan sahaja pada peribadi akhlak, perilaku dan ibadahnya tetapi pada selama keikhlasannya terhadap kamu selagi dia tidak meminta sikit pun pada kamu balasannya. 

Ingatlah, 
selama mana kamu bersahabat dengan seseorang itu, 
lihatlah perjalanan dalam dia dan kamu. 
Dia menerima kamu bukan pada kejahilan atau kesilapan masa lalu kamu, tetapi pada hari ini dalam sama-sama mengajak kamu memperbaiki diri dan menuju ke jalan Allah.

Jadi cahaya di kalangan sahabat dan bersahabat kerana Allah.


https://t.me/SafiudinAbdulAdv.

Monday, April 25, 2022

Ingin ku kabar

Betapa ramai yang berlumba
Mengejar tawaran ramadan
Hidangan
Kelebihan
Segala ganjaran di sana


Berlumbalah
Mungkinkah ini Ramadan terakhir
Sujud terakhir
Solat terakhir

Kita tak baik
Tapi diberi peluang untuk jadi baik
Berbuatlah baik
Moga yang baik baik bertandang

                                       22/4/22
                                       PC K-KOMM

 

Tuesday, January 4, 2022

Redah saja

              Redah jangan sampai rebah


     

 
     


Friday, December 31, 2021

Selamat datang 2022

*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
*Tahun 2021 telah melabuhkan tirainya, selamat datang tahun baharu, 2022.*
*Moga kita bersedia dengan perancangan Allah untuk tahun 2022.*
*Marilah kita perbaiki diri menjadi lebih baik daripada sebelumnya.*

*ُ﷽ بِسْــــمِ اللهِ الرَّحْمَن ِالرَّحِيْـــــــــــم*.ِ
ُ
             *_YAA  ALLLAH._*
  *_Kami Memohon kepada Mu_*
                 *_Yaa Allah._*

               *_Berilah Kami._*
       *_Iman yang sempurna_*
      *_Ilmu yang bermanfa'at._*

           *_Rezeki yang halal,_*
         *_Sahabat2 yang terbaik_*
   *_Rumah tangga yang bahagia._*

           *_Usia yang berkat._*
         *_Doa yang mustajab._*
    *_Hajat kami yang tertunai_*.
  *_Kesihatan baik yang berterusan._*  
       *_Hutang yang terbayar_*

               *_Dengan jiwa_* 
  *_yang tenang Beribadah untuk_*
*_Keselamatan & kesejahteraan_*
     *_Kebahagiaan Hidup Kami_*
        *_Di Dunia Dan Akhirat._* 
ٍ

            *رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة*
               ً *وَفِي اْلآخِرَةِ حَسَنَة*ً
                   *وَقِنَا عَذَابَ النَّار* .
َ
 *اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِك*
    َ *النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم*ّ
   

        *وَالْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينٍَ*




Friday, November 5, 2021

Di sini

Tak ade apa apa
Melainkan sepasang kasih
Yang saling menyintai
63 tahun sehidup bersama
Bersanding pula
Bergandingan pusara

Tak ada yang kurang
Semuanya sempurna
Itulah mereka
Ayah emak tercinta

YA Allah, ampuni dan cucurilah rahmat berterusan buat almarhum/mah ayah dan emak. Berikan mereka kerehatan dan lapangkan singgahan mereka di taman syurgaMU. YA RAHMAN YA RAHIM Sayangilah mereka sepertimana mereka pernah memelihara kami dulu.. Kami tak mampu membalasnya.. Tapi kami amat manghargai dan kagum dgn pengorbanan mereka memdewasakan 11 orang anak. 

Ya Allah temuikan kami di syurga firdaus tanpa ada sempadannya dan ampunilah semua dosa kami, jiran dan sahabat taulan juga seluruh muslimin Muslimat






#Syoknyadikampung
#emakdanayah

Wednesday, September 8, 2021

Sunday, August 22, 2021

Diuji atau menguji

Ada yang nampak sangat tenang, tetapi sebenarnya jiwanya ditusuk peluru luka.
Ada yang nampak hidupnya seperti tiada masalah, tetapi rupanya dia sedang dihujani dengan seribu satu macam masalah.

Ada yang nampak sangat bahagia, tetapi rupanya dia sedang sembunyikan rasa sakitnya. 
Ada yang nampak diam, tetapi sebenarnya dia ada sejuta kata yang ingin diluahkan. 

Ada yang selalu nasihat orang untuk terus kuat, tetapi sebenarnya dia sendiri lemah. 
Ada yang selalu menghiburkan, tetapi rupanya dia ada kesedihan yang sangat mendalam.

Selesa bagi mereka tidak semestinya mudah bagi kita.
Begitulah sebaliknya,
Ujian kita berbeza-beza maka usahlah memandang rendah kepada orang lain.
Kita tidak tahu kesusahan apa yang telah mereka lalui.

Berdoalah agar Allah angkat darjat mereka. tabahkan hati² mereka. 
Ujian itu sesuai dengan kemampuan.

Allah Maha Tahu....

sumber : cnp

Sunday, July 18, 2021

Mengintai kasih

Bismillahirohmanirohim
   
Sang merbuk menyapa
Riuh pagi bagai berbicara

Mengintai dari luar jendela
Lantas kita bertentang mata

Ada rindu yang nak dikabar


Suatu  pagi, tika saya membaca ayat ayat cinta kalam dari ilahi...bunyi itu riuh dan semakin dekat
Mengintai dibalik jendela
Subhanallah


Imam Ibnu Katsir Rahimahullah berkata, di saat burung terbang burung itu bertasbih kepada Rabb-nya. Ia menyembah-Nya dengan bertasbih dengan cara yang Allah ilhamkan dan Allah ajarkan kepadanya. Allah Maha Mengetahui apa saja yang dikerjakan oleh burung pitu. Oleh sebab itu, Allah berfirman: “Masing-masing telah mengetahui (cara) shalat dan tasbihnya,” Maksudnya, masing-masing dari makhluk itu telah Allah ajarkan etika dan cara mereka dalam beribadah kepada-Nya.
Subhanallah


Sujud syukur saya.  Apakah  yang Allah nak ajari saya. Saya sempat snap dan teruskan pembacaan surah al kahfi tika itu. Selang beberapa tika sang merbuk pun terbang dan menghilang..

Jika baik... Sejahterakan alam ni
Jika buruk... Ampunilah dosa saya 





Thursday, July 15, 2021

Di penghujung dunia

Maka, benarlah kata Allah dan Nabi.

"Suatu saat nanti, umat-Ku akan terhalang untuk melakukan  perkara-perkara baik."

Dan inilah zamannya, yang sedang kita lalui.

Kawan,

Lupakan sebentar asbab wabak atau SOP. Sesekali, pandang realiti.

Ya. Kita sedang melaluinya. Akhir zaman yang makin sukar dan rumit.

Nak buat baik makin susah. Nak ibadah juga makin payah. Fitnah usah cakap. Siang malam terjadi.

Nak solat di masjid, boleh jatuh fitnah.

Nak buat haji dan umrah, makin payah.

Nak ziarah jiran sebelah rumah pun, kena fikir berkali-kali.

Jadi takut tak sudah-sudah.

Takut bawa penyakit. Takut dijangkiti. Takut kena kompaun. Takut kena fitnah. 

Buat itu, buat ini, semua kena fitnah. Fitnah belaka sekarang ini.

Kawan,

Jaga bekal kita bermula saat ini.

*Gunakan masa lockdown ini untuk renung dan baiki diri*

Persiapkan amal untuk PULANG.

Kena sayang diri sendiri.

Jasad yang Allah pinjamkan ini, suatu saat akan dikebumi.

Sebesar apapun sayang orang pada kita, mereka tetap akan tinggalkan. 

Anak, suami, isteri, ibu, ayah, saudara bahkan kawan-kawan..semuanya pulang.

Tinggal kita nak hadap sorang-sorang.

Alam kubur ini, boleh jadi macam-macam.

Soal jawab Munkar dan Nakir berbeza mengikut amalan kita ketika di dunia.

Ada orang, saat ditanya siapakah Tuhan kamu lalu dijawabnya Allah Tuhanku. 

Maka, keadaan kuburnya terus berubah menjadi sebahagian daripada taman-taman syurga. Indah dan bertuah.

Ada orang pula, ditanya satu demi satu soalan. Lepas satu, satu. Kemudian, ditanya lagi. Terpaksa melalui proses yang amat panjang.

Syukur juga kalau boleh lepas.

Paling bimbang, andai di waktu itu kita langsung tak mampu nak mengaku Allah sebagai Tuhan. 

Biarpun ketika di dunia ini, berkali-kali kita ulang dengar dan sebut nama-Nya. 

Ya, boleh jadi juga andai hati dan lisan tidak seiring. Apatah lagi perbuatan.


Kawan,

Pelajari ilmu akhir zaman. Banyakkan juga ilmu akhirat. Belajar ambil tahu. Sediakan bekalan siap-siap.

Nak melalui akhir zaman yang semakin mencabar ini, Nabi sudahpun pesan. Amalkan 10 ayat awal dan 10 ayat akhir Surah Al-Kahfi. Jangan tinggal biarpun sehari.

Mana yang belum mula, boleh mulakan. Mana yang sudah mula baca, cuba pula untuk hafal.

Kerana, akan tiba saatnya nanti, Al-Quran hanya sekadar kitab kosong tanpa tulisan.

Fitnah di mana-mana, kawan.

Jaga diri. Jaga keluarga dan orang tersayang.

Jaga Allah, Allah jaga kita.

Dunia, hingga syurga.❤

Korban dunia

Assalamu’alaikum Wbkth

💌*Nasehat Untuk yang ingin Berqurban*

Jangan sampai enggan berqurban karana takut harta berkurangan. 

Jangan sampai enggan berqurban kerana kuatir akan kurang modal untuk perniagaan.

Jangan sampai enggan berqurban kerana risau tidak mampu menampung keluarga.

Justru dengan berqurban harta semakin berkah, usaha semakin mudah, segala kesulitan terangkat, lebih-lebih lagi kesukaran di akhirat.

Juga terbukti, berqurban dan bersedekah tidak pernah menjadikan orang itu miskin.

Atau ada yang pernah lihat ada orang yang jatuh papa dan miskin gara2 buat qurban?

Justeru orang yang lokek dengan hartanya akan merugikan dan mungkin boleh jatuh miskin.


🗒  *Noted:* `Tetap tenang semuanya ikhlas meraih redha Allah.```

Ingatlah apa yang Allah janjikan,

_“Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia-lah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.”_
*(QS. Saba’: 39).*

Ingat sabda Baginda Rasulullah...

_“Sedekah tidaklah mengurangkan harta.”_
*(HR. Muslim No: 2558)*

Hanya Allah yang memberi taufik dan hidayahnya…. 

Sumber:
🖊  Ustadz Razali Nasir Al Hafiz.