Laporan 2 :
Program Solat Sunat Tssbih dan Khatam AQ Muslimat Angkasapuri, RTM
Tarikh: 5/6/2018 –
Selasa.
Masa: 9 pagi- 1230 tengahari
Tempat: Ruang Utama Solat, Masjid Muhammadi, Angkasapuri, KL
__________________________________________________________________
Dengan bertemakan ‘ Semarakkan Ramadan 1439H’ satu program
Solat Sunat Tasbih dan Khatam Al Quran Muslimat Angkasapuri telah diadakan. Program
anjuran PUSPANITA dengan kerjasama Masjid Muhammadi adalah antara aktiviti yang
telah disusun sempena mengimarahkan Ramadan kali ini.
Penyertaan program ini
terbuka kepada muslimat Angkasapuri. Seramai 80 orang peserta (termasuk tetamu ) telah
turut serta yang terdiri dari kakitangan RTM, IPPTAR, ahli dan bukan ahli
PUSPANITA RTM. Turut hadir adalah isteri Pengerusi Masjid Muhammadi iaitu Datin
Radziah. Pembimbing keseluruhan program ini
ialah Ustazah Nourul Iman binti Sheikh
Nia’mat, seorang pendakwah bebas, ahli panel program Tanyalah Ustazah Tv9 dan
program Fiqh wanita TV3.
Para peserta bukan sahaja dapat mempraktikkan solat tasbih
secara berjamaah tetapi juga ukhuwah sesama mereka juga dapat dipupuk. Bagi
yang biasa menunaikan solat tasbih ini mungkin tidak menjadi halangan tetapi
bagi yang pertama kali mengerjakannya, ia memerlukan bimbingan dan ilmu. Solat
tasbih diajarkan oleh Rasullullah s.a.w kepada Saidina Abbas bin Muthalib. Sabdanya “ Jika kamu mampu solat tasbih setiap hari, maka lakukanlah, jika tak
mampu maka lakukanlah setiap hari jumaat atau sebulan sekali atau setahun
sekali atau seumur hidup sekali” (Hadis riwayat Abu Daud dan ibnu Majah)
| Munajat bersama |
Usai solat tasbih, tazkirah ringkas disampaikan oleh Ustazah
Nourul Iman dengan kupasan hadis berkaitan mudahnya wanita masuk syurga.
Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud “Apabila
seseorang wanita melakukan solat lima waktu, puasa di Ramadan, memelihara
maruah dan taat kepada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang kamu
kehendaki”. Mudahnya seseorang
wanita masuk ke syurga berbanding lelaki apabila wanita itu mematuhi apa yang
telah ditetapkan dalam agama islam.
Sama-samalah kita berazam untuk masuk syurga dan bermuhasabah.
Kemuncak pengisian ialah program Khatam Al Quran. Ini
merupakan pelengkap kepada program tadarus Al Quran yang telah diadakan pada 31
julai 2018 yanglepas. Majlis Khatam AL Quran mempunyai banyak kelebihan dan
digalakkan menyertainya. Dalam majlis ini kita dapat bersama-sama berdoa
mengharapkan Al Quran menjadi sahabat kita di dunia dan akhirat. Menemani dan
menerangi di alam kubur, menjadi pembela dan saksi di hari masyar juga
menjadi asas tindakan harian kita. Orang yang berpegang kepada Al Quran akan
dipelihara oleh Allah. Doa yang diaminkan juga sangat relevan dengan
kehidupan semasa kita.
Sebelum mengakhiri program, penyerahan sumbangan duit raya
kepada anak-anak yatim dan kelainan upaya diadakan. Pihak urusetia telah
mengenal pasti 17 orang anak yatim dan 7 orang anak kelainan upaya di kalangan
staff RTM untuk menerima sumbangan tersebut.
(Senarai lengkap disertakan). Sumber kewangan ini diperolehi daripada
sumbangan individu seperti Dato Ketua Pengarah Penyiaran, Puan Norliza Ali, Puan Norehan, Kelab Sukan
dan Rekreasi RTM dan lain-lain. Turut
menerima sumbangan cenderamata ialah 63 peserta tadarus yang diwakili ketua
kumpulan masing-masing . Terpancar keceriaan di wajah semua penerima.
Majlis berakhir pada jam 12.30 tengahari. Para peserta
diberikan slip kehadiran oleh urusetia. Diucapkan terima kasih kepada semua
yang telah menjayakan program ini. Keseluruhannya program ini berjalan dengan
lancar dan mendapat kerjasama semua peserta.



