Friday, July 30, 2021

kita


         
                                                                      kita jaga kita 
                                                                ALLAH jaga kita
     

Wednesday, July 28, 2021

Allah sedang mengajar kita

Sentiasa bersangka baik... 

Jika Allah menghadirkan seseorang yang menghadiahkan air mata, itu bererti Allah mendidik kita untuk SABAR...

Jika kita tak pernah mengusik kehidupan seseorang tapi dia melukai kita, saat itu Allah mendidik kita untuk KUAT...

Jika Allah mempertemukan kita dengan seseorang yang membuat kita tersenyum, saat itu Allah mengajarkan kepada kita rasa SYUKUR..

Jika tanpa sebab seseorang hadir menghina kita, saat itu, Allah mendidik kita untuk REDHA dan memacu diri lebih baik.

Sabar, redha dan syukurlah atas apa yang hadir menyapa dalam kehidupan kita sekalipun itu tidak kita sukai. Boleh jadi itu cara terindah dari Allah untuk menempa peribadi kita agar kian mulia dan dirahmati-Nya.

Aamiin Ya Rabbal Alamiin.

Tuesday, July 27, 2021

Apa yang difikirkan


                                     
                               Segalanya tentang Dia
                              Tiada penghujungnya

                                         Kita ada DIA

Sunday, July 18, 2021

Mengintai kasih

Bismillahirohmanirohim
   
Sang merbuk menyapa
Riuh pagi bagai berbicara

Mengintai dari luar jendela
Lantas kita bertentang mata

Ada rindu yang nak dikabar


Suatu  pagi, tika saya membaca ayat ayat cinta kalam dari ilahi...bunyi itu riuh dan semakin dekat
Mengintai dibalik jendela
Subhanallah


Imam Ibnu Katsir Rahimahullah berkata, di saat burung terbang burung itu bertasbih kepada Rabb-nya. Ia menyembah-Nya dengan bertasbih dengan cara yang Allah ilhamkan dan Allah ajarkan kepadanya. Allah Maha Mengetahui apa saja yang dikerjakan oleh burung pitu. Oleh sebab itu, Allah berfirman: “Masing-masing telah mengetahui (cara) shalat dan tasbihnya,” Maksudnya, masing-masing dari makhluk itu telah Allah ajarkan etika dan cara mereka dalam beribadah kepada-Nya.
Subhanallah


Sujud syukur saya.  Apakah  yang Allah nak ajari saya. Saya sempat snap dan teruskan pembacaan surah al kahfi tika itu. Selang beberapa tika sang merbuk pun terbang dan menghilang..

Jika baik... Sejahterakan alam ni
Jika buruk... Ampunilah dosa saya 





Thursday, July 15, 2021

Di penghujung dunia

Maka, benarlah kata Allah dan Nabi.

"Suatu saat nanti, umat-Ku akan terhalang untuk melakukan  perkara-perkara baik."

Dan inilah zamannya, yang sedang kita lalui.

Kawan,

Lupakan sebentar asbab wabak atau SOP. Sesekali, pandang realiti.

Ya. Kita sedang melaluinya. Akhir zaman yang makin sukar dan rumit.

Nak buat baik makin susah. Nak ibadah juga makin payah. Fitnah usah cakap. Siang malam terjadi.

Nak solat di masjid, boleh jatuh fitnah.

Nak buat haji dan umrah, makin payah.

Nak ziarah jiran sebelah rumah pun, kena fikir berkali-kali.

Jadi takut tak sudah-sudah.

Takut bawa penyakit. Takut dijangkiti. Takut kena kompaun. Takut kena fitnah. 

Buat itu, buat ini, semua kena fitnah. Fitnah belaka sekarang ini.

Kawan,

Jaga bekal kita bermula saat ini.

*Gunakan masa lockdown ini untuk renung dan baiki diri*

Persiapkan amal untuk PULANG.

Kena sayang diri sendiri.

Jasad yang Allah pinjamkan ini, suatu saat akan dikebumi.

Sebesar apapun sayang orang pada kita, mereka tetap akan tinggalkan. 

Anak, suami, isteri, ibu, ayah, saudara bahkan kawan-kawan..semuanya pulang.

Tinggal kita nak hadap sorang-sorang.

Alam kubur ini, boleh jadi macam-macam.

Soal jawab Munkar dan Nakir berbeza mengikut amalan kita ketika di dunia.

Ada orang, saat ditanya siapakah Tuhan kamu lalu dijawabnya Allah Tuhanku. 

Maka, keadaan kuburnya terus berubah menjadi sebahagian daripada taman-taman syurga. Indah dan bertuah.

Ada orang pula, ditanya satu demi satu soalan. Lepas satu, satu. Kemudian, ditanya lagi. Terpaksa melalui proses yang amat panjang.

Syukur juga kalau boleh lepas.

Paling bimbang, andai di waktu itu kita langsung tak mampu nak mengaku Allah sebagai Tuhan. 

Biarpun ketika di dunia ini, berkali-kali kita ulang dengar dan sebut nama-Nya. 

Ya, boleh jadi juga andai hati dan lisan tidak seiring. Apatah lagi perbuatan.


Kawan,

Pelajari ilmu akhir zaman. Banyakkan juga ilmu akhirat. Belajar ambil tahu. Sediakan bekalan siap-siap.

Nak melalui akhir zaman yang semakin mencabar ini, Nabi sudahpun pesan. Amalkan 10 ayat awal dan 10 ayat akhir Surah Al-Kahfi. Jangan tinggal biarpun sehari.

Mana yang belum mula, boleh mulakan. Mana yang sudah mula baca, cuba pula untuk hafal.

Kerana, akan tiba saatnya nanti, Al-Quran hanya sekadar kitab kosong tanpa tulisan.

Fitnah di mana-mana, kawan.

Jaga diri. Jaga keluarga dan orang tersayang.

Jaga Allah, Allah jaga kita.

Dunia, hingga syurga.❤

Korban dunia

Assalamu’alaikum Wbkth

💌*Nasehat Untuk yang ingin Berqurban*

Jangan sampai enggan berqurban karana takut harta berkurangan. 

Jangan sampai enggan berqurban kerana kuatir akan kurang modal untuk perniagaan.

Jangan sampai enggan berqurban kerana risau tidak mampu menampung keluarga.

Justru dengan berqurban harta semakin berkah, usaha semakin mudah, segala kesulitan terangkat, lebih-lebih lagi kesukaran di akhirat.

Juga terbukti, berqurban dan bersedekah tidak pernah menjadikan orang itu miskin.

Atau ada yang pernah lihat ada orang yang jatuh papa dan miskin gara2 buat qurban?

Justeru orang yang lokek dengan hartanya akan merugikan dan mungkin boleh jatuh miskin.


🗒  *Noted:* `Tetap tenang semuanya ikhlas meraih redha Allah.```

Ingatlah apa yang Allah janjikan,

_“Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia-lah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.”_
*(QS. Saba’: 39).*

Ingat sabda Baginda Rasulullah...

_“Sedekah tidaklah mengurangkan harta.”_
*(HR. Muslim No: 2558)*

Hanya Allah yang memberi taufik dan hidayahnya…. 

Sumber:
🖊  Ustadz Razali Nasir Al Hafiz.

Tuesday, July 13, 2021

Nasihat buat diri

Bila aku post tentang perkara yang baik, sebenarnya Allah berbicara dengan aku...melintaskan untuk aku share perkara baik itu. Sebenarnya tak lain tak bukan, semua 'nasihat' tu untuk diri aku sendiri. Sebab hanya Allah yang Maha Memahami, Maha Mengetahui segala tentang aku, dulu sekarang dan yang akan datang. 

Bila terlanjur berbuat dosa, tergoda nafsu syaitoni dengan tembakan api kemarahan dalam emosi dan mental...dengan barokah cahaya selawat yang mungkin tersisa sedikit dalam hati aku yang penuh kekotoran ini...aku dikuatkan hati untuk terus berselawat walau dalam keadaan aku sedang dan lepas berbuat dosa. Dengan rahmat Allah, Dia memberi petunjuk jawapan dalam hati ini. 

Sekelip mata segala rasa marah itu hilang. Yang lahir adalah sesalan terhadap diri sendiri. Ya Allah sungguh besar Limpahan Rahmat Mu dengan barokah cahaya selawat. Sesungguhnya benar Baginda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam penyuluh penerang peneman penenang hati yang dalam kesedihan, kesukaran dan kekosongan. Dengan Cinta Mu pada Baginda, Engkau limpahkan cahaya Rahmat untuk memberi jalan penyelesaian kepada hamba-hamba Mu yang menghidupkan cahaya selawat. 

Terima kasih kepada pembimbing hati ku. Ampuni daku wahai pembimbing ku, ampuni daku ya Rasulullah, ampuni daku Ya Allah. 

Hidupkan selawat setiap hari. Selawat yang paling ringkas untuk kita ummat akhir zaman - selawat jibril, "sollallahu ala muhammad", semoga di tunjukkan penyelesaian bagi setiap ujian, di beri pertolongan, perlindungan dan Rahmat dari Allah untuk diri kita, keluarga, sahabat, jiran, seluruh warga Malaysia dan dunia, Allahumma ameeeen. 

#selawatjibril
#klusterselawat
#rumahCahaya
#houseOfLight

Credit Farah Haznam

rindu

 Apa kamu buat tika merindu

ohh saya akan terus buat buat sibuk.  Sama ada mendekat kepada ALLAH atau membuatkan sesuatu yang akan membuatkan saya letih.


tiap orang ada cara untuk merawat rasa rindu yang tiada penghujungnya. Tak payah menipu diri...Ada satu ketika kita akan digamit rasa rindu yang mendalam... Hanya air mata peneman dan amat memahami. Ikut hati mati, ikut rasa binasa. Kita tak mampu mengembalikan insan yang kita sayang bersama.  kita terpaksa merelakan pemergian mereka.  Mereka adalah takdir terindah buat kita. Allah ada cara mengajar kita . terimalah hakikatnya 

eh kenapa saya digamit rindu ni? 

Kerana kita dah lama tak bersua. Biarpun jasadnya tiada tetapi nisan cinta mereka tetap utuh.  Berdiri mengadap dua nisan sudah memadai...terlalu banyak yang terbuku nak diluahkan. Biarpun kalian tak mampu berbicara lagi...tapi kalian setia mendengar.  


Bilakah kali terakhir pertemuan dengan mereka?

Raya haji 2020. Tahun pendamik C19 melanda telah menjarakkan kita. Akibat bilangan angka dijangkiti bertambah dari hari ke sehari.  Sapa tak rindu bertemu family sendiri biarpun hanya berjarak 250km sahaja.

Monday, July 12, 2021

selamat hari vaksin AZ #dos 1

Teman saya mengingatkan supaya update mysejahtera tiap hari. Akur dengannya , saya bertanyakan apakah rahsia dia beroleh panggilan begitu cepat. Katanya tika update , ticklah sakit yang ada. oooo begitu kisahnya. 

Tapi sampai satu tahap, kita dah bosan.  Saya tukar mindset...ALLAH buat yang terbaik dan DIA maha tahu masanya.. Dalam minda saya memang terukir #TaqdirAllahyang terbaik. Seperti mana berjodoh dengan kematian itu pasti. Ye..bila kita tak memikirkan hal yang belum pasti, minda kita tak serabut dan hidup jadi tenang.  Covid is real..yes . What we do...just pray to ALLAH to protect us, my family , my neighbour etc. and dont forget to follow SOP

Tetiba, dengan izin ALLAH atas kapasiti media front liner, undangan diterima dan suntikan vaksin AZ  diberikan pada 16/6/2021. Panggilan undangan ini saya andaikan jodoh. Hanya 3 hari sebelum tarikh menerima vaksin tersebut. Alhamdulilah

terkesankah?

ye...selepas 24 jam saya beroleh tindakbalasnya. Saya terpaksa melawan ujian kesakitan ini tanpa menyerahkan diri sewenangnya. Saya perlu fight kerana saya perlu bekerja pada malam harinya.

Namun apa yang berlaku, selepas 24 jam divaksinasikan, anggota badan rasa lemah dan sejuk, Tapi saya mengandaikan saya sihat sebab  saya telah mengambil panadol. Saya bertarung dengan perasaan kerana diri saya lemah dan rasa juga kesakitan di lengan. Saya mesti sihat dan saya mesti bertugas shif malam nanti. Usai solat asar saya gagahi diri untuk ke klinik Perdana dan Siti bagi memastikan tahap kesihatan saya. Kedua klinik memberikan alasan yang sama, saya demam dan perlu rehat.  Tiada ubat khusus melainkan PCM dan ubat bengkak.  Saya akur jua akhirnya

Malamnya, saya berasa badan saya seram sejuk dan tidak seperti biasa. Walaupun belum menggigil tapi saya terpaksa menggunakan selimut tebal bagi keselesaan diri. Inilah harga yang perlu dibayar bagi penerima dos 1 seperti saya. Lain orang lain tindakbalasnya. Syuukurlah selepas dua hari dirumah barulah saya kembali normal namum mmbataskan diri untuk bertemu orang awam.

Mengikut pakar jagalah diri untuk tempuh 14 hari selepas vaksin kerana ketika ini vaksin sedang berkenalan dengan diri kita. Saya patuh dan membataskan pergerakan dan pergaulan sosial . 

Alhamdulillah

Rumusan

Mengambil vaksin AZ ini kena sediakan mental dan fizikal untuk menerima kesannya. Mempersiapkan panadol dan pil pil tenaga adalah satu bonus.  Pastinya saya akan sedikit trouma untuk dos ke dua pada 18/8/21 nanti.