kembara kehidupan...
sebuah catatan perjalanan yang menemukan kita pada satu NOKTHAH. Muga perjalananku direstui...
Friday, November 6, 2026
Panggilan haji
Rezeki Anak soleh solehah
Wednesday, July 1, 2026
Bila sahabat pulang dulu
Pada Isnin, 29/6/2026, katil 12, PPUM
Dirimu masih ada, namun tak mampu senyum seperti biasa, bahkan tak menyapa kehadiranku. Kan memerlukan bekalan Oksigen bagi membantu pernafasanmu. Bila ku rapat ke telingamu dan membisik kalimah Allah juga mengusap lembut kepalamu.. . Ku perhatikan ada isyarat tindak balas dan air matamu bertakung.. maafi saya kak Non , akk takde salah pun dengan saya, bahkan saya amat menghargai segala kebaikanmu. Terima kasih kak Zainon yg lebih mesra memanggilku dik ani ๐
30 Jun 2026, Selasa, pada jam 920 am di PPUM
Innalillahi wainnailaihi rojiun
Al fatihah buat almarhumah Kak Zainon..
Hari ni Allah memanggilmu dulu. Pergimu dengan tenang, direstui suami dan disaksi anak2mu...Terangkat sudah sakitmu , terampun jua dosamu kak Zainon, Ramai sahabat rakan taulan juga sanak saudara yang turut serta menziarahimu sejak dihospital lagi. Hari ini mereka memenuhi ruang solat Surau An Najah, Taman Kinrara bagi memberikan pernghormatan terakhir kapadamu. Seusai solat zohor, jemaah turut solat jenazah. alhamdulillah ramai kak yang turut serta solat .
Ini membuktikan bahawa almarhumah seorang yang baik dan disenangi ramai. Ramai yang terharu kerana tada khabar berita tentang kesakitanmu. Wajah mu yang sentiasa ceria dan menyapa bahkan melayan dengan baik menambah rasa yang kebaikan yang di tinggalkan adalah satu memori terindah bersama. Selamat jalan kak zainon. Allah pasti merahmatimu dan membalas pahala atas kebaikan mu selama ini.
Ku tatap sekali lagi no. teleponmu yg menyimpul ayat... "Mak pergi dengan tenang pada 9.20am." Terima kasih yana, putri bungsu almarhumah kak zainon yang setia menemani emaknya sepanjang mendapat rawatan di PPUM.. Anak ini yang akan update perkembangan kesihatan emaknya menggunakan no telefon emaknya. Sungguh bijak tindakan anakanda ni. Melepaskan insan tersayang adalah satu yang amat berat tapi kita perlu menerima qada dan qadar Allah. Caturan Allah Maha Tepat.
Kak Zainon, mantan juruteknik yang mahir mengendalikan mesin VTR utk TV Pendidikan satu ketika dulu. Beliau bertugas di RTM untuk BTP. Kemudian beliau kembali bertugas ke BTP di unit Studio 1 TVP. Jiwa RTM yang telah sebati, beliau mohon bertukar semua ke RTM di unit KDI sehinggalah bersara pilihan diusia 56 tahun. Namun ikatan kemesraan dan ukhuwah yang terjalin tetap bersimpul mati.
Sedih , sebak, pilunya bila sahabat yang pernah kita bertegur sapa tiba-tiba tinggal nama je dalam doa.
Almarhumah Zainon binti Awang.
Ku sedar, ... Mati itu benar. Bukan cerita orang. Tapi belajar dengan hukum alam. Kita semua sebenarnya sedang beratur menunggu giliran dijemput pulang. Almarhum Kak Zainon dah masuk dulu bersama di sana juga mak, ayah, kakak dan ramai lagi . Giliran kita, entah bila?????.
Duhai almarhumah Kak Zainon, kalau ada salah silapku dengan mu, maafkan. Atas segala kebaikkan mu, jadikan ia saham akhiratmu.
Selamat jalan kak, Pergi lah dengan tenang, Duhai kakak jua sahabat.
Ya Allah...
Ampunkan dosa almarhumah Zainon binti Awang. Luaskan kuburnya, terangkan kuburnya. Tempatkan arwah dalam kalangan orang-orang yang beriman. Kumpulkan kami semula dalam syurgaMu nanti.
Al fatihah
Aamiin Ya Rabbal Alamin.
Dan untuk diri kita yang masih ada: Selagi bernafas, banyakkan maaf. Banyakkan doa. Sebab kita pun sedang menuju ke tempat yang sama destinasi terakhir kita .
catatan : 30/6/2026 @ 303am
Thursday, June 11, 2026
Kehilangan ayah
Hari ini sudah tahun keberapa ayah pergi... Tapi sebagai anak, sehari tanpa ayah pun dah terasa seperti selamanya.
Asbab kematian, kita terpisah segalanya. Terpisah suara yang dulu marah tapi sayang.
Terpisah tangan yang dulu bebankan bahu waktu ku kecil.
Terpisah doa ayah yang dulu aku tak pernah minta, tapi sentiasa ada.
Dunia terus berjalan. Aku kian dewasa, dan bekerjaya, Tapi satu benda tak pernah berubah.. Ruang kosong di dada, terbentuknya nama ayah.
Orang kata mati itu noktah. Tapi untuk anak dan ayah, mati itu hanya koma. Kerana doa tak pernah mati.
Setiap Al-Fatihah aku hadiahkan, Setiap sedekah atas nama ayah, Itu talian hayat yang Allah sambungkan antara kita.
Ayah, ku di sini teruskan hidup. Ku tolong panjangkan pahala atas namamu
Semua ni juga asbab tunjuk ajarmu dulu. Andai ayah nampak dari sana, senyuman ayah menampakkan serinya.
Jasad kita berjauhan. Tapi setiap sujudku, ayah, emak kak kah paling dekat.
Al-Fatihah... untuk ayah, emak juga kak Jah syurga ku selamanya
12jun 2026
#rinduayah
Monday, June 1, 2026
ikatan Cinta Aishah dan Azam
Semangat Melontar Syaitan di Jamrah, Namun Masih Tersungkur Dengan Bisikan Syaitan
Tuesday, May 12, 2026
birthday seorang anak
Thursday, April 23, 2026
cari petunjuk
Ketika kau bingung
laluan mana perlu diredah
lorong mana perlu digerakkan
langkah mana perlu didahului
kembalilah
bertanyalah kepada yang MEMILIKI
mohon PETUNJUKNYA
arahnya masih jauh
tapi ada jalannya
selamat sentiasa
RoyalBelum with lovlaluan
bukan senang masuk syurga sehingga diuji hingga jatuh
tapi pertolongan ALLAH amat hampir kepada mereka dikala berdoa
bersabarlah



