Monday, April 24, 2023

Part 1:Eid Mubarak 2023

Salam  Edul fitr
Minal idil walfaizzin

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin

Raya tahun ini jatuh pada hari Sabtu, 22/4/23. Kemeriahannya mula terasa apabila kerajaan menghadiahkan hari cuti UMUM pada hari Jumaat. Ini bererti waktu kerja bagi orang yg normal selama empat hari cuti tanpa rekod- Jumaat, sabtu, ahad dan isnin juga tawaran tol percuma pada tarikh tersebut. MasyaAllah.. Kerajaan Perpaduan Madani yang faham kehendak rakyat terus mempelbagaikan  insentif dan tawaran rahmahnya.  kita semua dapat menikmatinya... Oh ya selain itu  Kementerian Komunikasi dan Digital mengizinkan staff nya balik awal pada hari Khamis (mereka hanya bekerja separuh hari) 


Tetapi bagi yg kerja shif macam saya, setiap hari dilalui tetap sama. Orang lain mendapat pelepasan sejam ke sehari ka, kami tetap waktu kerja yang sama mengikut jadual yg termaktub. Seperti mana  waktu kerja bulan puasa yang bekerja normal dapat pulang awal setengah jam..  Reda kan hati dan perbaharui niat... Kita masih ada tanggungjawab dan laksanakan dengan amanah.  Bukan membandingkan untuk membuka lara tapi mempamerkan betapa tugas pekerja shif ini adalah satu aset penting untuk Jabatan Penyiaran Malaysia sebagai wadah media elektronik negara. 

Kalau tak kongsi, semua orang tak tahu yang komitmen diberikan. Mengorbankan masa dan waktu beraya bersama keluarga adalah satu perjuangan. Di impit kesedihan dan kerinduan di kampung laman. 

Raya tetap raya dan raya kita secara sederhana. Potluck dan berganti makan dan.bertukar menu mengikut shif. Inilah rezeki yang kami kongsi bersama. 

Alhamdulillah 

Oh ya, panjang pula cerita saya nie.. Maafkanlah... 

Selamat Hari Raya 
Maaf zahir batin

Kita sambung part 2.pasai raya ini. 


Wednesday, April 19, 2023

gerhana Matahari separa 2023

Allahu... Di penghujung ramadan, hari ke 29, Malaysia mengalami gerhana mata hari. Subhanallah


Hari ni cuaca mendung . Sejak awal. Pagi lagi sepoi2 angin menghiasi ruang udara. Apakah petanda  Lailatul qadr??

Hari juga tanpa matahari dilihat jelas... Langit masih suram. Dihias pula dengan titis-titis hujan.... Hamba2mu berkumpul dan mengakui kekuasaanMU ya robb..

Ya Allah Maafilah kami, ampunilah dosa kami dan seluruh ummah... 
Ya hari ni di saran kita Perbanyakkan istifar dan bertaubat.. Kembalilah ke jalan Allah. 


Terima kaasih Ya robb, memilih saya diantara mereka yang hadir menghiasi ruang solat di Masjid Negara. Jemaah wanita dan lelaki datang kerana dan untukMU ya robb. Sisa air mata masih berbaki... Mengandaikan... Rasul pernah bersedih dan takut dengan kejadian gerhana matahari diandaikan..kiamatkah ini

Suasana tenang 

Menjadi saksi


Masjid Negara with love

Sunday, April 9, 2023

Mandi dulu

Hari ni
Ramadan ke 21

Juna disiram 
Bak pengantin baru

Hari ini
Setelah 18 bulan 6 hari
Juna bertahta di hati

Ya juna
Kau perlu tahu
Ujudmu bukan untuk hiasan
Jauh sekali untuk bersaing

Tapi kau adalah harapan
Untuk terus menabur budi
Mudahkan semua urusan 
Jemput rezki buat yang memerlu

Terima kasih juna
Mengikut jejak si d'Va
Pantang nyenyak tidurmu
Terus bangun untuk berbakti

Terima kasih juna 
Pengganti yang pergi
Peneman yang setia
Kita serasi bersama


10/4/2023 bila juna bersiaran utk kali pertamanya



Monday, April 3, 2023

Sudahkah bersedekah?

Pejam celik pejam celik.. Ramadan menghampiri separuh bulan. Ini bermakna akan meninggalkan kita hanya yg berbaki....

Sudahkan kita bersedia merebut tawaran malam alqadr?? Sudahkan kita berada di lapangan dan bersedia memecut??
Jangan tanya bila nak bermula.. Kerana jawapannya dari sekarang... Apabila masuknya Magrib, bermula lah hari baru dalam Islam..jadi lazimi lah amalan yg boleh menjadikan pahalanya berlipat ganda....

Saya ingat kata ustaz dalam satu kuliah... Saranan ya setiap malam di ramadan ini bawalah duit ke masjid dan menabung lah di situ. Pahala solat terawih dapat dan andainya malm itu adalah  malam al qadar pastinya kita tak dikecualikan pahalanya. Yang baik kita kongsi dan beramal. Tak susah jika anggap mudah dan tak payah berkira kira dengan Allah. Kata Prof Dr Muhaya.. Ada beri dapat. Ringkas tapi tiga perkataan ini bermakna bila kita praktikannya  Yakinlah   Allah catat apa yg kita niat dan hajat.

Ingatan ini. Buat diri sendiri.. Jangan abaikan bersedekah setiap hari di ramadan. Jangan lupa BACA Al-Quran secara paksa sehari sejuzuk dan becakap sedikit tapi yg baik baik sahja... Dan amalan berselawat teruskan lah berkali kali.... Hingga jadi sebati.. 
Juga doakan emak ayah yg pergi dan doakan keampunan untuk semua orang termasuk diri sendiri   
Ingatkan saya andainya terlupa.. 
Buatlah kebaikan kerana ia mungkin biasa hari ni tapi akan menjadi luarbiasa bila generasi kita juga bakal mewarisi... Insya allah.. 

Saya maafi semua semua dan mhn maafi saya juga. 

Ainhany
3/4/2023

Sunday, April 2, 2023

Ujian

Kesekian kalinya
Ia singgah lagi
Berdesing


Masih banyak dosa 
Yang perlu disucikan


11 ramadan
2023

Saturday, April 1, 2023

SAHABAT PERBAGAI WATAK*

*Persahabatan umpama untaian tasbih, yang ada awal Tiada penghujung. Dicantum demi cinta-Nya, diratib demi Redha-Nya.*

 *Setiap sahabat mempunyai keistimewaan yang tersendiri.* 
*Ada kelebihan dan kekurangan yang perlu kita saling lengkapi.*

 *Ada sahabat yang kasar, Tetapi lembut hatinya,*

*Ada sahabat yang Nakal, Tetapi suka mengambil berat,*

*Ada sahabat yang Garang, Tetapi sebenarnya adalah penyayang.*

*Ku sendiri akui susahnya ingin menjaga sebuah persahabatan,* 

*Menjaga ukhuwah hanya kerana Allah, membuang sifat-sifat tercela sa’at berukhuwah*
*kerana syaitan sentiasa mencucuk jarum agar bermusuhan dengan sahabat.

*"Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki SAHABAT yang soleh.* 

*Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh..."* 

*Andai aku mendekatkanmu dengan Allah, teruslah bersamaku.*

*Andai aku menjauhkanmu daripada Allah, nasihatilah aku untuk kembali kepada-Nya.* 

*Buang segala sifat tercela di hati. Ikhlaskan persahabatan hanya kerana Allah.Kerana*
*Di Syurga nanti kita pasti* 
*berjumpa kembali*




*Semoga bermanfaat untuk dikongsi bersama sebagai muhasabah diri*