Monday, June 17, 2019

Presiden Morsi

SUMBER : AIRTIME


KAHERAH, 18 Jun – Bekas Presiden Mesir yang pertama dipilih selepas fenomena Arab Spring, Dr Mohammed Morsi dilaporkan meninggal dunia di kamar mahkamah ibu negara itu, semalam.
Morsi dilaporkan rebah tidak lama selepas  menyampaikan hujah beliau ketika kes terhadapnya sedang berlangsung. Beliau dituduh kerana terlibat dalam aktiviti pengintipan bagi pihak Hamas.
Menurut laporan stesen televisyen Mesir, Morsi meninggal dunia sebelum sempat dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia pada pukul 4.50 petang waktu tempatan (10.30 malam waktu Malaysia).
Morsi menerajui pemerintahan Mesir pada tahun 2012 selepas kerajaan pimpinan selama 30 tahun oleh Hosni Mubarak tumbang ketika fenomena Arab Spring berlaku di rantau Timur Tengah.  Pemerintahan Morsi tidak kekal lama apabila beliau ditumbangkan oleh pihak tentera Mesir pada tahun 2013 ketika berlakunya protes besar-besaran terhadap pemerintahan beliau.
Beliau yang merupakan tokoh Muslim Brotherhood (Ikhwan Muslimin) pernah dijatuhkan hukuman mati pada tahun 2015 atas kesalahan melakukan rusuhan di penjara pada 2011 bagi menentang Hosni Mubarak. Hukuman yang sama turut dijatuhkan kepada Yusuf Al-Qaradawi dan 105 penyokong Ikhwanul Muslimin yang lain. Hukuman tersebut telah dibatalkan oleh pihak kehakiman Mesir pada tahun 2016.
Morsi sebelum ini turut menjalani hukuman penjara selama 20 tahun atas tuduhan membunuh penunjuk perasaan pada tahun 2012 serta hukuman penjara seumur hidup atas tuduhan mengintip untuk negara Qatar. Morsi menafikan kedua-dua tuduhan tersebut.
AL FATIHAH

Saturday, June 15, 2019

memori kita-kita

                          A memory is a work of miracle.

apakah ini ramadan ku terakhir?


 tengok2 ja terus terbeli.

bersama wanita tegar . Tq miss for ur motivation

bersama Pn Atiqah Don satu nama yg dikagumi tika usiaku zaman sekolah rendah


Dia unggul dan sentiasa mencabar diri. TQvm Faezah Ali


Friday, June 14, 2019

happy birthday fatin

just 4U

14 jun
Selamat ulang tahun kelahiran 
untukmu nurfatin ati'qah
Muga dirimu bisa jadi anak yang bahagia
dan membahagiakan 
family 
ummah

biarpun kita sering bertelagah jika bersama
tapi merindu di kala berjauhan
mungkin hari ini kita bisa berdendam
tapi esok kita sering mendoakan

maafkan cu
sayangku tetap sama
lov u


catatan 15 jun 2019 @IBC 


Tuesday, June 11, 2019

indahnya hidup

mencari..

tiada apa yang perlu difikirkan 
tentang alam dan kehidupan
segalanya telah terbentang
indahnya duniya



12/6/2019

3650 hari tanpamu ayah


Ayah dijemput pula pada 11062009

hari ini
tiga ribu enam ratus lima puluh hari
tanpamu Ayah
ulang tahun kembalinya ayah
kepada pencipta

rindu panggilan ayah
rindu cium dan sentuh kulit tua ayah

ayah
ayah tak mengongkong
tapi ayah pemerhati
pendengar




catatan
11062019

JUN tanpamu ayah


Tiga ribu, enam ratus lima puluh hari
tanpamu AYAH
Tak terasa begitu cepat waktu berlari
Di beranda kasih ini
lagu rindu ku ukirkan 

Ayah..

Sedih rasanya saat mengingat masa lalu bersamamu.  Makin ku ingat air mata ini tak mampu ku bendung lagi..  Biarpun 10 tahun  ayah dijemput Ilahi tapi saya rasa bagai semalam..Tentang ayah?? Ayah tegas dalam keputusan tetapi sangat berpandangan jauh.  Ayah pendengar paling baik dan seorang yang SANGAT suka membaca.



Masih saya ingat tahun 2001, saya tercalon untuk menghadiri kursus jangka pendek (hanya 3 bulan ) di luar negara. Buku info, pamplet yang saya perolehi dari kedutaan Germany saya serahkan kepada ayah. Ayah tak berdiam tetapi dia gagahi menelaah buku-buku tersebut (biarpun dalam bahasa inggeris). Dia boleh kongsikan apa yang difahaminya. Termasuklah kamus bahasa BI ke Deutch(Germany). Jadi langkah saya ke sana direstuinya. Ini juga  berdasarkan bacaannya, Germany negara selamat. Ada  komuniti muslim selain dari Kristian Protestan, Katolik dan Ateisme. Terima kasih ayah . Saya amat menghargainya 

kami persembahkan 
mendoakan
kami juga berkumpul

hadiah untuk emak ayah tercinta

terima kasih yang bersama.. 



dengan 11 orang anak ayah emak beserta menantu, 
56 orang cucu (33L, 23P)  dan 39 orang cicit( 17L,22P) .
hanya do’a yang bisa dipersembahkan


maafilah ayah dan emak andai ada berbuat salah salah 

Biar dikenang jasa kebaikan

Ayuh turuti semua nasihat
Jangan ALLAH tinggalkan kami 
Rapatkan silaturahim kami
bahagiakan legersi  ini sampai ke jannah 

WE LOVE YOU SO MUCH ❤AYAH 💕  MAK
AL FATIHAH

catatan 11062019@344pm



Saturday, June 8, 2019

Terima Kasih elli

Bingkisan raya           


Salam syawal
tak cukup hanya di ucap
senyum manis juga dilihat 
Ole-ole raya sebagai pelengkap 
Indahnya nikmat dalam bersahabat

kami berbalah 
bukan mengalah
bukan menyerah
tapi melerai masalah

Allah hadirkan dia 
pembakar semangat
ayuh bangun bina ketahanan
perjuangan perlu diteruskan
Usah diharap pada insan
Tapi serahlah kepada ALLAH

Misi Kami Prihatin
Tapak perjuangan kami 
melentur ego 
mendidik diri
indahnya memberi
nikmatnya disyukuri

Terima kaish elli


Terima kasih elli 
kampung kita 

Terima kasih adikku elly, Biarpun kita jarang bertemu, tapi perjuangan kita sama. Di saat daku jatuh, engkau sambut dan beri semangatnya. Menjadikan semalam sebagai memori dan esok sebagai satu cabaran. Mohon maaf atas segalanya dan halalkab segalanya.

Ketika menerima ole2 raya ini di penghujung Ramadan, ia begitu mengejut dan menguja saya. Pelbagai persoalan bermain di kepala...Kenapa saya terlalu kedekut untuk memberi ?? Terlalu payah untuk mengucap dan menghargai indahnya persahabatan ? Sedangkan dia begitu ringan menghulurkannya. Sampai bila daku harus menjadi tangan yng menerima?? Malulah duhai diri. ALLAH takdirkan sesuatu untuk mengajar dan berfikirlah dengan tenang duhai diri yang masih bernyawa.


YA  Allah hidupkan sifat menghargai, memahami dam menghormati orang lain dalam diri kami semua , Hidupkan sikap suka menolong dalam diri kami dan keluarga kami. Dan hidupkan sifat pemurah, penyayang dalam diri kami dan setiap ahli keluarga kami.   YA ALLAH ya muhyi, ya wahab, Ya affuw, ya fattah...
Mudah-mudahan Allah jaga hati2 kita dengan nawaitu yang tepat dan dipermudahkan segala urusan dunia hingga akhirat.

Catatan 4 syawal