Thursday, June 16, 2011

Seputar di Cerapan Bulan

ALHAMDULILLAH..
Saya sampai ke lokasi sekitar jam 1 pagi..Banyak kereta di parkir di tepi2 jalan sekitar MN  dan Bangunan JAWI/TV hijrah. Terdetik juga kemungkinan d'va perlu diletak di atas bukit ke Planetarium. Leceh la atas bukit. Parking kawasan masjid pulak ditutup, jadi mau terpaksalah ke depan lagi..Syukur D'va dapat tempat tak jauh dari Muzium Kesenian. Jadi kenalah menatap bertapak..Syukur dia selamat bermalam di sini..( Susah juga bila hati mncintai dunia ek..)


Pandang ke langit, Subhanallah..indahnya bulan purnamaku..!!.Seolah-olah  bulan juga sedang melihat gelagat kita. Cahayanya menerangi langit dan bumi . Kata mak itulah maknanya bulan penuh. Ikutkan bulan islam pun hari 14 mengambanglah sang rembulan.
 
Melangkah masuk Opp da kaunter pendaftaran la...Sila daftar dulu...isikan nama dan tandatangan, kemudian  diberikan pamplet tentang cakerawala (menarik) dan no. cabutan bertuah (ade door gft hilangkan mengantuk hihi). Terima kasih PLANETARIUM yang menceriakan malam pencerapan. Aktiviti pencerapan diserikan dengan kuiz dan cabutan bertuah...
Tenguk sekali lagi  :this is your lucky Earth number 909 ..Lucky ke 909..Cantik dipandang, diterbalikkan menjadi 606...tak pe tunggu hingga akhir..


Aktiviti pencerapan telah bermula..Saya kira ramai juga yang mengunjung dataran  masjid ini. Memandangkan hari bekerja, saya tabik la kepada peminat2 astronomi khususnya dan  semua yang mengambil kesempatan menyaksikan pencerapan yang dianjur oleh ANGKASA-PLANETERIUM- MSJID NEGARA. Staff planeterium yang bertugas mengenakanbBaju T hitam berlatar belakangkan gerhana bulan penuh..(mesra sains tapi kurang mesra dengan dgn mynorkya). Pengunjung juga ada pelbagai peringkat usia dan satu Malysia.

Dengan mata kita boleh memandang ke langit menyaksikan berkembangan pergerakan gerhana bulan, atau pandang ke hadapan menerusi skrin besar yang disambung ke salah satu teleskop untuk melihatnya dengan lebih jelas disertakan dengan penerangan atau menyentuh/ meneropong sendiri menerusi teleskop yang disediakan. Ada juga diantaranya yang membawa teropong binokular , ia akan membantu membesarkan imej yang dilihat cuma ia bersifat peribadi, berbanding telescope yang bersifat jamaah..  Rasa saya  ada lebih kurang 10 biji  teleskop disediakan untuk pelawat meneropong ke angkasa.  Ada diantaranya di tandakan dengan nama2 bintang yakni musytari, Marikh dan zurah sbb selepas jam 4 adalah mencerap bintang2 tersebut..
tenguk langit, lihat skrin, dengar penerangan 
Subhanallah..bulan penuh dan bercahaya sekali
teleskop aka teropong terowong ke angkasa
di langit
Menurut maklumat, fenomena ini juga dapat disaksikan menerusi camera satelit live yang dihubungkan  di website tertentu atau menerusi website planetarium juga ada jaringannya. Oleh itu ada pelbagai cara untuk menyaksikannya secara live untuk fikir dan zikir tanpa perlu berembun tetapi pastikan internet bersambung...

Gerhana bulan terjadi apabila bayang Bumi menghalang cahaya Matahari daripada sampai ke Bulan. Ketika itu bulan akan berada bertentangan dengan bumi dan terlindung dari cahaya matahari.  Ini bermakna bulan boleh termasuk ke dalam bayang bumi dan menghilang. Gerhana Bulan hanya berlaku ketika bulan berada di fasa bulan penuh dan apabila Matahari, Bumi dan Bulan terjajar dalam satu garis lurus atau sangat2 hampir dengan kedudukan bumi berada di tengah2. 
( INI FAKTA BUKAN AUTA)

Bulan mula memasuki penumbra

Foto diatas sekitar jam 220 pagi dan para pencerap (pengunjung boleh  di anggap pencerap ?)   menantikan dengan sabar pergerakan bulan ini.Tempuh masa gerhana juga bergantung kepada kedudukan bulan yg relatif kpda nod orbit. Saya merenung sang bulan, memperbaharui istiqfar dan  takbir mengkagumi ciptaanNYA. Subhanallah...Selama in kita tak pernah menjadikan bulan sebagai perhatian kerana adanya sumber elektrik yang menerangi. Namun bayangkan andainya kita berada di lautan kelam. Bulan menjadi lebih bererti..Kini  seolah-olah bulan pulak memerhati karektor setiap kita...apakah yang manusia peduli ? Adakah selama selamanya manusia kan berterusan melakukan kemungkaran atau mensyukuri ALLAH??

Memandangkan solat sunat khusuf akan bermula jam 3 pagi ,saya mengatur langkah masuk ke masjid. Indahnya waktu2 ini dipenuhi dengan solat dan berdoa. (waktu-waktu mustajab berdoa- Sepanjang malam, terutamanya pada sepertiga yang akhir dan pada waktu sahur)..Menyusuri  geleri pameran dalam kawasan masjid negara itu, ada di antara pengunjung yang telah merebahkan diri mereka di tepi2 tiang. Anak2 kecil juga enak dibuai mimpi. (Tidur dimasjid juga dikira ibadah jika berniat iktikaf). Tidurlah kerana ia juga satu cara merehatkan diri dan melegakan minda.

Sepanjang menunaikan solat gerhana tiada langsung rasa mengantuk menghantui. Saya menggunakan waktu ini sebaiknya. Alhamdulillah. Seketika kemudian saya ke anjung untuk melihat perkembangan bulan. Namun , bulan malu untuk menunjukan wajahnya....Malu dengan penyaksian manusia2 yang banyak dosa lantas ia berselindung di balik awan....Inilah hakikatnya..awan yang baik terus menyeliputi bulan sehinggalah agenda meneropong ke jupiter(musytari), Mars(marikh), dan venus(Zurah) tak dapat diteruskan. Terkenangkan pengalaman  menyaksikan cantiknya kerdipan bintang zurah bila disaksikan dengan teropong jarak jauh yang di zooooom inkan....Subhanallah..hanya jauhari yang mengenal manikam...:)

Sebagai alternative, pihak Planetarium telah menggantikan dengan memaparkan fenomena gerhana live dari Dubai . (livelunarspace). Inilah  fenomena gerhana bulan penuh iaitu apabila bulan berada di umbra dan berwarna merah. Warna merah ini  dipengaruhi oleh kesan debu2 dan awan yang hadir di atmosfera bumi. ( ingat jawapan dari soalan kuiz yg dikemukan)  Kesan letusan gunung berapi juga menjadi punca kemunculan warna merah ni.
tenguk gerhana di Dubai
dari hujung jarii dipaparkan..

 ALHAMDULILAH. Usai subuh saya terus bergerak ke opis. Kepuasan jelas dihati walaupun lucky draw yang tak lucky dengan aksi bulan yang malu2.  Fenomena GERHANA BULAN PENUH ini akan berulang lagi tahun ini. Kita kembali mencerap pada Sabtu, 10 DISEMBER 2011 ( hari cuti tuu).Mudahan berkesempatan lagi.....

Alhamdulillah,. terima kasih ALLAH yang telah memberikan semangat, kesihatan dan kemudahan biarpun hanya seketika tidur sebelum ke MN. Tanpa rasa mengantuk tika di pejabat dgn menyempurnakan puasa Rejab besrta yasin /tahlil di SAM.(insyaALLAH lain kali ye berbuka di sini). Berkesempatan menghadiri kuliah Dato Ustaz Taib Azamudin dengan ulasannya tentang istiqamah yang memerlukan KECEKALAN, KEYAKINAN , KEKUATAN dan KESUNGGUHAN  dalam ibadah. Indahnya hari ini...

4 comments:

Bb Hussain said...

Wow..bestnya dapat peluang ni..10 Dec yer. Bb nak ambil peluang juga la nanti..Insha Allah..

aizamia3 said...

membayangkan bersama-sama menyaksikan fenomena itu tapi apakan daya en. suamiku outstation..

ainhany said...

salam BB,

Best (2 thumb up)
insya ALLAH
Begitulah sperti yg dimaklumkan. Mengikut mereka Gerhana bulan, 10 dis 2011 adalah gerhana bulan penuh ke dua tahun 2011. Berlaku mulai 7.33 mlm hingga 1.29pagi (11 dis 2011).
plz notice this date!!

ainhany said...

salam aiza,

alhamdulillah...
Sekurang2an merasai suasana itu...Ini antara yang dapat dikongsikan..Mudahan bermanfaat..:)
Sempurnakan amanah insyaALLAH lebih hebat ganjaannya. Amin