Showing posts with label mari berselawat. Show all posts
Showing posts with label mari berselawat. Show all posts

Friday, April 29, 2022

Saya dah selawat 1000 kali tapi ..


Ada sahabat Fb kita memberitahu bahawa beliau dah berselawat sehari 1000x tp belum dapat apa yg dihajati.

Jawapannya mudah je:

Sebenarnya Allah beri dia sesuatu yg lebih baik dari apa yg dia mahu iaitu:

1- Allah izinkan dia berselawat 1000x sehari. Tak semua org terpilih utk selawat 1000x sehari.

2- Dia dapat 10,000 rahmat sehari sebab 1 selawat dpt 10 rahmat Allah.

3- Dia diselawat oleh Allah 10,000x sehari

4- Seluruh malaikat doakan dia 1000x sehari

5- Nabi صلى الله عليه وسلم doakan dia 1000x sehari

6- Semua malaikat mohon ampun buatnya  1000x sehari

7- Dia dicintai Nabi صلى الله عليه وسلم  sebab dia
    sebut nama Baginda 1000x sehari

8- Namanya dan bapanya sampai kepada
    Nabi صلى الله عليه وسلم seribu kali sehari.

9- Dan banyak lagi yg kita tak tahu

💙💙💙
Kenapa Allah lambatkan sikit utk tunaikan hajatnya sedangkan Allah PASTI tunaikan  segala hajat org yg berselawat?

Jawapannya senang je;

1- Hajatnya pasti ditunaikan bila sampai
    masanya. Sabar kejap je.

2- Allah suka tengok orang itu selawat utk 
    kekasihNya. Allah jatuh cinta padanya.

3- Allah hapuskan dulu dosa dosa org 
     yg berselawat tu.

4- Allah naikkan dulu darjat org berselawat tu

5- Allah suka tengok hamba itu berbalas-
    balas cinta dgn kekasihNya melalui selawat.

6- Bila selawat makin banyak sebab tunggu
    lama maka pasti Allah beri hadiah yg 
    banyak.

YG PENTING

1- Usah mengeluh sbb janji Nabi صلى الله عليه وسلم itu BENAR.
2- Usah stop selawat sbb hajat dah nak kabul.
3- Usah komplen Allah.
4- Usah tunggu sbb ia pasti sampai tepat pada masanya.. Buat je keje macam biasa.
5- Usah tanya, bila hajat nak sampai ni? Kalau suka buat perangai ni maka hajatnya pasti
    tak sampai-sampai sebab Allah tak suka perangai ni.

Pokoknya, selawat je. nanti hajat itu Allah datang kan satu persatu tanpa kita sedari.

ALLAH SAMPAIKAN SEMUA HAJAT SAHABAT KITA TU... AMIN 

صلى الله على سيدنا محمد عدد رحمة الله ابدا امين....