Thursday, December 29, 2011

Ambang 2012 : ayuh semarakan!!

Semuga ALLAH mnggerakkan hati2 kita mencintaiiii...majlis ilmu dan program seumpamanya..
Kepada yang berkesempatan berada di sekitar kota raya KUALA LUMPUR dan SHAH ALAM : === Anda  adalah tetamu dan diundang menghadirinya... Ayuh bawakan seisi family kita sambit tahun baru cara ISLAM..
Antara program yang disusun di Masjid Negara mulai 31 dis -1 jan 2012.
Saya warwarkan hebahan ini di sini...Ayuh :


PROGRAM GEM's dan Mahabbah di SHAH ALAM dan seputar dengannya>>>>>
LANTUNAN MAHABBAH DI MASJID NEGERI SELANGOR

Dataran KEmerdekaan Shah ALAM
juga  ISLAM itu INDAH di masjid assyakirin, KLCC
 poster: ???
SAYA perhatikan semalam, banner sedang di pasang di masjid tersebut...sebelum terlewat saya warwarkan juga,,,ade program tersendiri di masjid ini tak kurang hebatnya....saya alu-alukan pencarian maya untuk kita kongsikan..yang baik dari ALLAH jua datangnya..

pilihan?? terletak pada diri: tanya pada diri....apa jawab diri...mudahan sebelum penutup tahun baru, kita sama2 iktikad dan azam menjadi lebih baik dan berusaha lebih baik dan memulai dengan yang terbaik sempena AMBANG 2012. Untuk itu sama-sama kita hebahkan dan menjadikan ia satu destinasi mencintai ALLAH dalam menyambut tahun baru masihi yang ada......

Sabelum pulang ke kg, saya juga berazam akan mengikuti salah satu dari program yang dianjurkan..Mendapatkan emak juga satu pahala, mencari ilmu juga mengejar pahala..samalah kita menjadi dan termasuk kalangan yang tamakan pahala...Doakan kebaikan untuk ummah...

Monday, December 26, 2011

Karnival mahabbah di Masjid Wilayah


Jom ramai-ramai  ke Masjid Wilayah

Sumber ini petikan dari BERNAMA :
Sempena acara kemuncak Sambutan Ulangtahun ke-10 IKIMfm, dengan bertemakan “Sedekad Mendidik Menghibur Jiwa”, Radio IKIMfm akan meneruskan penganjuran Karnival Mahabbah IKIMfm dan Konsert Malam Apresiasi IKIMfm sebagai tanda terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pendengar setia IKIMfm.

Karnival Mahabbah IKIMfm akan diadakan selama 2 hari iaitu pada 31 Disember 2011 dari jam 10.00 pagi – 10.00 malam dan 1 Januari 2012, dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang di perkarangan, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Karnival Mahabbah IKIMfm ini akan diisi dengan program yang sesuai untuk seisi keluarga. Program akan bermula dengan “Dari Konti Ke Pentas” . Tiga program IKIMfm yang akan dipentaskan iaitu :

i. “ISLAM ITU INDAH” bersama Y.Bhg Prof. Dr. Muhaya Muhammad
ii. “ISLAM AGAMAKU” bersama Saudara Baru
iii. “NASYID ON STAGE” – persembahan nasyid

Lima program kerohanian turut diatur :

i. Daurah bersama Sheikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki, Penasihat Yayasan As-Sofa;
ii. Pameran Khazanah Nusantara
iii. Qiamullail berimamkan Imam Masjid Shah Alam
iv. Zikir Munajat dan Burdah
v.Kuliah Subuh “Rumahku Syurgaku”

Harapan agar Karnival Mahabbah IKIMfm ini akan menjadi platform orang ramai menimba ilmu di samping berriadhah dan berhibur.

Sementara itu, “Konsert Malam Apresiasi IKIMfm” yang akan diadakan pada 31 Disember 2011, pada jam 9.00 malam hingga 11.00 malam di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah persekutuan. Diharapkan ianya mampu memberi ruang untuk orang ramai menghayati hiburan yang mendidik jiwa. Inilah harapan IKIMfm dalam memberi alternatif terbaik untuk orang ramai menyambut tahun baharu secara Islami.

Antara artis dan tokoh yang akan membuat persembahan ialah Kumpulan Saujana, Inteam, Mohram, Hafiz Hamidun, UNIC, Rahmat Ekamatra, Voices of Ummi, Ustaz Zul Ramli Razali dan Prof Madya Dr. Lim Swee Tin.

IKIMfm dengan kerjasama Masjid Wilayah Persekutuan, Dewan Pemuda Masjid, Darul Muhibbin, SF Events sukacitanya menjemput semua peringkat masyarakat dari golongan kanak-kanak, remaja dan ibu bapa memeriahkan dua acara bersejarah ini.

Kami berharap agar IKIMfm terus menjadi “Pilihan Utama Anda” dalam mencari ilmu pengetahuan, mendapatkan maklumat berguna dan berhibur untuk mendidik jiwa.

IKIMfm akan menyiarkan Siaran Langsung Konsert Malam Apresiasi IKIMfm pada 31 Disember 2011 bermula jam 9.00 malam.

LINK : INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM)


Thursday, December 22, 2011

Tahniah PMR dan UPSR

Keputusan PMR 2011 keluar hari ini.. Kejayaan demi kejayaan dikongsikan....Tahniah KPM yang terus berjaya meningkatkan prestasi dan keputusannya kali ini. Rasanya selama saya masih bersma KPM dulu, result peperiksaaan tak pernah menjunam..Yang dinobatkan pencapaian dan pertambahan...Ini menunjukan KPI KPM sentiasa menepati pencapain> Alhamdulilah

Dengan penuh takzim, saya ucapkan tahniah kepada/adik2 yang telah berjaya dalam PMR2011. Teruskan kegemilangan duhai anak2 generasiku..nekad dan capailah awan...biar setinggi manapun cita-cita jika disusuri degn usaha pasti menempa kejayaan. Pencapaian hari ini harus dibuktikan dengan peperiksaan yang lebih besar lagi kelak....SPM  2013 menanti. InsyaALLAH BOLEH. Binalah sahsiah dan jati diri muslim mukmin. Mudahan ALLAH memperkenankan, genarasi ku adalah yang bijak bistari, mulia akhlaknya dan  mnghormati dan mnghargai jasa2 ibu ayah dan guru2 dan semua yang menyumbang ke arah ke'beradaban' mereka.


Berdiri megah
Mohon doa dan restu tok...
Buat AHMAD HUSAINI, Alhamdulillah dan Tahniah atas kejayaannmu. Satu pencapaian terbaik dalam family dan hadiah buat ayah, ibu , tok, dan guru2..Alhamdulilah. kegembiraan ini bukan sahaja dikongsikan oleh ibu ayahnyanya yang memaklumkan kepada saya sebaik mengetahuinya, tetapi juga ibu saudara, juga sepupu-sepapat mereka..... Syukurlah sekurangnya kita berkongsi gumbira kejayaan anak-anak saudara kita...Kelak menjadi contoh teladan kepada adik2 dan sepupu2 yang bakal menjejakinya.

menjadi teladan buat adik2...
 Tahniah  Ahmad, kejayaan 9A' bagaikan satu 'kejutan '. ALLAH telah memberikan anugerah ini sebagai hadiah ats usaha, dan kerajinan yang telah dibuat. Teuskan menempa sejarah dan mengkagumkan nama sekolah . Terima kasih daun keladi buat guru-guru yang telah turut memberikan komitmen dan mendoakan kejayaan Ahamd. Terima kasih SMKA An Nadzoh. Teruslah mendidik anak2 saudaraku muga mnjadi anak2 soleh dan memiliki akhlak terouji... hanya di sini segalanya bermula..

Tidak dilupakan juga, sempena keputusan UPSR tempuhari, cucu saudara saya juga telah menempa kejayaan terbaik dalam ketegori cucu. Ini menunjukan  tahap ketuaan saya...telah memiliki 53 anaksaudara dan 19 cucu ( satu lagi bakal hadir penghujung dis ni). Sekali lagi Tokchu ucapkan TAHNIAH dan SYUKUR kepada  ANIS AMIRA atas kejayaan memperolehi 5A's dalam UPSR 2011. InsyaALLAH Amira akan meneruskan ilmu di peringkat sekolah menengah.  Terima kasih SKPendang yang telah mencorakan kejayaan buat generasi kami ini. Halalkan ilmu  duhai guru2 yang telah menyumbang kejayaannya. Teruskan menjadi kakak yang hebat dan contoh terbaik buat adik2 dan cucu2 tokchu yang ada...InsyaALLAH Amira adalah kakak yang hebat ..mudah membantu dan suka membaca. Mudahan satu hari nanti Amira bakal membela dan membalas penngorbanan  ibu ayah yang telah menyokongmu dari dulu dan selamanya. Mudahan cucu ku ini memperolehi tempat di sekolah-sekolah terpilih...asrama penuh atau pun mrsm pendang( kan mudah)

Kepada anak saudaraku NUR SYUHAIDA, MOHAMAD IRFAN walaupun tak memperolehi dengan cemerlang dalam UPSR, PMR kali ini....anggaplah ini adalah satu step untuk terus mngejar kejayaan. .. Menjadikan contoh dan kejayaan yang telah dicorakan oleh sepupu2...insyaALLAH satu hari nnti nur, dan irfan  juga berjaya.  Jangan gagal sebelum usaha dan jadikan semalam sebagai satu cabaran.

Kepada semua ibu bapa yang telah berusaha memberikan semangat, doa dan harapan yang tinggi kepada anak-anak syabas saya ucapkan. Inilah yang amat didamba anak2...perhatian, kasih sayang dan contoh terbaik bermula di rumah. Mudahan cetakan seterusnya adalah generasi yang mncintai ALLAH, mencontohi rasulullah  dan menghormati ibu ayah dan berakhlak mulia. Tahniah juga buat kak Zakie, Kak ina dan Kak Robizan atas kejayaan anak2 . Ucu bangga kejayaan anak2 semua dan muga ALLAH pelihara kita dan hubungan ukhuwah yang ada. ( Mewahkan ucu ada ramai anak2 saudara.....alhamdulilah)

Wednesday, December 21, 2011

kisah d'Vaku

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
2011, makin menghampiri penamatnya. Kalendar baru akan bertukar tangan menandakan akan meningkatlah usia dunia , usia umur  juga segala benda baharu di dunia ini. Kita penghuni dan penyemarak dunia akan terus dimamah zaman.. Akhir-akhir ini ,diri blog KK seakan sepi..Pemiliknya masih di sini cuma masa bagai menghakis idea yang terperam. Maklumlah SKT perlu diberesi, borang option SPBA perlu dikembalikan.. ....

Semalam menemani  D'va, teman setiaku ke PS. Untuk di servis ke sekian kalinya..Mengikut jangkaan biasa,ia hanya mengambil masa kurang lebih 2 jam sahaja tetapi ade sesuatu yang istimewa hendak saya kongsikan...

Tertarik pulak dengan tawaran hujung tahunnya10% untuk set timing belt. Kebetulannya bacaan mililage telah melewati 700000km yakni masa yng sesuai untuk digantikan. Saya pun mengambil peluang hujung tahun ini. Maklumlah 'jahil' ilmu permotoran ini.  Pada kiraan awal dibuat, saya ada meminta diskaun ( ini strategi ilmu pak abu/irfan khairi) dan mungkin ada 'ong', service advisor(SA) tu berkenan memberikan diskaun. Saya senyum dan berpesan dengannya, buat elok2 dan kasi yang terbaik...tiptop tau.!

Walaupun secara tabienya, hanya satu saja  dari timing belt tersebut telah keras dan boleh dipatahkan namun atas nasihat SA saya bersetuju menukarkan semuanya..Katanya original dari kilang..terjamin. Wallahuaklam. Ini hanyalah gula2 dalam bisnes..:)

Tunggu punya tunggu, akhbar metro sempat dikhatamkan, majalah mastika dapat diakhiri juga novel kawin-kawin( karya allahyarham azizi abdullah) berakhir dengan kesudahannya Malang(watak pemuda yang galak ingin berkahwin dengan janda secara mutaah sedangkan secara teorinya telah bertemu jodoh dengan seorang yang tinggi agamanya namun gagal memenuhi syarat maskahwin-menulis semula AQ  ) telah menjadi gila isim gara-gara beramal tanpa ilmu dan  niat kerana ALLAH. Syukur alhamdulillah masa yang ada digunakan sebaiknya.Rupa-rupanya setengah hari saya di pusat servis ini. Apa nak dikata..jangkaan telah meleset dan saya perlu terima fakta dari SA ni, bahawa untuk menukarkan timing belt, aligment balancing dan rutine service ia memerlukan masa dan kos upah pun agak tinggi...aduuuhhh...

Semasa saya membuat pembayaran, pegawai akaun telah memberi diskaun RM2.80. Memadailah saya katakan terima kasih dan dengan senyum saya mengambil baki yang ada. Tanya juga kot2 ade kalendar 2012 tapi hampa rupanya.....apa nak dirayu lagi..orang berbudi kita berbahasa jer lah.  Kebetulan pulak ketika itu beberapa  orang mekanik berada berhampiran sementara menunggu waktu tamat bekerja yang hanya berbaki 15 minit sahaja lagi.  Kebetulan, sebelum sampai ke pintu, saya terserempak dengan SA tadi.. Saya ucapkan terima kasih dan hepy new year dan secara selorah saya ungkit tentang diskaunnya.  Subhanallah, dia ajak saya berbincang depan kerani akaun tadi (dengan resit yang telah dicatatkan)dan memutuskan diskaun diberikan seperti dijanjikannya. Subhanallah..inilah satu ketentuan ilahi. Hanya ALLAH yang tahu hikmahnya dan rezeki saya hari ini.  Secara keseluruhannya saya dikembalikan rm17.80 (termasuk rm2.80 sebelumnya). Jumlah itu mungkin biasa jika berlaku di workshop biasa tetapi bila kejadian ini berlaku di perodua servis, saya benar-benar macam tak percaya tapi dah benar-benar berlaku. Terima kasih kepada SA,Mr Kong yang telah melayan dengan berhemah serta mengotakan janjinya.

Untuk rekod  juga, sebelum itu saya telah  memberikan "tips" kepada orang yang telah memberikan perkhidmatannya dengan baik. Amalan yang diterjemahkan daripada perkongsian ilmu bersama Prof Muhaya baru-baru ini. Sebelum dihantar ke Pusat Servis, D'va singgah untuk dimandikan di sebuah car wash. Saya berpuas hati dengan cara dandanannya dan telah menghulurkan  wang lebih daripada sepatutnya. Terima kasih Prof Dr  yang berkongsi amalannya dan menghargai  kehidupan. Yang baik kita amalkan bersama.    

Moralnya, Apa yang kita beri, itulah milik kita, dan apa yang ada ditangan kita belum tentu milik kita. Sama-samalah kita mensyukuri dan berazam membuat kebaikan. Semuga ALLAh mncatatkan amalan kanan melebihi dari kiri. InsyaALLAH. Sekiranya kita berpeluang, gunakan budi bahasa dan mintalah diskaun ketika membuat servis.  Apa kata sesekali kita kongsikan keuntungan mereka. Saya sendiri sukar meramal sampai bila saya harus bergantung kepada perodua servis sedangkan banyak workshop boleh disapa. Jika dibandingkan memang kos perkhidmatan nya agak tinggi tetapi saya harus menerima hakikat saya masih 'jahil' dan baru mengenal isi perut kereta. Mau tak mahu kena juga tahu...dan pengalaman ini saya kongsikan.

TERIMA KASIH ALLAH yang telah mengamanahkan  myD"VA untukku manfaatkan, muga diva mmpu mmbawaku ke taman2 syurgamu dan mempermudahkan segala urusan ku. Amin

Karnival Ilmu : 24,25,26 Dis 2011


TERUSKAN PERMUAFAKATAN DEMI GENERASI SALIH WA MUSLIH
SEMUA DIJEMPUT HADIR, DIDATANGKAN KHAS UNTUK ANDA.
 ANTARA MENARIK :-
SLOT REMAJA MITHALI bersama USTAZ DON DANIEL

SLOT QALBUN SALIM bersama USTAZ ROSLAN MOHAMED dan USTAZ DR. ZAHARUDDIN ABD RAHMANSLOT PEDULI UMMAH bersama PROF MADYA DR. HAFIDZI MOHD NOOR, IR HJ ZAIRULSHAHFUDDIN ZAINAL ABIDIN dan HJ NICHOLAS SYLVESTER MUHAMMAD ABDULLAH
DAN....
BANYAK LAGI SLOT-SLOT MENARIK UNTUK SANTAPAN JIWA KITA...
BERSAMA-SAMA KITA MERIAHKAN KARNIVAL AL AMIN 2011.
 UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS, SILA KLIK GAMBAR
 
SUMBER : AL  AMIN 

Subhanallah...indahnya hidup..Semuga ALLAH mmberi kesempatan dan peluang untuk kita hadir di majlis ilmu ini...Satu sebaran  dan perkongsian ilmu yang terbaik di penghujung 2011 ini.
Jangan lepas peluang.....

Word less Wednesday # 11






Lokasi : MENARA ALOR SETAR

  SUBHANALLAH....
sebelum terbenamnya mentari....

YA ALLAH Berkatilah negeriku dan rakyatnya


credit to : mss samsung galaxsi (yati), dikfa, dikda

Sunday, December 18, 2011

Fakta Tentang Wuduk

N3 ini dari email seorang hamba Allah yang bernama AAK. Semuga sama-sama kita kongsi bersama.

Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan.

Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki.


Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini ia menemui hikmah di sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah ia mencadangkan agar wudhuk bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan.

Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya.

Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan mengganti nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.

Ulama Fekah juga menjelaskan hikmah wudhu sebagai bahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Anggota badan yang dibasuh dalam air wudhu, seperti tangan, kawasan muka termasuk mulut, dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran. Kerana itu, wajar kalau anggota badan itu yang harus dibasuh.

Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wudhu dengan menjelaskan bahawa anggota badan yang dibasuh air wudhu memang daerah yang paling sering berdosa. Kita tidak tahu apa yang pernah diraba, dipegang, dan dilakukan tangan kita.

Banyak pancaindera tersimpul di bahagian muka.

Berapa orang yang jadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali berbohong, memaki, dan membicarakan aib orang lain. Apa saja yang dimakan dan diminum. Apa saja yang baru diintip mata ini, apa yang didengar oleh telinga ini, dan apa saja yang baru dicium hidung ini? Ke mana sahaja kaki ini berjalan setiap hari?

Tegasnya, anggota badan yang dibasuh dalam wudhu ialah anggota yang paling berisiko untuk melakukan dosa.

Organ tubuh yang menjadi anggota wudhu disebutkan dalam ayat Al-Maidah :Ayat 6, adalah wajah, tangan sehingga siku, dan kaki sehingga hujung kaki.

Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wudhu mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan, dan kakinya, sehingga yang berkaitan bersih dari dosa.

Kalangan ulama melarang mengeringkan air wudhuk dengan kain kerana dalam redaksi hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari air wudhu itu (ma'a akhir qathr al-ma').

Wudhu dalam Islam masuk di dalam Bab al-Thaharah (penyucian rohani), seperti halnya tayammum, syarth, dan mandi junub. Tidak disebutkan Bab al-Nadhafah (pembersihan secara fisik). Rasulullah SAW selalu berusaha mempertahankan keabsahan wudhunya.

Yang paling penting dari wudhu ialah kekuatan simboliknya, yakni memberikan rasa percaya diri sebagai orang yang ‘bersih' dan setiap waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada Tuhan, seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran.

Wudhu sendiri akan menghalang diri untuk menghindari apa yang secara spiritual merosak citra wudhu. Dosa dan kemaksiatan berkontradiksi dengan wudhu.

Wassalam
SUMBER : SINI

Thursday, December 15, 2011

jangan ambil remeh

Berhati-hatilah tika melintas dihadapan orang yng sedang solat.
 
لو يَعْلَمُ الْمَارُّ بين يَدَيْ الْمُصَلِّي مَاذَا عليه لَكَانَ أَنْ يَقِفَ أَرْبَعِينَ خَيْرًا له من أَنْ يَمُرَّ بين يَدَيْهِ قال أبو النَّضْرِ لَا أَدْرِي أَقَالَ أَرْبَعِينَ يَوْمًا أو شَهْرًا أو سَنَةً
Ertinya : Sekiranya seorang yang melalui di hadapan orang yang sedang bersolat ini mengetahui apa jenis dosanya (lalu di hadapan orang solat) nescaya untuk berhenti menunggu empat puluh lebih baik dari lalu di hadapan orang solat ini, berkata perwai : aku tidak tahu samada Nabi menyebut EMPAT PULUH hari atau bulan atau tahun" ( Riwayat Al-Bukhari) [1]
Dan sebuah lagi hadis menunjukkan besarnya dosa lalu dihadapan orang solat :-
إذا صلى أحدكم إلى شَيْءٍ يَسْتُرُهُ من الناس فَأَرَادَ أَحَدٌ أَنْ يَجْتَازَ بين يَدَيْهِ فَلْيَدْفَعْهُ فَإِنْ أَبَى فَلْيُقَاتِلْهُ فَإِنَّمَا هو شَيْطَانٌ
Ertinya : Apabila seorang kamu sedang solat dan mempunyai sutrah menghalangnya, dan jika tiba-tiba ada orang yang ingin mencerobohi hadapannya maka hendaklah ingin menegahnya, jika ia (yang ingin menyeberang) enggan berhenti, hendaklah kamu bersungguh menghalangnya kerana ia adalah Syaitan" ( Riwayat Al-Bukhari) [2]

Wednesday, December 14, 2011

Word less Wednesday # 10

 



 Mendayung Bahagia....
Aksi anak-anak saudaraku di Galeri Pengangkutan Air, Pekan, Pahang

Sunday, December 11, 2011

syukur..nikmatnya mencerap

Gerhana Bulan penuh dah pun berlalu....sempatkah lagi diri kita menyaksikannya lagi. Gerhana dan fenomena alam ini bukanlah satu dogengan ,walaupun pelbagai ragam dan perangai kaum terdahulu menyambut kedatangannya. Seputar dicerapan bulan adalah pengalaman saya ketika menyaksikannya di masjid negara pada jun yang lalu.

Dulu ketika saya masih kecil, di bulan penuh bercahaya ini,  saya dan kakak  mengambil kesempatan  menggoncang dan  memukul2 pokok nangka yang kununnya akan lebih memjadi buahnya kelak. Saat itu, emak yang menemani kami di luar akan menyapu sampah dedaun yang gugur sambil mengumpul dan membakarkannya.  Sementara ayah yang pulang dari masjid juga akan turut serta memerhati keriangan anak-anaknya. Riangnya saat ini, satu keluarga berhimpun di luar rumah sambil memerhati bulan dan menghayati kesejukan malam. Keriangan waktu kanak-kanak masih terasa ...walaupun dah lama berlalu...Apabila penat kami masuk ke rumah dan tidur. Berakhirlah makna gerhana apabila malam melabuhkan  tirainya. betapa jahilnya...

Namun kini, gerhana yang berlalu akan diiringi dengan  berdoa, takbir, sedekah dan sujud padaNYA. Fenomena gerhana ini perlulah dilihat secara ilmiah bagaimana ALLAH menjadikannya berputar dan mengikut orbitnya dan sampai saatnya akan berlaku bayangan di antara bulan, matahari dan bumi.. Ia menunjukkan salah satu daripada kekuasaan Allah s.w.t. kepada hambaNya dengan pengertian yang sangat besar dari segi iman dan juga sains. Peristiwa gerhana bulan ini juga telah berlaku pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.

Kali ini, saya meraikan gerhana bulan penuh di masjid Shah Alam. Usai magrib, majlis disusuli dengan forum khas tentang gerhana.Dengan gegaran dan kupasan  forum yang menakjubkan  daripada pakar agama dan pakar falak, dapatlah disimpulkan bahawa alam kita ini hanyalah pinjaman dan akan berlaku perubahan. Kajian dan kaji selidik astronomi, pakar sains dan pakar Falak memberikan kita susur galur hubungraya alam ini. Antara yang terkasima di hati ini, bagaimana pakar sains dapat meramalkan akan berlaku gegaran dasyat pada 21 disember 2012.  Secara ironinya, setiap ramalan tentang astronomi ini berlaku seperti yang dijangkakan. Lantas saya menfowardkan kalendar di nokia . Subhanallah hari Jumaat....Apakah ini penanda kiamat?

Cukuplah sekadar satu perkongsian dan  siapalah kita untuk membicaranya secara lanjut . Ambillah iktibar dari persekitaran dan hargailah nikmat yang dipinjamkan ini. Sama2lah kita reset dan refresh system yang ada. Masih belum terlewat untuk bertaubat dan kembali ke pangkuan jalan.

Alhamdulillah, bersama jamaah, kami bersolat gerhana di sini, bertakbir dan bertahmid dan menghayati khutbah yang disampaikan. Terasa syukur, kiranya, ALLAH ambil nyawaku, catatkan diri ini sebagai seorang hamba yang mensyukuriMu dan mematuhiMU. Di dataran masjid, saya menyaksikan  cahaya langit merah batu bata seperti yang dikastakan..  Menanti  sehingga bulan masuk ke penumbra dan umbra ...Tiada lagi bulan kelihatan. Langit tanpa bulan pada mata kasarnya.... Subhanallah. FAKTA :Gerhana Bulan Penuh terjadi apabila bulan dilindungi sepenuhnya oleh bumi. Bulan akan memasuki bahagian umbra bayang Bumi dan tidak ada cahaya matahari yang boleh sampai kepadanya. Ketika bulan penuh, bulan akan menjadi warna merah cerah dan keadaan ini berterusan hampir 107 minit)

Sepanjang perjalanan pulang dinihari itu, saya ditemani dengan sang bulan yang memancarkan cahaya gerhananya di sebalik bayangan atmospefa...Ketika  menyusuri Masjid Negara, masih ramai para pencerap dengan teropong ajaib mereka ( juga teleskop disediaakan oleh Planeterium)> Terasa ingin bersama  tetapi agak sukar memakir kereta pada tika itu. Lantas saya membisikkan pada hati cukuplah diri ini menjadi saksi..Di sebalik ada orang yang alpa dan tak memandang ke atas,  masih ramai yang mengerti hikmat kejadian alam ini. Terima kasih ALLAH  yang telah menunjukan kekuasaanMU bagi orang-orang yang berfikir.

  Terima kasih FOTOdi bawah dikongsikan daripada AMIREZ  : lets pic tell a story



Subhanallah.
YA ALLAH rahmatilah kami dan maafilah kami atas kelalaian kami..

Friday, December 9, 2011

Jom Mencerap lagi 10 disember

Pada 10 Disember 2011 ini, kita akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh sekali lagi. Kali terakhir rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara menyaksikan fenomena gerhana seperti ini ialah pada bulan Jun 2011 lepas. Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak, iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam. Tidak seperti gerhana yang lepas, yang mana ia berlaku lewat tengah malam sehingga ke matahari terbit keesokan paginya, gerhana kali ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai.
Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan, iaitu sekitar jam 8.30 malam
Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh)  pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam.
Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.
Waktu setiap fasa gerhana boleh dirujuk seperti di bawah (kiraan Skymap Pro 8):
Moon enters penumbra:      2011 Dec 10  19:31:37
Moon enters umbra:             2011 Dec 10  20:45:11
Start of totality:                       2011 Dec 10  22:05:29
Maximum eclipse:                2011 Dec 10  22:31:36
End of totality:                        2011 Dec 10  22:57:45
Moon leaves umbra:            2011 Dec 11  00:18:04
Moon leaves penumbra:     2011 Dec 11  01:31:30
Jumlah masa Bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 min 16 saat. 
Waktu di atas merupakan waktu tempatan (Malaysia). Ia adalah sama sahaja jika anda berada di Semenanjung, Sarawak atau Sabah. Cuma yang berbeza ialah ketinggian Bulan di langit. Semakin anda berada ke arah timur Malaysia, semakin tinggi kedudukan Bulan pada satu-satu fasa gerhana itu.


Jika anda terlepas gerhana kali ini, anda terpaksa menunggu sehingga 10 Okt 2014 untuk Gerhana Penuh Bulan yang boleh dilihat dari Malaysia. Itupun anda hanya dapat lihat separuh sahaja, iaitu Bulan sudahpun TAMAT fasa gerhana sepenuhnya ketika ia terbit di waktu Maghrib (di Kuala Lumpur). Gerhana Penuh seterusnya ialah 4 Apr 2015 dan itupun anda dapat lihat separuh sahaja, iaitu Bulan sedang memasuki fasa gerhana penuh ketika ia terbit.
Oleh itu jangan lepaskan peluang menyaksikan KESELURUHAN fasa Gerhana Bulan Penuh pada bulan Disember nanti.
Selamat Mencerap Gerhana!

SUMBER : FALAK
Panduan Solat Gerhana Bulan boleh dirujuk di SINI
(sumber: Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu)


Jangan lupa amiklah peluang yang sama untuk menunaikan SOLAT SUNAT GERHANA BULAN.
Tak perlu susah2...kita sama2 beramal ..kat masjid yang berhampiran: SOLAT sunat jamaah, doa, dan dengarlah kthubah serta beristifar...Mudahan gerhana memberi kebaikan buat semua. Amin

Thursday, December 8, 2011

Mari berdoa

Ya ALLAH, berikan keampunan kepadaku, kedua ibubapaku, dan sekelian orang mukmin pada hari terjadinya hari kiamat.( Surah Ibrahim ayat 41)

Tuesday, December 6, 2011

Word less Wednesday # 9




Demi Bubur Asyura.... apa yang penting : KERJASAMA
Terima kasih mak : Bubur asyura resepi mak memang hebat!!!

Satu perkongsian : Perkara yang sering menjadi adat dikalangan kita ialah memasak BUBUR ASYURAA'. Hal ini disandarkan kepada peristiwa Nabi Allah Nuh as.

Disebutkan dalam kitab Nihayatuz Zain (halaman 196 Syeikh Nawawi Al-Banteni), Kitab Nuzhatul Majalis (halaman 172 Syeikh Abdur Rahman Al-Ushfuri), Kitab Jam'ul Fawaid ( halaman 132 Syeikh Daud Al-Fathoni) bahawasanya ketika mana bahtera Nabi Nuh as berlabuh di bukit Juudi pada hari Asyuraa maka berkatalah baginda kepada umatnya :

"Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih, maka dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila' iaitu kacang ful dan satu genggam kacang Adas dan Ba'ruz dan tepung dan kacang Hinthoh sehingga menjadi tujuh jenis biji bijian yang dimasak"

"Maka berkata Nabi Nuh as : Masaklah sekaliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang".

Maka berdasarkan kisah inilah sebahagian kaum muslimin menjadikan makanan mereka itu daripada biji bijian yang dinamakan BUBUR ASYURAA' (bubur yang dimasak sempena hari kesepuluh dalam bulan Muharam). Dan itulah masakan yang pertama dimasak di atas permukaan bumi setelah berlakunya banjir besar dan taufan yang melanda bumi.
 
Sumber untuk lebih lanjut  :  ALHAZIQ

Monday, December 5, 2011

salam asyura

Salam asyura yang diberkati...
Selamat berpuasa 10 Muharaam buat semua sahabat maya yang disegani.   Sejauh mana sahabat2 telah melaksanakan  tuntutan yang disunatkan sempena hari yang diberkati ini??  InsyaALLAH...tak dapat  tidak kita berusaha melaksanakan dan jika tak berkesempatan berazamlah untuk tahun mendatang.

Saya kongsikan info  yang diambil : mamafami ( tqvm)

1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2
fadhilat
- Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat
- Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah
fadhilat
- Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat
- Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat
- Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat
- Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat
- Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat
- Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'

9. Bercelak
fadhilat
- tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat
- Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat
- Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca
'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .

13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat
- Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa
Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Insya'allah..
Semoga Bermanfaat Dan Dapat Dipanjangkan Kepada Yang Lain-Lain. 

syukur...

Berhenti dari merungut mengeluh menyesal. Tulis apa kita syukur hingga ke hari ini. INsyaAllah esuk akan lebih bahagia.          - Prof Dr  Muhaya-
 

Friday, December 2, 2011

sebelum terlupa...

SALAM HIJRAH 1433H.
Berinjak kita ke tahun baru..mmbuka tirai kalendar permulaan hijrah.. Oleh itu kelebihan Muharam usah dipersiakan. Sama2 kita mempersiapkan diripada  minggu hadapan dengan menunaikan puasa sunat 9 dan 10 Muharam. ( HARI ISNIN DAN SELASA)

Antara Fadhilat Puasa Hari ‘Asyura
Sesungguhnya kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW bagi sesiapa yang mengamalkan puasa sunat ini amatlah besar. Antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu". (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).

Dalam riwayat yang lain pula disebutkan bagaimana Rasulullah SAW begitu mengambil berat dan memberi keutamaan kepada amalan puasa pada hari ‘Asyura ini. Hal ini sebagaimana yang disebut oleh Ibn Abbas bahawa beliau pernah ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura ini, lalu beliau berkata: “Aku tidak pernah ketahui bahawa Rasulullah SAW berpuasa sehari kerana mencari kelebihannya di atas hari-hari yang lain kecuali pada hari ini, dan Baginda tidak berpuasa sebulan kerana mencari kelebihan ke atas bulan-bulan yang lain kecuali bulan ini, iaitu: Ramadhan”. (Riwayat Imam Muslim)



Pendapat sebahagian Ulamak  ialah sunat berpuasa Hari Kesembilan, Hari Kesepuluh dan Hari Kesebelas berdasarkan hadis riwayat Ahmad أي صيام: 9، 10، 11 للحديث: “صوموا يوم عاشوراء وخالفوا اليهود: صوموا قبله يومًا أو بعده يومًا” bermaksud, “Berpuasalah kamu di Hari Asyura dan kamu bezakanlah dengan (amalan) orang-orang Yahudi. Oleh itu berpuasalah sehari sebelumnya dan sehari selepasnya”.
Ringkasnya, yaang paling afdhal ialah berpuasa pada ketiga-tiga hari ke 9, 10 dan 11 Muharram. Jika tidak upaya maka berpuasalah pada hari ke 9 dan 10 Muharram. Jika tidak upaya maka berpuasa sunatlah pada hari ke 10 Muharram.


untuk mengetahui lagi kelebihannya DI SINI

JANGAN LUPA Puasa  tau..
wallahuaklam..
yang baik kita sama2 amal dan sampaikan

Fiesta Buku pun bermula...

Jom sahabat dan semua pembaca tegar atau baru, kami menjemput anda bersama-sama menikmati diskaun buku dari 25% sehingga 70% di perkarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf. Fiesta yang diadakan selama 3 hari ini bermula dari  jam 9 pagi sehingga 6 petang, Jumaat sampai hari Ahad ini.(2-4 Disember2011) Banyak buku terbaru yang akan dijual di fiesta buku ini dan fresh dari kilang. 
          (teks di petik dari KARYA BESTARI) 

Lets this tell a story...
 Bila ingat karangkraf@alaf21, pastinya buku novel yang menjadi bayangan rindu. Novel2nya kini bukan sahaja menjadi santapan minda para remaja, tetapi juga orang dewasa dan anak2 di sekolah rendah. Bicara cinta bukan menjadi topik utama, tetapi cara penyelesaian mengamit ribuan pembaca. Saya akui anak saudara saya telah mula berjinak2 dengan buku novel ini apabila sering melihat ibunya membaca dan membeli koleksi buku-buku novel. Trilogi Cinta contohnya  telah memberi jalan pintas untuknya membandingkan karektor dan aktor yang menghidupkan jalan cerita.  Inilah kelebihan bagi yang suke membaca. Membaca juga dapat menembusi dunia.

Ayuh sama-sama mengambil kesempatan di hujung minggu ini untuk memeriahkan Fiesta yang dianjurkan. Di sini bukan sahaja buku novel menjadi pilihan, tetapi juga buku motivasi, masakan dan agama menjadi santapan dan pilhan. Tanya pada diri, buatlah perancangan budget dan tinjau-tinjaulah pilihan hati. Jika berkenan itulah jodoh di hujung tahun. Dengan diskaun dan insentif diberi menjadi pilihan untuk menikmatinya. Ayuh ajak ramai-ramai dan serbu lagi di FIESTA ini...
(Jangan lupa simpan resit utk pengiraaan akhir tahun untuk mndapat pengecualian incometax 2011)


InsyaALLAH..=saya juga diantara mereka nanti..

Thursday, December 1, 2011

selamat bersunat

sepupu sepapat...aris n shahir
insyaALLAH,  ESOK merupakan hari yang bersejarah dalam hidup anak2 saudara saya. Pejam celik pejam celik dah besaq rupernya...secara sukerela bersedia menjadi seorang 'dewasa'. Tahniah anak2 ku memang berani ..

Mengikut cerita, proses bersunat akan di lakukan di sebuah klinik di Baling. Aris akan ditemani oleh Haziq (Abg Long) ( sepupu sebelah umminya) dan Abg Shahir (sepupu sebelah ayahnya). Ini bermakna meriahlah rumah tok cheir dengan tiga cucu yang akan dilayan. Mengikut perancangan awal hanya Haziq dan Aris sahaja yang akan bersunat. Tetapi memandangkan Shahir juga berminat, maka kini mereka bertiga menjadi teman sakit. Masing-masing berusia 7 dan 8 tahun dan telah bersedia menjadi seorang lelaki sejati. Muga anak2 saudara saya ni dapat kekuatan dan semangat keberaniaan yang jitu daripada sokongan ibu bapa masing-masing.

Semuga ALLAH mempermudahkan urusan mereka dan proses penyembuhan secepat mungkin. MeLayan kerenah si manja yang sakit memerlukan sokongan dan perhatian penjaga. Muga kak ina, maksu juga kakak maksu dapat melayan mereka sebaiknya. insyaALLAH . Untuk ustaz Fuad, kenangilah masa dan tikanya di waktu ayah melayanmu dan kini tibalah masanya dirimu melayan anakmu jua. Bukan mudah tugas ibu bapa....menjaga dan memelihara amanah yang ada... ALLAH jua yeng menganjari segala kebaikan diberi. Amin

TAHNIAH  ARIS  SHAHIR dan HAZIQ

Wednesday, November 30, 2011

Arts BoOk Fair 2011

Cuti sekolah telahpun bermula...pengisian percutian anak-anak perlulah dipenuhi dengan aktiviti yg baik dan menarik. Tahniah dan syabas buat Balai Seni Visual Negara (dulunya dikenali sebagai Balai Seni Lukis Negara) yang menyediakan aktiviti sempena cuti sekolah yang bermula pada 1-15 Disember 2011..

Mula-mula mcm pelik sahaja tentang nama baru BSVN ini (penjenamaan semula ) ini...Namun kini selepas mendapat infonya, saya yakin  visi dan misinya lebih mencabar dalam  memartabatkan harta dan nilai seni negara . Lokasinya terletak berjiranan dengan Istana Budaya, dan Taman Tasek Titiwangsa  juga berhampiran dengan Perpustakaan Negara menyusuri Jalan Tun Razak ke Ampang Park.  Lokasi yang strategik dan amat mudah ditemui. Banting dan banner telah digantung berhampiran dengan lokasi .Ayuh sama-sama kita kesana...
boleh rujuk sini BSVN

JOm sama-sama kita meriahkan Art Book Fair  ini. Antara aktiviti yang direncanakan adalah seperti penulisan seni khat, kupasan buku, melukis bersama...,binding workshop, tayangan filem palestin, permainan jigsaw, bengkel batik, sesi baca buku dll yang berlangsung selama 15 hari bermula esok.,
Sila semak jadual aktiviti di sini..


 This event will be on 1-15 December 2011 at National Visual Art Gallery, (foremoly known as Balai Seni Lukis Negara), No 2 Jalan Temerloh, Off Jalan Tun Razak, 53200 Kuala Lumpur (Nearby Istana Budaya)

oppp....ini bukan iklan berbayar  tetapi satu perkongsian untuk perhatian semua.

Tuesday, November 29, 2011

Word less Wednesday # 8



lokasi kejadian : MUZIUM NEGARA @ 24 Nov 2011

ohh anak...dari mana datangnya keberanian menyentuh dan membelai dengan sang belit ni..? Memegang tanpa rasa geli "geleman" bahkan dipupuk degan rasa kasih sayang....Iinilah antara kejadian yg benar2 berlaku baru-baru ini. Gelagat anak2 saudaraku seketika berkunjung di MN sempena pameran inovasi KPKK.

Ade berani?? 

Friday, November 25, 2011

begini kisahnya

Mana resit belian emas kamu ni naqi...? Betul ke ni emas 916? Dua pertanyaan daripada Tuan Pendaftar Nikah Cerai ( Tn Hj Abd Rahman Ahmad Yusuf) ini menjadikan kami yang berada berhampiran tergejut.  Peliknya kawin sekarang nie, nampaknya syarat nikah dah bertambah.   Bukan sahaja nak pengantin lelaki dan perempuan, wali , ijab dan kabul tetapi juga resit. Walau bagaimanapun dengan diplomasi jugak, tuan pendaftar boleh menerima kecuaian ini selepas menimbang2 ( agak2 berat  emas 916 tu) - dan memperincikan nilai emas tersebut. Syukurlah...urusan scanning telah berjalan lancar. Menurutnya tujuan resit tersebut adalah untuk mengelakkan penyelewengan emas yang dijadikan hantaran perkahwinan. Dalam dunia yg cacamerba, semua pihak haruslah berhati-hati dan bersama2 membenterasnya..
sesi soal jawab: hah gelabah seketika..

Manakala pengantin perempuan pula tertinggal kad pengenalan dan memaksanya menghafal no ic di hadapan imam pendaftar. Dalam kekalutan melaksanakan sesuatu, kekadang kita terlupa sesuatu. Inilah mananya manusia yang seringkali alpa. Semuga ALLAH ampuni kita


Pada  tanggal 19112011, jam 1608, AHMAD NAQIYUDDIN dan AMIRA  selamat diijabqabulkan di hadapan pendaftar nikah di Masjid Amru Abn Al ass. ALHAMDULILAH...sah!! Dengan sekali lafaz, termeterai ikatan pernikahan yang berkuatkuasa serta merta di antara mereka berdua..   Barokallahulakum....
Barakallahu laka wabaaroka 'alaika wa jama'a bainakumaa fii khoir.
[Semoga Allah memberkatimu dan meletakkan keberkatan ke atasmu serta menghimpunkan kedua kamu dalam keberkatan]
"Semoga perkahwinan anak saudaraku ni  kekal sehingga ke akhir hayat dan insyaAllah sampai ke syurga"

Notakaki :
Ahmad Naqiyuddin adalah putera tunggal daripada  empat beradik, anak sulung  abg ke 7.  Seorang anak saudara yang baik dan dilahirkan di KK semasa umi dan ayahnya bertugas di sana.Membesar di Kedah dan bekerja di KL, dan kini bertemu jodoh pulak di sini. Majis pernikahan telah sempurna dilaksanakan di  Masjid Amru Al As,Bandar Baru Sentul. Suasana petang  jumaat yang barokah dan ketenangan seusai ujan bagaikan merestui majlis penyatuan ini. Imam merangkap jurunikah yang peramah memainkan peranannya dengan sebaiknya. Rombongan pihak lelaki di wakili oleh sanak saudara yang berada di sekitar KL sahaja manakala  emak bapa saudaranya lah  merangkap juru andam. Bila lagi pengantin lelaki nak mnja-manja dengan saudara mara kan.. sapu bedak, sarungkan stokin dan pakaikan sampin.... wah-wah  q-deen.

Al kisahnya, Tak banyak yang saya tahu tentang cinta mereka.. Tentang anak saya ini....hmmm pada mulanya pelik jugak sebab dia pernah bercerita , along nie tak de makwe la cu.. Sesekali kami berselorah iye ke along nie ?? betul..kwn2 along dah kata along ni gay ...Nauzubillah...Begitulah dunia bicara anak2 sekarang..Macam2......Syukur. Kini Along Q-deen dah sah mnjadi seorang suami..Tak banyak yang saya tahu tentang menantu baru..cuma yang pastinya cinta mereka berputik di tempat kerja. Syukurlah akhirnya berbuah hingga ke nikah.  Buat anakanda baru saya, Amira, selamat menjadi ahli keluarga kami yag besaq dan semuga pandai menyesuaikan diri dan jadilah isteri sholehah. Mudahan Anakanda Naqiyuddin juga mampu memikul  tanggunjawab sebagai suami, anak, ayah dan ketua keluarga yang membawa hingga ke syurga. Amin

Anak-anakku hayatilah nasihat Rasullulah ini
 
" Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam, bukan
dari kepalanya untuk menjadi atasnya, bukan dari kakinya
untuk menjadi alasnya, malah dari sisinya untuk menjadi teman
hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat
di hatinya untuk dicintai 
SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT :
NAQIYUDIIN DAN AMIRA

Wednesday, November 16, 2011