Thursday, June 2, 2011

Menyambut Rejab

SELAMAT DATANG KE 
Program khas menyambut 
1 Rejab 1432H  
 Surau Al Mustaqim(SAM)

1. KHAMIS 2/6/2011
Majlis berbuka puasa bersama pelajar tahfiz bermula jam 6.30 ptg( yasin  dan tahlil)
2. JUMAAT 3/6/2011
Qiyamullail Perdana pimpinan Ustaz Sayuti dan Ustaz Zuhair bermula jam 3 pagi
Tazkirah Subuh oleh Dato Khalid  Md Isa
Ceramah Khas selepas  Maghrib "Kelebihan Rejab" oleh Ustaz Ahmad Izzad Mohd Shauki

ANDA adalah dijemput dan kehadiran ANDA dialu-alukan
Semuga REJAB yang disambut dengan ilmu  dan ada qualiti sepanjang tempuh menghampiri RAMADAN
Wallahuaklam.
Semuga ALLAH mempermudahkan urusan kita dan berniatlah untuk kebaikan. Jom pakat pi noo

expired on 3/6/2011

6 comments:

ahmad humairi said...

Ahlan wasahlan,

rejab, syaaban, ramadhan, syawal...maaf zahir dan batin.

Rozali said...

Assalamualaikum Ain

moga ibadah kita diterima oleh Allah

Wassalam

ainhany said...

salam cikgu,

Subhanallah..
bulan2 ibdah dah bermula...
maaf dzahir bathin

ainhany said...

waalaikumusalam THR,

InsyaALLAH
Sama perhebatkan amalan untuk hari mendatang. Muga Amalan konsistant..

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan Haram di dalam Islam.
Umat Islam dilarang berperang dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diancam atau musuh melanggar perjanjian teguh.
Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (QS At-Taubah: 36)

Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.
Dari segi penetapan hukum, Bulan Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam adalah berturutan cuma bulan Rejab sahaja yg terpisah , diselangi oleh Syaaban,Ramadhan dan Syawal. Jadi semasa zaman Rasulullah saw, orang2 kafir telah menggunakan kesempatan pemisahan jarak diantara bulan Rejab dan Zulkaedah untuk menyesuaikan bulan2 yang diharamkan berperang. Maksudnya, adakala mrk mengambil bulan Syaaban atau bulan Ramadhan sebagai bulan haram menggantikan bulan Rejab ! Sebab itu, mengubahsuaikan bulan2 tersebut menambahkan kekufuran atau melanggat batas Allah. Surah AtTaubah:37إِنَّمَا ٱلنَّسِىٓءُ زِيَادَةٌ۬ فِى ٱلۡڪُفۡرِ‌ۖ يُضَلُّ بِهِ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ يُحِلُّونَهُ ۥ عَامً۬ا وَيُحَرِّمُونَهُ ۥ عَامً۬ا لِّيُوَاطِـُٔواْ عِدَّةَ مَا حَرَّمَ ٱللَّهُ فَيُحِلُّواْ مَا حَرَّمَ ٱللَّهُ‌ۚ Sesungguhnya perbuatan mengundurkan (kehormatan itu dari satu bulan ke satu bulan yang lain) adalah menambah kekufuran yang menjadikan orang-orang kafir itu tersesat kerananya. Mereka menghalalkannya pada satu tahun dan mengharamkannya pada tahun yang lain, supaya mereka dapat menyesuaikan bilangan (bulan-bulan yang empat) yang telah diharamkan Allah (berperang di dalamnya); dengan itu mereka menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah.
Begitulah manusia sekarang, mereka mengubahsuai hukum Islam dari segi muamalat, munakahat, siasah dsb dlm sistem demokrasi, kapitalis, pragmatis. Tidakkah mereka yang terdiri dari ilmuan boleh fikirkan kesan membuat kajian `master` dan `PhD` sehingga mengubahsuai apa yang telah ditetapkan oleh Islam dan diapplikasikannya! Mereka menggunakan juga hujah dan dalil dlm pengubahsuaian tersebut. Subhanallah.

ainhany said...

Waalaikumusalam wbkth ustazh,

Subhanallah..satu tesis yang menarik..menyelongkar rahsia disebalik bulan2 haram. Terima kasih berkongsi info ini. Takutlah kita degn balasan ALLAH kerana terlalu bnyak pengubahsuaian hukum dibuat ..Semuga ALLAH ampuni kita dan selamatkan kita...
Wallahuaklam