Bila Allah nak ajar tu..
Terima dengan tenang dan jangan cepat gelabah.
Dok diam diam dan Muhasabahlah
Tak perlu bajet baik
Terima kasih Allah
Caturan MU terindah. Di saat orang lain di dakap malam, saya perlu bersengkang mata atas tuntutan kerja. Tambahan pula di sepanjang ramadan. Sebulanlah akan bersiaran, solat terawih dari Mekah secara langsung. Jadi tika bertugas juga dapatlah saya mengambil kesempatan membaca AQ juga
Mengikuti tadarus Aq yg juga bersiaran menjelang malam dan di susuli pula menikmati bacaan AQ dan live dari masjidilharam. Seringkali ketika bertugas... Feed dari satelit menjadi pilihan saya . sOC 16 atau Soc 17 yg menggunakan frame card UDX15 untuk siaran. Dipendekkan cerita... Penonton hanya perlu ON saluran TV1 tanpa berfikir siapa bertugas di belakang tabir.
Apabila sesuatu rancangan itu LIVE kepekaan pemantauan adalah tinggi berbanding rakaman atau ulangan. NAMuN kerap kali tugas kami ditegur oleh boss atau pelanggan kami sekiranya masalah teknikal
berlaku ketika siaran. Sebab itu tugasnya nampak mudah...buat report, pantau siaran saluran RTM yg ada sahaja dan selesaikan masalah teknikal semasa dgn segera.
Ehh apasal ceritaku berkisar tugas semasa. CUKUPLAA..
Tak perlu berkira kira dengan Allah sebab bila DIA murka... Sedetik nafas pun tak mampu dibeli.
Semalam 7/5 saya menghabiskan waktu siang dengan tidur dalam dua jam sahaja kerana uruskan Dva untuk diservis. Namanya servis normal shja dan kosnya rM 260 di Perodua center Ampang.
Usai di situ malamnya saya bertugas.. Alhamdulilah...inilah rutin hidup saya semenjak sept 2019. Waktu kerja yg tak menentu dan keterbasanan untuk bersosial.
Tika bertugas malam tadi saya rasa terlelap sekitar jam 3-4 pagi (usai siaran langsung dari Mekah. Kemudian kami berganti sahur dan solat subuh. Team saya amat memahami dan menghormati budaya kerja.
Ketika pulang dalam lengkuk jarak 1km untuk sampai ke rumah. .. Indicator di depan meter blinking. Saya dapat rasai apa yg sedang berlaku dan cuba mengawal keadaan.. Pandu dan ambil laluan paling kiri... Sekitar jam 9 pagi.. Enjin kereta pun terhenti.. Dan saya turunkan cermin dan memberi signal supaya kereta di belakang dapat meneruskan perjalanan tanpa ganguan dari Dva lagi.
Jangan panic..
Dok diam dalam kereta.
Masa ni saya pun bersungut ya Allah mata amat mengantok ni.. Boleh tak saya balik umh dulu dan jika nk singgah kedai baiki pun belum dibuka lagi
Saya berbincang dgn perodua servis memandangkan kurang 24 jam sakit selepas servis. Nahh dia cadangkan towing kereta ke Ps. Ok ok saya akur.
Terasa seperti mengusung mayat .. Jasad ada tapi awk tak berfungsi. Segalanya awk serahkan kepada org lain.. Ada tangan lain yg menguasainya. Awak mati Dva.. Hayat awk menghampiri ajal
Padan muka saya kan.. Yang kerapkali melenjan Dva.. Awk pula sentiasa taat dan akur.
Setiap hari... Setiap waktu dan tak kira bila Dva pantang di panggil terus menghampiri..
Dan hari ni 8 may, kos rawatan menghampiri rm700. Harga yang perlu dibayar untuk alat ganti baharu.
Bocorkah rezki saya??
Saya tak menganggap salah dVa tetapi saya menghargai pengorbanan dVaa selama ni. Sejak 2008 khidmatnya untuk saya . logiklah diusia tua dia meragam dan minta dimanja. Saya menerima dengan bersyukur dan dalam rezki saya ada rezki pusat servis perodua
catatan pada 10/5/2021@5.37pm